This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label ISLAM. Show all posts
Showing posts with label ISLAM. Show all posts

04 February 2011

Hukum Bersetubuh atau Jimak Isteri Haid



Mengadakan hubungan seks atau berjimak dengan isteri ketika didatangi haid adalah haram dan termasuk di antara dosa-dosa besar. Hukum ini bagi suami yang melakukannya secara sengaja, mengikut kehendak hatinya, nafsunya, perasaanya dan tahu hukum haramnya. Sekiranya dia menghalalkan perbuatan menyetubuhi isterinya sedang haid, maka dia jatuh kepada kufur. Firman Allah yang berbunyi :
“Dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh Dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Al-Baqarah : 222)

Bagi suami yang melakukan persetubuhan dengan isterinya ketika haid perlu bertaubat, beristiqfar dan membayar kaffarah dengan menyedekahkan satu dinar atau setengah dinar.

Menurut Imam Al Ghazali mengatakan bahawa : “Melakukan hubungan seks sebelum isteri melaksanakan mandi hadas (selepas haid terhenti) boleh mewariskan penyakit kusta ke atas anak yang lahir hasil hubungan seks tersebut.”

25 December 2010

Soal Jawab Agama: Berhati-hati bila bernazar

SOALAN
SAYA ada kemusykilan tentang bernazar. Sebelum berkahwin, saya ada bercita-cita bila anak sulung saya lahir, saya ingin berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Atas alasan membantu ekonomi keluarga, suami ingin saya terus bekerja. Kemudian saya berhasrat untuk berhenti kerja apabila anak sulung saya masuk tahun satu, atas alasan yang sama, saya tidak berhenti kerja sehingga kini (anak saya telah berumur 10 tahun).

Saya musykil apakah hasrat atau cita-cita saya itu dikira sebagai nazar yang tidak saya laksanakan kerana saya dapati pencapaian akademik anak saya itu agak lemah berbanding adik-adiknya. Adakah tidak tertunainya nazar itu punca kelembapan anak saya? Apakah yang harus saya lakukan?

JAWAPAN

Mengikut apa yang saya faham bahawa puan pernah bercita-cita untuk berhenti kerja bila dikurniakan cahaya mata. Niat yang sebegini tidak dikira nazar, kerana ini adalah hajat puan jika keadaan mengizinkan puan akan berhenti kerja tapi puan tidak dapat berhenti kerana kekangan hidup.

Nazar hendaklah dalam perkara ta'abbudiy (Ketaatan dalam melakukan sesuatu ibadat kepada Allah SWT), berhenti kerja bukan suatu ketaatan kepada Allah SWT. Nazar yang ta'abbudiy ialah melafazkan niat nazar dengan suara yang agak boleh didengari oleh telinga sendiri.

Nazar yang disunatkan dan disukai Allah SWT ialah Nazar tabarrur, nazar berbuat kebajikan atau ketaatan, dengan berniat "Demi Allah aku akan bersedekah tiga ekor kambing." Nazar sebegini juga dinamakan nazar taqarrub, nazar mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Manakala pencapaian anak yang tidak cemerlang tiada kaitannya dengan niat puan. Jangan sesekali puan anggap ini sebagai hukuman Allah SWT. Sedang Allah SWT sangat pengasih lagi penyayang. Pencapaian anak-anak pastinya tidak sama. Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa sangat ghairah untuk melihat keputusan yang sangat cemerlang daripada anak-anak kita.

Saya kira kita salah, sebab terlalu awal kita menghukum anak-anak itu kerana tidak cemerlang, atau tidak sehebat anak-anak orang lain. Mungkin juga pencapaian yang tidak cemerlang berpunca daripada kaedah didikan yang salah. Usaha lagi puan, Insya-Allah akan ada jalan keluar.

Namun suka saya perjelaskan sedikit maklumat dan perincian nazar ini seperti berikut. Sabda Rasulullah SAW daripada Aisyah ra daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah, maka taatilah, dan sesiapa yang bernazar untuk mengingkari perintah Allah (berbuat maksiat) maka janganlah menderhakai-Nya. (al-Bukhari, no:6565, Abu Daud, no:3265, al-Tarmidzi, no: 1564, Ibn Majah, no: 2126 ).

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan (ketahuilah), apa sahaja Yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja Yang kamu nazarkan maka Sesungguhnya Allah mengetahui-Nya dan (ingatlah), orang-orang Yang zalim itu tidak ada sesiapa pun Yang dapat menolongnya. (al-Baqarah: 270).

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi Yang Diwajibkan Tuhan kepada-Nya), serta mereka takutkan hari (akhirat) Yang azab seksa-Nya merebak di sana sini. (al-Insan:7)

Nazar mempunyai dua macam iaitu;

- Nazar mutlak

Mewajibkan diri dengan sesuatu ketaatan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas apa yang diperolehi dan yang telah berlaku, sama ada berbentuk nikmat atau terhindar dari bala. Contoh bernazar setelah Allah melepaskannya dari kesengsaraan dan kesedihan atau Allah mengurniakannya dengan rezeki.

Nazar ini lafazkan setelah memperoleh nikmat atau terhindar dari sesuatu bala'. Nazar begini hukumnya adalah diharuskan. Manakala menurut Maliki disunatkan.

- Nazar mu'allaq

Iaitu bernazar untuk mentaati Allah swt sekiranya dia dikurniakan sesuatu yang dihajatinya atau dengan ketaatan atas sesuatu yang akan datang (belum berlaku). Juga bermaksud jika impiannya terlaksana. Nazar yang bersyarat begini hukumnya adalah makruh menurut kebanyakan ulama Syafi'i, Hanbali dan Maliki.

Ini kerana perbuatan taat yang mahu dilakukan bergantung kepada tercapai atau tidaknya apa yang dimahukan. Ternyata di sini bahawa amalannya itu bukanlah untuk mendekatkan diri kepada Allah tetapi dengan niat sebagai barang ganti.

Seolah-olah, Jika Allah laksanakan kemahuan aku, aku akan mendekatkan diri kepada-Nya, jika tidak, maka aku tidak lakukan. Ia disebut sebagai orang yang bakhil dan berkira-kira dengan Allah SWT.

Sebenarnya bagi saya kebanyakan apa yang kita nazarkan dalam mencapai sesuatu hajat perlu berhati-hati supaya tidak mengundang kemurkaan Allah SWT. Ini kerana ada di antara kita yang suka bernazar kemudian memungkiri nazarnya selepas mendapat apa yang dia mahu. Dengan demikian kita telah menanggung hutang dengan Allah SWT.

Peliknya manusia ini masa minta dan mohon kepada Allah SWT memang bersungguh-sungguh, tapi apabila sudah dapat, mereka buat-buat terlupa. Saya sedari hal ini apabila ada yang bertanya bahawa dia pernah bernazar pada tahun 1990. Nazarnya telah diperkenankan oleh Allah SWT pada tahun 1991 tapi sampai sekarang belum menunaikan nazarnya.

Sebab itulah saya fikir bahawa walaupun bernazar ini suatu yang harus dalam Islam tetapi ia seolah-olah mensyaratkan perlakuan kebajikan itu dengan sesuatu pemberian daripada Allah SWT. Sedang Allah SWT sangat luas pemberiannya yang kalau manusia hitung pasti tidak dapat membalasnya.

Oleh itu seperkara kena ingat di sini, jika nazar yang diucapkan disertakan dengan iktikad bahawa nazar yang dibuat ini memestikan hasratnya tercapai, atau beriktikad bahawa Allah SWT memperkenankan hasratnya disebabkan oleh nazarnya itu, maka iktikad seperti ini adalah satu niat yang buruk, keji dan rosak. Ia hampir kepada kufur. Ia termasuk di dalam dosa besar.

Umat Islam haram pakai baju samai Santa Claus

Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai 'Santa Claus' kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad.

Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut Kristian.

Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai 'Santa Claus' kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad.

Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut Kristian.
Setiap kali menjelang 25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. Bagi saya, hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang Islam itu.
Baru-baru ini, saya ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara ini malah ada yang meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus, " katanya.

Tahrir berkata, ada sesetengah masyarakat Islam yang bekerja di pusat beli - belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan berkenaan atas kehendak tugas.

Pihak atasan organisasi berkenaan seharusnya sedar dan sedia maklum mengenai sensitiviti masyarakat Islam. Mereka sebenarnya boleh mengarahkan pekerja lain dan sebagai contoh pekerja yang beragama Kristian untuk memakai pakaian terbabit, " katanya. 

14 August 2010

Sahur Dan Hukum Yang Berkaitan Dengannya

1. Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w:
“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).
Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadan ini, maka ikutilah sunnah Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.
2. Allah jadikan keberkatan dalam bersahur. Sabda Nabi s.a.w :
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Barakah adalah sesuatu yang mustahak dalam kehidupan ini. Insan mungkin memiliki berbagai perkara, tetapi jika ianya tidak diberkati Allah, maka segala kebaikan yang diharapkan akan hilang. Mencari keberkatan adalah suatu yang teramat penting dalam hidup ini. Dalam sahur itu ada keberkatan buat puasa yang bakal dilaksanakan dan kehidupan individu yang berpuasa secara umumnya. Semoga kita memperolehinya.
3. Bersahur itu terhasil dengan memakan apa-apa makanan yang halal, atau meminum apa-apa minuman yang halal. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu” (Riwayat Ahmad, disahihkan dengan syawahid).
Berdasarkan hadis, kita digalakkan bersahur dengan tamar. Nabi s.a.w bersabda:
“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).
Maka dengan ini, kita bukan sahaja digalakkan berbuka puasa dengan tamar, kita juga digalakkan untuk bersahur dengan tamar. Maka, ambillah sekurang-kurangnya sebiji tamar semasa bersahur semoga mendapat pahala tambahan.
4. Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Perkataan sahur itu sendiri merujuk kepada akhir malam atau sepertiga akhir malam. Ini seperti firman Allah:
“Pada waktu sahur mereka memohon keampunan” (Surah Ali ‘Imran: 17).
Bersahur terlalu awal bukanlah sesuatu yang digalakkan sebaliknya disunnahkan melewatkannya.
Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menunjukkan bahawa betapa lewatnya sahur Nabi s.a.w. Jika 50 ayat dibaca, kadarnya lebih kurang beberapa minit. Di tempoh itulah Nabi s.a.w menghentikan sahur untuk bersiap menuju solat.
5. Waktu sahur berlanjutan sehinggalah masuknya waktu subuh. Andaian bahawa puasa itu mesti bermula sepuluh atau dua puluh minit sebelum subuh adalah tidak tepat. Hadis Zaid di atas tadi, bukan menunjukkan sahur itu wajib berhenti kadar 50 ayat sebelum azan, tetapi menunjukkan amalan Nabi s.a.w yang dilihat oleh Zaid. Buktinya, Aisyah r.a menyebut:
“Sesungguh Bilal azan pada waktu malam (azan pertama Subuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menunjukkan pada zaman Nabi s.a.w ada dua kali azan bagi waktu subuh. Ini seperti yang diamalkan di kebanyakan dunia Islam terutamanya Mekah dan Madinah. Azan pertama sebelum masuk waktu, ia dilaungkan oleh Bilah bin Rabah. Azan kedua, oleh sahabat Nabi s.a.w yang merupakan seorang buta, beliau Abdullah ibn Ummi Maktum. Maka Nabi s.a.w mengizinkan seseorang yang hendak berpuasa itu makan sehingga azan kedua, iaitu masuk waktu subuh yang sebenar, maka barulah berhenti.
6. Al-Quran sendiri menjelaskan tentang hal ini dengan menyatakan (maksudnya):
“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187).
Maka penentu bagi waktu terakhir sahur adalah masuknya waktu subuh yang sebenar, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelum subuh. Dalam riwayat Muslim, Nabi s.a.w bersabda:
“Jangan kamu tersilap disebabkan azan Bilal, ataupun warna putih sehinggalah kelihatan waktu fajar (sebenar)”.
7. Maka berdasar al-Quran dan hadis-hadis di atas, juga pelbagai riwayat yang lain, maka waktu ‘imsak’ yang sebenarnya bermula apabila masuknya waktu subuh, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelum subuh. Maka, apabila seseorang bangun bersahur dan didapati waktu subuh belum masuk sekalipun hanya tinggal beberapa minit, dia tetap boleh memakan sahurnya sehinggalah masuknya waktu subuh.
8. Bersahur di samping membantu kita untuk lebih cergas semasa berpuasa, ia juga mendidik seseorang untuk bangun pada sepertiga yang akhir malam. Ini kerana waktu tersebut adalah waktu yang mempunyai kelebihan untuk ibadah dan dimustajabkan doa serta istighfar. Dalam hadis, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menunjukkan fadilat berdoa dan beristighfar pada waktu sepertiga malam yang akhir. Maka dengan seseorang bangun pada waktu tersebut memberikan peluang dan ruang kepadanya untuk berdoa dan memohon hajat kepada Allah pada waktu tersebut.
9. Puasa adalah proses mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Jika seseorang itu berpuasa serta mengikuti sunnah-sunnah bagi seseorang yang berpuasa, maka mudah-mudahan mencapai hakikat taqwa. Ia akan mendidik diri dengan berbagai kebaikan yang lain, termasuklah qiyamullail atau ‘bangun malam beribadah’. Sahur, salah satu program penting yang jika dihayati dengan baik, membentuk jika menjadi insan yang menghampirkan diri kepada Allah.

Perkara yang harus dilakukan bila batal puasa

Orang yang batal puasanya harus melakukan empat perkara:


1.   Qadha’: Kewajibannya umum ke atas setiap Muslim Mukallaf yang meninggalkan puasa dengan uzur ataupun tanpa uzur. Umpamanya, perempuan yang datang darah haidh harus mengqadha’kan puasanya, demikian pulalah orang yang murtad. Adapun orang kafir, anak kecil dan orang gila tidak wajib mengqadha’kan puasanya. Dan hukum mengqadha’kannya tidak wajib berturut-turut, tetapi bolehlah mengqadhakannya sesuka hatinya sama ada terpisah-pisah ataupun terkumpul.

2.   Kaffarah: Kewajibannya berlaku hanya ke atas orang yang bersetubuh pada siang Ramadhan, selainnya tidak dikenakan kaffarah. Adapun kaffarahnya ialah memerdekakan seorang hamba. Kiranya ia tidak mempunyai wang untuk menebus seorang hamba, maka berpuasalah ia dua bulan berturut-turut. Jika ia tidak mampu, maka hendaklah ia memberi makan kepada 60 orang miskin setiap seorang satu mud.

3.   Berhenti dari makan-minum dan sebagainya pada sisa harinya. Ini diwajibkan ke atas orang yang menderhaka perintah Allah, kerana tiada berpuasa ataupun kerana cuai pada perintah puasa (berbuka tanpa sebab atau seumpamanya). Maka hendaklah ia berhenti dari makan-minum, apabila ternyata ada seorang adil yang menyaksikan anak bulan pada hari syak (iaitu 30 Sya’ban), sedangkan orang ramai semuanya tiada berpuasa pula, maka hendaklah sekaliannya berhenti dari makan-minum dan sebagainya. Bagi orang yang sedang dalam pelayaran, berpuasalah adalah lebih utama daripada berbuka,

4.   Mengeluarkan fidyah, iaitu bagi orang yang mengandung atau ibu yang masih menyusukan bayinya, kerana khuatir kemudharatan ke atas bayi jika ia berpuasa. Maka dikeluarkan fidyah kerana tiada berpuasa itu, setiap hari satu mud gandum/beras kepada seorang miskin, kemudian puasa itu diqadha’kan. Begitu pula dengan orang tua yang sudah lanjut umurnya, tiada mampu untuk berpuasa, dikeluarkan fidyah satu mud juga.

07 August 2010

Ramadhan: Bulan Mengendalikan Hawa Nafsu

Sering kita mengatakan atau mendengar bahwa puasa (shaum) adalah berfungsi untuk menundukkan hawa nafsu buruk kita. Namun, yang dimaksud sekadar menahan nafsu makan dan minum, tidak berbohong, tidak bertengkar atau aktiviti lain yang bersifat moral semata- mata. Sekiranya faktanya sedemikian rupa maka sebenarnya telah terjadi penyempitan makna dari menundukkan hawa nafsu itu sendiri. Allah SWT berfirman:

وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى إِنْ هُوَ إِلاَّ وَحْيٌ يُوحَى

Tiadalah yang diucapkannya itu (al-Quran dan al-Hadist) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). [TMQ An-Najm (53): 3-4) ]

Dalam ayat di atas, Allah SWT secara tegas menjelaskan bahwa hawa nafsu dan wahyu saling berbeza. Hawa nafsu adalah segala bentuk dorongan yang berasal dari dalam diri manusia. Oleh karena itu, hawa nafsu tidak hanya terbatas pada aspek moral sahaja, melainkan meliputi seluruh dorongan ada dalam diri manusia yang terwujud dalam seluruh aktiviti. Sebaliknya, wahyu adalah sesuatu yang diwahyukan oleh Allah kepada Rasulullah saw. berupa perintah dan larangan. Wahyu ini yang harus mengendalikan hawa nafsu manusia. Jika hawa nafsu manusia tidak dibimbing wahyu, ia akan cenderung pada keburukan.

Oleh itu, ketika bulan Ramadhan dikatakan sebagai bulan menundukkan hawa nafsu, maka yang seharusnya terbayang dalam fikiran kita adalah kita mencampakkan dan membuang jauh-jauh seluruh aktiviti yang dilarang oleh Allah SWT. Selain kita meninggalkan aktiviti menyakiti orang lain, kita juga harus meninggalkan amalan-amalan apatah lagi mempropagandakan sekularisma, pluralisma, feminisma, kapitalisma, pornografi, dan fahaman- fahaman sesat lainnya; kita juga harus menghentikan kezaliman terhadap rakyat seperti menaikkan harga minyak yang sepatutnya hak rakyat ini diurus menurut hukum syarak; kita juga harus meninggalkan aktiviti menghalang atau bahkan memfitnah agama dan tajassus (memata-matai) serta menghalang pendakwah Islam.

Kita juga mesti berusaha untuk tidak melakukan transaksi riba, bermuamalah secara kapitalis, berpolitik Maciaveli, bernegara tanpa undang-undang yang dilandasi al-Quran dan Hadis, mempertahankan sistem aturan manusia, berinteraksi dalam masyarakat tanpa disandarkan kepada sistem sosial kemasyarakatan yang Islamik, serta menjalani seluruh kehidupan tanpa syariat Islam. Semua itu mesti kita tinggalkan sebagaimana kita berusaha untuk meninggalkan sifat iri, dengki, sombong, takabur dan seluruh sifat buruk lainnya.

Seterusnya kita harus mengiatkan diri dan bersemangat untuk bersama-sama, tolong- menolong, dan terlibat aktif dalam menjalankan dakwah; menyeru penguasa yang zalim untuk bersegera menerapkan syariat Islam; menyeru masyarakat untuk bersegera terikat dengan syariah, tetapi bukan sebaliknya. Rakyat dinasihati supaya sabar menghadapi kesulitan hidup, sementara penguasa yang menyebabkan kesulitan hidup rakyatnya malah dibiarkan. Ramadhan mewajibkan kaum Muslim terikat dengan aturan Allah SWT, sebagaimana firman-Nya:

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ اْلإِسْلاَمِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي اْلآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Siapa saja yang menjadikan selain Islam sebagai dîn (agama, sistem hidup) maka tidak akan diterima apapun darinya serta dia di akhirat termasuk orang yang rugi. [TMQ Ali Imran (3): 85]
Allah SWT juga berfirman:

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki. Siapakah yang lebih baik hukumnya daripada Allah? [QS al-Maidah (5): 50]

Dari dua ayat di atas tampak jelas bahwa kita diminta untuk berhukum pada apa saja yang telah disyariatkan oleh Allah SWT melalui al-Quran dan Hadis; bukan sebahagian sahaja, tetapi seluruhnya. Itulah hakikat sebenarnya dari usaha untuk menundukkan hawa nafsu. Apabila kita telah mampu menundukkan hawa nafsu sebagai hasil dari puasa kita, kita akan menjadi (insyaAllah) manusia yang benar-benar bertakwa, sebagaimana firman Allah:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa. [TMQ Al-Baqarah (2) 183]

Ramadhan Bulan Utama

Memang benar, bulan Ramadhan adalah bulan yang setiap detik, minit, jam, dan hari-harinya penuh dengan keutamaan. Keutamaan-keutamaan tersebut antara lain :

Pertama: Ramadhan membentuk peribadi Mukmin yang taat secara total kepada Allah SWT dan Rasulullah saw. dalam seluruh perkara yang diperintahkan ataupun yang dilarang-Nya. Tidak ada keraguan di dalam hatinya untuk menjalankan Islam secara kâffah (menyeluruh), baik dalam hal akidah maupun hukum-hukum yang lain seperti: hukum ibadah, makanan, minuman, pakaian, sosial, politik, ekonomi, budaya, pemerintahan, dan sebagainya. Mereka siap untuk mengikuti wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. dengan ikhlas dan tawakal.

Kedua: Di aspek lain, pada bulan Ramadhan, Allah SWT menurunkan wahyu berupa al-Quran untuk yang pertama kali. Wahyu inilah yang merupakan sumber hukum untuk dijadikan pemimpin dan panduan kehidupan. Dengan tegas, Allah SWT berfirman:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk (hudan) bagi manusia, penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu (bayyinat) dan pembeda (furqân) (antara haq dan batil). [TMQ al-Baqarah (2): 185]

Ayat ini menjelaskan, bahwa al-Quran diturunkan oleh Allah SWT sebagai petunjuk bagi umat manusia yang mengimaninya; dalil yang jelas dan tegas bagi mereka yang memahaminya, yang terlepas dari kebatilan dan kesesatan; juga merupakan pembeza antara yang haq dan batil, halal dan haram (Lihat: Tafsîr al-Qur’ân al-‘Azhîm, I/269).

Al-Quran bukan kumpulan pengetahuan semata, tetapi juga petunjuk bagi manusia. Al-Quran tidak hanya sekadar dibaca dan dihafalkan saja, melainkan wajib difahami dan diamalkan isinya dalam kehidupan seharian. Nabi saw. dalam berbagai hadisnya menegaskan, bahwa sesiapapun yang berpegang pada al-Quran dan as-Sunnah tidak akan tersesat selama-lamanya. Allah SWT berfirman:

وَمَا ءَاتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا

Apa saja yang diperintahkan oleh Rasul, ambillah; apa saja yang dilarang olehnya, tinggalkanlah! [TMQ al-Hasyr (59): 7]

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa setiap perintah yang terdapat dalam al-Quran, adalah mutlak harus dilaksanakan, dan setiap larangannya harus ditinggalkan, baik terasa berat maupun terasa ringan. Yang tertanam dalam hati dan fikiran adalah, “Kami mendengar dan kami patuhi!” Alangkah ruginya orang yang memahami al-Quran tetapi tidak mengamalkannya. Demikian juga bagi orang yang sentiasa menyerukan Islam namun tidak menjalankannya. Apalagi bagi orang yang menjadikan al-Quran sebagai ‘barang dagangan’, suka memutarbelit pemahaman di dalamnya, bahkan mengatakan al-Quran penuh dengan mitos dan buatan Muhammad. Sungguh, orang tersebut bukan hanya orang yang rugi, namun juga dilaknat oleh Allah. Jadi, pada bulan Ramadhan, Allah SWT bukan sekadar memerintahkan kita berpuasa supaya kita bertakwa, tetapi juga menurunkan al-Quran sebagai sumber aturan untuk mencapai ketakwaan .

Ketiga: Allah sungguh Maha Adil, Maha Bijaksana, dan Maha Pengasih, dan Maha Penyayang. Dalam bulan Ramadhan pintu keampunan dibuka oleh Allah seluas-luasnya, syaitan-syaitan dibelenggu agar tidak dapat menggoda manusia untuk berbuat mungkar, pintu-pintu syurga dibuka seluasr-luasnya, dan berbagai kenikmatan Allah dicurahkan. Dalam bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Itulah malam Lailatul Qadar. Pada malam tersebut untuk pertama kalinya diturunkan al-Quran kepada Rasulullah saw. sebagai petunjuk hidup bagi seluruh umat manusia; bukan hanya bagi kaum Muslim saja, tetapi juga berlaku bagi umat selain Islam. Itulah tanda rahmatan lil ‘alamin-nya Islam.

Wahai kaum Muslimin! Bulan Ramadhan adalah bulan untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Sudahkah kita mentaati Allah SWT secara kaffah? Ataukah kita masih tetap membiarkan hidup kita diatur oleh hukum- hukum dari aqal dan hawa nafsu kita? Adakah Ramadhan hanya merupakan tempoh menahan lapar dan haus belaka? Wallâhu a‘lam bi ash-shawâb.

Kembalikan Ramadhan sebagai bulan kemenangan

Wahai kaum muslimin! Kembalikan semula Ramadhan sebagai bulan kemenangan dengan mengembalikan Khilafah.

Alhamdulillah keberkatan bulan Ramadhan menyapa umat Islam lagi. Ramadhan adalah bulan di mana al Quranul Kareem diturunkan dari Lauhul Mahfuz ke Baytul Izza. Ia adalah bulan di mana terdapat satu malam; Lailatul Qadar iaitu malam yang terbaik di antara seribu bulan pada yang menyaksikan keagunganNya. Dan ia juga bulan di mana Allah subhanahuwataala memerintahkan umat Islam berpuasa, mengikat syaitan-syaitan, mengunci pintu-pintu Neraka dan membuka seluas-luasnya pintu Syurga, membenarkan umat Islam meninggikan ketaatan dan kekuatan dari Tuhan mereka, Al Qawwy, Al Azeem.

Generasi terdahulu muslimin, pada ketika berhukum dengan Kitab Allah, telah dilimpahi dengan keberkatan Ramadhan untuk menikmati kemenangan terhadap kaum kuffar. Dibawah kepimpinan Rasulullah saw, Negara Islam telah berjaya mengalahkan puak terkemuka dikalangan bangsa Arab, iaitu puak kafir Quraish di dalam peperangan Badar. Meskipun pada masa itu, Negara Islam mempunyai pasukan tentera yang kecil dari segi bilangan, mempunyai kelengkapan perang yang tidak mencukupi dan berhadapan dengan musuh Allah yang tiga kali ganda bilangannya termasuk yang terkuat dan paling berpengalaman dalam peperangan.

Firman Allah :

وَلَقَدْ نَصَرَكُمْ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
"Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah ketika itu orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya." [Surah Ali Imran 3:123]

Satu lagi peristiwa Ramadhan adalah Pembukaan Kota Mekkah (Fatah Mekkah) oleh Negara Islam. Pembukaan ini telah menundukkan puak Quraish di bawah kekuasaan pemerintahan Islam sekaligus menghapuskan kekejaman mereka terhadap bangsa lain dan juga memudahkan jalan untuk perluasan Daulah Islamiyyah ke serata pelusuk dunia. Turun Firman Allah pada masa itu:

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا
“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong” [Surah An-Nasr 110:1-2]

Dan pada abad kepimpinan Islam selepas era Rasulullah saw dan Khulafa’ ar Rashidun, Daulah Islam Khilafah mencapai kemenangan yang besar ke atas musuh-musuh Islam dalam bulan Ramadhan. Kaum Muslim telah berjaya mengusir Tentera Salib dari As-Syam sepenuhnya walaupun sebahagiannya telah cuba diusir semenjak berabad lamanya. Kaum muslim juga telah mengatasi dan mengalahkan bala tentera Tartar di Ein Jaloot yang telah melakukan kerosakan dan kekejaman terhadap kaum muslimin sebelumnya.

Jadi, dapat dilihat, ketika Kaum Muslimin ditadbir dan dihukum dengan peraturan Islam, Allah swt telah memperlihatkan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan kemenangan umat Islam ke atas musuh-musuhnya. Tetapi alangkah sedihnya pada Ramadhan kali ini, tanpa Daulah Khilafah, kaum Muslimin berhadapan dengan penaklukan oleh musuh-musuh Islam di setiap pelusuk ruang kehidupan mereka.

Sekali lagi pada Ramadhan kali ini, kaumMuslimin menghitung jumlah kematian saudara-saudara mereka hasil dari kerja tangan para penjajah yang menakluk tanah-tanah kaum muslimin di Afghanistan, Iraq, Palestin, Kashmir dan banyak lagi. Pada Ramadhan ini, para tentera kaum muslimin ditegah dari menghulurkan bantuan kepada saudara seIslam mereka tetapi dikerah tanpa bantahan untuk melindungi pihak penjajah kuffar dari saudara muslim mereka.

Ramadhan ini, kaum muslimin berdepan dengan penghinaan terhadap permata bernilai mereka, iaitu Deen Islam. Para penjajah kuffar barat.menanamkan pemikiran rosak mereka melalui sistem pendidikan, media-media massa dan iklan-iklan. Dan Ramadhan ini, kaum muslimin mengharungi kepayahan dan kesempitan hidup kerana sumber-sumber alamnya dikuasai dan diexploitasi oleh penjajah.

Biarpun Umat Islam mempunyai tanah yang luas, kaya sumber alamnya, jumlah penduduk yang ramai dan pasukan tentera yang gagah dan permata paling bernilai iaitu deen Islam yang benar, tetapi umat Islam dihina dan dikeji dihadapan kaum kuffar

Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana tanpa adanya Daulah Khilafah Islam, politik dan pemerintahan tidak lagi kearah menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar. Bahkan politik dan pemerintahan telah dihinakan kepada mengikut telunjuk perintah penjajah dan menghalang apa yang tidak di sukai oleh mereka. Politik bukan lagi memelihara urusan umat untuk mencapai keredhaan Allah semata. Sebaliknya politik pemimpin kaum muslim adalah agenda murahan untuk berlumba-lumba memenangi hati pihak penjajah yang sedang memerintah atau yang bakal memerintah, untuk kepentingan diri sendiri.

Wahai umat Islam!

Ramadhan ini, dengan keadaan saudara-saudara umat Islam yang sedang hebat dilanda kesengsaraan akibat kekejaman pemimpin kuffar, kalian tidak sepatutnya berpuas hati menyembahkan diri kepada Allah dengan berpuasa dan bersolat sahaja. Sebaliknya, menjadi kewajipan bagi kalian untuk bersama-sama bekerja ke arah penerapan agama Allah di muka bumi ini dan memastikan keutuhan nya dari segala macam cara hidup, tidak lain dan tidak bukan dengan mengembalikan semula Khilafah, agar Ramadhan kembali menjadi saksi ke atas kemenangan kaum muslim satu persatu. Marilah bekerja untuk menukar pemimpin kaum muslimin yang rosak ini dan mengembalikan Khilafah di tempatnya, bukan hanya kerana hidup dan mati tetapi atas Perintah dari Allah swt.

Seandainya kalian sebagai muslim tidak menjalankan kewajipan ini, adalah seperti kalian bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin yang melakukan dosa ini. Keadaan kaum muslimin akan lebih parah di dunia ini dan mereka akan di hukum di akhirat nanti Sebagaimana sabda Rasulullah saw

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَا يُعَذِّبُ الْعَامَّةَ بِعَمَلِ الْخَاصَّةِ حَتَّى يَرَوْا الْمُنْكَرَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْهِمْ وَهُمْ قَادِرُونَ عَلَى أَنْ يُنْكِرُوهُ فَلَا يُنْكِرُوهُ فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَذَّبَ اللَّهُ الْخَاصَّةَ وَالْعَامَّةَ
“Allah tidak akan menghukum sekelompok umat di atas perbuatan sekelompok dari mereka, sehingga mereka melihat kemungkaran berlaku di tengah-tengah mereka dan mereka mampu untuk menghalangnya tetapi mereka tetap membiarkannya, dengan demikian itu, Allah akan memberi balasan ke atas semua orang.” (H.R Ahmad)

Oleh itu, ambillah peluang keberkatan Ramadhan ini. Kembalilah kepada Allah subhanahuwataala dengan meningkatkan usaha menentang pemimpin yang rosak dan mengembalikan Daulah Khilafah di tempatnya. Hanya Khilafah akan mengembalikan kedaulatan Islam yang akan memelihara kaum muslimin dan Deen mereka dan menggentarkan hati musuh-musuh Islam. Dan ketahuilah, Allah telah menjanjikan kemenangan bagi orang yang benar-benar mempercayaiNya.

Seperti Firman Allah :

وَلاَ تَهِنُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَنْتُمْ الأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
”Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.” [Surah Ali-Imran 3:139]

Sumber: Khilafah.com

Khutbah Rasulullah SAW ketika menjelang Ramadhan

Berikut merupakan wasiat Baginda Rasulullah SAW pada malam terakhir bulan Sya’ban, tatkala menyambut datangnya bulan Ramadhan-

"Wahai manusia!

Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.

Pada bulan ini nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kalian untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini.

Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kalian pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kalian dengar.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kalian untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!

Sesungguhnya diri kalian tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kalian berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud.

Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya.

Wahai manusia!

Siapa saja di antara kalian memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia!

Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui sirath al-mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan persoalan-Nya pada Hari Kiamat. Siapa saja yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa sahaja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain. Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia!

Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kalian. Kerana itu, mintalah kepada Tuhan kalian agar tidak pernah menutupkannya bagi kalian. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Kerana itu, mohonlah kepada Tuhan kalian untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kalian. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kalian.

Wahai manusia!

Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu’.

Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan satu kefardhuan di dalam bulan yang lain.

Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya.

Siapa saja yang memberikan makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikit pun berkurang.

Inilah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari hamba sahaya, nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.

Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhan kalian, dua perkara lagi yang sangat kalian perlukan. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampunan kepada-Nya. Dua perkara yang sangat kalian perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari neraka.

Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Nya, dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga." [HR Ibnu Khuzaimah]

21 July 2010

Kebinasaan Berlaku Tidak Mengira Sesiapa, Masa & Tempat

Hadith:

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:“Bakal ada tentera yang akan menyerang Ka’abah, tetapi ketika mereka sampai disuatu tempat lapang, tiba-tiba ia dibinasakan semuanya , baik yang pertama hingga yang terakhir.’Aisyah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimana dibinasakan semuanya, padahal disitu ada orang-orang yang tidak ikut serta, iaitu orang yang sedang dipasar dan lain-lainnya? Jawab Nabi di binasakan semua, kemudian dibangkitkan menurut niat masing-masing”.

Riwayat Bukhari Muslim

Huraian :

Kebinasaan yang menimpa pada suatu daerah akan mengenai yang bersalah dan yang tidak bersalah, orang yang baik dan orang yang tidak baik, ia akan mengenai semuanya apabila kecelakaan itu berlaku.

Di suatu zaman, akan berlaku penyerangan atau pertempuran diantara golongan atau puak ditempat yang disasarkan, yang melibatkan ramai terkorban. Dan ramai yang telah cedera akibat pertempuran itu.

Perhitungan atau balasan diakhirat kelak hanya terhadap mereka yang bersalah. Bagi semua pejuang akan menerima perhitungan menurut niatnya. yang baik akan menerima balasan yang baik manakala pejuangan yang jahat akan menerima balasan kejahatannya diakhirat kelak.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

09 April 2010

Hukum Mengubati Pesakit Berlainan Jantina


“Siapakah yang bersalah, doktor atau pesakit jika ternampak aurat?” Tanya seseorang.“Bagaimana hukumnya?”

Saya percaya, ramai di kalangan kita masih samar-samar mengenai hukum berkaitan dengannya. Tambahan pula perkara ini seolah menjadi kebiasaan di dalam masyarakat sehinggakan perkara sebenar tidak diaplikasikan sebaik mungkin. Di sini kita bukan mahu mencari salah siapa samaada pesakit ataupun doktor, akan tetapi mahu mengambil jalan penyelesaian agar dapat diselesaikan semaksimum mungkin.

BOLEHKAH DOKTOR LELAKI MENGUBATI PESAKIT WANITA ATAUPUN SEBALIKNYA?
Memahami masalah ini pada asasnya perbuatan melihat aurat wanita adalah ditegah sama sekali. Islam mengharamkan lelaki melihat aurat wanita, begitu juga wanita melihat aurat lelaki. Namun dalam masalah mengubati pesakit berlainan jantina diharus bersyarat.

Majma’ al-Fiqhi al-Masihi di bawah Rabitah al-A’lami al-Islami di dalam seminarnya yang ke-14 bertempat di Mekah bertarikh 20 Sya’ban 1415 Hijrah bersamaan 21 Januari 1995M telah mengeluarkan resolusinya seperti berikut:

1. Syariat pada asalnya mengharamkan perempuan mendedahkan aurat kepada lelaki dan mengharamkan lelaki mendedahkan aurat kepada perempuan. Begitu juga perempuan diharamkan mendedahkan aurat sesama perempuan atau lelaki sesama lelaki.

2. Pihak Majma’ sekali lagi menegaskan di dalam resolusinya yang bernombor 85/12/85 di dalam persidangan yang bermula pada 1-7 Januari 1414H bahawa: “Asalnya apabila kedapatan doktor perempuan Islam, dialah yang wajib merawat pesakit wanita. Jika doktor Islam tidak ada, maka mestilah doktor wanita bukan Islam. Apabila doktor wanita bukan Islam tidak ada, maka dibolehkan doktor lelaki Islam. Apabila ketiadaan doktor lelaki Islam, barulah dibolehkan doktor lelaki bukan Islam merawat pesakit wanita Islam. Ianya mesti disyaratkan melihat bahagian badan perempuan yang diperlukan sahaja bagi menentukan jenis penyakit serta merawatnya, dan tidak boleh melampaui batas keperluan. Hendaklah menutup anggota badan sekadar yang terdaya. Apabila seseorang doktor lelaki merawat pesakit perempuan, maka pesakit perempuan hendaklah ditemani mahram atau suami atau perempuan lain yang boleh dipercayai, dibimbangi berlakunya khalwat.”

Manakala di dalam kita Fiqh as-Sadah as-Syafie’yah oleh Doktor Khalifah Abdul Basit Shahin menyebut bahawa melihat aurat berlainan jantina tanpa sebab adalah haram. Ini berdasarkan dalil al-Quran bermaksud:
"Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”

Begitu juga Allah SWT mengharamkan ke atas wanita melihat aurat orang lain:
“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat.”

Pengarang juga membahagikan sebab yang diharuskan melihat aurat berlainan jantina kepada tiga bahagian dan ini termasuklah mengenai rawatan oleh para doktor.
Justeru, secara kesimpulannya prioriti bagi merawat pesakit menurut syariat Islam adalah sebagaimana berikut:

1.Doktor wanita Islam
2.Doktor wanita bukan Islam
3.Doktor lelaki Islam
4.Doktor lelaki bukan Islam

DOKTOR YANG MENGAMBIL KESEMPATAN
Dewasa ini kedapatan banyak kes melibatkan doktor ke atas pesakit, ini termasuklah kes cabul, rogol ataupun perzinaan. Inilah natijahnya jika tidak mengguna pakai aturan yang ditetapkan oleh syariat Islam. Doktor-doktor keluaran sistem barat tidak langsung menitikberatkan soal akhlak dan syariat ketika mengubati pesakit berlawanan jantina. Malah doktor berhidung belang seperti ini sanggup mengambil kesempatan dengan melakukan perkara-perkara yang dilarang.

Pada asalnya tugas sebagai doktor adalah suatu profesyen yang baik dan mulia kerana membantu manusia dari kecelakaan. Namun ianya menjadi haram kerana salahguna tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Sudah tentu ianya mencalarkan kredibiliti sebagai seorang doktor profesional.

Saya yakin, mengambil alasan darurat (sedangkan masih ada jalan penyelesaian) demi memuaskan nafsu syahwat itu bukan etika seorang doktor muslim dan tidak termasuk silibus yang pernah dipelajari bertahun-tahun!

PESAKIT YANG TIDAK PEKA
Masalah ini juga pada asasnya terletak kepada pendirian pesakit itu sendiri. Dalam hal ini, saya melihat ramai di kalangan kita mengambil jalan mudah dan langsung tidak menghiraukan soal penjagaan syariat ketika menerima rawatan. Masakan tidak, terkadang masih wujud klinik yang mempunyai doktor wanita Islam tetapi mereka lebih gemar memilih untuk menerima rawatan dari doktor lelaki malah lebih dahsyat apabila lelaki itu bukan beragama Islam.

Jika sakit itu melibatkan batuk demam mungkin tidak terlalu bermasalah, tetapi jika sakit itu melibatkan aurat mughallazah (aurat berat seperti tubuh badan wanita dan alat sulit) tidakkah ianya sesuatu yang mengundang risiko? Tidak tercalarkah maruah?

Tambahan pula perkara ini melibatkan kesan psikologi pesakit, terutamanya pesakit wanita jika ianya melibatkan aurat sulit. Sudah tentu timbul pelbagai perasaan kelak jika tidak dibendung segera.
Pekalah dengan keadaan semasa, usahlah terlalu mengambil ringan dan memandang enteng tentang perkara ini. Berhati-hatilah!

Mencegah itu bukankah lebih baik dari mengubati?

JADILAH DOKTOR YANG ISLAMIK
Suka saya untuk mengutip kata-kata nasihat beberapa orang doktor buat tatapan pembaca di blog ini.
Kata Dr.Hamdi Mas’ud dalam kitabnya Daur at-Tobib al-Muslim fi nasyri Ta’alim al-Islam bermaksud:
“Adapun bagaimanakah cara untuk seseorang doktor itu membawa pesakitnya ke jalan menuju Allah ketika melaksanakan tugasan dirinya.. hendaklah berusaha dalam kadar waktu yang mengizinkan untuk memasukkan ke dalam benak fikiran dan hati pesakit akan kefahaman Islam yang sebenar.. bertitik-tolak dari kefahaman Islam yang sebenar inilah, seseorang doktor itu mampu mendekatkan pesakitnya akan hakikat Tauhid dengan menyatakan bahawa segala perkara yang terjadi adalah di bawah kekuasaan Allah.”
Renungilah pula kata-kata dari Dr. Nada Abd Azez Mohamed al-Yusfi,  dalam kitabnya Ila at-Tobib wa Tolib at-Tib Kaifa Takhdimu al-Islam:
“Sesengguhnya doktor yang hidupnya adalah untuk dirinya sendiri tanpa memikirkan orang lain di sekelilingnya dan tidak meletakkan di hadapannya tujuan dakwah yang menggunung, juga tidak melapangkan masanya sejam sahaja dalam seminggu untuk mempelajari ilmu agama dan menghafaz apa yang patut dari al-Quran, juga tidak memikirkan apa yang perlu dibuat untuk Islam terhadap ilmu perubatan yang dianugerahkan kepadanya, maka keadaannya kadang-kadang banyak rehat, hidup matinya dalam keadaan jiwanya kerdil. Adapun doktor yang berjiwa besar sanggup memikul tugasan yang penat ini, tidak mementingkan urusan tidurnya, waktu rehatnya, berada di atas tilam empuk dan kehidupan yang senang-lenang disamping harta benda yang memuaskan. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memberitahu keadaan sepatutnya dan bersabda kepada Ummul Mukminin Saidatina Khadijah: Telah berlalu masa untuk tidur wahai khadijah. Maka kami ingin menyatakan di sini: Telah berlalu masa untuk kamu tidur dan pejam lelap wahai penuntut-penuntut bidang perubatan!” 


Rujukan: Faridrashidi

09 February 2010

Kewujudan jin, iblis dan syaitan Nuffnang Ads

KETIGA-TIGA makhluk ini ciptaan Allah SWT yang berurusan untuk mengganggu serta menyesatkan manusia. Ia dicipta daripada api seperti termaktub dalam al-Quran melalui firman bermaksud: "Dan Dia menciptakan jin dari api." (Surah ar-Rahman, ayat 15).

Mereka diberi keizinan Allah untuk menyesatkan manusia sehingga hari kiamat. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya kamu (wahai iblis) diberi tangguh untuk mengganggu anak Adam hingga hari kiamat." (Surah Sad, ayat 81).

Hakikatnya mereka berasal dari satu golongan kerana al-Quran juga menggunakan istilah jin, iblis dan syaitan. Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya pernah mentafsirkan jin dengan makna iblis. Al-Quran menjelaskan ia asalnya kelompok malaikat (mengikut setengah tafsiran) yang ingkar perintah Allah.

Kebanyakan ulama tafsir menyatakan iblis adalah bapa kepada semua jin dan syaitan. Ia juga terdiri daripada yang beriman dan kafir. Ia tidak dapat dilihat oleh pandangan mata kasar manusia. Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya dia (syaitan) dan kuncunya dapat melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka." (Surah al-A'raf, ayat 27).

Ada pendapat mengatakan iblis dan syaitan berasal daripada golongan jin yang ingkar perintah Allah supaya sujud kepada Nabi Adam. Dikatakan bahawa Jin Afrit adalah yang paling aktif dan cerdik seperti sejarah Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis dari Yaman.

Makhluk ini mampu menjelma dalam bentuk tertentu seperti sabda Rasulullah bermaksud: "Jin ada tiga golongan, bersayap dan mampu terbang di udara, berupa benda melata seperti ular dan sebagainya, berwajah cantik dan mengilai." (Hadis riwayat Hakim dengan sanad sahih).

Hadis daripada Aishah diriwayatkan Muslim, mengatakan anjing hitam adalah jelmaan syaitan. Begitu juga kucing dan keldai hitam kerana warna hitam adalah himpunan kekuatan bagi syaitan dan tenaga tambahan bagi mereka.

Tetapi bukan bermakna semua anjing, kucing dan kaldai hitam adalah syaitan kerana maksud ungkapan Rasulullah adalah gambaran kepada warna yang buruk dan kurang faedahnya bagi binatang itu. (Dr Abd Wahab Abd Ati Abdullah � Rektor Universiti Al-Azhar).



Antara peranan jahat syaitan ialah:

* Mencipta permusuhan antara manusia. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya syaitan bermaksud untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu." (Surah Al-Maidah, ayat 91).

* Menghilangkan pertimbangan akal yang waras. Sabda Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah kerana perasaan itu adalah datang daripada syaitan."

* Tamak dan hasad dengki. Allah mewahyukan kepada Nabi Nuh di atas bahteranya: "Dua perkara yang akan merosakkan manusia disebabkan iblis, dengki dan tamak." (Ibnu Jauzi).

* Mencipta bibit perpecahan sesama umat Islam. Dari sahabat bernama Jabir bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya iblis putus asa terhadap orang yang solat tetapi ia mampu memecahbelahkan perpaduan mereka." (Hadis riwayat Bukhari).

* Memesongkan akidah umat Islam. Firman Allah bermaksud: "Dan syaitan berusaha untuk menyesatkan umat Islam dengan kesesatan yang amat jauh." (Surah An-Nisa', ayat 60).

* Menyeru kepada kejahatan. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu melakukan perbuatan jahat dan keji dan menyatakan mengenai agama Allah apa yang tidak diketahui." (Surah Al-Baqarah, ayat 169).

* Menghalal serta mengharamkan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu melakukan perbuatan jahat dan keji dan menyatakan mengenai agama Allah apa yang tidak diketahui." (Surah Al-Baqarah, ayat 169).

* Menjauhkan manusia daripada mengingati Allah. Firman Allah bermaksud: "Sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah maka syaitan adalah teman yang selalu bersamanya." (Surah Az-Zukhruf, ayat 36).

* Mencipta perbalahan dalam agama. Firman Allah bermaksud: "Ada di kalangan manusia yang membantah mengenai agama Allah tanpa ilmu dan mengikut syaitan yang jahat." (Surah Al-Haj, ayat 3).


Justeru, sesiapa yang ingkar mengenai kewujudan jin dan keturunannya adalah kafir kerana menolak apa yang terdapat dalam al-Quran daripada nas yang jelas.

Ustaz Zamanuddin Jusoh



Hadis 1
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a., katanya : Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : "Apakah sifat yang paling baik dalam Islam?" Rasulullah s.a.w. bersabda : "Memberikan makanan serta memberi salam sama ada kepada orang yang engkau kenali ataupun tidak."

Hadis 2
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin Al-Ash r.a., katanya : Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : "Apakah sifat orang Islam yang paling baik?" Rasulullah s.a.w. bersabda : "Seseorang yang terhindar orang-orang Islam yang lain dari (kejahatan) lidah dan tangannya."

Hadis 3
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: Aku bertanya : "Ya Rasulullah! Apakah sifat orang Islam yang paling baik?" Rasulullah s.a.w. bersabda : "Seseorang yang terhindar orang-orang Islam dari (kejahatan) lidah dan tangannya."

Hadis dipetik dari kitab 100 Mutiara Hadis (Terjemahan dan Penjelasan Shahih Bukhari-Muslim) oleh Mohd Sofwan Amrullah. Cetakan Ketiga tahun 2007 dan diterbitakan oleh Pustaka Ilmi. Bahagian Sifat-Sifat Utama Orang Islam m/s 65-69.

Cuba kita renungi hadis pertama dan bezakan dengan hadis kedua. Hadis pertama soalan yang ditanya ialah "Apakah sifat yang paling baik dalam Islam?"manakala dalam hadis yang kedua dan ketiga soalan yang ditanya ialah "Apakah sifat orang Islam yang paling baik?" dan "Ya Rasulullah! Apakah sifat orang Islam yang paling baik?". Maka kita dapat bezakan perbuatan dan sifat. Perbuatan paling baik dalam Islam yang dihuraikan dalam hadis ialah memberi makan dan salam kepada orang Islam sama ada kita kenal atau tidak. Sifat orang Islam yang paling baik pula seperti dinyatakan di dalam hadis sama juga ertinya dengan tidak menganiayai dan menzalimi orang Islam yang lain.



Oleh itu kedua-dua ini patut dipegang oleh setiap manusia yang bergelar Muslim untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Bukanlah susah untuk memberi salam kepada orang Muslim yang lain. Daripada kita berjumpa dan bertegur sapa dengan 'hoi', 'oi', 'wey', 'pahabaq', 'pekabo' dan lain-lain, lebih baik kita ucapkan Assalamualaikum yang maksudnya Sejahtera ke atas kalian. Bukankan itu lebih lembut dan mendalam maknanya. Bait kata-kata salam yang disebut itu sama seperti kita mendoakan saudara seislam kita dan mengikat hubungan silaturrahim. Apabila kita mengikat hubungan silaturrahim dan merapatkannya maka adakah kita akan tergamak menganiayai dan menzalimi mereka apabila kita sudah sayang-menyayangi kerana Allah? Sudah tentu tidak melainkan kuatnya penyakit hati yang bertapak dalam diri.



Samalah juga apabila kita melakukan perbuatan sekecil memberi makanan kepada saudara seislam tak kira kita kenal atau tidak. Perbuatan ini dapat membina dan mengukuhkan hubungan persaudaraan Islam sesama kita. Jadi apabila kita sering memberi makanan kepada saudara kita, adakah tergamak mereka menzalimi kita dan berkata sesuatu yang buruk kepada kita? Sudah tentu juga tidak malah kita akan disebut-sebut kerana perbuatan baik yang kita lakukan terhadap mereka. Maka inilah yang menghasilkan dan menjadi kemanisan iman ataupun halawatul iman dalam diri seorang Muslim kerana terdapat sabda Rasulullah s.a.w :





Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. katanya : Nabi s.a.w. telah bersabda : "Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi saudaranya" atau baginda Rasul bersabda "Sebelum dia kasihkan jiran tetangganya, sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri."

Maka inilah sifat ataupun akhlak yang kita sebagai Muslim patut tonjolkan dan jadikan sebagai dakwah untuk menunjukkan sifat Muslim yang sebenarnya diajar oleh Rasulullah s.a.w. Jadi segala yang khilaf itu bukakanlah hati untuk meminta dan memberi maaf. Berlapang dada jugalah atas perkara yang khilaf itu dan wujudkanlah kesatuan dalam Ummah demi mencapai kegemilangan Islam dan menegakkan Khilafah Islamiah di muka bumi Allah suatu hari nanti. Insya Allah.

02 February 2010

Anti-Dajjal

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal."

Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin.

Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciriDajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.

Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:
"Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu-bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."

"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun . Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. "Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi

oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah.

Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman

kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a.mengatakan:
"Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?"

Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya. " Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab:

"Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?"

Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh.

Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

Sabda Rasulullah : "Sebarkanlah walau seayat."

04 January 2010

Perkahwinan menurut Islam

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam[1]. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

Pemilihan calon

Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut panduan-panduan ini.

Ciri-ciri bakal suami

* beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
* bertanggungjawab terhadap semua benda
* memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
* berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
* tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
* rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.

Ciri-ciri bakal isteri

* beriman & solehah
* rupa paras yang cantik dan elok
* memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
* menentukan mas kahwin yang rendah
* wanita yang subur
* masih dara
* berasal dari keturunan yang baik
* bukan keturunan terdekat

Mati syahid besar ganjarannya

AL-MARAGHI berkata: Dalam ayat sebelum ini, Allah SWT menerangkan tentang orang musyrikin yang menakut-nakutkan orang Islam yang berjihad dengan menyebut akibat-akibat buruk dan boleh terbunuh seperti yang mereka alami di Uhud.

Sedangkan persoalan terbunuh itu merupakan perkara yang tidak disukai oleh orang.

Allah SWT menyusul pula dengan penjelasan bahawa seseorang itu terbunuh kerana sudah ditakdirkan-Nya seperti halnya dengan kematian. Sesiapa yang sudah ditakdirkan mati terbunuh, dia tidak mampu menghindari dan demikianlah sebaliknya. Oleh itu, mereka tidak perlu takut untuk berjihad.

Iktibar dan fiqh ayat ke-169

*Ibnu Kathir berkata: Allah SWT memberitahu mengenai keadaan orang yang mati syahid bahawa mereka itu hanya mati di dunia tetapi roh mereka tetap hidup dan mendapat rezeki di akhirat. Dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim dan kitab-kitab yang lain telah ditegaskan bahawa ayah Jabir iaitu Abdullah bin Amr bin Haram al-Ansari r.a terbunuh dalam perang Uhud sebagai syahid.

*Menurut riwayat Ibnu Abbas r.a pula, yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad, bahawa Raslullah SAW bersabda: "Tatkala kawan-kawanmu telah tewas di Uhud itu, maka roh mereka disimpan oleh Allah SWT di dalam rongga burung hijau. Terbang dan hinggap di sekitar sungai-sungai syurga, makan daripada buah-buahan dan hinggap pada ranting-ranting emas yang tergantung di bawah naungan 'arasy".

*Al-Maraghi berkata: Janganlah kamu menyangka wahai orang yang mendengar ucapan kaum munafik, iaitu golongan yang mengingkari dan meragukan hari kebangkitan dan mengutamakan dunia dari akhirat, bahawa orang yang mati syahid pada jalan Allah SWT itu telah kehilangan kehidupan dan tidak bererti lagi. Kehidupan yang dinyatakan oleh al-Quran mengenai kaum syuhada adalah kehidupan di alam ghaib, hakikatnya tidak diketahui oleh kita. Sebab itu, kita tidak perlu mengada-adakan cerita di luar batasan wahyu.

lHamka berkata: Iman orang mukmin yang telah teguh, sedia mati mempertahankan agama Allah SWT, sekarang mendapat sambutan dan ketentuan daripada Allah SWT. Orang yang mati dalam peperangan kebenaran itu tidak mati. Mereka tetap hidup dan tetap mendapat rezeki daripada Allah SWT.

*Quraish Shihab berkata: Sekali-kali janganlah engkau wahai Muhammad atau siapapun yang dapat ditujukan kepadanya pesanan ini, mengira apatah lagi menduga keras atau yakin bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah SWT baik dalam perang Uhud itu mahupun selainnya adalah orang yang telah mati. Sekarang ini bahkan mereka itu hidup dengan kehidupan yang berbeza dengan kehidupan kamu. Kerana hidup mereka di sisi Tuhan mereka yang Maha Agung dalam keadaan mereka dianugerahkan rezeki yang sesuai dengan alam tempat mereka kini berada, dan sesuai pula dengan nilai perjuangan mereka dan kebesaran serta kemurahan Allah SWT.

*Al-Sonhaji berkata: Ayat ini diturunkan kepada para syuhada yang gugur di medan perang Badar yang berjumlah 14 orang. Enam daripadanya kaum Muhajirin dan lapan kaum Ansar. Tetapi kebanyakan ahli tafsir mengatakan: Ayat ini ditujukan kepada para syuhada yang terbunuh dalam perang Uhud.

Iktibar dan fiqh ayat ke-170

*Al-Qurtubi berkata: Ayat ini menjadi dalil besarnya pahala orang yang terbunuh pada jalan Allah SWT dan mendapat syahid sehingga ia dapat mengkifarahkan semua dosa.

*Al-Suddi berkata: Orang yang mati syahid akan didatangkan sebuah kitab yang di dalamnya tercatat, akan datang kepadamu fulan pada hari ini dan akan datang kepadamu fulan pada hari ini. Maka bergembiralah dia atas kedatangannya, sebagaimana penduduk dunia bergembira dengan ketidakhadiran mereka, apabila ia datang.

*Sa'id bin Jubair berkata: Ketika mereka memasuki syurga dan menyaksikan kemuliaan yang disediakan untuk para syuhada, mereka berkata: Seandainya saudara-saudara kami yang masih hidup di dunia mengetahui kemuliaan yang kami saksikan ini, maka apabila ada peluang untuk berperang, nescaya mereka langsung menyambutnya dengan sendiri sehingga mereka mati syahid dan mendapatkan sebagaimana yang kami peroleh daripada kebaikan. Maka Rasulullah memberitahu mengenai keadaan mereka serta kemuliaan yang mereka terima. Dan Allah SWT memberitahu mereka: Sesungguhnya Aku telah menurunkan dan memberitahu Nabimu mengenai keadaan kamu dan apa yang kamu peroleh, maka bergembiralah atas itu.

*Al-Maraghi berkata: Mereka diberi khabar gembira mengenai teman-teman mereka yang keluar berjihad dan terselamat bahawa mereka akan menyusul di belakangnya (mati syahid). Maksud ayat ini ialah mereka akan tetap hidup sesudah mereka, meskipun mereka mendahului teman-temannya.

lHamka berkata: Sukacita sebagaimana yang telah dibayangkan oleh Rasulullah SAW yang sentiasa berkata benar tentang hidup bahagia di dalam syurga itu. Dengan demikian syuhada yang telah merasa bahagia dan gembira dalam hidup yang kekal di sisi Allah, berpesan pula dengan perantaraan ayat ini, sebab Allah sendiri yang berjanji hendak menyampaikan menurut hadis Ibnu Abbas tadi bahawa teman seperjuangan yang tinggal tidak usah takut, tidak usah berdukacita, teruskanlah perjuangan dan janganlah takut tewas di medan jihad. Sebab perpindahan dari hidup yang fana kerana memperjuangkan cita-cita menuju hajat yang kekal hanya dipisahkan oleh maut yang sebentar sahaja. Sesudah itu, di alam lain, di alam syurga jannah al-naim. Tersedialah hidup bahagia dan rezeki yang kekal abadi.

Iktibar dan fiqh ayat ke 171

*Abdurrahman bin Zaid bin Aslam berkata: Ayat ini mengambil orang-orang Mukmin secara keseluruhan baik yang mati sebagai syuhada mahupun tidak. Allah SWT tidak sedikitpun memberitahu kurnia dan pahala yang diberikan kepada para Nabi, maka Allah juga menyebutkan apa yang diberikan-Nya kepada orang yang beriman.

lMuhammad bin Ishaq berkata: Mereka merasa senang hati atas apa yang diperolehi melalui apa yang telah dijanjikan, serta pahala yang besar yang diberikan kepada mereka.

*Al-Maraghi berkata: Maksud nikmat di sini ialah ganjaran pahala yang akan diberikan kepada seseorang sebagai balasan terhadap amalannya. Kurniaan yang dimaksudkan di sini adalah kurniaan Allah SWT kepada hamba-Nya yang taat lagi patuh kepada-Nya. Ayat ini mengandungi galakan agar berjihad, mendorong agar mencari syahid dan merangsang mereka menambahkan lagi rasa taat serta khabar gembira kepada orang beriman bahawa mereka akan memperolehi kemenangan yang lebih besar.

*Hamka berkata: Mereka itu baik syuhada yang telah pergi terlebih dahulu atau yang mengikuti jejak mereka, meneruskan perjuangan, sehingga ada pula yang syahid, hanya di dunia ini mungkin agak bimbang kerana tarikan kehidupan dunia, tetapi bila mereka bertemu dengan syurga, bertemulah keadaan yang sama sekali tidak disangka. Kebahagiaan abadi, nikmat dan kurnia yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah didengari oleh telinga, dan tidak pernah terlintas di dalam hati manusia ketika hidup didunia. Kerana memang ganjaran untuk orang yang beriman itu tidak disia-siakan oleh Allah SWT.

*Quraish Shihab berkata: Setelah dalam ayat yang lalu dijelaskan tentang kegembiraan para pahlawan yang gugur di jalan Allah SWT atas kurniaan yang mereka dapat dan akan didapatkan oleh teman-teman seangkatan dengan mereka. Maka sekali lagi dalam ayat ini mengulangi pernyataan yang lalu untuk memberi isyarat bahawa apa yang mereka perolehi itu, adalah semata-mata anugerah daripada Allah SWT. Mereka bergembira dengan nikmat dan kurniaan yang besar daripada Allah SWT dan Allah SWT tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang beriman sama ada mereka yang gugur di Uhud atau selainnya. Bahkan yang gugur mahupun yang meninggal secara normal.

Iktibar dan fiqh ayat ke-172

*Al-Qurtubi berkata: Ayat ini dikatakan diturunkan kepada dua lelaki di kalangan Bani Asy'al dan seorang bertongkat atas sahabatnya untuk meneruskan perjuangan menentang golongan musyrikin.

lMuhammad bin Ishaq berkata: Peristiwa perang Uhud itu terjadi pada hari Sabtu pertengahan bulan Syawal. Dan pada keesokan harinya iaitu hari Ahad, penyeru Rasulullah SAW menyeru kepada khalayak untuk mengejar musuh. Selain itu, penyeru itu juga menyerukan agar tidak seorang pun keluar bersama mereka kecuali mereka yang hadir dalam perang Uhud. Kemudian Jabir bin Abdullah bin Amr bin Haram memberitahu kepada Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah, ayahku mengamanahkan kepadaku untuk menjaga saudara-saudara perempuanku seramai tujuh orang, dan ayahku berkata: Hai anakku, tidak seharusnya aku dan engkau meninggalkan para wanita bersendirian tanpa adanya seorang lelaki di tengah-tengah mereka, dan kau bukanlah orang yang mengutamakanmu untuk berjihad bersama Rasulullah SAW atas diriku sendiri. Tinggallah bersama saudara perempuanmu. Maka aku tinggal bersama mereka". Maka Rasulullah SAW membenarkannya dan akhirnya ia berangkat bersama beliau. Beliau keluar dengan maksud untuk menakut-nakutkan musuh dan menyampaikan kepada mereka bahawa beliau keluar dengan maksud mencari mereka, agar dengan cara itu mereka menduga beliau masih mempunyai kekuatan dan apa yang menimpa beliau bersama sahabatnya tidak menyebabkan mereka menjadi gentar menghadapi musuh.

*Al-Maraghi berkata: Orang mukmin adalah orang yang menerima segala seruan Allah SWT menjawab panggilan-Nya dan melaksanakan setiap perbuatan dengan sebaik-baik mungkin serta takut menghadapi dosa kerana kelemahan mereka. Ini kerana sewaktu dalam perang Uhud mereka telah menyebabkan Nabi SAW mendapat luka dan menanggung penderitaan. Mereka akan mendapat ganjaran pahala yang besar kerana mereka telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik.

*Hamka berkata: Ayat ini sebagai lanjutan ayat yang sebelumnya iaitu pujian kepada orang-orang yang beriman itu yang bergembira dengan nikmat kurniaan Allah SWT dan janji Allah SWT. Bahawa Dia tidak akan mensia-siakan ganjaran bagi mereka. Kemudian diberikan pujian istimewa kepada seluruh angkatan perang yang menyertai peperangan Uhud. Sebagaimana yang diketahui, selepas selesai perang, mereka kembali ke Madinah. Mereka kembali sesudah meninggalkan kawan-kawan yang syahid di medan Uhud seramai 70 orang itu dan yang pulang itu ramai di kalangan mereka yang tercedera. Abul Rahman bin Auf menderita luka-luka hingga 20 liang luka di badannya. Tetapi hanya satu malam sahaja mereka dapat berehat di rumah dengan badan yang penat. Sedangkan esok paginya, penyeru perang telah menyorakkan perintah Rasulullah SAW supaya segera berangkat mengejar musuh musyrikin di bawah pimpinan Abu Sufyan itu. Penyeru perang menyampaikan perintah bahawa yang boleh ikut hanyalah mereka yang menyertai perang Uhud sahaja. Yang lain tidak perlu ikut. Maka diujilah mereka dalam ayat ini kerana mereka telah menyambut seruan Allah SWT dan Rasul, padahal mereka dalam keadaan yang parah. Hal ini tidak akan terjadi jika bukan kerana semangat iman yang berkobar-kobar. Dan dalam penilaian terhadap ilmu perang, ini adalah satu taktik perang yang amat tinggi. Sebab di dalam suatu peperangan, semangat yang tinggi dalam menghadapi musuh, adalah syarat yang mutlak. Selain mengangkat senjata terhadap musuh. Hendaklah diikhtiarkan pula berbagai-bagai cara untuk meruntuhkan semangat mereka.

Kesimpulan

Ayat ini mengajar kita supaya sentiasa bergantung kepada Allah dan bertawakal kepada-Nya kerana Dialah sebaik-baik pelindung.

31 December 2009

Marah biar bertempat ikut panduan al-Quran, Sunnah Rasulullah

NABI SAW dalam hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah, seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: "Berwasiatlah kepadaku Ya Rasulullah. Lalu Baginda bersabda: Jangan engkau marah." Nabi SAW mengulanginya sebanyak tiga kali.

Setiap manusia ada mempunyai sifat marah, begitu juga haiwan. Seekor kucing yang jinak dan manja akan marah apabila kita menyakitinya dengan menarik ekornya beberapa kali.

Sifat sabar adalah penghalang daripada sifat marah. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya kerana apabila sudah hilang sabar maka timbullah kemarahan.

Menurut Imam Al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api bersumber daripada api Allah yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati. Maka terpulang kepada seseorang untuk cepat marah, marah keterlaluan (marah tidak bertempat), marah pertengahan (mampu mengawal marahnya) atau tidak tahu marah.

Marah yang sederhana adalah marah terpuji, manakala tidak tahu marah adalah terkeji dan marah keterlaluan adalah termasuk dalam marah terkeji yang dilarang oleh Nabi SAW seperti sabdanya.

Marah keterlaluan dilarang Islam kerana mendatangkan kesan dan implikasi tidak baik kepada orang yang marah, juga orang kena marah. Disebabkan marah ada rumah tangga runtuh, kerana marah anak didera, pembunuhan berlaku, anak lari dari rumah, majikan ditetak pembantu rumah dan kerana marah orang saman-menyaman.

Menurut Imam Al-Ghazali, 10 punca menyebabkan sifat marah:

# rasa bangga diri (sombong)

# takjub kepada peribadi sendiri

# suka bergurau senda yang ber lebihan dan melampaui batas

# suka bercakap perkara sia-sia

# suka membuat fitnah

# suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara

# khianat

# tamak kepada harta dan pangkat

# tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi dengki dan irihati.

Apabila seseorang itu marah maka pergerakan fizikalnya akan turut berubah. Api kemarahan semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina.

Orang yang marah akan merendah-rendahkan orang dimarah, muka dan matanya menjadi merah, badannya terketar-ketar, tangan dan kakinya menjadi ringan untuk memukul dan menghentam, akalnya pada waktu itu tidak digunakan secara betul, semua tindakan mengikut nafsu kemarahannya.

Bagi orang yang waras, tentu kita tidak sanggup melihat keadaan kita sewaktu marah jika ia dirakam dan ditayang semula untuk menontonnya. Bagi orang yang kena marah mungkin akan berdiam diri, kadang kala melawan dengan kata-kata atau kekuatan.

Marah turut berlaku kepada individu yang mempunyai kedudukan seperti orang agama berstatus ustaz, ustazah, tuan guru, ulama, marah dan melenting.

Marah yang dipuji adalah marah yang pertengahan, iaitu marah bertempat. Contohnya, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat. Nabi SAW mengajar dalam sabdanya yang bermaksud: "Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur."

Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengisytiharkan berperang. Begitu juga dalam mencegah kemungkaran, perlu ada marah.

Contoh paling hebat berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali berada dalam satu peperangan di mana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya, tiba-tiba musuhnya itu meludah mukanya. Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya.

Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya kepada Saidina Ali mengapa tidak jadi membunuhnya. Maka Saidina Ali menjawab: "Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah tetapi kerana marah kepada kamu kerana meludahku." Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah.

Islam Agamaku

INFO TERKINI

1Malaysia Onlive Tv

Download Lagu MP3

Download Lagu² Pilihan Anda Disini
Powered By 4shread | Serdahana Itu Indah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites