This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

25 December 2010

Personaliti Abu Hurairah

Abu Hurairah atau nama Islamnya, Abdul Rahman, dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Beliau berasal daripada kabilah al-Dusi yang tinggal di Yaman adalah pelopor hadis yang terkenal. Selama hidupnya, Abu Hurairah melaporkan sebanyak 5,374 hadis. Gelaran Abu Hurairah diberi oleh Nabi Muhammad kepadanya kerana beliau suka bermain anak kucing. Menurut cerita, semasa Abu Hurairah berjumpa Nabi SAW, beliau membawa bersama seekor anak kucing. Anak kucing itu disorokkan di dalam lengan bajunya. Apabila ditanya oleh Nabi Muhammad mengenai hal itu, Abu Hurairah segera mengeluarkan seekor anak kucing yang berada dalam lengan bajunya. Bermula pada hari itu, Nabi Muhammad menggelarnya Abu Hurairah. Beliau suka gelaran itu. Semasa hidupnya, Abu Hurairah tergolong sebagai ahli suffah. Ia adalah golongan...

Soal Jawab Agama: Berhati-hati bila bernazar

SOALAN SAYA ada kemusykilan tentang bernazar. Sebelum berkahwin, saya ada bercita-cita bila anak sulung saya lahir, saya ingin berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Atas alasan membantu ekonomi keluarga, suami ingin saya terus bekerja. Kemudian saya berhasrat untuk berhenti kerja apabila anak sulung saya masuk tahun satu, atas alasan yang sama, saya tidak berhenti kerja sehingga kini (anak saya telah berumur 10 tahun). Saya musykil apakah hasrat atau cita-cita saya itu dikira sebagai nazar yang tidak saya laksanakan kerana saya dapati pencapaian akademik anak saya itu agak lemah berbanding adik-adiknya. Adakah tidak tertunainya nazar itu punca kelembapan anak saya? Apakah yang harus saya lakukan? JAWAPAN Mengikut apa yang saya faham bahawa puan pernah bercita-cita untuk berhenti...

Adab-adab malam pertama

DALAM Islam, pernikahan adalah perkara yang agung dan suci. Al-Quran menyebutnya sebagai mitsaqan ghalizan atau ikatan yang kuat. Malah Islam tidak hanya mengatur persoalan hubungan suami dan isteri secara umum. Ia juga mengkaji pelbagai persoalan yang dianggap bersifat peribadi. Semuanya bertujuan mewujudkan kebahagiaan suami dan isteri dalam hidup berumah tangga. Menurut penulis buku berjudul Indahnya Malam Pengantin, Ummu Nayla, perkataan itu hanya disebutkan tiga kali dalam al-Quran iaitu, pada perjanjian Allah SWT dengan para Nabi-Nya iaitu Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW (dalam surah al-Ahzab ayat tujuh). Yang kedua semasa Allah mengangkat bukit Thur ke atas kepala Bani Israel dan menyuruh mereka bersumpah setia di hadapan Allah (surah an-Nisa ayat...

Umat Islam haram pakai baju samai Santa Claus

Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai 'Santa Claus' kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad. Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut Kristian. Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai 'Santa Claus' kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad. Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut Kristian. Setiap kali menjelang 25 Disember, ada...

Perbandingan 4 Mazhab Berhubung Aurat Wanita Merdeka

Maliki Semua badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah(harus) didedahkan muka dan dua tapak tangannya di jalan dan di hadapan lelaki ajnabi,tetapi dengan syarat aman daripada fitnah. Jika ditakuti fitnah, maka wajib ditutup  Hambali Ada dua qaul :  Semua badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Muka dan dua tapak tangannya halal dilihat lelaki ajnabi, jika aman daripada fitnah. Tetapi wajib ditutup sekiranya ditakuti mendatangkan fitnah. Semua badannya, tampa kecuali. Ini berdasarkan kepada satu riwayat daripada Iman Ahmad dan inilah qaul yang paling sahih. Syafi'i Ada dua qaul berdasarkan dua riwayat daripada Iman Syafi'i : Semua badan, tanpa kecuali. Inilah qaul yang paling sahih atau paling nyata atau mu'tamad, sebagaimana diterangkan oleh Ibnu Hajar al-Haytamiyy...

14 August 2010

Sahur Dan Hukum Yang Berkaitan Dengannya

1. Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w: “Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadan ini, maka ikutilah sunnah Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran. 2. Allah jadikan keberkatan dalam bersahur. Sabda Nabi s.a.w : “Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Barakah adalah sesuatu...

Perkara yang harus dilakukan bila batal puasa

Orang yang batal puasanya harus melakukan empat perkara: 1.   Qadha’: Kewajibannya umum ke atas setiap Muslim Mukallaf yang meninggalkan puasa dengan uzur ataupun tanpa uzur. Umpamanya, perempuan yang datang darah haidh harus mengqadha’kan puasanya, demikian pulalah orang yang murtad. Adapun orang kafir, anak kecil dan orang gila tidak wajib mengqadha’kan puasanya. Dan hukum mengqadha’kannya tidak wajib berturut-turut, tetapi bolehlah mengqadhakannya sesuka hatinya sama ada terpisah-pisah ataupun terkumpul. 2.   Kaffarah: Kewajibannya berlaku hanya ke atas orang yang bersetubuh pada siang Ramadhan, selainnya tidak dikenakan kaffarah. Adapun kaffarahnya ialah memerdekakan seorang hamba. Kiranya ia tidak mempunyai wang untuk menebus seorang...

ESET NOD32

DAPATKAN USERNAME DAN PASWORD ESET SECURITY ATAU NOD32 DI BLOG INI ATTENTION:UDDATE YOUR LICENSE NOD 32 HERE 14 AUGUST 2010 Username:TRIAL-34143579 Password:4xrxfnadk6 Username:TRIAL-34143580 Password:vejnbrkuvj Username:TRIAL-34143588 Password:7t2nsthdfv Username:TRIAL-34143589 Password:j27urmhk7c Username:TRIAL-34143591 Password:rn7rketa87 Username:TRIAL-34143592 Password:5uevk8tfxm Username: TRIAL-33632565 Password: n65jfv7mat Username: TRIAL-33069522 Password: 2nx5fxpdhr Username: TRIAL-33632568 Password: 82ckajfj25 Username: TRIAL-33632564 Password: bxvch67ehd Username: TRIAL-33632566 Password: 3ccpfp7t2a Username: TRIAL-33632563 Password: ff5mm4ux82 Username: TRIAL-33160270 Password: 3anjxndva2 Username: TRIAL-33160286 Password: m3hkutavcs Username: TRIAL-33632565 Password:...

07 August 2010

Kekeliruan Tentang Solat Tarawih

From Ustaz Asri 1. Sebenarnya, solat tarawih berjemaah yang pertama dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Sesiapa yang membaca hadis, akan menemui hal ini. Daripada Aishah r.aha: “Sesungguhnya RasululLah s.a.w keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di masjid (Masjid Nabi). Beberapa orang mengikut solat baginda. Paginya orang ramai pun bercerita mengenainya. Maka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua), baginda pun solat, mereka solat bersama baginda. Paginya orang ramai pun bercerita. Maka bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiga. RasululLah s.a.w keluar bersolat, mereka solat bersama baginda. Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan orang yang hadir. (Baginda tidak keluar) sehinggalah baginda keluar pada solat subuh. Selesai solat subuh, baginda...

Ramadhan: Bulan Mengendalikan Hawa Nafsu

Sering kita mengatakan atau mendengar bahwa puasa (shaum) adalah berfungsi untuk menundukkan hawa nafsu buruk kita. Namun, yang dimaksud sekadar menahan nafsu makan dan minum, tidak berbohong, tidak bertengkar atau aktiviti lain yang bersifat moral semata- mata. Sekiranya faktanya sedemikian rupa maka sebenarnya telah terjadi penyempitan makna dari menundukkan hawa nafsu itu sendiri. Allah SWT berfirman: وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى إِنْ هُوَ إِلاَّ وَحْيٌ يُوحَى Tiadalah yang diucapkannya itu (al-Quran dan al-Hadist) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). [TMQ An-Najm (53): 3-4) ] Dalam ayat di atas, Allah SWT secara tegas menjelaskan bahwa hawa nafsu dan wahyu saling berbeza. Hawa nafsu adalah segala bentuk dorongan yang berasal...

Kembalikan Ramadhan sebagai bulan kemenangan

Wahai kaum muslimin! Kembalikan semula Ramadhan sebagai bulan kemenangan dengan mengembalikan Khilafah. Alhamdulillah keberkatan bulan Ramadhan menyapa umat Islam lagi. Ramadhan adalah bulan di mana al Quranul Kareem diturunkan dari Lauhul Mahfuz ke Baytul Izza. Ia adalah bulan di mana terdapat satu malam; Lailatul Qadar iaitu malam yang terbaik di antara seribu bulan pada yang menyaksikan keagunganNya. Dan ia juga bulan di mana Allah subhanahuwataala memerintahkan umat Islam berpuasa, mengikat syaitan-syaitan, mengunci pintu-pintu Neraka dan membuka seluas-luasnya pintu Syurga, membenarkan umat Islam meninggikan ketaatan dan kekuatan dari Tuhan mereka, Al Qawwy, Al Azeem. Generasi terdahulu muslimin, pada ketika berhukum dengan Kitab Allah, telah dilimpahi dengan keberkatan Ramadhan...

Khutbah Rasulullah SAW ketika menjelang Ramadhan

Berikut merupakan wasiat Baginda Rasulullah SAW pada malam terakhir bulan Sya’ban, tatkala menyambut datangnya bulan Ramadhan- "Wahai manusia! Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Pada bulan ini nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kalian untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini. Bersedekahlah...

Sudut pandangan politik Islam

Oleh MOHD. AYOP ABD RAZID Ketua Unit Komunikasi Media, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Ada pelbagai pendapat mengenai politik Islam. Pertama, kelompok yang berpendapat politik dan agama tidak dapat dipisahkan. Hujah mereka adalah Islam merupakan agama sempurna dan serba lengkap yang mengatur segala aspek kehidupan. Justeru, ia merangkumi persoalan mengenai politik dan pentadbiran negara. Bagi golongan ini, hukum-hakam Islam hanya dapat ditegakkan dengan adanya kuasa politik. Kedua, kelompok yang berpandangan bahawa politik bukannya juzuk atau ajaran dalam Islam. Aliran ini berpendapat bahawa al-Quran tidak mengatur masalah politik atau ketatanegaraan. Misalnya, Ali Abdul Raziq (1888-1966), ulama abad ke-20, lulusan Universiti Al-Azhar...

21 July 2010

Penghuni Neraka : Mujahid, Ulama, Dermawan ?

Rasulullah bersabda, “Ada tiga golongan manusia yang pada hari kiamat dihadapkan kepada Allah SWT. Mereka dahulu ketika hidup di dunia adalah orang-orang yang terkemuka dalam hal harta, kedudukan dan Ilmu. Yang pertama dihadapkan kepada Allah adalah seorang yang mati syahid di jalan Allah. Ketika hidup di dunia, ia ikut berperang di jalan Allah dan mati terbunuh. Setelah dihisab, Allah SWT berkata kepada malaikat-Nya, “Lemparkan ia ke neraka.” Hamba Syahid itu berkata, “Ya Allah aku dahulu berjuang dijalan Engkau hingga aku mati membela agama Engkau. Semua itu aku lakukan untuk mencari keridhaan Mu.” .............................. Para malaikat yang menjadi saksi berkata, “Dia berbohong ya Allah.” Allah SWT kemudian berkata, “Engkau dahulu ingin mati syahid agar manusia memujimu...

Syaaban bayangan Ramadhan

MENGENALI BULAN SYAABAN Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Sebab diberi nama Syaaban adalah kerana pada masa dahulu masyarakat Arab berkeliaran mencari air di sekitar padang pasir untuk mencari sumber air disebabkan kemarau yang berpanjangan. Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Pada bulan ini juga kita digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dan lain lain juga. Di samping itu bulan Syaaban boleh menjadi medan latihan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan. Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya...

Obesiti: Punca Dan Pencegahan

Obesiti merupakan antara faktor utama penyumbang kepada masalah sakit jantung, tekanan darah tinggi, hiperlipidemia (tinggi kandungan kolesterol dalam darah), kencing manis dan sebagainya. Obesiti merupakan masalah pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan manusia. Secara umumnya obesiti dikenali oleh masyarakat sebagai masalah kegemukan atau berlebihan berat badan. Setiap kita yang sihat adalah berisiko untuk gemuk jika tiada inisiatif diri untuk menjaga dan mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal. Bagaimana obesiti bermula? Obesiti bermula daripada pengambilan tenaga (dari sumber makanan) melebihi keperluan tubuh individu tersebut dalam tempoh masa tertentu, diiringi dengan kurang aktiviti fizikal. Namun terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada gejala obesiti,...

Pages 371234 »

Islam Agamaku

INFO TERKINI

1Malaysia Onlive Tv

Download Lagu MP3

Download Lagu² Pilihan Anda Disini
Powered By 4shread | Serdahana Itu Indah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites