01 April 2010

LINDUNGI PC ANDA

Langkah 1: Gunakan Internet Firewall

Sebelum anda menyambungkan komputer anda ke Internet, anda sepatutnya memasang firewall. Ini merupakan suatu perisian atau perkakasan yang membantu menghalang penggodam, dan banyak jenis virus dan cacing (worms), daripada mengakses komputer anda.

Firewall merupakan pertahanan barisan hadapan yang paling penting bagi keselamatan komputer. Anda juga harus menggunakan Windows® Update dan perisian antivirus untuk membantu melindungi PC anda.

Sekiranya anda memiliki komputer dengan Windows 2000 Professional, Windows Millennium Edition (Me), Windows 98, Windows 95, atau Windows NT, anda sepatutnya mendapatkan dan memasang sama ada firewall perkakasan atau perisian. Sumber yang berikut menyediakan maklumat lanjut tentang beberapa opsyen firewall.

Firewall Perkakasan

Firewall perkakasan merupakan alternatif yang baik bagi versi Windows yang lebih awal. Banyak titik akses wayarles dan penghala jalur lebar bagi rangkaian kediaman mempunyai perkakasan firewall terbina dalam. Ini memberikan perlindungan yang agak baik bagi kebanyakan rangkaian kediaman. Stesen Tapak Wayarles Rangkaian Jalur Lebar Microsoft (Microsoft Broadband Networking Wireless Base Station) merupakan salah satu contoh titik akses wayarles dengan firewall perkakasan terbina dalam dan ciri-ciri rangkaian kediaman bersepadu yang lain.

Firewall Perisian

Firewall perisian boleh didapati daripada beberapa penjual, termasuk:

* BlackICE PC Protection
* McAfee Security
* Symantec
* Tiny Software: Tiny Personal Firewall
* ZoneAlarm

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang firewall, sila baca Senarai Semak: Memasang Firewall (Checklist: Install a Firewall), daripada tapak Web Microsoft Security. Rencana ini merangkumi perbincangan tentang firewall perisian yang dibuat oleh syarikat lain, dan juga firewall perkakasan dan penghala rangkaian. Maklumat ini boleh membantu anda memilih penyelesaian firewall sekiranya anda menggunakan versi Windows yang lebih awal pada komputer anda.

Sekiranya anda mempunyai konfigurasi yang berlainan, rangkaian yang kecil, atau sekiranya anda mengalami pertanyaan berhubung dengan firewall anda, lihat Soalan Lazim tentang Firewall (Frequently Asked Questions about Firewalls).
Langkah 2: Dapatkan Kemas Kini Komputer

Stesen Kerja Microsoft Windows NT®, Windows 98, Windows 98 Second Edition (SE), dan Windows 95 telah mencapai kitar hayat sokongannya. (Sekiranya anda tidak pasti apakah versi Windows yang anda sedang gunakan, anda boleh mengetahuinya dengan mengikuti arahan bagi menyemak versi sistem pengoperasian anda).

Kemas kini yang disediakan bagi Windows 98 boleh didapati berasaskan arkib di tapak Windows Update, and tapak Web Sokongan Microsoft menyediakan sejumlah sumber yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan bantuan.
Walau bagaimanapun, Microsoft tidak lagi menawarkan sokongan teknikal bagi versi ini. Oleh yang demikian, kami menggalakkan anda untuk pertimbangkan peningkatan kepada Windows XP Professional atau Windows XP Home Edition supaya anda dapat menikmati kebaikan Kemas Kini Automatik dan ciri-ciri keselamatan lain yang diperkenalkan semenjak sistem pengoperasian yang anda sedang gunakan dikeluarkan.
Langkah 3: Gunakan Perisian Antivirus Terkini

Perisian antivirus ialah atur cara yang sama ada sedia terpasang pada komputer anda atau yang anda beli dan pasang sendiri. Ia membantu melindungi komputer anda daripada kebanyakan virus, cacing, Trojan, dan penceroboh lain tidak dikehendaki yang boleh membuat komputer anda "sakit." Virus, cacing, dan seumpamanya seringkali melakukan perbuatan jahat, seperti memadamkan fail, mengakses data peribadi, atau menggunakan komputer anda untuk menyerang komputer lain.

Bantu komputer anda agar sentiasa sihat dengan bertanya diri anda sendiri soalan-soalan yang berikut:

1. Adakah anda memasang perisian antivirus pada komputer anda?

Many major computer manufacturers include at least a trial version of a popular antivirus package on new computers.
* Klik Start, dan kemudian klik Programs. Cari item dalam senarai dengan nama seperti McAfee, Norton, atau Symantec.
* Sekiranya anda tidak mempunyai perisian antivirus yang terpasang, periksa syarikat perisian antivirus yang berikut bagi tawaran istimewa terhadap produk mereka:
o Computer Associates (12 bulan percuma)
o McAfee Security
o Symantec
* Sekiranya anda telahpun mempunyai perisian antivirus yang terpasang, tetapi anda ingin memasang produk yang baru daripada syarikat lain berlainan, pastikan anda nyahpasang produk yang ada sebelum memasang produk yang baru. Jika anda membiarkan versi yang terdahulu terpasang, konflik boleh berlaku terhadap sistem anda.

2. Adakah perisian antivirus anda terkini?

Perisian antivirus yang ketinggalan zaman bermakna perisian antivirus yang tidak berkesan. Perisian antivirus bergantung pada kemas kini yang teratur untuk membantu melindungi daripada ancaman yang terbaharu. Jika anda tidak melanggani kemas kini ini, komputer anda mungkin rentan terhadap ancaman.
* Pastikan anda mempunyai langganan yang diaktifkan untuk kemas kini yang terus menerus bagi perisian antivirus anda.
* Kebanyakan perisian antivirus mengemas kini dirinya sendiri semasa anda tersambung kepada Internet. Untuk memastikan perisian anda adalah terkini, buka atur cara antivirus anda daripada menu Start atau kawasan pemberitahuan bar tugas dan cari status kemas kini. Jika anda masih tidak pasti sama ada perisian antivirus anda adalah terkini, hubungi pembekal perisian antivirus anda.

3. Adakah perisian antivirus anda disediakan dengan betul untuk memberikan kemungkinan perlindungan yang terbaik?

Pengesetan yang berikut hendaklah dihidupkan secara default semasa anda memasang perisian. Jika anda mematikannya atas apa-apa sebab, pastikan anda menghidupkannya semula sebelum anda menyambung kepada Internet.
1. Pengimbasan "semasa akses" atau "masa nyata" hendaklah dihidupkan. Suatu ikon dalam kawasan pemberitahuan anda sepatutnya muncul untuk menunjukkan bahawa pengesetan ini telah terpasang.
2. Perisian antivirus sepatutnya melaksanakan imbasan berjadual terhadap cakera keras anda.
3. Perisian antivirus sepatutnya dikonfigurasi untuk mengimbas mesej e-mel.

http://www.microsoft.com/singapore/protect/malay/win9x/

0 komen:

Islam Agamaku

INFO TERKINI

1Malaysia Onlive Tv

Download Lagu MP3

Download Lagu² Pilihan Anda Disini
Powered By 4shread | Serdahana Itu Indah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites