This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label PENDIDIKAN. Show all posts
Showing posts with label PENDIDIKAN. Show all posts

09 February 2010

Pendidikan Seks Di Sekolah

Ketika subjek itu dicadangkan akan dilaksanakan di sekolah, ramai pihak yang membantah dan menyalah tafsirkan pendidikan seks itu. Ada juga yang menganggap pengajaran subjek itu akan mendatangkan lebih banyak kesan negatif daripada positif kepada pelajar.

Namun, ada juga yang menganggap subjek itu sangat penting dan harus disampaikan kepada pelajar supaya mereka mempunyai ilmu mengenai seks yang halal.

Kini, subjek pendidikan seks itu muncul kembali, tetapi bukan di sekolah sebaliknya dilaksanakan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan diubah menjadi pendidikan gender.

Pendidikan seks mahu diperkenalkan kepada peserta PLKN kerana mereka dikatakan matang dan menerima secara terbuka pembelajaran berkenaan.


Persoalannya, adalah wajar subjek pendidikan seks ini dilaksanakan dalam PLKN? Bagaimana dengan implikasi negatif tambahan pula seks sesuatu yang tabu kepada masyarakat timur? Adakah peserta PLKN boleh menerima pembelajaran itu dan memahaminya secara serius? Pensyarah Program Kaunseling, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Prof Madya Dr Sapora Sipon, berkata pendidikan seks wajar dilaksanakan dalam PLKN daripada ia langsung tidak diajar kepada pelajar.

Bagaimanapun, katanya, subjek itu perlu disampaikan dengan cara yang betul supaya jangan memberi kesan yang negatif kepada pelajar.

"Saya menyokong cadangan itu dalam modul pembelajaran di PLKN, tetapi banyak perkara yang perlu dititikberatkan terutama masa dan individu yang mengajarnya.

"Pendidikan seks sangat meluas dan mempunyai peringkat-peringkat selain ia seharusnya dimulakan daripada awal.

"Saya bimbang pelajar tidak dapat maklumat yang mendalam dan ia mungkin mengelirukan mereka," katanya.

Beliau berpendapat pendidikan seks perlu diajar di peringkat sekolah lagi kerana elemen pendidikan seks ada pelbagai peringkat selain mempunyai enam tunjang penting.


"Enam tunjang itu ialah perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan keluarga, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual masyarakat serta budaya.

"Ia memerlukan masa yang panjang dan jika ia dilaksanakan dari sekolah, mereka mempunyai peluang menyesuaikan diri," katanya.

Selain itu, katanya, fasilitator yang menyampaikan subjek itu perlu mempunyai latihan secukupnya dalam pendidikan seks dan agama.

Walaupun pendidikan seks masih dalam cadangan, dalam Islam ia sudah dilaksanakan ibu bapa.

"Dalam Islam sendiri, pendidikan seks berlaku secara tidak formal di rumah. Contohnya, rumah keluarga Muslim mestilah mempunyai sekurang-kurangnya mempunyai tiga bilik iaitu satu untuk ibu bapa, anak lelaki dan perempuan.

"Di sekolah pula, ia sudah diajarkan melalui subjek Sains mengenai proses reproduksi pokok dan haiwan serta sedikit disentuh melalui manusia di peringkat rendah.

"Bagaimanapun, subjek Sains itu tidak membincang mengenai akhlak atau moral dalam hubungan seks termasuk keburukan seks di luar tabii.

"Begitu juga, Sains tidak memberitahu perlakuan seks tidak sihat yang menyebabkan penyakit kelamin atau mengandung anak luar nikah yang membawa kepada kes buang anak.

"Justeru, subjek pendidikan seks ini sangat penting kepada golongan muda terutama pelajar sekolah," katanya.

Mengulas mengenai kepentingan pendidikan seks, Dr Sapora berkata pendidikan seks adalah ilmu yang perlu dipelajari dan disampaikan kepada golongan muda terutama pelajar.

Ini kerana, jika ada ilmu dalam pendidikan seks, ia memberi banyak kebaikan dan boleh menyelamatkan pelajar daripada jenayah seksual.

"Remaja yang berusia antara 11 hingga 18 tahun adalah kelompok yang mengalami perkembangan dan perubahan fizikal serta emosi khasnya berkaitan seksual.

"Tanpa ilmu seks, mereka akan cenderung mendapatkan maklumat daripada sumber tidak rasmi dan kesannya, kes jenayah seksual, kehamilan bawah umur, jangkitan penyakit kelamin hingga kepada kes pembunuhan membabitkan pengguguran haram dan pembuangan anak," katanya.

Kebanyakan masyarakat yang membantah pelaksanaan subjek ini, katanya, kerana mereka takut pelajar menyalahgunakan ilmu berkenaan.

"Tetapi dengan penyampaian yang betul dan berdasarkan ilmu, perkara itu tidak akan berlaku.

"Pendidikan seks patut mengajar pelajar terhadap kepentingan asas emosi dan psikologi dalam seksualiti manusia secara semula jadi dan bukannya menerusi aspek fizikal. "Mereka juga perlu difahamkan bahawa asas kebahagiaan seksual wujud kualiti asas perkahwinan iaitu keintiman, kasih sayang dan komitmen," katanya.

Katanya, topik pendidikan seks juga mesti menegaskan bahawa remaja yang terjebak dalam seks secara kasual bukan hanya terdedah kepada kehamilan dan jangkitan penyakit kelamin, tetapi juga hilang kebolehan membina perhubungan kasih sayang apabila dewasa.

23 December 2009

Pengiraan merit ke IPTA diubah

Pengiraan merit yang diguna pakai ketika ini iaitu 90 peratus bagi akademik dan 10 peratus kokurikulum sebagai syarat kemasukan ke ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan diubah mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata perubahan itu selaras dengan dasar baru pendidikan yang mahu menjadikan kegiatan sukan dan pakaian seragam sebagai kokurikulum wajib, sekali gus mengelakkan pelajar menumpu akademik semata-mata.

"Kementerian bagaimanapun belum memutuskan berapa peratus akademik dan berapa peratus kokurikulum sebagai syarat masuk IPTA. Namun, yang pasti kuota asas kokurikulum dinaikkan.

"Akademik semata-mata tidak melahirkan modal insan cemerlang. Sebab itu pentingnya pembabitan dalam kokurikulum kerana banyak nilai murni boleh dipelajari melaluinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Perkhemahan Nasional Kadet Remaja Sekolah-Musleh di sini, semalam. Seramai 1226 peserta dari Malaysia, Indonesia dan Thailand menyertai perkhemahan itu.

Mohd Puad berkata, langkah mewajibkan kegiatan kokurikulum itu juga berikutan pada masa ini kebanyakan sekolah tidak lagi memberi penekanan kepada kegiatan luar menyebabkan pelajar tidak mengambil serius dengan aktiviti sukan dan pasukan seragam.

Ditanya persediaan kementerian, terutama jumlah guru sukan apabila dasar baru kokurikulum sekolah itu dilaksanakan, beliau berkata, guru sukan terlatih akan dihantar ke beberapa sekolah terpilih terlebih dulu.

"Perkara ini akan dibuat secara beransur-ansur. Guru sukan terlatih itu akan dihantar ke sekolah terpilih dan sebagai permulaan mungkin empat atau lima buah sekolah berdekatan berkongsi guru sukan sama.

"Kita tahu ada sekolah yang tiada padang dan bukan semua sekolah berdekatan dengan stadium mini. Sebab itu dasar baru ini akan dibuat secara perlahan-lahan," katanya.

14 December 2009

Sekolah Al-Quran Online Pertama di Dunia


Sekolah Al-Quran online untuk pertama kalinya melaksanakan kelulusan para siswa mereka baru-baru ini. Sekolah agama bertaraf internasional ini, merupakan sekolah agama online yang mensasarkan siswanya dari seluruh umat Islam di seluruh dunia untuk mempelajari Al-quran dan bagi mereka yang tertarik mengkaji sains yang ada dalam Al-Quran dalam semua bahasa.
Hisyam Said Hassan, direktur sekolah dan penggagas berdirinya sekolah Al-Quran online tersebut menyatakan bahawa para lulusan dari sekolah onlinenya akan mendapatkan sertifikat penguasaan terhadap ilmu-ilmu Al-quran setelah mereka belajar secara online dalam masa 6 bulan.
Mengatakan kepada IOL pada hari Ahad kemarin (13/12) - Hisyam menyatakan bahawa belum lama ini mereka telah menerima siswa kelompok pertama yang berbicara dalam bahasa Sepanyol, merujuk pada kenyataannya bahwa hampir semua siswa yang belajar di sekolah online berasal dari Sudan dan Uni emirat Arab - sebelumnya majoriti siswanya berasal dari Mesir. Para siswa akan ditingkatkan kemampuan mereka dalam hal ilmu Al-quran dan menghafal Al-Quran melalui internet.
Sekolah Al-Quran online yang mendunia ini telah diluncurkan di Internet pada bulan Juli oleh Asosiasi untuk pengembangan masyarakat dan perawatan Alquran, sebuah LSM yang berbasis di provinsi Minya wilayah selatan Mesir.
Untuk mencapai tujuan tersebut, sekolah online ini menyediakan sejumlah besar ulama dan penterjemah untuk berkomunikasi dengan siswa melalui ruangan bilik suara yang dapat diakses dengan kod khusus; yang memungkinkan adanya komunikasi yang efektif dari para siswa dengan para pengajar sehingga mereka dapat mengoreksi kesalahan membaca para siswa.
Mengenai munculnya idea unik sekolah Al-quran online ini," Hisyam Hassan mengatakan bahwa sebelumnya dia telah menawarkan idea sekolah tersebut kepada pejabat di Majlis, dan ideanya diterima serta disetujui - dan Majelis bersedia untuk mendanai biaya sekolah dari proyek ini berjalan sampai nantinya bisa mandiri.
Dia menambahkan bahawa sekolahnya adalah "sekolah internasional pertama yang menerapkan aturan yang mereka buat sendiri dalam mengajarkan aturan pembacaan Al-Quran di Internet," ia mencatat bahwa biasanya biasanya minimal 3 tahun seorang siswa untuk menyelesaikan hafalan Alqurannya, namun ada kelompok-kelompok khusus untuk kelompok Studi yang bisa menyelesaikan hafalan Al-Quran mereka hanya dalam 6 bulan saja.
Dia menjelaskan bahwa sekolah Al-Quran online mulai merakam data siswa pada website (www.alquranschool.com) untuk menentukan waktu yang tepat dari perkuliahan, perkuliahan bisa dilakukan dengan 10 kali pertemuan setiap bulannya.
Dan yang menariknya lagi, siswa yang belajar di sekolah online ini tidak dibebankan yuran- alias percuma.
Sekolah Al-Quran online menerima semua kelompok umur dari usia 5 tahun, dan tahun akademik dibagi menjadi dua semester, dan ujian akan dilangsungkan secara berkala setiap bulan.
Sebagai komitmen untuk para siswa - tingkat kehadiran tidak kurang dari 90% dari jumlah total perkuliahan.(fq/iol)

Beban pelajar SPM sekarang

Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapati jumlah mata pelajaran yang perlu diambil pelajar sentiasa tidak konsisten, diubah dari semasa ke semasa.

Sejak sistem pensijilan terbuka dilaksanakan bermula 2000, ia tidak mengehadkan jumlah mata pelajaran calon SPM menyebabkan ada pelajar mengambil sehingga 20 subjek.

Bagaimanapun, bagi mengelak sebarang masalah dengan keputusan A1 yang tidak konsisten dalam kalangan pelajar cemerlang selain memudahkan Kementerian Pelajaran membuat perbandingan, jumlah subjek calon SPM dihadkan kepada 10 subjek saja bermula tahun depan.

Bagaimanapun, di atas permintaan banyak pihak, Kabinet bersetuju membenarkan calon SPM mengambil tambahan dua subjek, tetapi keputusan keseluruhan hanya dikira berdasarkan 10 mata pelajaran utama.

Ini memberi pilihan kepada pelajar sama ada mahu mengambil Bahasa Cina atau Tamil, Kesusasteraan Cina atau Kesusasteraan Tamil.

Persoalannya, berapakah subjek sebenarnya yang paling sesuai diambil pelajar? Adakah dengan memaksimumkan subjek untuk calon SPM ini adalah jalan terbaik?

Atau sistem pembelajaran sekolah menengah perlu dirombak dan berteraskan kepada pembelajaran di universiti supaya pelajar tidak tertekan dengan subjek yang banyak?

Bekas pengetua sebuah sekolah kerajaan, Yahya Tahrin, berkata keputusan memaksimumkan 10 subjek diambil calon SPM memadai dan penambahan dua subjek itu tidak memberi tekanan kepada pelajar.

Beliau yang mempunyai 32 tahun pengalaman dalam bidang pendidikan mengakui sistem pembelajaran terbaik selain menjamin masa depan pelajar ialah melalui sistem pengkhususan.

"Saya menyokong sistem pengkhususan kerana ia memudahkan pelajar membuat pilihan ketika memohon memasuki menara gading kelak.

"Kebanyakan pelajar di universiti mengikuti sesuatu program bukan berlandaskan minat, tetapi kerana mendapat tawaran dan keliru ketika membuat pilihan kursus.

"Ini memberi impak kepada masa depan pelajar kerana ramai mungkin gagal atau mendapat keputusan kurang cemerlang kerana mereka belajar kursus yang mereka tidak minat," katanya.

Justeru, melalui sistem pengkhususan yang diterapkan bermula di tingkatan empat, pelajar tahu hala tuju dan memberi fokus untuk mencapai cita-cita apabila memasuki universiti nanti.

"Apabila pelajar mempunyai hala tuju pasti proses pembelajaran menjadi mudah serta berjalan lancar selain mereka sendiri berusaha meneroka bidang itu," katanya.

Pengkhususan dalam sesuatu bidang, katanya sudah lama diamalkan di luar negara dan buktinya, lahir tokoh terkenal seperti Tiger Woods.

"Di Malaysia, pelajar tidak diberi peluang membuat pengkhususan sebaliknya perlu belajar pelbagai ilmu.

"Sistem pelbagai ilmu yang diterapkan dalam pendidikan negara bukan tidak bagus, tetapi pelajar kadangkala tertekan dan tidak fokus," katanya.

Pengalamannya ketika di sekolah menengah mendapati pelajar yang hanya mengambil tujuh subjek untuk SPM pun tidak mampu menghadapinya.

Pelajar yang tertekan dengan pembelajaran dan tidak minat dengan subjek yang diambil lebih rela ponteng sekolah.

"Syarat wajib masuk universiti hanya mengambil kira lima subjek, tetapi kita memaksa pelajar mengambil antara 10 dan 12 mata pelajaran.

"Tidak hairan jika ada pelajar yang cemerlang turut gagal dan tersalah pilih kursus, akhirnya masa depan mereka terjejas," katanya.

Mengenai sistem peperiksaan SPM terbuka yang memberi kebebasan pelajar memilih subjek elektif, katanya sistem itu sedikit kelam-kabut pelaksanaannya.

"Saya mendapati pelajar tidak mempunyai arah tuju.

"Jika di tingkatan tiga, pelajar tidak minat belajar, jangan paksa mereka menumpukan kepada akademik sebaliknya beri galakan ke sekolah vokasional atau teknik," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional, Profesor Madya Datuk Mohd Ali Hassan berkata jumlah subjek yang ditetapkan kementerian itu paling wajar dan tidak membebankan pelajar.

Beliau berkata, pelajar boleh mengambil seberapa banyak subjek dalam peperiksaan, namun ia dihadkan kepada 12 subjek bagi melahirkan pelajar berkualiti.

"Sekarang ini, ramai pelajar yang berlumba-lumba untuk mengumpul gred A, tetapi dalam sistem pendidikan apa yang kita mahu adalah kualiti bukannya kuantiti.

"Kita mahu pelajar lebih mendalami dan memahami, bukan belajar untuk gred A atau lulus peperiksaan," katanya.

Selain itu, langkah memaksimumkan 12 subjek itu bertujuan memberi peluang pelajar menikmati waktu muda mereka.

"Jika pada usia remaja, mereka terlalu menumpukan kepada akademik, bila pula pelajar dapat menikmati keseronokan usia muda bersama rakan-rakan.

"Paling penting, keputusan ini untuk meringankan beban ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mengikuti kelas tambahan," katanya.

Apabila ditanya mengenai kewajaran sistem pembelajaran sekolah menengah dirombak dan dilaksanakan seperti di pusat pengajian tinggi (IPT), katanya langkah itu masih terlalu awal.

"Di IPT, mereka mengamalkan sistem pengkhususan, tetapi kita mahu pelajar di sekolah mengutip sebanyak mungkin ilmu pengetahuan, bukannya mengkhusus dalam satu bidang.

"Selepas SPM, mereka boleh membuat pengkhususan bidang mana yang sesuai untuk diterokai," katanya.

Katanya, pelajar tidak akan keliru atau tersalah pilih program selepas SPM kerana di di sekolah, mereka dibekalkan dengan pelbagai ilmu.

01 December 2009

Kesusasteraan Inggeris galak pelajar berfikiran kritis, kreatif

Subjek Kesusasteraan Inggeris pernah dimasukkan dalam kurikulum mata pelajaran dan kini akan diperkenalkan semula di sekolah rendah dan menengah, mulai tahun depan sebagai usaha memantapkan penguasaan pelajar dalam bahasa berkenaan.

Keputusan itu sejajar pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Kepentingan memasukkan semula subjek dalam kurikulum pendidikan itu sebenarnya patut dibuat lebih awal lagi bagi memastikan penguasaan dalam bahasa dapat dimantapkan di kalangan pelajar.

Pensyarah Jabatan Bahasa dan Sastera Inggeris, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Nor Faridah Abdul Manaf, berkata menerusi Sastera Inggeris ia dapat memantapkan lagi kemahiran berkomunikasi secara kritis dan kreatif selain dapat meluaskan pengetahuan mengenai tamadun dunia.

Katanya, di negara maju, perbezaan jelas dapat dilihat, iaitu pengetahuan sastera membolehkan pelajarnya berfikiran lebih matang dan terbuka kerana ia meliputi pelbagai aspek termasuk mengenai kemanusiaan dan emosi generasi muda.

Apa yang lebih menarik, menerusi subjek ini menggalakkan pelajar lebih banyak membaca bukan saja tertakluk kepada buku teks, malah akan menambah lebih banyak perbendaharaan kata, sekali gus mampu menjadi tingkap kepada budaya dan cara berfikir yang berbeza.

"Asas kekuatan dan kemahiran berfikir serta berkomunikasi boleh diintegrasikan menerusi amalan pembelajaran Sastera Inggeris kerana ia kaya dengan keindahan bahasa dan lebih spontan.

"PPSMI dianggap seperti dari 'planet asing' oleh sesetengah guru dan pelajar, berbanding Sastera Inggeris sebagai sesuatu yang guru bahasa Inggeris boleh pelajari kerana mereka sudah punya asas iaitu kemahiran bahasa itu sendiri," katanya.

Dr Faridah berkata, menerusi pembelajaran subjek itu, ia dapat menggalakkan pelajar menerokai seluas-luasnya dunia, selain mampu menambah aktiviti dalam kelas untuk menambah daya kreatif dan fikiran.

Katanya, untuk memastikan pembelajaran dan pengajaran tidak membosankan perlu juga kaedahnya dibuat secara praktikal dengan memastikan pembabitan pelajar di dalam pelbagai aktiviti.

Pelajar digalakkan bersuara dan menulis, berlakon atau berdrama secara berkumpulan di samping penggunaan bahan elektronik, muzik dan karya mereka atau interpretasi mengenai teks yang di baca dalam kelas.

"Saya percaya, dengan galakkan itu ia dapat menggalakkan berfikir secara kritis dan kreatif apabila membaca sesebuah karya. Program pengajaran yang berbentuk santai seperti bercerita, 'public speaking', 'choral speaking' dan drama, membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

"Guru pula perlu mempunyai lebih banyak idea bagaimana ingin menjadikan kelas mereka bertenaga. Guru berkongsi apa yang berkesan dalam pengajaran mereka," katanya.

Beliau berkata, peranan guru amat penting sebagai asas mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan. Umpamanya, guru boleh menggalakkan lebih banyak pergerakan dan aktiviti secara berkumpulan kerana ia mampu membentuk semangat daya saing di kalangan mereka.

Pengukuhan menguasai bahasa Inggeris, katanya, akan lebih meningkat apabila pelajar memasuki sekolah menengah. Pelajar itu dengan sendirinya akan lebih matang menghasilkan kerja yang lebih berfalsafah atau kritikal.

"Biasanya pelajar itu digalakkan menulis, berlakon, mengarah teks yang mereka guna umpamanya pementasan Phantom of the Opera atau apa saja teks Shakespeare. Mereka bebas menterjemahkan teks ini.

"Dalam pembelajaran sebegini, penekanan bukan saja kepada pemahaman teks, tetapi kemahiran menterjemahkan mengikut daya kritis atau kreatif, selain merangsang pelajar kerana terbabit sama dalam pembelajaran dan pengajaran tidak lagi satu hala. Anak Generasi Y lebih suka jika mereka juga terbabit dalam pembelajaran," katanya.

Bagaimanapun, beliau berharap supaya pengajaran subjek itu dilakukan oleh guru yang benar-benar terlatih dalam bidang berkaitan kerana ia sangat penting bagi memastikan pelajar tidak cepat bosan kerana teknik pengajaran tidak kena dan mendatar.

"Guru bahasa Inggeris sedia ada harus diberi latihan kaedah terkini pengajaran Sastera Inggeris. Kementerian boleh saja memanggil pakar atau pengamal dari bidang teater dan seni persembahan di samping membawa masuk penulis sedia ada di dalam negara seperti penulis novel cerpen dan puisi," katanya.

Apa yang perlu ialah memberi pendedahan yang lebih kepada guru berkenaan dan menyediakan platform lain seperti menghantar mereka ke seminar dan bengkel untuk berkongsi pengalaman masing-masing.

Beliau berpendapat, keupayaan guru bahasa Inggeris sedia ada mampu memenuhi aspirasi negara bagi memantapkan lagi penguasaan pelajar kerana guru berkenaan sudah mempelajari sastera inggeris dalam latihan perguruan mereka.

Ia sekali gus tidak akan menimbulkan sebarang 'kontroversi' dan memaksa guru tidak mahir bahasa Inggeris mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Katanya, universiti tempatan memang menawarkan subjek Sastera Inggeris, sebagai contoh, Jabatan Sastera di UIAM sudah lebih 10 tahun mengajar Sastera Inggeris dan mengeluarkan graduan yang berkhidmat di pelbagai bidang kerana daya komunikasi dan pemikiran kritikal atau kreatif mereka yang membantu mereka menjadi pemimpin dalam apa juga bidang diceburi.

- BERITA HARIAN

Lahirkan ramai usahawan siswazah

Timbalan Pengarah (Akademik Kolej),
Pusat Pembangunan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bulan lalu ketika penulis berada di kota London, media massa negara tersebut melaporkan Universiti College London (UCL) telah dinobatkan sebagai universiti yang paling tinggi kadar kebolehpasaran pelajar di United Kingdom.

Kadar mula bekerja pelajar UCL selepas enam bulan pertama menamatkan pengajian ialah 94 peratus diikuti dengan Universiti Oxford (92 peratus) dan Universiti Cambridge (91 peratus).

Menariknya, di media British juga pada hari yang sama melaporkan kerisauan dan komen oleh CEO British Telecom dan Pengerusi Tesco berkaitan sistem pendidikan tinggi England yang gagal melahirkan lebih ramai usahawan muda di kalangan pelajar universiti.

Antara yang disentuh dua tokoh ini ialah perlunya konsep keusahawanan diberikan penekanan dalam sistem pendidikan tinggi agar pelajar pusat pengajian tinggi bersedia untuk memulakan kerjaya sebagai usahawan selari dengan keperluan pasaran dan perancangan negara.

Ironi juga bila sebuah negara maju yang memiliki antara universiti terbaik di dunia masih tidak berpuas hati dengan tahap kualiti pendidikan tinggi mereka. Semangat daya saing yang tinggi jelas tergambar melalui komen dua tokoh perniagaan tersebut.

Dilaporkan untuk tahun 2009, United Kingdom berada di kedudukan kelapan dan terakhir dari segi kualiti hidup di kalangan negara di Eropah. Oleh kerana pendidikan tinggi adalah asas kepada peningkatan kualiti hidup, tidak sukar untuk difahami mengapa isu ini diketengahkan oleh media negara tersebut.

Kualiti hidup di Perancis dan Sepanyol berada di tempat pertama dan kedua terbaik di kalangan negara di Eropah.

Kita perlu melihat situasi ini sebagai isyarat untuk segera bertungkus-lumus meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara. Malaysia sebagai antara negara yang paling berjaya di kalangan negara membangun sedang berhadapan dengan persaingan yang sengit khususnya daripada Singapura, Vietnam dan negara-negara di Asia Barat. Tidak terkecuali China dan negara-negara bekas Kesatuan Soviet yang semakin berjaya membuka pasaran mereka.

Pembukaan pasaran bermaksud persaingan akan menjadi lebih hebat. Kehendak dan keperluan majikan terhadap sektor pekerjaan menjadi semakin sengit. Jika mengeluarkan barangan, tuntutan kualiti pengeluaran serta penguasaan teknologi menjadi semakin tinggi. Pasaran baru ini akan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada para graduan negara ini.

Malangnya tahap pengangguran mahasiswa di negara ini masih tinggi. Setakat ini tiada laporan rasmi dikeluarkan oleh pihak kerajaan berkaitan kadar pengangguran mahasiswa. Laporan media sekadar menganggarkan sekitar lebih lima puluh ribu mahasiswa masih menganggur selepas tamat pengajian mereka. Makna pengangguran menjurus kepada kumpulan mahasiswa yang tiada pekerjaan yang tetap.

Mungkin ini bukan masalah pihak universiti kerana telah melengkapkan tanggungjawabnya apabila seseorang mahasiswa menamatkan pengajian mereka. Tinggal lagi apabila mahasiswa keluaran IPT gagal mempunyai pekerjaan tetap, pihak universiti perlu juga melihat secara serius program pengajian yang ditawarkan.

Seolah-olah ilmu yang diperoleh sepanjang pengajian seperti gagal dimanfaatkan oleh mahasiswa untuk memasuki alam pekerjaan. Sama ada ilmu pengajian itu sendiri yang tiada nilai untuk kerjaya atau mahasiswa itu sendiri yang dihasilkan tidak cukup kompetitif, kita masih boleh sahaja mendebatnya.

Apa yang pasti dan perlu segera dilaksanakan oleh pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi ialah bertindak membuka ruang yang lebih kepada mahasiswa. Satu ketika dulu, Kementerian Pengajian Tinggi begitu bersungguh menguar-uarkan program kemahiran insaniah, kompetensi generik atau nama lain yang lebih sinonim ialah soft skills.

Malangnya usaha ini nampaknya semakin tenggelam di IPTA tempatan. Tujuan soft skills ini diterapkan kepada pelajar agar nilai kebolehpasaran atau kebolehdapatan pekerjaan menjadi lebih tinggi di kalangan mahasiswa IPT. Soalnya selepas program ini dilaksanakan pun kadar kebolehpasaran masih dibelenggu dengan kadar pengangguran yang semakin meningkat.

Oleh itu, pihak KPT perlu menilai semula dan mula menggerakkan secara serius dan besar-besaran kemahiran dan pendidikan keusahawanan di pusat pengajian tinggi.

Kalau kita bertanya kepada pelajar IPTA apa yang mereka faham tentang konsep dan idea keusahawanan, rata-rata akan memberikan jawapan yang agak ketinggalan. Mereka memahami keusahawanan sebagai aktiviti menjalankan perniagaan. Maka tidak hairanlah apabila persatuan pelajar menjalankan perniagaan secara kecilan untuk memenuhi maksud dan tujuan keusahawanan tersebut.

Mereka biasanya menjalankan perniagaan seperti menjadi ejen perkhidmatan tambah nilai prabayar telefon bimbit, penjualan cenderahati, menjalankan program motivasi di sekolah, berniaga semasa hari keluarga kolej kediaman atau semasa pesta konvokesyen universiti.

Jika yang lebih berminat untuk berniaga, ada yang menjadi orang tengah untuk membuat t-shirt program untuk rakan-rakan kampus. Itulah sifat atau bentuk keusahawanan yang ada di IPTA sekarang. Semua pelajar nampaknya memahami itulah aktiviti keusahawanan. Pada mereka ilmu keusahawanan adalah perniagaan jual beli barang atau perkhidmatan. Tidak lebih daripada itu.

Sebenarnya pelajar (juga pegawai Hal Ehwal Pelajar dan pensyarah) perlu memahami konsep keusahawanan yang lebih besar daripada itu. Jika kita meneliti lebih mendalam konsep ilmu keusahawanan di IPT, sepatutnya bermula dengan gabungan dua komponen utama iaitu kandungan pengajian dan kemahiran keusahawanan.

Sebagai contoh seorang pelajar yang belajar di dalam jurusan sejarah di universiti seharusnya mempunyai kandungan (pengajian sejarah) dan juga kemahiran keusahawanan untuk mencipta pasaran berkaitan bidang pengajiannya.

Penulis masih ingat kata-kata Mary Anne, (21 tahun) seorang siswi tahun dua pengajian Seni di Universiti College London semasa kami berbual. Antara komen beliau; "saya rasa sudah tidak masuk akal lagi untuk pihak universiti hanya menawarkan kursus pengajian tetapi tidak pula memberikan kemahiran kepada kami bagaimana untuk 'menjual' kepakaran kami selepas tamat pengajian." Saya setuju dengan pandangan beliau terutamanya dalam suasana pasaran kerja sekarang yang agak perlahan.

Universiti seharusnya perlu menggabungkan kandungan pengajian dengan kemahiran keusahawanan pada semua pelajar secara bersepadu. Bayangkan, alangkah baik jika seorang pelajar yang belajar berkaitan seni seperti teater, tarian atau muzik akhirnya akan menjadi usahawan seni. Mereka berupaya membuka galeri seni dan juga kelas seni secara tetap.

Begitu juga dengan seorang pelajar di dalam bidang geografi atau geologi, akhirnya boleh menjadi usahawan pelancongan, menjalankan perkhidmatan berkaitan alam sekitar dan sebagainya. Sepatutnya semua kursus bukan kritikal (seperti perubatan) yang ditawarkan di IPTA perlu mempunyai komponen kemahiran keusahawanan sekurang-kurang satu pertiga daripada keseluruhan silibus kursus pengajian tersebut.

Amalan sekarang ialah pihak pengurusan IPTA menerapkan kemahiran keusahawanan secara ad hoc atau atas pilihan pelajar. Pelajar akan mendaftar untuk menjadi ahli kepada kelab-kelab usahawan di bawah HEP sama ada yang dibiayai oleh pihak universiti atau kementerian dan pihak korporat.

Maka ada beberapa program seperti Techno- Entrepreneur, Program Prosper dan Usahawan Muda yang dijalankan di beberapa buah IPTA. Program ini sifatnya tidak menyeluruh, biasanya dimonopoli oleh kumpulan pelajar yang mengkhusus dalam pengajian ekonomi dan pengurusan perniagaan. Bagaimana pula dengan nasib pelajar di aliran sains sosial, pengajian Islam dan sains tulen. Mereka inilah yang sebenarnya lebih memerlukan kemahiran usahawan berbanding dengan kumpulan pelajar yang pertama.

Kemahiran asas keusahawanan yang ingin dibangunkan kepada mahasiswa perlu memenuhi konsep 3C iaitu Competitiveness, Creativity dan Communication. Semasa berada di Universiti Oxford, penulis perhatikan pelajar akan memperoleh kemahiran ini bukan melalui program ko-kurikulum tetapi dalam kursus pengajian mereka.

Melalui konsep tutorial perorangan secara mingguan (ini adalah keistimewaan Universiti Oxford dan Universiti Cambridge kerana masih mengekalkan amalan tutorial seorang pensyarah dengan seorang pelajar) pelajar dididik tentang budaya Competitiveness, Creativity dan Communication ini. Di sana idea tentang keusahawanan bukan berkaitan hanya ilmu jual beli barangan sahaja tetapi yang jauh lebih penting ialah membina budaya 3C sejak tahun pertama hinggalah tamat pengajian bersepadu di dalam kursus.

Sudah sampai masanya kurikulum kursus bukan kritikal IPTA disepadukan dengan ilmu keusahawanan. Pengajaran dan pembelajaran di dalam dewan kuliah juga perlu memasukkan komponen perkembangan serta isu semasa berkaitan pasaran yang berkaitan bidang pengajian. Ilmu yang diperoleh di dalam dewan kuliah tidak lagi boleh bersifat statik dan diulang-ulang pada setiap sesi pengajian.

Sekolah biasa pun berkualiti

Murid yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 ialah 48,171 orang, yang memohon ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pula ialah 95,826 orang sedangkan tempat yang ditawarkan di SBP hanya 6,600.

Akibatnya ada ibu bapa membuat rayuan kepada pihak tertentu dan mendesak supaya anak mereka diberikan tempat.

Demikianlah gambaran tentang keghairahan ibu bapa yang berlumba-lumba mahukan anak mereka bersekolah di SBP atau mana-mana sekolah kawalan yang seumpamanya.

Usahlah kecewa jika permohonan anak ke SBP tidak berjaya. Apa kurangnya sekolah harian biasa (SHB)? Tenaga pengajarnya berkualiti kerana berkelulusan ijazah, terlatih dan setaraf dengan guru SBP. Bahkan guru di SHB lebih hebat kerana berkemahiran memajukan pelajar daripada pelbagai tahap pencapaian akademik.

Ramai pelajar SHB yang hanya memperolehi 1A atau 2A semasa UPSR berjaya dididik sehingga mereka memperolehi 6A atau 7A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Bahkan terdapat kes pelajar SBP yang merosot pelajarannya berpindah ke SHB dan berjaya dibimbing dan pelajaran mereka meningkat kembali.

Jika ada pelajar 5A UPSR meneruskan pelajaran Tingkatan 1 di SHB, diyakini guru-guru sangat berbesar hati dan menyambut dengan penuh gembira; kurang tapak tangan nyiru ditadahkan. Pelajar cemerlang ini akan dipastikan menjadi 'harapan dan kebanggaan' sekolah dan menjadi penyuntik semangat kepada rakan-rakan yang lain.

Sebenarnya bukan semua pelajar sesuai tinggal di asrama. Terdapat kes pelajar yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan budaya hidup di asrama dan memohon untuk kembali bersekolah di SHB. Ada pula pelajar yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan gaya belajar di SBP dan memohon untuk kembali ke SHB.

Biasanya pelajar yang baru berusia 13 tahun masih memerlukan bimbingan dan kemesraan daripada ibu bapa. Jadi ibu bapa perlulah mengorbankan masa dan wang ringgit untuk melawat anak di asrama. Jika anak belajar di SHB dan tinggal di rumah, tentulah ibu bapa dapat memberikan perhatian yang lebih. Jadi belajar di SHB ada kebaikannya. Bagi anak yang tidak berjaya mendapat tempat di SBP, mereka berpeluang belajar di kelas khas di SHB.

Sebab itulah SHB perlu diperkasakan untuk meningkatkan keyakinan masyarakat. Dalam usaha kita mencapai kualiti pendidikan bertaraf dunia, tentulah malang jika terdapat sekolah yang masih kekurangan bilik darjah dan masih ada sekolah dua sesi.

Jika SBP dilengkapi bangunan dewan, sudah sewajarnya frasarana tersebut dilengkapkan di SHB. Jika jumlah pelajar di sesebuah SHB sudah mencapai 2000 orang, maka perlulah dibina segera sebuah lagi sekolah di kawasan berhampiran untuk memastikan jumlah pelajar sekolah tidak melebihi had yang boleh menjejaskan prestasi pelajar.

Jika kadar bilangan pelajar setiap kelas di SBP 30 orang, begitulah juga di SHB; bahkan perlu kurang daripada 30 orang kerana pelajar lemah memerlukan perhatian yang lebih.

Kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang masih mengutamakan pengambilan pelajar ke SBP dari keluarga di bawah Paras Garis Kemiskinan amat dialu-alukan. Inilah sebenarnya matlamat asal penubuhan SBP. Mungkin kita tidak akan lihat lagi bapa datang melawat anak dengan memandu kereta mewah. Jika ada segelintir pelajar daripada keluarga berada, maka eloklah bapa mereka datang melawat anak dengan memandu kereta nasional sahaja supaya 'tak nampak sangat' kerana banyak mata sedang memerhati.

- UTUSAN

27 November 2009

Mendalami kaedah, cara mudah pelajari Muqaddam


Terjemahan Muqaddam Juz Amma yang dihasilkan empat pengarang ini dianggap lengkap kerana ia bukan saja mempunyai terjemahan bahasa Melayu dan Inggeris malah dalam ejaan jawi selain penampilan kaedah tajwid yang baik dan berkesan. Malah terjemahan 38 surah juz Amma mengikut resam Uthmani berdasarkan ayat bagi bahasa Melayu dan Inggeris bukan saja memudahkan kita membaca, malah turut senang memahami setiap ayat berkenaan.

Buku ini amat sesuai untuk mereka yang ingin mendalami al-Quran terutama untuk mengerti ayat yang dibaca, bersama dengan hukum tajwid yang lengkap dengan nombor serta keterangan. Teks ayat yang besar, memudahkan pembaca untuk membaca al-Quran, manakala pembahagian terjemahan mengikut blok dan disusun mengikut warna menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan dan penelitian ayat suci al-Quran.

Dalam pada itu, langkah pengarang meletakkan indeks hukum tajwid sebagai rujukan akan memudahkan lagi pembaca untuk membaca al-Quran mengikut tertib yang ditetapkan mengikut tajwid. Nampaknya, dengan kaedah penampilan buku yang menarik ini, minat masyarakat untuk membaca, mendalami dan memahami al-Quran akan terus meningkat.


Sementara itu satu lagi buku iaitu kaedah baru bagi mempelajari asas Muqaddam yang menekan kepada hafalan setiap perkataan berulang yang dikenali Kaedah Pengajaran Smart Muqaddam (KPSM).

KPSM diperkenalkan Muhamad Nazir Mohammed Khalid dan Mohd Shahriman Adenan bagi memberi kelainan dalam mempelajari al-Quran, namun niatnya sama iaitu menarik minat masyarakat Islam untuk membaca dan menguasai ilmu al-Quran.

Berbeza dengan kaedah sebelum ini, pengarang mengemukakan enam modul pengajaran yang perlu dihayati bagi membaca Muqaddam.

Modul KPSM memilih 150 perkataan yang paling kerap diulang di dalam al-Quran untuk dihafal secara sistematik. Penekanan turut diberikan kepada 70 perkataan yang mempunyai bilangan kekerapan berulang di dalam Juz Amma (muqaddam) lebih daripada lima kali.

Dengan mengingati melalui hafalan perkataan berkenaan, pembaca mampu menguasai sehingga 80 peratus perkataan yang terdapat di dalam Muqaddam.

KPSM yang turut menterjemahkan ayat al-Quran berasaskan ayat dilihat cukup berguna bagi mereka yang sudah menguasai Mukaddam dan al-Quran, kerana melaluinya, mereka boleh mendalami ilmu tajwid selain mengetahui makna perkataan yang begitu penting untuk mendapatkan ilmu al-Quran.

Berbanding selama ini kita hanya membaca tanpa mengerti isi dan kandungan al-Quran secara terperinci, kita kita boleh memahami isi kandungannya disamping kita amalkan bagi kehidupan dunia dan akhirat.

Lepasan SPM, STAM jadi guru j-QAF

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran membuka ruang kepada lebih ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi mengatasi masalah kekurangan guru Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ini penting kerana sasaran awal kementerian untuk melahirkan lebih 32,000 guru j-QAF bagi memenuhi keperluan 6,314 sekolah rendah di seluruh negara, menjelang 2010.

Beliau berkata, kini hanya kira-kira 13,000 guru j-QAF sedang berkhidmat di 4,732 sekolah rendah di seluruh negara.

"Masalah kekurangan guru agama menjadi semakin serius apabila kita mula melaksanakan pembelajaran j-QAF pada peringkat sekolah menengah di seluruh negara, pada tahun depan.

"Biasanya guru j-QAF kita ambil adalah terdiri pemegang ijazah pertama daripada Universiti al-Azhar dan Jordan tetapi sekarang kita ada masalah kerana kekurangan guru agama yang semakin kritikal terutama di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Konvokesyen Berpusat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah j-QAF Keempat; Kursus Lepasan Ijazah Kursus Dalam Cuti Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (KDC SBK) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (KDPM LPBS) di sini, semalam.

Mohd Puad berkata, Kementerian Pelajaran juga bercadang menambah bilangan IPG bagi melahirkan lebih ramai guru berkualiti, sekali gus dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar terutama di kawasan pedalaman.

Pada masa sama, katanya, kementerian juga bercadang memperketatkan syarat kemasukan ke IPG bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar komited dan berminat saja dipilih untuk menceburi kerjaya dalam bidang perguruan.

"Kita juga mungkin menimbang untuk mewujudkan 'akujanji' iaitu apabila seseorang dipilih menjadi guru, maka dia perlu sanggup bertugas di pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak selama sekurang-kurangnya lima tahun," katanya.

Mohd Puad juga berkata, kementerian akan menubuhkan kelas khas di sekolah harian bagi membolehkan murid memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menikmati suasana pembelajaran sama seperti di Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains Mara.

23 November 2009

3 politeknik premier beroperasi Julai 2010

Tiga daripada 27 politeknik di seluruh negara ini bakal diberi taraf sebagai politeknik premier bermula pada sesi pengajian Julai depan.

Dengan penarafan itu, politeknik premier akan memberi pengkhususan kepada program diploma, diploma lanjutan serta ijazah dan tidak lagi menawarkan program sijil seperti sekarang.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kenaikan taraf itu akan menyaksikan penambahan antara 18,000 hingga 20,000 pelajar bagi program diploma selaras usaha melakukan transformasi terhadap kualiti institusi tersebut.

''Pihak kementerian dalam proses melakukan penilaian untuk memilih tiga politeknik itu sebelum mengumumkannya pada akhir tahun ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Khemah Kecemerlangan Akademik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai hari ini.

Hadir sama Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad.

Program itu adalah anjuran bersama Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang dan Pusat Kokurikulum UTM.

Mengulas lanjut Mohamed Khaled berkata, politeknik premier mampu menyumbang kepada pembangunan negara pada masa akan datang menerusi ekonomi yang berasaskan inovasi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, ini kerana peranannya yang dapat melahirkan lebih ramai graduan berkemahiran dalam usaha menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Menurutnya, transformasi ke atas politeknik mampu merubah institusi tersebut dalam melahirkan lulusan yang menepati pasaran kerja sekali gus menjamin kerjaya mereka pada masa depan.

''Kerajaan tidak mahu melihat graduan politeknik berhenti menuntut ilmu setakat program diploma sahaja dan terus bekerja selepas itu.

''Apa yang kita inginkan ialah lulusan diploma politeknik menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti diploma lanjutan dan ijazah bagi meletakkan kedudukan politeknik setaraf dengan universiti,'' katanya.

Mohamed Khalid berkata, politeknik premier juga mampu mengikis tanggapan bahawa institusi berkenaan tidak setaraf dengan universiti hingga menjadi pilihan kedua di kalangan lepasan pelajar sekolah.

- UTUSAN

Budaya Ilmu Kini - Jahil Dalam Disiplin Ilmu

Soalan yang perlu dijawab :

1. Pernahkah anda melihat ada pelajar yang mengatakan tidak perlu ikut mazhab tetapi ambil sahaja al Quran dan Hadith Sahih? (sedangkan yang berkata ini jahil di dalam ilmu hadith yang berkaitan dengan hadith hasan, hadith hasan sahih, hadith dhoief - bahkan menyamakan hadith dhoief dengan hadith maudhuk)

2. Pernahkah melihat hujjah yang mengatakan ulamak pun ada buat silap, bukan maksum (sedangkan dirinya pun lagi banyaknya salah kerana tidak mempunyai ilmu seperti ulamak yang dikatanya silap dan bukan maksum tersebut) ?.

3. Pernahkah melihat di dalam blog tertentu yang ada novel-novel yang diisikan dengan pengisian cerita yang menukilkan tentang kalam ulamak agar jangan bertaqlid, mazhabku adalah hadith sahih (sedangkan kalam ulamak mujtahid ini ada disyarahkan dan ditujukan kepada golongan tertentu iaitu mereka yang bertaraf mujtahid - mereka yang mampu untuk mengistinbath (mengeluarkan) hukum sahaja).

4. Pernahkah anda melihat atau membaca mereka yang kuat mengatakan amalan-amalan tertentu (yang telah dipersetujui ulamak ia adalah khilaf (perselisihan pendapat antara ulamak mujtahid)) sebagai bid'ah sesat?

*************************************************************************************

Ketahuilah bahawa mereka yang terlibat di atas ada antara mereka adalah mereka yang tidak mahu belajar adab di dalam disiplin ilmu. Gelojoh dan terburu-buru untuk menjadi seorang pakar hukum tanpa menyelidik dan mengkaji pendapat dan hujjah ulamak muktabar yang lain.

Saya teringat kisah imam syafi'e (mujtahid mutlaq pengasas mazhab Syafie) bagaimana beliau sedari kecil belajar mengenai al Quran sehingga dapat menghafaznya pada umurnya 9 tahun. Kemudian belajar hadith dengan cara mendengar dan bertemu sendiri dengan guru-guru hadith, dan beliau mencatatnya di atas tulang, tembikar dan kulit binatang. Bahkan beliau juga mempelajari bahasa Arab yang asli dengan Kabilah Hudzail sehinggalah beliau mahir dalam bidang hadith, hafalan al Quran, bahkan dalam kesusasteraan bahasa Arab yang asli.

Menurut Dr Said Ramadhan al Buthi dalam bukunya - Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syarii'ata Al Islamiyyah mengenai pendidikan Imam Syafie :

'Tentang ilmu hadith, beliau belajar kepada Imam Sufyan bin Uyainah, seorang alim besar ahli hadith kota Mekah di masa itu. Adapun tentang ilmu al Quran, beliau belajar kepada Imam Ismail bin Qasthanthin, seorang alim besar ahli Quran di Kota Mekah pada masa itu. Selanjutnya, kepada para ulama lain di masjidil Haram. Beliau belajar berbagai ilmu pengetahuan agama. Ketika berumur 15 tahun, beliau telah menduduki kerusi mufti di Kota Mekah.'


Ketika umurnya 10 tahun, beliau sudah memahami kitab al Muwattha' karangan Imam Malik bin Anas (pengasas mazhab Maliki). Bahkan beliau juga mempertahankan mazhab Maliki.


Dan semasa beliau sudah mempunyai ilmu alat (ilmu asas yang menjadi keperluan untuk mengistinbath hukum) barulah beliau mengemukakan pendapatnya sendiri, serta mengomentari pendapat gurunya (imam Maliki) jika ada yang lemah. Tetapi tidak pula imam Syafie mengatakan ia sebagai bid'ah sesat!. Ini kerana akhlaq yang terbina di dalam diri seorang ulamak yang benar-benar takutkan ALlah untuk menjaga lisan, perilaku dari perbuatan yang tiada hak.


Begitulah - sehingga ramai murid imam syafie yang mengikuti terdiri dari ulamak-ulamak besar, bahkan ada di kalanganya adalah muhaddithin (ulamak hadith), mujtahid tarjih (ulamak yang mampu mengetahui dan menilai mana pendapat yang kuat dan lemah), mujtahid mazhab, mujtahid fatwa seperti Imam Bukhari, Imam Abu Bakar al Humaidi, Imam Ahmad bin Hanbal (pengasas mazhab Hanbali), Imam al Buwaithi, Imam Muhammad bin AbduLLah. Dan ramai lagi - anda boleh menyelusuri sendiri dari kitab Tabaqat Syafi'eyyah karangan al Subki.

SubhanaLLah - mereka ini semuanya belajar dengan disiplin ilmu yang ketat. Mempelajari semuanya dari asas bersama-sama dengan adab sebagai pelajar dan sehinggalah menjadi ulamak yang hebat. Barulah ada antara mereka yang mendirikan mazhab sendiri (setelah menjadi mujtahid mutlaq) dan ada yang terus untuk mengikuti mazhab syafie.

Hakikatnya kini, banyak kecelaruan yang timbul dengan adanya pelajar, golongan profesional yang belajar tanpa ada ilmu asas. Gelojoh hendak mempelajari ilmu yang lebih mendalam. Sehinggalah berani mengeluarkan fatwa dan pendapat sendiri berdasarkan kejahilan dan hawa nafsu sendiri kerana tidak belajar mengikut kaedah yang betul dan disiplin ilmu yang benar. Mereka tidak memikirkan kesan buruk yang timbul kepada orang awam (yang tidak mampu untuk menjadi ulamak mujtahid). Hingga timbullah pecah belah antara umat Islam.

ALlah memerintahkan bukan sahaja dalam urusan kepimpinan, bahkan juga dalam urusan agama untuk memberikan amanah kepada yang berhak dan berkelayakan.

Firman Allah subhanahua ta'ala dalam surah An-Nisa'ayat 58 yang berbunyi :
Maksudnya Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil ".


Daripada Abu Hurairah dia berkata:


“Ketika Nabi s.a.w. di dalam suatu majlis berbicara dengan orang ramai maka datang seorang `arab badawi lalu bertanya: "Bilakah hari kiamat?". Rasulullah s.a.w. meneruskan ucapannya. Ada yang berkata "Baginda dengar (apa yang ditanya) tetapi baginda tidak suka apa yang ditanya". Sementara yang lain pula berkata "Bahkan baginda tidak mendengar". Apabila telah selesai ucapannya, bagida bertanya: "Manakah orang yang menyoal". Jawab (badawi tersebut): "Saya di sini wahai Rasulullah". Baginda bersabda: "Apabila dihilangkan amanah maka tunggulah kiamat". Tanya badawi tersebut: "Bagaimanakah menghilangkan amanah itu". Sabda baginda: "Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat".
(Riwayat al Bukhari)

Berhati-hatilah wahai diri, perhatikan dari mana kamu mengambil urusan agama. Semoga dijauhkan dari pendustaan terhadap Allah dan RasulNya serta melakukan kezaliman terhadap ulamak dan umat Islam.

Sumber rujukan : Dr Said Ramadhan al Buthi, Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syarii'ata Al Islamiyyah, K.H AbduLlah Zakiy Al-Kaaf,Bahaya Bebas Mazhab Dalam Keagungan Syariat Islam.

Sumber : Http://JomFaham.Blogspot.Com

19 November 2009

Pencapaian UPSR Meningkat - Alimuddin

Pencapaian keseluruhan calon-calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun ini mengalami peningkatan berbanding tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pencapaian keseluruhan Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini telah meningkat sebanyak 1 peratus berbanding 2008.

"Pencapaian keseluruhan nilai GPN telah meningkat sebanyak 1 peratus tahun ini.Pencapaian Cemerlang (semua A) telah meningkat kepada 9.51 peratus tahun ini berbanding dengan 9.19 peratus pada tahun lepas dengan jumlah perbezaan sebanyak 0.32 peratus.

"Pencapaian Baik (minimum C) pula meningkat kepada 63.03 peratus berbanding dengan 62.56 peratus dengan perbezaan sebanyak 0.47 peratus. Manakala pencapaian lemah (semua E) telah menurun kepada 0.64 peratus berbanding dengan 0.66 peratus pada tahun lepas dengan perbezaan 0.02 peratus," katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan keputusan UPSR 2009 di sini hari ini.

Beliau berkata pencapaian calon-calon luar bandar walaupun masih ketinggalan berbanding dengan pencapaian calon-calon bandar pada keseluruhannya juga semakin baik.

"Pada keseluruhannya, jurang perbezaan antara murid bandar dan luar bandar semakin dapat dirapatkan. Hal ini dapat dilihat daripada penguncupan beza antara bandar dan luar bandar bagi kesemua ukuran pencapaian calon pada tahun ini berbanding tahun lepas," katanya.

Perbezaan jumlah murid cemerlang luar bandar dan bandar pada tahun ini mengalami penguncupan sebanyak 3.64 peratus berbanding dengan 4.22 peratus pada tahun lepas.

Sementara perbezaan pencapaian baik di antara murid bandar dan luar bandar mengalami penguncupan sebanyak 5.55 peratus berbanding dengan 6.25 peratus pada tahun lepas.

Daripada segi mata pelajaran, Bahasa Tamil telah menunjukkan peningkatan gred A yang tinggi iaitu sebanyak 3.6 peratus dan juga Matematik yang meningkat sebanyak 4.2 peratus, katanya.

Pada tahun ini, sebanyak 506, 620 calon menduduki UPSR manakala pada tahun lepas sebanyak 507, 320 calon.

20 October 2009

PROGRAM LATIHAN TEKNOLOGI PETROLEUM DI INSTITUT LATIHAN PETROLEUM (INSTEP)

Program Yang Ditawarkan

Berikut adalah senarai program yang ditawarkan untuk sesi pengambilan kali ini:

1.
PTP-1 PROGRAM TEKNOLOGI PETROLEUM (1 tahun)
(Elektrikal, Instrumentasi, Makmal, Mekanikal dan Proses)
- Untuk Lepasan Diploma

SYARAT-SYARAT MEMOHON

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut:
Warganegara Malaysia.
Memiliki Diploma Kejuruteraan dari IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Berumur tidak melebihi 28 tahun pada 1hb Januari 2009.
Bujang, sihat tubuh badan dan tidak rabun warna.

DAN
Mempunyai kelayakan minimum SPM/SPMV seperti berikut:
1. Kepujian dalam Matematik Moden atau Matematik Tambahan.
2. Kepujian dalam salah satu mata pelajaran berikut: Kimia, Fizik, Biologi, Sains, Sains Tambahan atau mata pelajaran teknologi.
3. Kepujian dalam satu (1) mata pelajaran lain.
4. Lulus dalam Bahasa Malaysia/Melayu.
5. Lulus dalam Bahasa Inggeris.

2.
PTP-2 SIJIL JURUTEKNIK PROGRAM TEKNOLOGI PETROLEUM (2 tahun)
(Elektrikal, Instrumentasi dan Mekanikal)
- Untuk Lepasan SPM/SPMV

SYARAT-SYARAT MEMOHON

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut:
Warganegara Malaysia.
Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 1hb Januari 2009.
Bujang, sihat tubuh badan dan tidak rabun warna.

DAN
Memperoleh keputusan minimum SPM/SPMV seperti berikut:
1. Kepujian dalam Matematik Moden atau Matematik Tambahan.
2. Kepujian dalam salah satu mata pelajaran berikut: Kimia, Fizik, Biologi, Sains, Sains Tambahan atau mata pelajaran teknologi.
3. Kepujian dalam satu (1) mata pelajaran lain.
4. Lulus dalam Bahasa Malaysia/Melayu.
5. Lulus dalam Bahasa Inggeris.

Syarat-Syarat Permohonan

Permohonan mestilah dibuat secara "online" melalui portal laman web ini. (Permohonan akan dibuka mulai 11 Okt 2009, jam 8.00 pagi dan ditutup pada 20 Okt 2009, jam 5.00 petang).

Setiap permohonan dikenakan yuran proses sebanyak RM10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja) dan bayaran hendaklah dibuat atas nama PETRONAS MANAGEMENT TRAINING SDN BHD melalui CIMB Bank - No. Akaun: 13020011024059.

Untuk memudahkan urusan permohonan, anda dinasihatkan menjelaskan wang proses terlebih dahulu bagi mendapatkan nombor siri slip bayaran.

PERHATIAN :

* Sila simpan slip pembayaran (untuk diserahkan sebagai bukti pembayaran) sekiranya anda dipanggil untuk sesi temuduga nanti.
* Jika anda membuat pembayaran yuran proses menggunakan money order/postal order, sila catatkan Nama dan Kad Pengenalan di belakangnya dan hantar ke :

Lot 9764, Mukim Batu Rakit,
21020 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Sila teliti/dapatkan setiap panduan yang disediakan di laman web bagi mengelakkan sebarang kekeliruan semasa mengisi maklumat permohonan secara "online".

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.instep- petronas. com/
http://www.instep- petronas. com/Applicant/ AppGuide. aspx

19 October 2009

Islam Agamaku

INFO TERKINI

1Malaysia Onlive Tv

Download Lagu MP3

Download Lagu² Pilihan Anda Disini
Powered By 4shread | Serdahana Itu Indah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites