This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

04 February 2011

Biologi Kehidupan Wanita

     Faraj (vagina) Liang Sanggama adalah alat penghubung rahim dengan dunia luar, alat penerima zakar waktu sanggama dan janin kelahiran anak. Rahim (uterus) adalah tempat berkembangnya anak di dalam kandungan. Ia kelihatan seperti bentuk huruf 'T' terbahagi atas bahagian badan dan bawah leher rahim. Di dalam badan rahim terdapat rongga rahim yang dilapisi selaput lendir rahim. Indung Telur (Ovari ) adalah kelenjar kelamin yang menghasilkan hormon kandungan dan juga menentukan kesuburan seseorang wanita. Terdapat sepasang Indung Telur yang terletak di sisi kanan dan kiri rahim. Di dalam masing-masing indung telur tersebut terdapat lebih kurang 100 ribu benih telur. Saluran Telur ( tuba fallopian ) adalah alat penghubung antara indung telur dan rongga rahim Buah dada (payudara) adalah alat untuk menyusu bayi. Di dalamnya terdapat kelenjar-kelenjar untuk mengeluarkan susu. Haid Sejak dari remaja (puberty) sampai putus haid (menopause) wanita mengalami haid atau keluar darah bulanan (menstruasi). Darah haid ini berasal dari rongga rahim dan timbul akibat pecahan selaput lendir rahim . Pada umumnya darah haid bersifat cair berketul macam agar-agar berwarna merah gelap dan berlaku pada jangkamasa 2 hari sampai 6 hari bagi setiap putaran haid. Darah yang mengalir ini merupakan keguguran lapisan sel-sel pada dinding uterus kerana ketiadaan persanyawaan pada ovum. Mula-mula hormon peransang folikel (FSH) dikeluarkan oleh kelenjar pituitari akan merangsangkan penghasilan ovum dan rembesan hormon estrogen oleh ovari. Estrogen menyebabkan penebalan pada dinding uterus. Selepas lebih kurang 14 hari, kepekatan estrogen akan mencapai takat maksimumnya sehingga memberi kesan menghalang pengeluaran hormon FSH. Kelenjar pituitari kemudian mengeluarkan hormon lain disebut hormon peluteinan (LH) hormon. Hormon luteinan menyebabkan proses pengovulan atau pelepasan ovum. Perempuan itu dikatakan berada dalam keadaan subur dan persenyawaan mungkin berlaku pada peringkat ini. Selepas pengovulan, FOLIKEL GRAAF yang kehilangan ovum akan menjadi korpus luteum. Hormon progesteron penting untuk perkembangan endometrium uterus dan menyediakannya untuk penempelan ovum yang telah disenyawakan dan menghentikan kelenjar pituitari dari mengeluarkan FSH dan LH. Tanpa LH dan FSH kitar haid tidak berlaku. Jika ovum itu tidak disenyawakn, korpus luteum akan mengecut dan hormon progesteron akan berkurang. Pemusnahan lapisan sel pada dinding uterus berlaku dan kitar haid bermula. Selepas tamat haid, Hormon fsh akan dikeluarkan sekali lagi oleh pituitari. Menopause Putus haid adalah satu keadaan di mana badan wanita itu berhenti mengeluarkan ovum dan paras hormon sex seperti estrogen dan progesteron juga berkurangan. Putus haid boleh bermula diantara umur 45-55 tahun. Akibat perubahan hormon dalam badan, seseorang wanita boleh mengalami simptom-simptom yang menyebabkan masalah fisologi dan psychology. 
     Antara simptom-simptom menopause adalah seperti: 
1. Fikiran tidak menentu 
2. Resah dan gelisah 
3. Risau, takut-takut, sedih sayu, pilu, dll
 4. Badan terasa kepanasan
 5. Pening kepala, mual, loya 
6. Hilang nafsu seks 
7. Badan berpeluh
 8. Sakit-sakit badan dan sendi 
9. Pengecutan tulang, Osteoprosis, dll

Lemah Zakar dan Mati Pucuk

Syarat utama menuju kebahagian perkahwinan ialah melalui mencapai potensi seksual atau kemampuan seks yang didambakan. Ia merupakan syarat paling utama. Kemampuan seks seorang suami memegang peranan penting dalam usaha membina kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga. Sebaliknya kehancuran rumahtangga yang disebabkan kerana tiadanya potensi seksual suami berpunca setelah adanya perjuangan yang memberikan hak dan peranan yang sama pada wanita dalam bidang seks. Mati pucuk adalah cacat seks yang mengakibatkan seseorang tidak mempunyai keupayaan untuk bersetubuh. Mati pucuk ini merupakan kecacatan yang serius iaitu boleh menghancurkan perkahwinan kerana pasangan tidak dapat menghasilkan keturunan. Orang lelaki yang tidak mampu melaksanakan persetubuhan disebut impoten apabila batang zakarnya lembik. Kalau dalam bahasa Arab disebut "Unnah" atau dalam bahasa kita sebagai "mati pucuk" pada batang zakarnya. Hendaklah dibezakan antara impoten dan lemah zakar. Impoten adalah orang yang tidak mampu melakukan persetubuhan di mana batang zakarnya lemah, tidak boleh berdiri. Tetapi ia tetap mempunyai nafsu berahi yang amat besar. Sedang orang yang lemah zakar adalah orang yang mempunyai potensi seksual namun ia dingin sekali nafsunya untuk berhubung kelamin. Dalam hal ini terdapat tingkat kemampuan seks, iaitu ada orang yang potensi seksualnya sederhana sahaja. Ada yang potensi seksual sangat besar dan ada pula yang sangat dingin. Impotensi dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu: Mati pucuk Mati pucuk organik disebabkan oleh sesuatu penyakit dalam badan atau kerana gangguan jasmaniah. Lemah Zakar Lemah zakar bererti tiadanya kesanggupan melakukan seks akibat gangguan mental. Sebab-sebab mati pucuk organik antara lain adalah disebabkan berikut: Setiap penyakit yang mempengaruhi bahagian kelamin seperti radang pada bahagian kelamin internal, kelenjar prostat yang lembik dan membengkak, bahagian vesicula seminalis di mana terdapat semen disimpan & tumor Penyalahgunaan ubat-ubatan, alkohol, bius dan nikotin rokok dan sejenisnya menyebabkan merosotnya daya seks. Tekanan darah yang rendah dan penyakit kencing manis, boleh menjadikan seseorang mati pucuk. Gaya hidup seseorang yang tidak sihat sejak lahir walaupun ini jarang berlaku adalah sebab terjadinya mati pucuk organik. Umur tua juga akan mempengaruhi kemampuan untuk melakukan hubungan kelamin sama ada boleh atau tidak. Kebiasaan masturbasi (melancap) ie. Memuaskan nafsu seks dengan tangan akan menyebabkan mati pucuk. Keletihan yang berlarutan juga menyebabkan mati pucuk. Coitus interuptus atau persetubuhan terputus boleh menyebabkan seseorang mati pucuk. Cara ini menimbulkan radang pada vesikula seminalls. Kesihatan yang terganggu berpunca dari penyakit-penyakit yang berkaitan dengan darah, jantung atau ginjal pun boleh mengurangi dorongan seks yang akhirnya berubah menjadi mati pucuk. Lemah zakar disebabkan oleh: Takut kalau isteri hamil merupakan sebab yang menyebabkan impotensi. Orang yang bersetubuh dengan disertai rasa takut mendapat anak akan menyebabkan daya ereksi menjadi lemah. Rasa jijik dari salah satu pihak boleh melenyapkan dorongan seksual suami. Mengalami tekanan hidup seperti rugi dalam perniagaan, tekanan dan kegelisahan mengenai pekerjaan mengganggu daya keinginan seks. Rasa takut, muak dan bimbang dapat menurunkan daya keinginan seks. Pada dasarnya gangguan mental adalah punca berlakunya lemah zakar. Lelaki yang lemah zakar alat kelaminnya kelihatan normal. Tetapi batang penisnya tidak dapat bereksi sehingga tidak dapat menembus di dalam liang faraj waktu bersetubuh. Hal ini seterusnya boleh mengakibatkan gangguan jiwa. Mati pucuk dan lemah zakar adalah dikategorikan sebagai suatu penyakit. Maka hendaklah berusaha menyembuhkan. Usaha penyembuhan merupakan langkah yang baik. Dengan dapat mengatasi mati pucuk dan lemah zakar bayangan kelam yang selama ini menghantui setiap pasangan suami-isteri akan bertukar menjadi sinar cerah. Usaha menyembuhkan mati pucuk lebih mudah diatasi daripada lemah zakar. Usaha penyembuhannya mesti dilakukan secepat mungkin sebelum boleh mencapai tahap kronik. Ilmu kedoktoran menemui cara-cara yang sangat efektif untuk menyembuhkan mati pucuk ini. Di antara cara-caranya ialah melakukan pembedahan, menyuntik hormon kelamin lelaki yang sudah dimurnikan dan merawat menggunakan ubat-ubatan tradisional. Pendek kata berkat kemajuan ilmu kedoktoran masa kini, masalah mati pucuk sudah dapat dikenalpasti dan diberi diagnosis untuk diatasi. Jadi kita usah berputus-asa bila dapat penyakit asal berikhtiar secepat mungkin dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Cara mengatasi lemah zakar antara lain dengan melakukan penyelidikan latar belakang sejarah seseorang dari awal sehingga mendapat dari lemah zakar. Pekerjaan seperti ini harus ditangani oleh seorang ilmu kejiwaan. Dan ini bererti penyelidikan dilakukan ke atas latar belakang kejiwaan pesakit itu. Setelah melalui analisa yang mendalam ini dan diketemukan sebab-musababnya sesorang menjadi lemah zakar (iaitu ketakutan atau kurang adanya kepercayaan akan kebolehan seseorang melakukan seks atau rasa muak terhadap perilaku isteri terhadap dirinya dan lain-lain lagi) sikap keterbukaan suami-isteri di dalam usaha menyembuhkan lemah zakar di hadapan doktor yang memeriksanya adalah perlu sekali. Jangan sekali-kali menyembunyikan masalah-masalah yang dirasakan mengaibkan daripada doktor pakar jiwa. Terangkan satu persatu masalah yang dihadapi. Lemah zakar memerlukan usaha yang sabar dan agak lama. Tetapi usaha itu lebih cepat berhasil jika ada bantuan dari pihak isteri yang menjadi teman suami dalam hubungan kelamin. Dorongan isteri, kehalusan budinya, kesabarannya akan mempercepatkan proses pemulihan lemah zakar suaminya.

21 July 2010

Obesiti: Punca Dan Pencegahan

Obesiti merupakan antara faktor utama penyumbang kepada masalah sakit jantung, tekanan darah tinggi, hiperlipidemia (tinggi kandungan kolesterol dalam darah), kencing manis dan sebagainya. Obesiti merupakan masalah pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan manusia. Secara umumnya obesiti dikenali oleh masyarakat sebagai masalah kegemukan atau berlebihan berat badan. Setiap kita yang sihat adalah berisiko untuk gemuk jika tiada inisiatif diri untuk menjaga dan mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal.

Bagaimana obesiti bermula?
Obesiti bermula daripada pengambilan tenaga (dari sumber makanan) melebihi keperluan tubuh individu tersebut dalam tempoh masa tertentu, diiringi dengan kurang aktiviti fizikal.

Namun terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada gejala obesiti, iaitu:
a) Genetik – Anak-anak berisiko untuk obes sekiranya ibu bapa mereka begitu.
b) Diet tidak seimbang (tinggi lemak dan gula)
c) Makan secara berlebihan
d) Gaya hidup kurang aktif (kurang atau tiada aktiviti fizikal)
e) Tekanan emosi (menyumbang kepada makan berlebihan)
f) Ubat-ubatan (bergantung kepada kesan sampingan sesetengah ubat, tidak semua jenis ubat-ubatan)

Obesiti boleh dicegah dengan:

a) Mengamalkan pemakanan yang seimbang, sederhana dan pelbagai.Makanlah makanan yang terdiri daripada bijirin (roti, nasi, mee, bihun), buah-buahan, sayur-sayuran, daging/ikan/ayam dan produk tenusu.Makanan yang pelbagai akan menyumbangkan kombinasi nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita.Makan mengikut keperluan sahaja (jangan terlebih makan dan berhenti sebelum kenyang).Kurangkan makanan tinggi lemak (bergoreng, bersantan, digalakkan susu rendah lemak).Kurangkan makanan tinggi gula (air manis, kuih-muih, air tin, gula) Apabila kita tahu cara pemakanan yang betul, ini memudahkan kita untuk memasak di rumah atau memilih makanan yang sihat jika makan di luar.

b) Amalkan sarapan pagi setiap hari,untuk memulakan hari yang baik, ceria dan berfikiran cerdas, kita memerlukan tenaga yang mencukupi.Makan makanan yang tinggi serat (fiber), bijirin penuh serta kaya dengan protein (susu) untuk meningkatkan metabolisme kita.Pastikan kita ada waktu untuk bersarapan, ini dapat mengelakkan gejala pengambilan makanan yang berlebihan waktu makan tengah hari kerana lapar.

c) Kekalkan berat badan yang sihat.Ini dapat mencegah risiko untuk mendapat penyakit kronik dan hidup dengan baik. Sebaiknya digalakkan untuk kita membeli penimbang berat dan mengukur berat setiap sekali seminggu atau sekali sebulan untuk mengetahui perkembangan berat badan. Jika diukur setiap hari, ini tidak begitu praktikal kerana pertambahan atau pengurangan berat badan mengmbil masa tertentu untuk berubah.

d) Tingkatkan aktiviti harian.Kita perlu aktif untuk kekalkan fungsi tubuh yang baik, kekal sihat dan ceria.

Soalan yang biasa menjadi perbualan kita: Saya tidak gemuk, jadi saya tidak perlu bersenam. Perlu diketahui, bersenam bukanlah untuk menurunkan berat badan sahaja, tetapi untuk membaiki peredaran darah, menguatkan jantung dan meningkatkan tahap kecergasan kita.

Tips untuk mengurangkan keinginan makan bagi mereka yang obesiti:

a) Makan secara perlahan untuk setiap kunyahan
b) Guna pinggan atau mangkuk yang lebih kecil
c) Mulakan dengan kuantiti yang kecil semasa makan
d) Makan makanan yang lebih tinggi kandungan air dan minum air dahulu sebelum makan (sup sayur, buah-buahan, air kosong)
e) Makan di tempat tertentu sahaja (elakkan di depan tv @ semasa bekerja)
f) Makan pada masa yang tetap
g) Tidak meninggalkan sarapan kerana ini akan menyebabkan pengambilan makanan yang lebih banyak pada masa tengahari
h) Amalkan snek sihat seperti buah-buahan
i) Kurangkan kekerapan makan di luar dan hadkan duit yang dibawa ketika keluar
j) Atasi tekanan/masalah dengan sebaiknya.

Oleh itu, makanlah dengan sihat untuk menikmati hidup yang lebih berkualiti. Bukankah kita tahu mencegah adalah lebih baik daripada merawat! Adakah kita dalam proses mencegah diri daripada segala penyakit kronik dan masalah kesihatan lain? Jika belum, marilah kita mengamalkan pemakanan sihat dan meningkatkan aktiviti fizikal untuk kebahagian diri dan orang sekeliling.

Kita sihat, masyarakat sihat, pasti semua boleh berkerja dan menjalani hidup yang berkualiti. Mari kita mensyukuri nikmat kesihatan yang diberkan oleh Allah s.w.t, mari kita bersama menjaga nikmat kesihatan ini

09 April 2010

Gejala Merawat Sendiri Penyakit Melalui Panduan Internet

Kini wujud trend yang membimbangkan di mana orang ramai merawat sendiri penyakit mereka hanya melalui panduan yang terdapat di Internet, menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Editor buletin MMA, Dr Kuljit Singh berkata gejala ini yang ditambah pula dengan perkembangan bidang sains perubatan menjadikan pesakit menjadi konsultan dan merawat sendiri penyakit mereka melalui maklumat yang diperolehi melalui Internet dan menerusi kemudahan makmal dan farmsi persendirian.

Trend yang mengerikan ini secara tidak langsung menjadikan perubatan klinikal semakin kurang penting kepada orang ramai, katanya di dalam ruangan editor buletin berkenaan.

"Contoh kepada gejala ini ialah semakin bertambah jumlah diabetik di negara ini di mana orang ramai perlu dipersalahkan kerana mereka fikir mereka tahu bagaimana untuk menguruskan diri mereka," katanya.

Dr Kuljit mendakwa kini undang-undang yang mengawal pentadbiran makmal dan farmasi di negara ini sangat lemah.

Penemuan Terbaru Tentang Rokok

Merokok adalah HARAM 


Satu penemuan baru oleh Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney Australia yang mendapati rokok mengandungi bahan dari darah khinzirsepatutnya membuka mata hati umat Islam yang berpendapat dan mengatakan ROKOK TIDAK HARAM.

Profesor Chapman telah merujuk kepada penemuan Pengkaji dari Belanda yang telah mengenal pasti sejumlah 185 bahan berbagai guna menggunakan "haemoglobin" atau darah merah.Termasuk darah khinzir yang di gunakan pada penapis "filter" rokok.Darah khinzir di gunakan untuk menjadikan penapis rokok lebih berkesan menghalang bahan kimia dari terus masuk ke dalam paru paru perokok.

Penemuan Prof Chapman ini telah membongkarkan bahawa selama ini syarikat Pengeluar rokok sedunia tidak pernah mengistiharkan adanya kandungan bahan ini dalam rokok keluaran mereka.Nampaknya perkara ini dirahsiakan selama ini.Sukar untuk di percayai bahawa syarikat pengeluar rokok tidak perlu mengistiharkan kandungan bahan yang ada dalam rokok kerana menurut kata mereka bahan bahan dalam rokok ada 'resipi rahsia bisnes".Ini sangat mengejutkan kita.

Jika anda seorang perokok , bayangkan sudah berapa banyak bahan HARAM termasuk darah khinzir saperti ini sudah meresap kedalam darah daging anda dan keturunan anda?

09 February 2010

Penjagaan Tulang

Tulang bukan sekadar ketulan kalsium. Ia hidup - sentiasa terhapus dan terbina dengan sendiri. Seperti mana kita memerlukan makanan untuk terus hidup, tulang juga perlu diberikan nutrien yang sepatutnya.

Nutrien yang paling penting untuk tulang adalah kalsium. Mineral ini bukan saja diperlukan untuk pembentukan tulang tetapi juga fungsi badan yang lain seperti penjagaan saraf dan otot. Disebabkan badan mengambil kalsium daripada tulang maka kita perlu terus mengisi semula bekalan kalsium untuk mengelakkan tulang kehilangan terlalu banyak mineral tersebut.

Sumber terbaik bagi kalsium adalah susu dan produk berasaskan susu yang lain seperti keju dan tairu. Bagaimanapun, terdapat juga sumber kalsium yang lain sekiranya anda tidak suka minum susu. Anda boleh mendapat kalsium daripada sayuran hijau dan berdaun seperti kai lan dan pak choy Cina, produk berasaskan soya seperti taufu dan taufu fah dan juga ikan bertulang lembut yang boleh dimakan seperti sardin dan bilis.

Dan jangan pula lupa tentang makanan tidak berasaskan tenusu dan diperkaya dengan kalsium yang boleh didapati di pasaran. Jus oren, minuman malt dan tairu dan tidak lupa juga bijirin sarapan, biskut dan roti telah diperkaya dengan kalsium. Oleh it, bacalah label makanan dan periksa kandungan kalsiumnya.

Tetapi seperti apa juga dalam hidup ini, kita perlu bersederhana. Pengambilan kalsium perlu menepati cadangan pengambilan harian anda. Kumpulan umur yang berbeza memerlukan jumlah kalsium yang berlainan. Berapakah yang anda perlukan setiap hari? Anda boleh memeriksa cadangan pengambilan nutrien bagi kalsium dalam jadual berikut:

Sebagai tambahan kepada kalsium, anda juga perlu memastikan mendapat vitamin D yang mencukupi setiap hari. Vitamin ini membantu tulang anda menyerap lebih kalsium. Tambahan pula, badan anda akan menghasilkannya sendiri dari pendedahan kepada cahaya matahari. Jadi, janganlah malu berjemur kerana ia baik untuk tulang anda! Tetapi, bagi wanita yang sudah mencapai menopaus, penghasilkan vitamin D dari pendedahan kepada cahaya matahari sahaja mungkin tidak mencukupi, Jadi, selain pengambilan tambahan kalsium, pengambilan tambahan vitamin D juga sangat penting.

Selain kalsium dan vitamin D, tulang kita juga memerlukan senaman. Ini kerana tulang adalah tisu hidup dan ia bertindak balas kepada aktiviti tekanan yang dikenakan manusia ke atasnya. Ia terbina dari kombinasi kolagen dan kristal mineral yang terdiri daripada kalsium dan fosfat. Matrik kolagen inilah yang membenarkan tulang mengembang dan mengecut tanpa patah.

Dalam kata lain, tulang akan bertindak balas dan menjadi lebih kuat untuk menghadapi tekanan yang kerap dikenakan senaman ke atasnya. Begitulah juga jika tidak aktif secara fizikal, tulang akan menjadi semakin lemah, lalu mendedahkannya kepada risiko keretakan yang lebih besar.

Apa juga senaman yang memerlukan anda membawa berat badan dan melawan graviti akan membantu anda memperbaiki atau mengekalkan jisim tulang. Tekanan akibat membawa berat anda sendiri dan tindak balas tolak dan tarik otot anda akan merangsang pembentukan tulang dan menjadikannya lebih kuat. Contoh senaman menahan berat termasuklah berjalan, berjoging, berlari, tai chi dan bermain permainan seperti badminton, tenis dan golf.

Senaman bukan saja membina tulang kuat, ia juga memperbaiki imbangan dan kordinasi anda. Ini penting bagi mengelakkan jatuh bagi warga tua. Jadi janganlah menghalang ibubapa atau datuk nenek anda bersenam kerana ia bagus untuk mereka. Cuma pastikanlah mereka melakukannya dengan selamat.

Tulang sihat sepanjang hayat adalah satu komitmen seumur hidup. Inilah sebab mengapa penjagaan tulang yang baik tidak seharusnya bermula ketika anda sudah tua atau disahkan menghidap osteoporosis. Kita perlu memastikan tulang mempunyai bahan mentah yang diperlukannya secukupnya. Malah, cara yang paling baik untuk melindungi tulang kita adalah dengan menjaganya dari muda dan sepanjang hayat kita.

Artikel Tulang Sihat Sepanjang Hayat oleh Persatuan Kesedaran Osteoporosis Kuala Lumpur ini disokong oleh geran pendidikan daripada Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd dan Rottapharm Madaus

DHA untuk wanita hamil dan bayi

Pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung dan menyusu, dengan ketaranya dapat meningkatkan paras DHA pada janin dan bayi yang telah lahir.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, DHA (asid docosahexaenoic) menjadi tajuk perbualan hangat dalam bidang pemakanan. Pengeluar makanan menunjukkan daya cipta mereka dengan memasukkan DHA ke dalam produk makanan agar pengguna memperolehi DHA yang diperlukan.

Kini DHA boleh didapati dalam kebanyakan susu formula bayi, telur (Omega-3), tairu, jus, makanan kesihatan dan lain-lain.

Setelah kesedaran tentang kepentingan DHA meningkat, maka lebih banyak perhatian ditumpukan terhadap persoalan sama ada ibu mengandung dan yang sedang menyusu (susu ibu) akan memperolehi manfaat daripada tambahan DHA dalam diet mereka.

DHA untuk ibu mengandung dan yang sedang menyusu susu ibu

DHA ialah sejenis asid lemak omega-3 yang berantai panjang, ianya boleh didapati dalam setiap sel dalam badan kita. DHA merangkumi kira-kira 97 peratus dan 93 peratus daripada semua asid lemak omega-3 dalam otak dan mata.

Bayi yang sedang membesar tidak mempunyai kecekapan untuk mengeluarkan DHA mereka sendiri dan ia mesti memperolehi nutrien penting ini melalui uri semasa kehamilan dan daripada susu ibu selepas lahir. Berapa banyak DHA yang diperolehi oleh janin bergantung kepada berapa banyak DHA yang dapat disalurkan daripada DHA ibunya. Sekiranya pengambilan DHA oleh ibunya itu sederhana atau rendah, maka paras DHA pada bayi juga akan turut menurun. Kajian menunjukkan ibu mengandung yang mengambil suplemen DHA akan melahirkan bayi yang mempunyai paras DHA yang dengan ketaranya lebih tinggi dalam otak mereka.

Oleh itu, kita boleh mengesahkan di sini pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung dan menyusu, dengan ketaranya dapat meningkatkan paras DHA pada janin dan bayi yang telah lahir.

DHA daripada Sumber Diet

"Alga (rumpair) - Sesetengah alga merupakan sumber semulajadi bagi DHA. Manakala ramai orang percaya ikan dapat mengeluarkan DHAnya sendiri, tetapi sebenarnya, alga yang dimakan oleh ikan itu menjadikannya sebagai sumber yang kaya dengan DHA.

"Jenis ikan yang berlemak, termasuk ikan bilis, ikan salmon, ikan hering, ikan tenggiri, tuna dan ikan halibut.

"Daging organ, seperti hati.

"Sejumlah yang kecil didapati dalam kuning telur.

Nasihat memakan ikan dan amaran pemakanan daripada badan-badan pakar di USA

American Heart Association, United States Food and Drug Administration (FDA) dan Environmental Protection Agency (EPA) semuanya telah mengeluarkan nasihat tentang pemakanan ikan. Amaran ini dikeluarkan sebagai tindak balas terhadap penemuan sesetengah ikan mengandungi methylmercury, iaitu sejenis pencemar yang sekiranya berada pada paras yang tinggi boleh membahayakan sistem urat saraf janin yang sedang membesar, bayi yang baru lahir dan juga kanak-kanak yang baru bertatih. Adalah dianggarkan hampir 60,000 kanak-kanak setiap tahun dilahirkan dengan dibebani risiko masalah neurologi yang disebabkan oleh pendedahan kepada methylmercury semasa dalam rahim ibu.

Untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada raksa ini, FDA mengesyorkan ibu mengandung dan menyusu dan juga anak-anak kecil supaya memakan tidak lebih daripada 12 auns ikan yang dimasak setiap minggu serta memilih pelbagai jenis ikan daripada memakan hanya satu jenis sahaja. Mereka hendaklah mengelakkan diri daripada memakan ikan besar seperti ikan yu, todak, tile dan ikan tenggiri raja yang semuanya mengandungi methylmercury pada paras paling tinggi.

DHA daripada susu ibu berbanding DHA daripada minyak ikan

Minyak ikan diperolehi daripada tisu ikan yang berminyak dan ia mengandungi DHA dan EPA (asid eicosapentaenoic). Meskipun demikian, suplemen minyak ikan biasa mengandungi EPA dengan jumlah yang agak tinggi dan sebaliknya mengandungi DHA hanya sekadar sederhana sahaja. Pada orang dewasa, DHA dan EPA dapat dihadam serta diserap. Tetapi, pada bayi dan janin, EPA mungkin bersaing dengan DHA untuk merebut tempat dalam membran sel saraf, dan ini mungkin membahayakan otak yang sedang berkembang, dan juga perkembangan mata dan sistem saraf. Dalam susu ibu manusia, jumlah DHA adalah empat kali lebih tinggi daripada jumlah EPA - Sememangnya, alam semulajadi adalah yang terbaik!

Penyulingan molekular

Sesetengah pengilang mengeluarkan minyak ikan melalui proses yang dikenali sebagai 'penyulingan molekular' untuk menghapuskan methylmercury dan toksin lain yang wujud dalam ikan. Bagaimanapun, proses ini tidak mungkin dapat menghapuskan 100% methylmercury kerana dengan kaedah yang digunakan sekarang ini, pasti masih boleh meninggalkan sedikit sebanyak kesan toksin - mungkin pada paras yang tidak boleh dikesan. Ia banyak bergantung kepada kesan sensitif alat ujian yang diguna.

DHA daripada sumber sayuran (Alga) - Pilihan yang lebih selamat

Suplemen DHA yang diperbuat daripada alga kini boleh didapati. Ia menyediakan pilihan lebih selamat untuk ibu mengandung dan menyusu yang ingin memperolehi manfaat DHA untuk bayi mereka tanpa berasa cemas tentang toksin methylmercury atau kandungan EPA yang tinggi.

Martek Biosciences, dari USA, merupakan satu-satunya syarikat di dunia yang berjaya mengeluarkan DHA daripada jenis-jenis alga yang dipatenkan dan ditanam secara besar-besaran dalam tangki penapaian yang ditempatkan jauh dari laut dengan menggunakan air yang ditapis - semuanya ini dikawal ketat di bawah syarat perkilangan GMP.


Dosej yang disyor

Pakar dari Institut Kebangsaan National Institute of Health dan International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids (NIH/ASSFAL) telah mengesyorkan pengambilan sebanyak 300 miligram DHA setiap hari bagi ibu mengandung dan menyusu. Terdapat banyak formula susu untuk diambil semasa hamil dan untuk bayi yang mengandungi DHA, tetapi parasnya selalunya rendah. Suplemen tambahan adalah disyorkan.

Di samping itu, sesetengah kajian menyarankan paras DHA yang mencukupi dalam diet seorang ibu yang baru melahirkan anak, mungkin memainkan peranan dalam membantu mewujudkan kesejahteraan emosi ibu selepas melahirkan anak.

DHA Bersalut Enteric

Suplemen DHA yang diperbuat daripada kapsul sayuran bersalut enteric juga mempunyai keistimewaan. Salutan enteric melindungi kapsul itu daripada tindakan asid dalam perut, oleh itu memastikan kapsul itu akan hancur di dalam usus, dan tidak di dalam perut. Penyerapan DHA adalah lebih baik apabila ia diserap dalam usus. Selain itu, tidak akan terdapat rasa hanyir apabila sendawa. Ini merupakan perkara penting bagi ibu mengandung kerana beliau mungkin berasa terlalu sensitif terhadap bau-bau tertentu.

Membeli suplemen


Untuk memilih suplemen DHA yang baik kualitinya bagi ibu mengandung dan menyusu, pastikan sumbernya adalah daripada sayuran (alga) kerana ia tidak mengandungi sebarang toksin mahupun EPA yang selalunya terdapat dalam kebanyakan suplemen yang sumbernya daripada ikan.

Artikel ini disumbangkan oleh Live-well. Untuk maklumat lanjut mengenai DHA daripada sayuran, sila hubungi Live-well INFOline 03-6140 7605 (Isnin-Jumaat: 9pg-5ptg) atau e-mail kepada livewell2u@pahangpharmacy.com.my

14 January 2010

Wanita punggung besar kurang risiko sakit jantung

Satu kajian kumpulan penyelidik Universiti Oxford di Britain mendapati wanita yang memiliki punggung dan paha besar kurang berisiko diserang sakit jantung dan kencing manis, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan saintis itu menyatakan lemak punggung dan paha boleh mengurangkan kesan protein cytokine iaitu penyebab keradangan dan arteri tersumbat.

Ia berbeza dengan sel lemak di bahagian perut yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes kerana ia mengandungi cytokine yang tinggi.

Lemak punggung dan paha turut mengandungi sejenis hormon bagi melindungi salur darah dan bertindak mengawal kandungan gula dalam darah serta mempercepatkan pembakaran lemak.

"Lemak di sekitar punggung dan paha berbeza dengan lemak di perut. Terdapat lemak yang baik dan buruk sama seperti kolesterol berfaedah dan kolesterol yang berbahaya," kata ketua kajian tersebut, Dr. Konstantinos Manolopoulos.

Menurutnya, selebriti berpunggung besar seperti Jennifer Lopez (JLo) dan Beyonce merupakan contoh ikutan lebih baik bagi kesihatan wanita berbanding model yang kebanyakkannya bertubuh kurus dan kurang kandungan lemak seperti Kate Moss. - Agensi

Apa Itu Sindrom Down?

Apa Itu Sindrom Down?

* Sindrom Down berlaku disebabkan kelainan kromosom menyebabkan seseorang kanak-kanak itu menunjukkan sifat fizikal khusus yang boleh dikenali sewaktu bayi lagi. Pada sindrom itu terdapat ciri perkembangan mental yang terjejas.

* Sindrom down terjadi dalam kira-kira satu kelahiran bayi bagi setiap 700 hingga 1,000 kelahiran.

* Ramai pakar mengatakan ibu yang berumur 35 tahun ke atas, jika mengandung mempunyai risiko yang tinggi melahirkan anak sindrom down. Bagaimanapun, ibu muda juga tidak terkecuali daripada menghadapi risiko itu.

* Sindrom ini terdapat pada semua bangsa di seluruh dunia dan jika kanak- kanak Sindrom Down dikumpulkan beramai-ramai dari apa bangsa sekalipun, rupa dan sifat mereka kelihatan sama saja.

* Kanak-kanak yang menghidap Down Syndrome mempunyai raut wajah seperti orang Mongolia. Disebabkan itu, mereka juga disebut sebagai kanak-kanak Mongol. Mata mereka senget dan mereka mempunyai lipatan epicanthic serta hidung pendek dan leper. Muka mereka kecil dan lidah kelihatan besar serta terkeluar. Telinga mereka pula kecil dan kadang-kadang tidak mempunyai tulang rawan. Bentuk kepala kecil dan leher pula pendek.

* Kanak-kanak sindrom down jika membesar, mereka tidak dapat meningkat lebih tinggi. Mereka biasanya pendek, anggota tangan dan kaki juga pendek.

21 December 2009

Khasiat Buah Durian

Buah durian (durio zibethinus) sangat terkenal di Asia di mana ia mempunyai kulit yang keras dan berduri serta bau yang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Isinya lembut dan manis. Hotel-hotel di negara ini juga melarang pengunjung membawa buah durian ke dalam bilik mereka kerana baunya yang kuat. Ia digelar sebagai raja segala buah bukan kerana kulitnya yang keras dan berduri, tetapi kerana khasiat yang dimilikinya. Durian mengandungi phytonutrien dan anti-oksidan yang tinggi. Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah. Ada kajian mendapati durian dapat mengelakkan jangkitan kulat. Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.

Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Dengan cara ini, ia mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda. Ia juga baik dimakan ketika demam.

Tryptophan adalah antara bahan yang didapati di dalam asid amino di dalam durian. Tryptophan adalah keperluan bagi mengawal tahap serotonin dalam tubuh. Serotonin adalah hormon yang memberikan ketenangan dan keceriaan serta penawar insomnia. Mereka yang kurang serotonin selalunya tidak dapat mengawal emosi, sering marah dan menghadapi tekanan perasaan.

Tidak seperti kebanyakan buah-buahan yang lain yang dijolok atau dengan memanjat pokok untuk mendapatkan buahnya, durian diambil setelah buahnya jatuh secara otomatik dari pokoknya, menandakan buah itu sudah cukup masak. Biasanya pemilik dusun durian akan menebas semak-samun di sekitar kawasan pokok durian untuk memudahkan mereka mencari buah-buah yang sudah jatuh. Ada yang membina pondok atau pangkin khas untuk tempat mereka duduk menunggu durian jatuh. Tetapi perlu berhati-hati ketika mencari durian di musim buahnya gugur kerana jika jatuh di atas kepala, ia membawa kecederaan yang serius.

Durian sedap dan berkhasiat dimakan sebaik buahnya gugur sehingga 4 hari. Kualitinya semakin berkurang selepas seminggu ia dipungut. Durian juga sesuai dimasak kuah dengan gula melaka dan daun pandan. Ia juga dijadikan tempoyak sebagai pes.

07 December 2009

Makanan ibu dalam pantang - Petua orang dulu-dulu

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.

Jenis ikan

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

Jenis ayam dan burung

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.


Cara berpantang masyarakat Melayu

Berpantang yang diamalkan dalam masyarakat Melayu, Cina dan India lebih kurang sama kerana tumpuan lebih kepada aspek pemakanan. Makanan yang sejuk seperti sayur-sayuran tertentu sepatutnya dikurangkan kerana ia boleh menyebabkan badan berasa sejuk, lantas menyebabkan tubuh menjadi ‘tidak kuat’ pada waktu tua.

Selain menitik beratkan aspek pemakanan ada juga cara berpantang yang melarang mandi dan menyikat rambut atas alasan melindungi ibu dan bayi daripada kecelakaan. Ada banyak lagi amalan yang ‘diharamkan’ dilakukan ketika berpantang, tetapi sejak kebelakangan ini dipandang sepi masyarakat moden.

Sungguhpun begitu secara ringkasnya berpantang bertujuan merehatkan tubuh badan dan memberikan kembali tenaga dan darah yang banyak hilang akibat proses kelahiran. Umumnya berpantang ini hanya membabitkan 44 hari atau sebulan lebih.

Cara berpantang masyarakat Melayu:

  • Urutan - bertujuan melancarkan peredaran darah dan biasa dimulakan tiga hari selepas kelahiran. Ia tidak boleh dielakkan kerana akan menyebabkan tubuh berasa sengal.


  • Bertungku - bertujuan mengeluarkan darah kotor terutama saki baki darah beku, membuang angin dan menyembuhkan luka peranakan selain mengecutkan urat yang kembang. Ia selalu dilakukan pagi dan petang.


  • Bertangas - bertujuan membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan sistem peranakan, membetulkan kedudukan salut peranakan dan mengecutkan rahim.


  • Berbengkung - perlu dilakukan sepanjang tempoh berpantang. Elakkan perut buncit selain berfungsi mengembalikan kedudukan peranakan. Ia juga dikatakan sebagai alat membantu ‘mendapatkan’ kembali tubuh langsing kerana ia menghalang daripada makan banyak.


  • Mandi rempah ratus - bertujuan membuang angin dalam badan selain menghaluskan kulit. Ia juga dikatakan mampu mengekalkan kesegaran dan naik seri wajah.


  • Memakai param dan pilis - bertujuan mengelakkan pening dan menyebabkan mata rabun.


  • Minum jamu - bertujuan memanaskan badan, mempercepatkan rahim mengecut selain merapatkan kembali bahagian sulit.

    Elakkan:


  • Keluar rumah


  • Membuat pergerakan pantas atau lasak dengan kata lain kurangkan berjalan


  • Makan dan minum berlebihan


  • Membaca dan melaksanakan kerja yang memerlukan tumpuan seperti menjahit

  • Terdedah kepada cuaca sejuk

  • Berpantang - Amalan untuk kesihatan, kecantikan diri

    BERPANTANG, tempoh waktu membosankan bagi setiap wanita selepas bersalin. Menunggu masa selesai 44 hari, terasa berbulan-bulan lamanya. Ini kerana hari-hari dalam pantang tidak seperti hari biasa.

    Dalam waktu berkenaan, segala gerak-geri perlu dijaga rapi. Makan dan minum tidak boleh sebarangan, duduk dan bergerak juga ada cara tertentu.

    Andai melanggar pantang, takut bentan dan gejala lain pula timbul. Kalau tidak hari ini, mungkin apabila tua nanti.

    Tidak dinafikan, kini ada yang tidak mengendahkan amalan dalam hari. Selain malas, ada yang memberi alasan tiada masa atau tiada siapa dapat menjaga dalam tempoh itu.

    Namun bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan diri, amalan dan rawatan berpantang tidak ditinggalkan.

    Hasilnya, bukan sahaja badan sihat malah ada yang mengatakan diri terasa seperti anak dara.

    Memahami hakikat ini, Pengarah Urusan Pusat Rawatan Kecantikan Ainaa-Ailaa, Norulnaha Abd. Razak, tidak lokek berkongsi cara-cara melakukan sendiri amalan pantang merangkumi cara mengurut, bertungku, bertangas, berbengkung, bertasak dan menyediakan air rebusan mandi.

    Menurut Norulnaha yang gemar membahasakan dirinya sebagai Kak Ana, amalan yang diwarisi daripada nenek moyang itu tidak sukar dilakukan.

    Malah katanya, dedaun yang diperlukan kini boleh didapati di pasar harian.

    ``Kebanyakan wanita moden masih mengutamakan cara perubatan tradisonal serta petua bagi menjaga kesihatan ketika berpantang.

    ``Bahkan, doktor atau pakar perbidanan juga tidak menolak terus cara pengubatan tradisional asalkan si ibu tahu cara betul mengamalkannya,'' katanya.

    Kak Ana menjelaskan, biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan dengan bimbingan ibu atau saudara lebih tua kerana golongan muda kurang arif mengenai ramuan serta teknik rawatan.

    Kaedahnya juga, kata ibu kepada empat cahayamata ini, pelbagai dan bergantung kepada keturunan atau budaya seseorang.

    Apa pun, jelas Kak Ana yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang ini, seelok-eloknya selepas tiga hari bersalin, si ibu boleh mula diurut.

    Urut antara amalan paling penting. Ia hendaklah dilakukan setiap pagi selepas mandi. Selain bertujuan awet muda, ia mampu melancarkan peredaran darah, buang angin, membetulkan urat, menenangkan fikiran dan menyihatkan badan.

    ``Amalan berurut selama tiga atau tujuh hari berturut-turut dan selepas pantang, badan perlu diurut sekurang-kurangnya sekali sebulan,'' jelasnya.

    Sementara itu, Kak Ana memberitahu, dalam pantang lebih elok mandi air rebusan daun daripada air biasa kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri.

    Sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun. Dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk awet muda.

    Mandi juga, katanya, ada caranya iaitu mulakan dengan menjirus ibu jari kaki kanan sambil digosok perlahan-lahan.

    Ratakan hingga pinggang kemudian mulakan pula pada ibu jari kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air.

    Selesai kaki kiri, ulangi pada kaki kanan, jirus hingga ke bahu. Kemudian berpatah balik kepada kaki kiri hingga ke bahu.

    Akhirnya, perlahan-lahan jirus kepala dan selepas itu barulah mandi keseluruhan badan sepuas-puasnya, tidak perlu dibilas air biasa.

    Menyentuh mengenai amalan bertungku, katanya, caranya hampir sama seperti mengurut dan ia dilakukan selama sejam sebelum atau selepas mengurut.

    ``Amalan ini mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetul serta melancarkan perjalanan darah,'' jelasnya.

    Lebih baik, katanya, amalan itu dilakukan dengan menggunakan batu sungai ini kerana kesan bertungku bukan kerana berat batu, tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam.

    Biasanya, kata Kak Ana, darah nifas mengalir lancar selepas bertungku. Jika rajin, bertungku katanya, boleh dilakukan hingga 44 hari. Selain bertungku, bukan mustahil jika dikatakan ada di antara wanita yang tidak tahu penggunaan pilis.

    ``Gunanya untuk mengurangkan panas di kepala serta menghindarkan daripada terasa pening,'' katanya.

    Memiliki empat buah cawangan pusat Kecantikan Ainaa-Ailaa di Bangi dan Kajang, Selangor, Kak Ana turut memperkenalkan Rempah Permaisuri keluaran syarikatnya, Nu' della.

    ``Untuk rawatan lebih berkesan, amalkan Rempah Permaisuri. Amalan ini untuk memulihkan semula otot perut dan rahim seperti sebelum beranak,'' katanya sambil menambah amalan itu molek diteruskan sampai bila-bila.

    Sementara itu, Kak Ana mengingatkan mereka yang sedang berpantang agar makan makanan yang boleh memanaskan badan seperti halia, lada hitam dan Rempah Permaisuri.

    ``Elakkan daripada makanan sejuk seperti pucuk ubi, kekacang, pucuk paku, kangkung, timun dan sebagainya. Hindari juga makanan tajam dan berbisa,'' katanya.

    Selain itu, kawal perasaan jangan bersedih atau berasa tertekan. Agar kepala tidak masuk angin, rambut perlu diikat tegang.

    Duduk pula, katanya, hendaklah bersimpuh dan rapatkan paha supaya tulang punggung tidak kembang.

    Bagi mereka yang ingin mendapatkan petua penjagaan dalam pantang boleh menghubungi Kak Ana melalui talian 013 3511139 atau 03 89255002.

    Oleh Ruhaidini Abd Kadir

    Ujian mamogram tingkat risiko kanser payu dara

    Satu kajian terbaru mendapati ujian mamogram, sebenarnya boleh meningkatkan risiko kanser payu dara di kalangan sesetengah wanita yang berisiko tinggi menghidapi penyakit itu.

    Penyelidik Belanda menganalisis enam hasil kajian yang disiarkan sebelum ini, empat daripadanya mengkaji kesan pendedahan kepada radiasi dos rendah daripada mamogram di kalangan wanita yang mempunyai mutasi genetik yang meningkatkan risiko kanser payu dara.

    Dua lagi kajian meninjau kesan radiasi daripada mamogram di kalangan wanita yang mempunyai anggota keluarga yang menghidapi kanser payu dara.

    "Wanita yang terdedah kepada radiasi sebelum usia 20 mengalami risiko 2.5 kali lebih tinggi menghidap kanser payu dara, begitu juga dengan wanita yang terdedah kepada radiasi mamogram sebanyak lima kali atau lebih," kata Martine Jansen-van der Weide, seorang pakar epidemiologi dan penyelidik di Pusat Perubatan Universiti Groningen, Belanda.

    Beliau membentangkan hasil kajian tersebut pada mesyuarat tahunan Persatuan Radiologi Amerika Utara di Chicago, kelmarin.

    Tiada maklumat diperoleh daripada kajian-kajian berkenaan mengenai tempoh kajian, kata Jansen-van der Weide.

    Bagaimanapun enam kajian itu mengambil kira pelbagai faktor yang mempengaruhi risiko kanser payu dara, seperti umur, penyusuan bayi dengan susu badan dan umur ketika mula datang haid.

    Pada pertengahan bulan lepas, Pasukan Petugas Perkhidmatan Pencegahan AS membuat syor penuh kontroversi dengan menyarankan supaya wanita menangguhkan mamogram rutin daripada umur 40 tahun kepada 50 tahun.

    Wanita disyorkan supaya meminta nasihat doktor mengenai masa terbaik untuk memulakan ujian rutin itu, manakala wanita berusia lebih 50 tahun hendaklah menjalani mamogram selang setahun, menurut pasukan petugas tersebut.

    Pada masa ini Persatuan Kanser Amerika (ACS) dan pertubuhan lain menasihatkan wanita menjalani mamogram setiap tahun mulai usia 40 tahun.

    Bagi wanita berisiko tinggi, ACS mengesyorkan ujian mamogram dan Magnetic Resonance Imaging (MRI) dilakukan setiap tahun.

    29 November 2009

    Trend baru HIV/Aids

    Faktor hubungan seks tidak selamat atasi penagihan dadah di Malaysia

    TREND peningkatan kes HIV/Aids di Malaysia ketika ini bukan lagi disebabkan masalah penagihan dadah dan penggunaan jarum suntikan, sebaliknya hubungan seks yang tidak selamat lelaki dengan perempuan serta aktiviti homoseksual.

    Sejak 1994, kes jangkitan HIV membabitkan wanita mencatat peningkatan kepada 104 berbanding 66 kes pada tahun sebelumnya, manakala kes Aids tertinggi dicatatkan pada 2006 membabitkan 222 kes. Pada 2007, 745 kes baru HIV dicatatkan di kalangan wanita, manakala 131 kematian direkodkan untuk tahun sama.

    Mungkin ada yang mengaitkan peningkatan itu disebabkan ‘perkhidmatan’ pekerja seks. Namun, perangkaan Kementerian Kesihatan bagi tempoh 1986 hingga 2007 menunjukkan hanya 482 kes membabitkan golongan itu.

    Sebaliknya, kes jangkitan HIV paling ramai dikesan membabitkan suri rumah sepenuh masa atau 2,438 kes, manakala kes Aids untuk suri rumah pula sebanyak 497 kes.

    Setakat akhir Disember 2008, sejumlah 704 kes baru HIV dikesan di kalangan wanita, manakala 114 kematian wanita disebabkan Aids dicatatkan untuk tahun sama bagi wanita ialah sebanyak 114. Malah di negara ini, lebih 80,000 orang positif dengan HIV dikesan sejak 1986.
    Senario membimbangkan dan mengejutkan kerana menyaksikan perubahan trend itu turut diakui Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun.

    “Trend ini sudah berubah. Jika dulu, sebut saja kes HIV/Aids di Malaysia, ia pasti dikaitkan dengan penagihan dadah, tetapi pada masa sekarang, faktor hubungan seksual antara suami isteri serta golongan homoseksual juga menjadi punca meningkatnya kes HIV/Aids,” katanya.

    Hakikatnya, peningkatan HIV/Aids disebabkan hubungan seks tidak selamat sudah bermula sejak pertengahan 1990 dan semakin ketara sejak kebelakangan ini. Sebagai perbandingan, bagi 2003, 70.2 peratus kes HIV di Malaysia disebabkan hubungan heteroseksual, 23.2 peratus penggunaan jarum suntikan dan selebihnya faktor lain.

    Bagi 2006 pula, 875 kes baru jangkitan HIV dicatatkan di kalangan wanita dengan 222 kes Aids, manakala setakat Disember lalu, kurang 10 peratus daripada keseluruhan 84,630 kes yang dilaporkan, membabitkan wanita dan gadis. Secara purata, 19 peratus kes baru membabitkan wanita - jumlah tertinggi dilaporkan sejak HIV mula dikesan di Malaysia.
    Malah sejak permulaan epidemik HIV/Aids di negara ini, penyebab utamanya ialah penggunaan jarum yang tercemar di kalangan penagih dadah, diikuti faktor golongan heteroseksual. Bagaimanapun sejak lima tahun kebelakangan ini, trend baru peningkatan kes HIV dicatat dalam kalangan wanita dan kanak-kanak perempuan.

    Untuk tahun lalu saja, golongan wanita dan kanak-kanak adalah satu per lima atau 20 peratus daripada keseluruhan kes baru di seluruh negara.

    Di seluruh Asia misalnya, sejumlah lima juta orang disahkan HIV positif pada 2007. Namun pasti ramai terkejut apabila mengetahui Malaysia menjadi antara negara tertinggi mencatat kes HIV/Aids di Asia Tenggara.

    Bagi rantau Asia, penggunaan jarum suntikan masih menjadi faktor utama, misalnya di China, India, Pakistan dan Vietnam. Apa yang pasti, faktor hubungan heteroseksual dan homoseksual semakin meningkat, khususnya di India, Indonesia, Pakistan dan Afghanistan. Kajian di Bangkok, Thailand dan Ho Chi Minh di Vietnam turut menunjukkan peningkatan kes HIV/Aids berkait rapat dengan hubungan golongan homoseks.

    Pengarah Institut Kesihatan Global Antarabangsa, sebuah agensi di bawah Universiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tan Sri Dr Mohamed Salleh Mohamed Yasin, berkata walaupun HIV dan Aids sudah dikenali sejak dua dekad lalu tetapi ia masih kekal sebagai masalah yang belum lagi berkesudahan.

    Walaupun ada antiviral yang melewatkan Aids di kalangan pesakit yang positif HIV tetapi usaha mengawal HIV daripada tersebar dilihat masih mencabar.

    Di seluruh dunia, jumlah mereka yang positif HIV meningkat, begitu juga kematian disebabkan Aids. Malah 33 juta penduduk dunia hidup dengan HIV. Bagi 2007, sejumlah 2.7 juta orang yang positif HIV adalah golongan dewasa dan kanak-kanak.

    Hari ini di Malaysia, walaupun kes baru yang positif HIV berkurangan berbanding lima tahun lalu, namun peningkatan kes baru pula, kebanyakannya membabitkan hubungan seksual antara lelaki dan wanita, selain lelaki dan lelaki. Ia perkembangan yang menakutkan kerana membabitkan golongan isteri dan kanak-kanak.

    “Kebanyakan golongan ini tidak didiagnosis. Mereka tidak tahu status HIV mereka. Ada yang sudah sakit tetapi tidak tahu masalah kesihatan yang mereka hadapi. Sebenarnya, kembali kepada pegangan agama adalah jalan terbaik. Bagi golongan agama, membuang stigma dan bersikap terbuka untuk membantu mereka kembali pada agama memberi dimensi baru bagi pencegahan HIV/Aids di Malaysia,” kata Dr Mohamed Salleh.

    Pengerusi PT Foundation, Hisham Hussien, berkata jalan terbaik mengekang penularan HIV/Aids ialah dengan kembali kepada ajaran agama masing-masing. Namun, jika ia terlalu berat untuk dilakukan, mengamalkan seks selamat adalah cara terbaik.

    Katanya, dengan peningkatan kes HIV/Aids di kalangan wanita dan kanak-kanak, ia sebenarnya menzalimi mereka yang tidak berdosa.

    “Sayangi isteri dan keluarga, amalkan seks selamat dan ketahuilah setiap orang berpotensi dijangkiti HIV/Aids,” katanya.

    Katanya, walaupun isteri setia dengan suami dalam hubungan intim, suami mungkin tidak jujur dalam perhubungan. Selain itu faktor suami penagih dadah juga memungkinkan isteri dijangkiti HIV.

    Seperti yang kerap ditekankan kerajaan, setiap orang perlu memahami bagaimana HIV/Aids berjangkit kerana ia tidak merebak melalui sentuhan atau duduk berdekatan dengan pesakit, sebaliknya berjangkit melalui jarum suntikan dan hubungan seks tidak selamat.

    Justeru, sesiapa saja yang tidak berhati-hati seperti kerap bertukar pasangan dan tidak mengamalkan seks selamat, perlu menyedari mereka bukan lagi berdepan risiko jangkitan penyakit kelamin, tetapi juga dijangkiti HIV/Aids.

    Sokongan keluarga bantu pesakit

    PENGHIDAP HIV, Narina Ali (bukan nama sebenar) disahkan positif HIV ketika berusia 29 tahun.

    Pada usia itu, apalah sangat diketahuinya mengenai penyakit itu kecuali nasib dirinya yang dijangkiti HIV bukan kerana tindakan sendiri, tetapi bersuamikan seorang penagih dadah.

    Beliau yang kini berusia 38 tahun juga tidak menyalahkan suaminya yang sudah disahkan menghidap HIV beberapa tahun lebih awal daripadanya.

    Namun, seperti juga kebanyakan yang lain, jauh di sudut hatinya, Narina tidak menyangka beliau boleh dijangkiti HIV.

    Menyedari kehidupan perlu diteruskan, Narina berfikiran positif. Malangnya, akibat terlalu kerap menukar kerja berikutan keadaan suami yang tiada pendapatan tetap, membuatkan wanita itu kurang prihatin terhadap kesihatan dirinya.

    Akibatnya, tubuhnya terlalu lemah dan beliau tiada daya untuk ke tempat kerja, jauh sekali melakukan pekerjaan dan tanggungjawab yang diamanahkan.

    “Pada mulanya saya mendapatkan rawatan kerana masalah seperti kerap demam serta keadaan tubuh yang lemah. Namun, ujian darah mengesahkan saya positif dengan HIV.

    “Tuhan saja tahu betapa remuknya hati ini apabila disahkan penghidap HIV. Tetapi rasa sedih itu hadir seketika saja kerana saya tahu, saya harus reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.

    Ketika disahkan menghidap HIV, Narina sudah dikurniakan seorang cahaya mata. Malah anak keduanya lahir selepas beliau bergelar penghidap HIV. Bagaimanapun, Narina bersyukur kerana kedua-dua anaknya bebas HIV.

    Jika orang lain sudah pastinya tertekan apabila disahkan positif HIV, Narina sebaliknya menerima berita itu dengan tenang. Beliau tidak berasa tertekan atau marah pada suaminya, sebaliknya beranggapan semua kejadian itu ada hikmahnya.

    “Saya menerima dengan penuh reda. Mungkin antara sebabnya saya mampu tenang adalah faktor keluarga yang tidak pernah putus-putus memberi sokongan. Mereka tidak pernah menyisihkan saya.

    “Malah selepas kematian suami, mereka tetap setia memberi semangat, selain sudi menjaga anak-anak dan saya.”

    Ternyata, dugaan Nurina tidak setakat itu. Ketika mengharungi kehidupannya, Narina diuji lagi apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya dua tahun lalu ketika pulang dari kerja.

    Kemalangan itu menyebabkan Narina lumpuh. Sejak itu, semua kebajikan dirinya dan anak-anak dijaga oleh keluarganya. Kehidupannya disara sepenuhnya oleh adik beradiknya yang lain.

    “Saya sentiasa berfikiran positif untuk terus hidup. Apa lagi yang boleh saya katakan. Suami sudah meninggal dunia, hendak salahkan beliau pun tidak berbaloi. Saya kini hanya mahu mendidik anak-anak sehingga berjaya dan bersyukur mereka bebas HIV,” katanya.

    INFO: Kategori wanita yang dijangkiti HIV/Aids di Malaysia

    • Pengguna jarum suntikan - wanita membentuk dua peratus daripada populasi penagih dadah.
    • Suri rumah - paling tinggi dilaporkan di Kedah, Terengganu dan Kelantan dengan 300 kes baru setiap tahun adalah golongan ini.
    • Pekerja seks - 543 pelacur dijangkiti HIV hingga Disember 2008
    • Remaja - semakin ramai gadis remaja yang memulakan aktiviti seks di luar perkahwinan dan sebelum usia 18 tahun.

    Lelaki sukar kencing





    Mungkin hidap masalah pembesaran kelenjar prostat

    MENGIKUT jangkaan lebih kurang 45 juta lelaki di seluruh dunia akan mengidap masalah pembesaran kalenjar prostat dikenali Benign Prostatic Hyperplasi atau BPH menjelang 2020 - suatu ramalan yang mengejutkan dan agak menakutkan.

    Bagaimanapun, perlu diingatkan BPH adalah sejenis penyakit yang tiada kena mengena dengan kanser prostat. Ia adalah suatu keadaan yang hanya membabitkan pembesaran kelenjar prostat dan menyempitkan uretha.

    Pakar Runding dan Bedah Urologi sebuah pusat perubatan swasta, Dr Chua Chong Beng, berkata kelenjar prostat adalah sebahagian sistem reproduksi lelaki. Saiznya yang sebesar kacang walnut, terletak di bawah pundi kencing dan di hadapan rektum. Jika prostat terlalu besar, ia akan menghimpit, memperlahankan atau menghentikan aliran kencing.

    BPH merangkumi tanda-tanda termasuk kesukaran membuang air kecil, saluran air kencing yang tersekat, sering berasa tergesa-gesa untuk membuang air kecil, kekerapan membuang air kecil dalam tempoh singkat dan tidak puas ketika membuang air kecil.

    Lazimnya BPH akan meningkat mengikut usia pesakit.


    “Lebih 25 peratus lelaki yang berusia lebih 40 tahun menghidap BPH angka ini meningkat kepada lebih 50 peratus di kalangan lelaki berusia 60 tahun dan 90 peratus bagi lelaki berusia lebih dari 85 tahun.

    “Oleh kerana BPH adalah penyakit yang lazim di kalangan lelaki berumur, penting bagi mereka yang terbabit mengetahui kesan negatifnya terhadap kualiti kehidupan.

    “Malah, BPH juga dikaitkan dengan masalah mati pucuk atau Erektil Disfungsi (ED) dan kegagalan fungsi ejakulasi (EJD). Kesukaran ini boleh menjejaskan hubungan kelamin selain kemurungan serta hilang rasa keyakinan,” jelasnya.

    Dr Chua berkata, BPH adalah sejenis penyakit yang progresif dan jika tanpa rawatan yang betul, pesakit boleh terdedah dengan risiko sekatan air kencing yang serius dan akhirnya menyebabkan masalah buah pinggang.
    Sekurang-kurangnya satu daripada 10 lelaki dalam lingkungan usia 70 tahun ke atas, akan mengalami ini dalam tempoh pemerhatian selama lima tahun manakala risiko bagi mereka berusia 80 ke atas pula meningkat pada nisbah seorang bagi setiap tiga lelaki.

    Bagi menguruskan tanda-tanda BPH, kaedah penggunaan alpha blockers dilakukan untuk menenangkan komponen otot yang licin dalam kelenjar prostat dan uretha yang membantu menyalurkan air kencing dengan lebih lancar. Walaupun cara begini berkesan, penggunaannya adalah terhad pada sesetengah pesakit saja disebabkan komplikasi tekanan darah rendah dan pening.

    Namun kini, lelaki yang mengalami penyakit BPH mempunyai alternatif dengan penghasilan Harnal Ocas (tamsulosin hydrochloride), sejenis ubat makan dengan fungsi penyerapan terkawal dalam bentuk pil 400 mg bagi meredakan tanda-tanda BPH.

    Bahan aktifnya, tamsulosin hydrochloride boleh mengurangkan tanda-tanda BPH dengan lebih cepat dan berkesan. Ini disebabkan tindakan yang selektif pada reseptor prostat yang meminimumkan kesan sampingan seperti pening, sakit kepala, degupan jantung yang deras dan pengsan yang biasa dialami akibat pengambilan ubat alpha blockers yang lain.

    Harnal Ocas menawarkan rawatan untuk BPH yang membolehkan pelepasan tamsulosin secara berterusan sepanjang tempoh 24 jam yang boleh diberikan tanpa dos tambahan, tanpa kesan kepada tekanan darah dan boleh diambil dengan atau tanpa makanan.

    Harnal Ocas juga mampu mencapai tahap keberkesanan tanpa kesan sampingan kepada tekanan darah yang membolehkannya digunakan untuk pesakit-pesakit yang mengambil ubat untuk darah tinggi dan pesakit menghidap masalah jantung.

    Fakta: Benign Prostatic Hyperplasi (BHP)

    Alasan lelaki hidap BPH yang enggan dirawat:

  • Akur ia sebahagian proses penuaan


  • Menyusahkan


  • Takut/malu dengan ejekan dan cemuhan


  • Tidak selesa dengan pemeriksaan


  • Takut disahkan menghidap barah

    Antara komplikasi BPH:


  • Pembentukan batu karang


  • Pengembangan saluran atas


  • Hydroureter dan hydronephrosis


  • Pundi kencing melencong


  • Jangkitan saluran kencing

    Bagaimana BPH dirawat:
    Perubatan:



  • Alpha Blockers


  • 5 Alpha Reductase Inhibitor


  • Kombinasi terapi


  • Terapi alternatif.

    Pembedahan


  • TURP


  • Laser Prostatectomy (namun majoriti dirawat dengan ubat makan).


  • Hadkan pengambilan garam





    Garam berlebihan bawa pelbagai penyakit

    TANPA garam makanan berasa tawar. Bagaimanapun, pengambilan garam yang tinggi dalam pemakanan, sebaliknya mendedahkan kepada risiko tekanan darah tinggi, angin ahmar, barah perut dan masalah pada ginjal.

    Ini disebabkan tahap garam yang terlalu tinggi menyebabkan tubuh menyimpan jumlah air yang banyak, sekali gus meningkatkan jumlah cecair dalam badan.

    Garam ialah nama umum untuk sodium klorida. Tidak dinafikan, sejumlah kecil sodium penting untuk kesihatan kerana kesemua cecair tubuh mengandung sodium, termasuk darah.

    Namun, berapa banyakkah garam yang diperlukan? Jika mengikut diet umum, pengambilan garam mestilah antara 9 - 10 gram termasuk yang dikenali sebagai ‘garam tersembunyi.’ Ini merujuk kepada garam yang ada dalam bahan makanan seperti kicap, sos, mayonis, keju, ikan masin, penambah perisa dan kiub perasa.

    Makanan yang siap diproses seperti sosej dan makanan dalam tin juga tidak terkecuali mengandungi garam tersembunyi ini.


    Selain penambah perisa makanan, tidak ramai yang tahu fungsi sebenar garam bagi badan ini. Hakikatnya, ia berfungsi menyeimbangkan cecair dalam tubuh.

    Dalam konteks ini, penting untuk tubuh menyeimbangkan tahap sodium dalam darah. Sodium juga penting dalam membantu mengekalkan konsentrasi cecair tubuh pada tahap yang tepat.

    Dengan kata mudah, garam berfungsi sebagai rangsangan elektrik dalam saraf dan otot selain menyeimbangkan tekanan darah normal.

    Tetapi awas, terlalu banyak mengambil garam akan menyebabkan peningkatan cecair dalam tubuh. Jika cecair yang berlebihan itu berada di otak, ia mungkin menjadi faktor risiko salur darah otak pecah yang menyebabkan angin ahmar.
    Bagi jantung pula, ia mungkin menjadi penyebab masalah koronari arteri dan tekanan darah tinggi. Bagi dewasa yang sihat, garam boleh disingkir dari tubuh melalui ginjal menerusi air kencing.

    Bagaimanapun, bayi yang mengambil makanan dewasa mungkin tidak berupaya menyingkirkan sodium yang terkumpul di badan. Ia mungkin menjadi punca masalah ginjal, kerosakan hati dan otak serta berkemungkinan menyebabkan maut. Ini kerana, bayi tidak memiliki keupayaan untuk memproses kuantiti garam yang banyak kerana ginjal yang belum sempurna pembentukannya.

    INFO: Tip kawal pengambilan garam

  • Gunakan ramuan semula jadi seperti jus limau atau rempah


  • Kurangkan penggunaan garam dan bahan diawet


  • Kurangkan pengambilan kiub, makanan segera, sos, mayonis dalam masakan


  • Kurangkan pengambilan makanan dalam tin seperti sosej, burger , kekacang


  • Kurangkan mengambil makanan diawet, ikan masing, udang kering, jeruk.

    Makanan tinggi garam


  • Sos berperisa seperti kicap, sos cili/tomato dan sos tiram - 1,000 hingga 5,000 miligram garam


  • Stok/kiub makanan - 3,000 mg garam. Setiap kiub 700 mg


  • Sos salad seperti mayonis - lebih 1,000 mg


  • Makanan dalam tin - 500 hingga 1,500 mg.

    Makanan diawet :


  • Telur masin - 500 mg


  • Ikan masin - 1,500 mg


  • Buah-buahan jeruk (masin) - 1,000 mg


  • Udang kering - 4, 000 mg


  • Belacan - 1, 000 mg.


  • Risiko tulang rapuh





    Kajian dapati rakyat Malaysia kurang ambil kalsium iaitu cuma 300 hingga 500 miligram sehari

    TUBUH manusia memiliki 206 tulang bagi membentuk keseluruhan rangka badan. Setiap daripada tulang ini berpotensi mengalami keretakan atau patah jika anda tidak menjadikan pengambilan kalsium sebagai rutin.

    Tulang yang dijaga dengan baik, tidak akan merosot kepadatannya walaupun anda sudah berusia. Wanita misalnya, memerlukan lebih banyak kalsium berbanding lelaki kerana kalsium membantu pengecutan otot, pembekuan darah dan gerakan saraf.

    Wanita hamil pula memerlukan kalsium bukan saja untuk dirinya tetapi juga untuk bayi dalam kandungan. Ketika hamil, kalsium si ibu dipindahkan kepada janin sekitar 270 miligram menjelang tempoh tiga bulan terakhir kehamilan.

    Sungguhpun begitu, tidak semua wanita mengambil berat mengambil pengambilan kalsium mereka. Selepas putus haid, ketiadaan hormon estrogen menyebabkan kepadatan tulang merosot mendadak. Dengan kadar jangka hayat wanita yang lebih lama berbanding lelaki, risiko tulang rapuh lebih tinggi di kalangan wanita.

    Antara komplikasi tulang rapuh yang biasa ditemui adalah patah tulang pinggul dan ia adalah masalah global. Di Amerika Syarikat misalnya, kajian mendapati lebih 300,000 dimasukkan ke hospital setiap tahun kerana masalah itu.


    Di negara-negara Asia pula dianggarkan kira-kira 50 peratus kes patah tulang sendi pinggul berlaku menjelang 2050. Dalam satu kajian, pengambilan kalsium di kalangan rakyat Malaysia adalah antara 300 hingga 500 miligram (mg) sehari - satu jumlah yang sememangnya tidak mencukupi.

    Masalah tulang rapuh berlaku apabila tulang kehilangan mineral dan kurang padat. Ia menyebabkan tulang lemah dan mudah patah. Selain pinggul, tulang belakang dan pergelangan tangan adalah tulang yang kerap patah.

    Pereputan tulang berlaku lebih cepat dari dalam. Justeru, pengambilan kalsium harus ditingkatkan sejak muda.

    Perlu diingat, usaha mengekalkan tulang sihat dan kuat, bukan kerja yang boleh dilakukan dalam tempoh singkat seperti sehari semalam. Ia memakan masa lama dan belum terlambat bagi anda memulakannya sekarang.
    Kekuatan tulang bergantung pada saiz dan kepadatannya. Kepadatan tulang diperoleh dengan bantuan kalsium yang bukan saja diperoleh daripada susu atau produk tenusu tetapi juga daripada sayur-sayuran hijau seperti brokoli dan sawi. Selain itu tingkatkan pengambilan ikan, buah-buahan, kekacang, vitamin D, zink dan magnesium.

    Mengurangkan risiko tulang rapuh juga boleh dilakukan dengan meminimumkan risiko seperti tidak merokok, tidak minum arak dan mengurangkan jumlah pengambilan minuman berkarbonat serta yang mengandungi kafein.

    INFO: Gejala tulang rapuh
    • Sakit belakang, ia boleh menjadi lebih teruk jika berlaku keretakan.
    • Ketinggian badan terjejas dan tubuh mula membongkok.
    • Keretakan tulang di pergelangan tangan dan pinggul.


    ‘Vitamin’ tulang
    • Susu dan produk tenusu
    • Sayur hijau seperti brokoli dan sawi
    • Ikan, buah-buahan, kekacang, vitamin D, zink dan magnesium

    Punca sakit leher

    Oleh Suzan Ahmad
    suzan@bharian.com.my

    kurang aktif, aktiviti fizikal mengejut sebabkan sendi, pangkal saraf terjejas

    MASALAH sakit leher atau lebih dikenali ‘salah bantal’ adalah keluhan yang biasa kita dengar di kalangan masyarakat negara ini. Sakit yang ketara pada sebelah pagi dan berlanjutan sehingga lewat petang, bukan setakat menyukarkan pergerakan, tetapi mengganggu tugasan seharian selain membataskan kegiatan seperti memandu.

    Malah, berdasarkan penyelidikan pengguna, satu daripada setiap empat dewasa di Malaysia mengalami sengal otot dan sendi. Apakah punca masalah ini? Berbeza daripada tanggapan ramai yang mengaitkannya dengan bantal semata-mata, masalah sakit leher ini sama ada disebabkan otot dan sendi kurang aktif atau pun kerana melakukan aktiviti mekanikal dan fizikal secara mengejut.

    Gerakan paling asas seperti berjalan dan duduk sekalipun, jika dilakukan dalam adab yang tidak betul juga, lambat laun akan memberi kesan pada otot dan sendi tubuh andai dibiarkan berlarutan.

    Perlu diketahui, kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mengalami kerosakan pada sendi mereka. Sebaliknya kesakitan yang mengganggu ini mungkin berpunca daripada lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf.

    Kesakitan ringan pula mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti berat, mengangkat berat, postur atau kedudukan tubuh tidak elok, kecederaan atau pergerakan yang tidak betul.
    Presiden Persatuan Fisioterapi Malaysia (MPA) Dr Balwant Singh Bains, menjelaskan kawasan yang paling kerap mengalami masalah ini ialah leher, bahagian atas dan bawah belakang serta sendi-sendi yang menanggung bebanan seperti lutut dan pergelangan kaki.

    Sakit otot dan sendi boleh timbul daripada dorongan melampau dan atau kerja-kerja mekanikal atau fizikal yang berulang-ulang.

    “Sesetengah orang mengalaminya akibat duduk atau bekerja terlalu lama di depan komputer, manakala yang lain mungkin mengalaminya selepas bersenam di gimnasium atau bersukan.

    “Malah, bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk berasa sedikit sengal otot dan sendi apabila berdiri atau berjalan terlalu lama.”
    Antara punca utama kesakitan sengal sendi dan otot adalah disebabkan postur yang tidak betul. Sebagai contoh, kepala seberat 16 paun adalah bahagian tubuh yang tergantung sepanjang hayat manusia. Jika seorang individu berjalan atau berdiri secara bongkok, ia akan mengganggu postur.

    “Jika seseorang berasa sakit, maknanya mereka tidak menggerakkan otot. Ini kerana otot yang tidak kerap digerakkan, lama kelamaan akan menjadikan sendi tegang dan akibatnya kita akan mula merasa sakit.

    “Duduk sepanjang hari di pejabat tanpa banyak bergerak sama dengan mengundang masalah pada otot dan sendi,” katanya.

    Dr Balwant berkata, mengikut kajian, lelaki dan wanita berusia 20 hingga 45 tahun lebih banyak mengalami kesakitan bahagian atas tubuh berbanding mereka dalam kumpulan usia 45 hingga 55 tahun.

    “Bayangkan apa akan jadi apabila kumpulan pertama beralih menjadi kumpulan kedua. Ini bermakna ramai akan mengalami masalah leher dan sekali gus menyebabkan negara menanggung kerugian kos perubatan berjuta-juta ringgit,” katanya.

    Lebih memburukkan keadaan, kata Dr Balwant, rakyat negara ini sememangnya bukanlah tergolong dalam kategori ‘prihatin’ diri dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

    Ini ditambah pula dengan demam atau kecenderungan bermusim terhadap aktiviti sukan seperti badminton, bola sepak, kriket dan renang.

    Atas alasan inilah, adalah disarankan sebelum terbabit dalam apa-apa aktiviti sukan, individu perlu mendapat pandangan dan nasihat doktor mengikut tahap kecerdasan individu.

    Sementara itu, syarikat pengeluar produk farmaseutikal dan kesihatan pengguna, GlaxoSmithkline (GSK) memperkenalkan Panaflex sejenis koyok berubat berasaskan teknologi hidrogel unik, khusus bagi kelegaan sengal otot dan sendi. Selain mudah digunakan, produk ini juga mampu memberikan kesan serta merta.

    Penghasilan produk itu bertepatan dengan penyelidikan GSK yang mana 45 peratus daripada mereka yang mengalami sengal otot dan sendi menggunakan kombinasi pelega kesakitan topikal dan oral selain Panadol Extend.

    Bedah payu dara meningkat

    Oleh Suzan Ahmad
    suzan@bharian.com.my


    Pembedahan payudara sedang dilaksanakan.

    Tidak semua wanita sesuai lakukan pembedahan kosmetik

    KITA diciptakan Tuhan berbeza secara fizikal dan keinginan untuk cantik itu adalah sebahagian daripada naluri manusia. Justeru, kemajuan perubatan mengambil kesempatan menerusi penemuan moden seperti teknologi pembesaran payu dara.

    Pakar bedah plastik dan kosmetik Asia dan Malaysia mengakui fenomena peningkatan jumlah wanita yang mahu menjalani pembedahan payu dara. Alasannya cukup mudah, inginkan penghidupan lebih berkualiti. Keadaan ini agak membimbangkan apabila peningkatan itu sama dengan pertambahan permintaan untuk pembedahan pembetulan akibat kegagalan pembedahan sebelumnya.

    Pengerusi Simposium Pakar Bedah Payu Dara (ABAS), Dr Charles Randquist yang berkunjung ke Malaysia baru-baru ini mengakui ramai wanita kurang faham mengenai bidang tugas sebenar pakar bedah kosmetik.

    “Ada yang menyangka pembedahan kosmetik seperti pembedahan kelopak mata boleh dilakukan pakar kecantikan, hakikatnya pakar kecantikan dan pengamal perubatan am belum cukup terlatih untuk melakukan pembedahan, termasuk menyedut lemak, membesarkan payu dara, atau pembedahan kosmetik lain seperti rekonstruksi,” kata pakar dari Stockholm, Sweden itu.

    Realitinya, tidak semua wanita perlu atau sesuai melakukan pembedahan kosmetik.
    Kata Randquist, pakar perlu memahami dalam apa juga situasi sekali, cara terbaik untuk membina kerjaya pengamal perubatan beretika ialah mengecewakan individu yang tidak sepatutnya melakukan pembedahan yang dikehendakinya dengan menjelaskan risiko yang bakal dihadapi.

    “Apa yang saya maksudkan ialah peraturan tertinggi pakar bedah ialah bersifat jujur dengan diri sendiri dan pesakit kerana tidak semua pesakit memerlukan pembedahan dan hanya doktor layak menasihatkan pesakit sewajarnya,” katanya.

    Beliau yang menimba pengalaman sebagai pakar pembedahan payu dara sejak 1997, berkata sekiranya pakar sendiri berasakan pembedahan tidak akan membawa kebaikan kepada pesakit, maka mereka (pakar kosmetik) perlu menolaknya.

    “Saya percaya jika kita melakukan kerja dengan telus, seharusnya kita menerima ganjaran yang setimpal. Hakikatnya, kejujuran adalah pelaburan terbaik,” katanya.
    Randquist berkata, pakar bedah kosmetik perlu meletakkan standard terbaik dalam amalan kedoktoran. Jika semuanya bersandarkan wang ringgit, ini bermakna dari segi etikanya, kerjaya perubatan umpama diperolok-olokkan.

    Perhimpunan 60 pakar bedah kecantikan dari seluruh dunia sempena simposium tiga hari di Hospital Gleneagles Intan, di sini, baru-baru ini bertujuan berkongsi kepakaran, selain membincangkan teknologi implan dan surgeri terkini payu dara dengan menampilkan sembilan pakar bedah terkenal dari Sweden, Brazil, Singapura, Korea Selatan, China, Jepun, Amerika Syarikat, Kanada dan Malaysia.

    Rantau Asia melahirkan ramai pakar payu dara, sayangnya ia masih ketinggalan dari segi perangkaan saintifik berhubung pembesaran payu dara.

    “Oleh kerana itulah kami memilih untuk menganjurkan ABAS di Asia dan Malaysia sebagai hos agar kami dan rakan sekerja di rantau Asia dapat berkongsi pengetahuan sekali gus mengurangkan kadar komplikasi dan trauma,” katanya

    INFO: Senario pembedahan payu dara di Malaysia:


  • Trend ini meningkat di kalangan wanita Malaysia, terutama kaum Cina.



  • Pelanggan biasanya terpedaya dengan saranan pakar kecantikan untuk melakukan pembedahan menggunakan khidmat doktor yang diterbangkan dari China yang kosnya lebih murah.



  • Caj ‘pakar satu malam’ yang diterbangkan dari China antara RM8,000 ke RM20,000



  • Caj pakar bedah kosmetik bertauliah untuk bentuk implan airmata RM12,000 hingga RM16,000 dan bentuk implan bulat RM10,000-RM14,000.



  • Ada 45 pakar bedah plastik bertauliah diiktiraf di Malaysia dan layak menjalankan semua bentuk pembedahan kecantikan.


  • Islam Agamaku

    INFO TERKINI

    1Malaysia Onlive Tv

    Download Lagu MP3

    Download Lagu² Pilihan Anda Disini
    Powered By 4shread | Serdahana Itu Indah

    Share

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites