14 January 2010

Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Produk Halal, UPM

TAWARAN CALON GRA SEGERA!!!!

Dimaklumkan bahawa projek penyelidikan di bawah Geran Agricultural R&D (Sciencefund) yang bertajuk ‘DEVELOPMENT OF HALAL FOOD AUTHENTICATION TECHNIQUE: SCREENING AND CHARACTERIZATION OF THERMOSTABLE SPECIES-SPECIFIC PROTEIN IN PORCINE’ mempelawa calon yang berminat untuk memohon jawatan sebagai Pembantu Penyelidik Siswazah (Graduate Research Assistant) di peringkat master di Institut Penyelidikan Produk Halal, UPM. Calon yang berjaya akan dibayar elaun bulanan sebanyak RM1300 – RM1700 sebulan.

Syarat dan Kelayakan
•    Terbuka kepada individu yang telah bergraduat; sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains atau yang berkaitan (Biokimia, Bioteknologi, Biologi, dll)
•    Berhasrat menyambung pengajian di peringkat master.
•    Mempunyai pengalaman, kemahiran dan asas teori yang mantap dalam penyelidikan proteomik.
•    Pengalaman mengendalikan teknik-teknik dalam penyelidikan protein seperti SDS-PAGE, 2D-PAGE, IEF adalah satu kelebihan.

Sesiapa yang berminat, sila berhubung dengan Dr Awis Qurni Sazili di talian 03-89466909; e-mel:
awisqurni@gmail.com atau Nur Fadhilah Khairil Mokhtar melalui e-mel: fadhilah132230@gmail.com. Memandangkan projek tersebut dijadualkan bermula Januari 2010, sebarang permohonan hendaklah dilakukan dengan kadar segera.

0 komen:

Islam Agamaku

INFO TERKINI

1Malaysia Onlive Tv

Download Lagu MP3

Download Lagu² Pilihan Anda Disini
Powered By 4shread | Serdahana Itu Indah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites