This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

27 November 2009

Pada 10 Zulhijjah


- Mereka yang tinggal di luar Mekah atau mereka yang tidak mengerjakan ibadat Haji akan menyambut Hari Raya Qurban seperti yang kita lakukan di Malaysia. iaitu bertakbir, melaksanakan solat sunat Aidil Adha dan menunaikan ibadat Qurban. Ibadat qurban akan berakhir pada 13 Zulhijjah.

Aktiviti Jamaah Haji pada hari ini.
-Biasanya para jamaah Haji bertolak dari Muzdalifah ke Mina selepas solat Subuh tadi, setelah sampai di Mina mereka akan membawa masuk barang keperluan ke dalam khemah dan mengambil tem
pat masing-masing.

Setelah itu mereka bergerak pula ke jumrah Kubra ( Aqabah ) untuk membuat lontaran.




Pada hari ini dikehendaki melontar di satu jumrah tersebut sahaja, selepas itu mereka bolehlah bertahlul ( tahlul awal ), setelah selesai bertahlul atau bercukur maka bolehlah mereka menukar pakaian kepada pakaian biasa ( tidak perlu lagi berpakaian ihram ) dan semua larangan ihram digugurkan.

Larangan yang masih kekal sehingga sempurna seleuruh ibadat Haji ialah bersetubuh, berciuman dengan isteri, berkahwin, menjadi wali dan
memjadi wakil kahwin.

Selesai bertahlul mereka bolehlah bertakbir Hari Raya Aidil Adha dan melakukan ibadat sunat yang lain lagi sementara menunggu lontaran berikutnya pada esok hari ( 11 Zulhijjah ).



Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha

Solat sunat Aidil Adha hukumnya sunat muakkad (sunat yang dituntut)

Panduan ringkas:

(1) Takbiratul ihram /Niat solat:

Lafaz niat. "Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat kerana Allah Taala" (untuk solat seorang diri).

"Sahaja aku solat sunat Aidil adha dua rakaat makmum kerana Allah Taala" (jika ikut imam).

"Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat jadi imam kerana Allah Taala" (jika jadi imam).

Niat ini hendaklah dilakukan semasa takbiratul ihram iaitu sekadar lintasan di hati lafaz tersebut. Untuk memudahkan niat , sebelum takbitratul ihram kita hendaklah membuat lintasan terlebih dahulu di dalam hati akan lafaz niat itu.

(2) Membaca doa iftitah.

(3) Kemudian takbir 7 kali yang diselangselikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.


(4) Membaca fatihah dan surah al-Akla.

(5) Rukuk dan sujud seperti biasa.

(6) Iktidal dan berdiri betul (rakaat kedua) takbir 5 kali yang diselangselikan dengan tasbih 4 kali.

(7) Membaca fatihah dan surah al-Ghasyiyah.

(8) Rukuk, sujud dan membaca tahiyat akhir seperti biasa.

(9) Memberi salam.

(10) Disunatkan takbir dan doa,

(11) Membaca dua Khutbah. (sekiranya bersolat secara berjamaah)


Peringatan:

(a) Kalau imam telah berhenti takbir/bertasbih makmum hendaklah berhenti, begitu juga kalau imam terlebih takbir, makmum tidak perlu ikut sebaliknya menunggu.

(b)Takbir Hari Raya Aidil Adha disunatkan mulai malam hari raya (10hb. Zulhijjah) sehinggalah selepas solat Asar (13hb. Zulhijjah).

(c) Bacaan surah al.Akla dan al.Ghasyiyah boleh diganti dengan surah lain, sekiranya tidak menghafaz ayat tersebut. (tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua )

(d) Orang yang terpaksa bertugas pada hari raya , disyorkan melaksanakan ibadat ini secara bersendirian, jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja kerana ibadat ini hanya dapat dilakukan setahun dua kali sahaja. (Aidil Fitri dan Aidil Adha)

http://www.leewantam.com

JAWATAN KOSONG Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Penyunting (Editor) Gred 48

Tarikh Iklan : 18/11/2009
1.1  (a) Kumpulan :
Pengurusan dan Profesional 

 (b) Taraf Jawatan :
Kontrak (selama 2 tahun dan boleh diperbaharui)




1.2 Jadual Gaji :
RM4,875.43 x RM222.64 – RM6,656.55

(Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman)
1.3 (a) Elaun


 (i)

(ii)

(iii)
Imbuhan Tetap Keraian
Imbuhan Tetap Perumahan
Bantuan Sara Hidup
:

:

:
RM600.00

RM700.00

RM300.00




 1.4Syarat Lantikan :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:







(a)     Warganegara Malaysia;

(b)     Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Inggeris atau kelayakan yang  diiktiraf setaraf dengannya;

(c)     Kepujian Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta penguasaan kedua-dua bahasa yang berkenaan;

(d)     Pengalaman dalam menyunting buku dan karya akademik; dan

(e)     Calon-calon hendaklah mempunyai sahsiah diri yang baik, pengalaman bekerja dan kemahiran menggunakan komputer. 




1.5 Bidang Tugas :
(a)     Menyunting semua karya akademik

(b)     Menjadi penyunting majalah terbitan IKIM

(c)     Mengumpul dan menyusun bahan-bahan, makalah, rencana dan penulisan untuk dicetak sebagai buku,majalah, jurnal dan lain-lain penerbitan

(d)     Menyunting manuskrip

(e)     Membaca pruf

(f)     Mengesahkan pruf akhir


Cara Permohonan

Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta salinan dokumen yang berikut :-

a) Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman)
b) Sekeping gambar berwarna berukuran passport (tidak dikembalikan)
c) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada.

Surat permohonan beserta dokumen hendaklah sampai kepada :

Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

2, Langgak Tunku
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
(up: Bahagian Pentadbiran)
Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189
sebelum atau selewat-lewatnya pada 17/12/2009 dengan menyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat tersebut.
Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.


Catatan Am

Salinan sijil-sijil yang dikemukakan hendaklah diakui sah oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

Permohonan tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

JAWATAN KOSONG Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Jurutera (Gred 41)

Tarikh Iklan : 18/11/2009
1.1 (a) Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
 (b) Taraf Jawatan : Tetap
 (c) Tempoh Percubaan : 2 Tahun
    
1.2 Skim Gaji 6, Jadual Gaji : RM2,084.08 x 125.24 - RM4,839.36

(Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman)
1.3 (a) Elaun   
  (i)
(ii)

(iii)
(iv)
Khas
Imbuhan Tetap Perumahan
Bantuan Sara Hidup
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
:
:

:
RM300.00
RM250.00

RM300.00
5% daripada gaji pokok
    
 1.4Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:
    
   (a)     Warganegara Malaysia;

(b)     Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(c)     Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada 2 tahun dalam bidang penyiaran dan penerbitan radio; dan

(d)     Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
1.5Bidang Tugas : (i)      Membantu Pengurus Kejuruteraan Radio dalam mentadbir dan menguruskan kerja-kerja teknikal di stesen radio IKIM.fm

(ii)     Mengetuai pasukan teknikal membuat pemantauan, pemeriksaan dan baikpulih peralatan pemancar di stesen-stesen pemancar.

(iii)     Menjaga dan memastikan studio IKIM.fm beroperasi dengan baik dan membuat "troubleshooting" sekiranya berlaku kerosakan.

(iv)     Memastikan peralatan penerbitan, penyunting dan kont IKIM.fm dalam keadaan baik.

(v)     Membantu kerja-kerja penerbitan rancangan radio.

(vi)     Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengarah Radio dan Pengurus Unit Kejuruteraan.


Cara Permohonan

Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta salinan dokumen yang berikut :-

a) Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman)
b) Sekeping gambar berwarna berukuran passport (tidak dikembalikan)
c) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada.

Surat permohonan beserta dokumen hendaklah sampai kepada :

Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

2, Langgak Tunku
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
(up: Bahagian Pentadbiran)
Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189
sebelum atau selewat-lewatnya pada 17/12/2009 dengan menyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat tersebut.
Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.


Catatan Am

Salinan sijil-sijil yang dikemukakan hendaklah diakui sah oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

Permohonan tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Keberkatan Hidup Berteraskan Taqwa

Secara mudahnya perkataan atau konsep taqwa boleh didefinisikan sebagai pengabdian yang menyeluruh seseorang hamba kepada Tuhannya. Dari sudut kaedah al-Quran, taqwanya manusia terhadap Allah digerakkan oleh empat faktor asas iaitu takut, harap, sabar dan syukur. Takut kepada siksa Allah sekiranya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Allah; sentiasa mengharap rahmat dan nikmat Allah; sabar terhadap percubaan-percubaan yang datangnya dari Allah; dan syukur terhadap kurniaan-kurniaan Allah.

Dalam kehidupan, manusia tidak dapat lari berdepan dengan keempat-empat faktor ini dan menangani keempat-empat faktor ini sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Namun, besar kemungkinan perkataan "taqwa" adalah satu perkataan yang paling kerap disebut dan mungkin paling kerap disalahertikan.



Sekiranya kita merujuk kepada surah al-Baqarah, ayat 208 yang mafhumnya : "Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." Maka jelas kepada kita bahawa pengabdian diri secara menyeluruh dalam Islam merupakan pra-syarat bagi membolehkan diri manusia menggunakan label "orang yang beriman."



Ayat ini dengan jelas memberitahu kepada kita bahawa salah satu syarat yang wajib dipenuhi bagi membolehkan orang-orang yang mengaku diri mereka Islam dikenali sebagai "orang-orang yang beriman" ialah dengan mengikut sepenuhnya ajaran Islam yang mencakupi semua aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, perundangan, sosial, pendidikan, akhlak dan sebagainya.



Adalah sesuatu yang janggal dengan tuntutan Islam sekiranya seseorang individu, sesebuah masyarakat atau negara mengamal sebahagian peraturan atau hukum Islam dan sebahagian yang lain adalah dari peraturan atau hukum bukan Islam. Ini bererti mencampur adukkan di antara yang haq dengan bathil.



Selain itu, ayat di atas juga memperlihatkan kepada kita dengan jelasnya bahawa mengamalkan sebahagian sahaja dari Islam adalah pada hakikatnya merupakan "langkah-langkah" atau "kaedah-kaedah" yang dilakukan oleh syaitan dan syaitan adalah musuh yang nyata bagi orang-orang yang beriman.



Ini juga bermakna pengabdian seseorang yang beriman kepada Tuhannya mestilah bersifat menyeluruh. Tidak ada ruang dalam hati orang yang beriman untuk meragui kebenaran suruhan dan larangan Allah. Meragui akan kebenaran dan suruhan Allah walaupun sebesar zarah bererti juga mengikuti atau terjebak dengan perangkap syaitan yang sentiasa membisikkan ke dalam hati manusia keraguan terhadap kebenaran syariat Ilahi.



Kenapakah faktor ketaqwaan begitu dititikberatkan dalam Islam? Salah satu jawapannya ialah ianya berkait rapat dengan faktor keadilan. Keadilanlah yang membuahkan kehidupan yang seimbang, tersusun, tenang dan harmoni. Tersisihnya faktor keadilan dalam kehidupan manusia bererti kehidupan manusia digerakkan oleh faktor yang berlawanan dengannya iaitu kezaliman.


Apabila kezaliman yang mentakrif kehidupan manusia maka kehidupan masyarakat tidak lagi seimbang kerana secara definisinya zalim bererti "meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya." Maka dengan ini dapatlah difahami betapa pentingnya faktor ketaqwaan dijadikan batu asas kepada masyarakat manusia, malah tujuan terpenting manusia dilahirkan ke dunia adalah untuk bertaqwa kepada Allah.



Hal ini dapat difahami kerana memang matlamat penting bagi kehidupan "orang-orang yang beriman" ialah untuk bertaqwa kerana sekiranya pengakuan dibuat bahawa suatu kaum atau golongan itu mengaku bahawa mereka beriman tetapi tidak bertaqwa dalam ertikata tidak takut dan patuh kepada seluruh ajaran Allah, maka pada hakikatnya mereka tidak beriman.



Manusia pada hakikatnya adalah hamba Allah, dan sebagai seorang hamba adalah mustahil baginya untuk tidak mematuhi ajaran dan suruhan tuannya iaitu Allah. Sifat seorang hamba ialah mendengar dan mematuhi seluruh ajaran dan arahan tuannya. Kepatuhan yang menyeluruh seorang hamba kepada Penciptanya tidak akan membawa kepada kezaliman atau ketidakadilan.



Kepatuhan yang menyeluruh yang melahirkan sifat ketaqwaan dalam diri manusia seterusnya melahirkan keadilan dalam kehidupan manusia, dan keadilan yang membuahkan kejayaan atau kemenangan (alfalah) kepada masyarakat manusia. Seterusnya, keadilan yang wujud dari ketaqwaan tadi akan meresap masuk ke dalam aspek kehidupan yang lain seperti keadilan dari segi politik, ekonomi, sosial dan seluruh ruang lingkup kehidupan.



Sebagai contoh, sistem politik yang adil yang diasaskan kepada perkiraan ketaqwaan adalah sistem politik yang bebas dari penyalahgunaan kuasa. Kuasa yang digunakan adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah bukan keredhaan manusia. Sistem politik yang adil adalah sistem yang menggunakan kuasanya bagi menegakkan yang haq dan memerangi yang bathil, menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar.



Begitu juga dengan sistem ekonomi yang adil. Kekayaan anugerah Allah adalah bagi tujuan meringankan beban yang dipikul oleh golongan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat. Harta kekayaan sama juga dengan kuasa adalah anugerah dan amanah kepada manusia. Ini bukan milik manusia secara mutlak. Sistem ekonomi Islam yang adil mempunyai asas pengagihan yang luas dalam ertikata kekayaan yang Allah anugerahkan tidak boleh berlegar di sekitar sekumpulan kecil manusia sahaja, sedangkan dalam masa yang sama sebahagian besar manusia tidak mendapat manfaat darinya.



Sebagai contoh, apa yang berlaku di dunia hari ini ialah segolongan kecil manusia yang mempunyai kekayaan yang banyak ini mempergunakan kekayaan ini bukan pada jalan yang dituntut oleh Allah. Pembaziran dan rasuah berlaku secara berleluasa. Sistem ekonomi yang diamalkan adalah juga sebahagian besarnya masih lagi berteraskan riba yang dilarang sekeras-kerasnya oleh Islam. Akibatnya, berlakulah penindasan, penipuan, kezaliman dan sebagainya yang akhirnya membawa kebinasaan kepada manusia itu sendiri.



Apa yang jelas dalam amalan kehidupan masa kini ialah suatu yang sangat berlawanan dengan tuntutan taqwa. Di mana, berlawanan dengan sifat taqwa itu ialah derhaka, menentang, mempersenda dan meragui ajaran dan peraturan Allah. Sifat derhaka akan melahirkan ketidakadilan atau kezaliman, dan sebarang sistem hidup yang tidak berlandaskan kepada ketaqwaan akan melahirkan ketidakadilan dan seterusnya akan melahirkan kerosakan di atas muka bumi ini.



Sementara di peringkat antarabangsa pula, sistem politik, ekonomi dan sosial ciptaan manusia yang diamalkan telah melahirkan ketidakadilan dan kezaliman khususnya terhadap orang-orang Islam. Amerika Syarikat, kuasa besar dunia yang mendabik dada yang kononnya mengamalkan demokrasi telah bersifat hipokrit terhadap orang-orang Islam dan secara tidak langsung membuat rancangan-rancangan jahat bagi menghancurkan Islam. Dengan kekuatan yang dimilikinya, Amerika Syarikat berdiri teguh di belakang rejim haram Yahudi yang telah memporak perandakan kehidupan orang-orang Palestin yang diusir dari kampung halaman mereka sendiri.



Pencerobohan Amerika Syarikat terhadap Iraq dan Afghanistan serta kecaman-kecaman keras yang dikeluarkan olehnya terhadap beberapa buah negara Islam yang lain menjadi petanda jelas bahawa keangkuhan Amerika Syarikat bukan hanya untuk memerangi orang-orang Islam, tetapi juga kerakusannya terhadap hasil bumi yang dimiliki oleh negara-negara Islam. Bukankah ini menjelaskan kepada kita betapa sistem hidup yang dicipta oleh manusia sebenarnya satu sistem yang tidak adil, yang penuh dengan ciri-ciri kezaliman, penindasan, keangkuhan, bermuka-muka dan serba kekurangan.



Oleh itu, adalah sesuatu yang tidak menghairankan sekiranya sistem demokrasi tajaan Barat juga digunakan secara halus untuk menyekat kebangkitan Islam. Dalam negara di mana sebahagian besar rakyatnya inginkan kepada Islam maka demokrasi dipastikan tidak beroperasi dan kuasa ketenteraan digunakan.



Apa yang jelas di sini ialah sistem demokrasi ciptaan Barat telah melahirkan kezaliman dalam masyarakat, dan bagi kita orang Islam hanya sistem ciptaan Allah sahajalah yang mampu melahirkan suasana ketaqwaan dan keadilan serta menjana kejayaan dan kemenangan kepada kehidupan manusia di dunia dan di akhirat.



Keadaan ini seharusnya menyedarkan kita betapa berbahayanya sifat zalim dalam kehidupan manusia. Maka atas kesedaran ini kita mesti menolak sebarang sistem yang zalim sama ada ianya berbentuk ideologi ataupun sistem kehidupan. Sekiranya telah jelas akan kepincangan yang terdapat pada ideologi dan sistem kehidupan yang diasaskan kepada pemikiran manusia, namun kita masih lagi meyakini dan cenderung kepadanya, maka wajar kita digolongkan dalam golongan manusia yang zalim.



Oleh itu setelah menyedari betapa ruginya untuk menjadi seorang yang zalim dalam ertikata menentang syariat Allah, maka adalah lebih baik dan wajar bagi kita sebagai manusia mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah, kerana hanya dengan taqwa sahajalah yang boleh menjamin kebahagiaan dan kemenangan manusia di dunia dan juga di akhirat

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai “hiasan mata” anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan “lipstik kejujuran” pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah “pemerah pipi” anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah “sabun Istighfar” yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan “Selendang Islami” yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu’ dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung “kesucian”.

# Bedaklah wajah anda dengan “air Wudhu” nescaya akan bercahaya di akhirat.

Mendalami kaedah, cara mudah pelajari Muqaddam


Terjemahan Muqaddam Juz Amma yang dihasilkan empat pengarang ini dianggap lengkap kerana ia bukan saja mempunyai terjemahan bahasa Melayu dan Inggeris malah dalam ejaan jawi selain penampilan kaedah tajwid yang baik dan berkesan. Malah terjemahan 38 surah juz Amma mengikut resam Uthmani berdasarkan ayat bagi bahasa Melayu dan Inggeris bukan saja memudahkan kita membaca, malah turut senang memahami setiap ayat berkenaan.

Buku ini amat sesuai untuk mereka yang ingin mendalami al-Quran terutama untuk mengerti ayat yang dibaca, bersama dengan hukum tajwid yang lengkap dengan nombor serta keterangan. Teks ayat yang besar, memudahkan pembaca untuk membaca al-Quran, manakala pembahagian terjemahan mengikut blok dan disusun mengikut warna menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan dan penelitian ayat suci al-Quran.

Dalam pada itu, langkah pengarang meletakkan indeks hukum tajwid sebagai rujukan akan memudahkan lagi pembaca untuk membaca al-Quran mengikut tertib yang ditetapkan mengikut tajwid. Nampaknya, dengan kaedah penampilan buku yang menarik ini, minat masyarakat untuk membaca, mendalami dan memahami al-Quran akan terus meningkat.


Sementara itu satu lagi buku iaitu kaedah baru bagi mempelajari asas Muqaddam yang menekan kepada hafalan setiap perkataan berulang yang dikenali Kaedah Pengajaran Smart Muqaddam (KPSM).

KPSM diperkenalkan Muhamad Nazir Mohammed Khalid dan Mohd Shahriman Adenan bagi memberi kelainan dalam mempelajari al-Quran, namun niatnya sama iaitu menarik minat masyarakat Islam untuk membaca dan menguasai ilmu al-Quran.

Berbeza dengan kaedah sebelum ini, pengarang mengemukakan enam modul pengajaran yang perlu dihayati bagi membaca Muqaddam.

Modul KPSM memilih 150 perkataan yang paling kerap diulang di dalam al-Quran untuk dihafal secara sistematik. Penekanan turut diberikan kepada 70 perkataan yang mempunyai bilangan kekerapan berulang di dalam Juz Amma (muqaddam) lebih daripada lima kali.

Dengan mengingati melalui hafalan perkataan berkenaan, pembaca mampu menguasai sehingga 80 peratus perkataan yang terdapat di dalam Muqaddam.

KPSM yang turut menterjemahkan ayat al-Quran berasaskan ayat dilihat cukup berguna bagi mereka yang sudah menguasai Mukaddam dan al-Quran, kerana melaluinya, mereka boleh mendalami ilmu tajwid selain mengetahui makna perkataan yang begitu penting untuk mendapatkan ilmu al-Quran.

Berbanding selama ini kita hanya membaca tanpa mengerti isi dan kandungan al-Quran secara terperinci, kita kita boleh memahami isi kandungannya disamping kita amalkan bagi kehidupan dunia dan akhirat.

Lepasan SPM, STAM jadi guru j-QAF

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran membuka ruang kepada lebih ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi mengatasi masalah kekurangan guru Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ini penting kerana sasaran awal kementerian untuk melahirkan lebih 32,000 guru j-QAF bagi memenuhi keperluan 6,314 sekolah rendah di seluruh negara, menjelang 2010.

Beliau berkata, kini hanya kira-kira 13,000 guru j-QAF sedang berkhidmat di 4,732 sekolah rendah di seluruh negara.

"Masalah kekurangan guru agama menjadi semakin serius apabila kita mula melaksanakan pembelajaran j-QAF pada peringkat sekolah menengah di seluruh negara, pada tahun depan.

"Biasanya guru j-QAF kita ambil adalah terdiri pemegang ijazah pertama daripada Universiti al-Azhar dan Jordan tetapi sekarang kita ada masalah kerana kekurangan guru agama yang semakin kritikal terutama di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Konvokesyen Berpusat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah j-QAF Keempat; Kursus Lepasan Ijazah Kursus Dalam Cuti Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (KDC SBK) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (KDPM LPBS) di sini, semalam.

Mohd Puad berkata, Kementerian Pelajaran juga bercadang menambah bilangan IPG bagi melahirkan lebih ramai guru berkualiti, sekali gus dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar terutama di kawasan pedalaman.

Pada masa sama, katanya, kementerian juga bercadang memperketatkan syarat kemasukan ke IPG bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar komited dan berminat saja dipilih untuk menceburi kerjaya dalam bidang perguruan.

"Kita juga mungkin menimbang untuk mewujudkan 'akujanji' iaitu apabila seseorang dipilih menjadi guru, maka dia perlu sanggup bertugas di pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak selama sekurang-kurangnya lima tahun," katanya.

Mohd Puad juga berkata, kementerian akan menubuhkan kelas khas di sekolah harian bagi membolehkan murid memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menikmati suasana pembelajaran sama seperti di Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains Mara.

Cinta dunia buat kita lupa pengorbanan kepada Allah

Peristiwa korban mengajar kita supaya taat kepada perintah Allah, beriman dan berserah kepada-Nya. Ia juga membawa erti kesanggupan seseorang itu melepaskan dengan ikhlas sesuatu yang amat disayangi atau dihargai untuk memberi manfaat kepada orang lain. Sudah tentulah menjadi korban untuk mendapatkan cinta Ilahi adalah kesanggupan yang tiada galang gantinya, berkorban untuk keredaan-Nya juga tidak mampu dilakukan oleh setiap hamba, malah pengorbanan menuntut desakan hati yang kasihnya hanya pada Yang Esa.

Kerana kuasa 'korban' yang begitu besar, sering kali ada yang bertanya, apa ganjaran berkorban? Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata bahawa sesungguhnya suatu hari sahabat Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?" Jawab Rasulullah: "Ia adalah sunnah bapa kamu, Ibrahim."

Mereka berkata: "Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya." Mereka berkata: "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawab: "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya." (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)

Hadis di atas mengingatkan kita kepada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang sanggup bergadai nyawa demi reda Ilahi dan akur bahawa setiap khazanah bumi hanyalah milik Allah dan Dia berhak mengambil dan menganugerahkan apa saja. Kitab Tafsir Ibn Kathir merakamkan pada awalnya, Nabi Ibrahim tidak dikurniakan zuriat walaupun ketika itu baginda sudah lanjut usia.

Namun baginda tidak pernah berputus asa untuk berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT supaya dikurniakan zuriat. Maka dengan kuasa Allah yang tidak dapat diduga baginda dikurniakan cahaya mata pertama bernama Ismail. Siapalah yang tidak gembira mendapat cahaya mata? Kisah ini dinyatakan dalam surah al-Soffat ayat 101 yang bermaksud: "Maka kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar".

Ulama termasuk ahli kitab bersepakat bahawa Nabi Ismail dilahirkan terlebih dulu berbanding Nabi Ishak. Bahkan tercatat di dalam kitab ahli kitab bahawa Nabi Ismail dilahirkan ketika Nabi Ibrahim berumur 86 tahun dan Nabi Ishak dilahirkan ketika Nabi Ibrahim berumur 99 tahun. Selepas Nabi Ismail meningkat remaja, satu ujian yang amat berat diturunkan oleh Allah SWT ke atas dua beranak itu, dengan tujuan menguji keimanan dan ketakwaan mereka kepada Allah.

Allah SWT memerintah Nabi Ibrahim supaya menyembelih putera kesayangannya. Walaupun terlalu berat hati Nabi Ibrahim untuk menyatakan perintah Allah itu kepada anaknya, Ismail, tetapi ia adalah perintah Allah SWT yang wajib dilaksanakan.

Dengan hati yang sedih, Nabi Ibrahim menyatakan mengenai perintah Allah itu kepada Nabi Ismail, namun tiada apa yang mengejutkan Nabi Ismail sebaliknya baginda berkata: "Wahai bapaku laksanakanlah apa yang diperintahkan oleh Allah, moga-moga kamu akan mendapati aku dalam golongan orang yang sabar".

Ada dua dimensi pengorbanan yang boleh dijadikan iktibar, iaitu seorang ayah yang terpaksa mengorbankan perasaan cinta dan kasih kepada anak yang sudah lama ditunggu-tunggu dengan 'mengorbankannya', demi patuh dan redanya terhadap perintah Allah SWT. Seterusnya, ketaatan dan keyakinan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan kasihnya kepada ibu dan ayahnya dan zaman keseronokan remajanya, malah sanggup mengorbankan nyawanya sendiri, semata-mata kerana ketaatan baginda terhadap perintah Allah dan perintah seorang ayah.

Kedua-dua pengorbanan ini sebenarnya berpusat daripada hubungan cinta sejati mereka kepada Allah SWT yang tidak berbelah bahagi. Sebab itulah, seandainya seorang Muslim itu mendahulukan cinta Allah daripada cinta makhluk, mereka pasti akan beroleh jaminan besar sebagaimana disebut oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud:

"Ada tujuh golongan yang mendapat perlindungan daripada Allah pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungan Allah SWT iaitu imam yang adil, pemuda yang mengabdikan diri untuk beribadah kerana Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang lelaki yang bersahabat, mereka bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah, lelaki yang digoda oleh seorang wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan kemudian menolaknya lalu berkata: 'Sesungguhnya aku takutkan Allah', lelaki yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang tangan kanannya sedekahkan dan lelaki yang menitiskan air mata, beribadah menyebut nama Allah ketika bersendirian." (Riwayat Muslim).

Sesungguhnya sumber cinta daripada Allah adalah sumber cinta yang paling tinggi dan utama. Apabila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta makhluk, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memenangkan cinta mereka kepada Allah tanpa ragu-ragu. Baginda mengetahui bahawa bukan mudah meletakkan cinta pada pemiliknya tetapi keyakinan terhadap Ilahi memungkinkan segala-galanya dan ia hanya akan dimiliki oleh sesiapa yang sudah cukup kenal Allah SWT.

Menurut Imam al-Ghazali, ma'rifah (ilmu pengetahuan) itu akan mendahului cinta kerana cinta tanpa ma'rifah tidak mungkin berlaku kerana manusia hanya dapat mencintai sesuatu yang dikenalinya saja. Sebab itulah kita perlu rasional memilih cinta yang sementara, agar ia tidak mengatasi cinta yang kekal sampai bila-bila.

Takut mengorbankan dunia kerana akhirat pernah menjadi peringatan kepada setiap Muslimin. Sifat tamak terhadap cinta dunia lumayan menjerumuskan kita ke lembah yang sia-sia, tiada apa pun menjadi milik kita, walau pasir sebesar zarah pun. Di dalam al-Quran Allah SWT memberi amaran kepada manusia melalui firman-Nya dalam surah At-Taubah, ayat 24 yang bermaksud:

"Katakanlah (wahai Muhammad) jika bapa, anak, saudara, isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang kerugiannya dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasiq".

Justeru, biarlah peristiwa 10 Zulhijjah yang mengimbau sebuah pengorbanan menjadi zikir untuk kita menetapkan hati agar sentiasa beringat bahawa segala khazanah dunia ini pemiliknya hanya satu saja dan kita perlu sentiasa bersedia untuk berkorban apa saja.

25 November 2009

0 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

1 Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Islam Agamaku

INFO TERKINI

1Malaysia Onlive Tv

Download Lagu MP3

Download Lagu² Pilihan Anda Disini
Powered By 4shread | Serdahana Itu Indah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites