This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

18 December 2009

Dunia di persimpangan genting tangani perubahan iklim: PM

COPENHAGEN: Dunia kini di persimpangan genting dan generasi masa depan akan menanggung akibat kesan perubahan iklim jika pemimpin masa kini tidak sanggup berkorban dan mengambil langkah tegas bagi menanganinya, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, dunia tidak perlu menunggu hingga 2050 untuk melihat kesan perubahan iklim kerana negara pulau seperti Maldives akan tenggelam jika suhu dunia meningkat hanya sebanyak 1 darjah Celcius lagi.

"Kita kini di persimpangan genting, kita bercakap soal generasi masa depan dan ia (tindakan menangani perubahan iklim) perlu berlaku sekarang.

"Ini memerlukan pengorbanan dan kesanggupan politik untuk menyediakan peruntukan bagi mencapai sasaran global bagi pelepasan karbon," katanya berucap pada majlis bersama kira-kira 200 rakyat Malaysia di sini malam tadi.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib berada di ibu negara Denmark ini untuk menghadiri Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 (CP15).
Merujuk mesyuarat Kabinet Maldives yang diadakan di bawah laut baru-baru ini, Perdana Menteri berkata tindakan Pesiden Mohamed Naseed itu ialah untuk menunjukkan kepada dunia betapa negaranya dan negara pulau lain menghadapi ancaman besar akibat perubahan iklim.

Malah, katanya, ancaman akibat pemanasan global seumpama itu juga dihadapi negara lain, termasuk Malaysia yang mula merasai cuaca luar biasa di mana taburan hujan jauh meningkat dan banjir melanda kawasan yang tidak pernah mengalami bencana itu.

"Batu Pahat ditenggelami air, ini belum pernah berlaku. Itu adalah antara contoh kesan ringan pemanasan global," katanya sambil menambah baru-baru ini bongkah ais besar terpisah dari benua Antartika dan bergerak ke arah Australia.

Sehubungan itu, Najib berkata pemimpin dunia perlu sepakat berusaha menangani kesan perubahan iklim kerana masalah itu tidak dapat diselesaikan sebarang negara secara bersendirian.
"Kita perlu bangkit melepaskan diri daripada kekangan kepentingan negara masing-masing. Jika kita hanya memikirkan penyelesaian berasaskan negara, kita hanya membuang masa di Copenhagen.

"Kita perlu melonjak dan mencari penyelesaian global. Hanya dengan cara itu apabila 2050 menjelang, kita dapat menghirup udara bersih dan selamat daripada ancaman perubahan iklim," katanya.

Menyentuh konsep 1Malaysia, Perdana Menteri percaya ia dapat memantapkan perpaduan nasional dan menjurus kepada kekuatan masyarakat Malaysia untuk menghadapi cabaran masa depan sebagai satu negara.

Najib berkata, konsep 1Malaysia dapat melenyapkan prasangka dan ketidakpuasan hati di antara kaum yang merasakan sesetengah dasar kerajaan meminggirkan mereka.

"Sudah tiba masanya kita menghadapi cabaran sebagai satu negara," katanya.

Perdana Menteri berkata, semangat 1Malaysia itu juga mampu melonjakkan negara ke tahap kejayaan lebih tinggi dan beliau berikrar akan memimpin negara ke arah kecemerlangan.

"Sebagai Perdana Menteri anda semua, saya komited untuk memimpin Malaysia ke tahap lebih tinggi. Diharapkan apabila sampai waktunya anda semua akan menyokong saya," katanya.

Malaysia komited kurangkan pelepasan karbon sehingga 40 peratus: PM

COPENHAGEN: Malaysia akan mengguna pakai petunjuk bagi pengurangan secara sukarela pelepasan karbon atau gas rumah hijau sehingga 40 peratus daripada intensiti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 berbanding tahap 2005, kata Datuk Seri Najib Razak.

Mengumumkan komitmen Malaysia itu pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 (COP 15) di sini, Perdana Menteri berkata ia bergantung kepada penerimaan pemindahan teknologi dan bantuan kewangan secukupnya daripada negara maju untuk mencapai petunjuk itu.

Najib berkata, berdasarkan kepada kajian beberapa agensi PBB, negara membangun memerlukan sekurang-kurangnya AS$800 bilion setahun untuk menangani perubahan iklim, iaitu sasaran mengekalkan peningkatan suhu dunia pada 2 darjah Celcius.

Perdana Menteri berkata, jika sasaran diubah kepada hanya 1.5 darjah Celcius, pembiayaan yang diperlukan negara membangun adalah setinggi AS$1.5 trilion setahun.

"Apabila difikirkan, ia tidaklah setinggi mana jika dibandingkan dengan bertrilion dolar yang baru-baru ini digunakan untuk menyelamatkan bank dan syarikat," katanya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata pembiayaan segera AS$10 bilion yang dicadangkan negara maju pada persidangan Copenhagen adalah terlalu sedikit dan amat tidak mencukupi.
"Justeru, kami menggesa negara maju untuk menyumbang AS$200 bilion setahun menjelang 2012 dan seterusnya AS$800 bilion setahun yang diperlukan selepas itu," katanya di sini, sebentar tadi.

COP 15 yang berlangsung selama 11 hari mulai 7 Disember lalu itu disertai 192 negara dan 110 ketua kerajaan.

Perdana Menteri juga berkata, adalah penting dikaitkan isu berhubung wawasan bersama dengan isu pembiayaan dan pemindahan teknologi.

Beliau berkata, terdapat cadangan di Copenhagen supaya diterima sasaran jangka panjang bagi pengurangan sebanyak 50 peratus menjelang 2050 berbanding 1990 dan negara maju juga mencadangkan pengurangan pelepasan mereka sehingga 80 peratus.
Katanya, senario ini jika diterima membayangkan pengurangan mutlak sebanyak 20 peratus oleh negara membangun dan pengurangan 60 peratus per kapita kerana peningkatan bilangan penduduk.

"Ini adalah sesuatu yang mustahil disebabkan keperluan untuk pertumbuhan ekonomi yang agak tinggi. Justeru, negara maju perlu memberi komitmen untuk mengurangkan pelepasan melebihi 100 peratus. Dalam erti kata lain, mereka perlu mencapai pelepasan negatif supaya negara membangun mempuyai ruang untuk karbon. Negara maju juga perlu menjamin pembiayaan yang mencukupi dan pemindahan teknologi.

"Hanya jika semua ini diterima sebagai sebahagian daripada pakej, barulah negara membangun boleh mempersetujui sasaran global bagi pegurangan pelepasan," katanya.

Perdana Menteri berkata, berdasarkan anggaran yang boleh dipercayai, sasaran individu yang diumumkan negara maju hanyalah di antara 13 dan 19 peratus, iaitu satu tahap terlalu rendah yang tidak boleh diterima.

Najib berkata, ia tidak meletakkan masyarakat dunia pada landasan betul untuk mencapai sasaran dua darjah Celcius apa lagi 1.5 darjah Celcius.

"Malaysia menggesa negara maju untuk memberi komitmen secara kolektif di Copenhagen bagi pengurangan 49 peratus menjelang 2017 berbanding tahap 1990 sejajar dengan cadangan Malaysia dengan negara lain," katanya.

Najib berkata, satu lagi kebimbangan serius negara membangun ialah ancaman perlindungan perdagangan yang menyamar sebagai usaha menangani perubahan iklim.

Justeru, katanya, untuk persidangan Copenhagen berjaya, perlu ada pernyataan jelas bahawa negara maju tidak boleh mengenakan tindakan berkaitan perdagangan seperti tarif karbon dan sekatan kemasukan terhadap produk, perkhidmatan dan pelaburan negara membangun.

"Jika tidak, kita akan ada situasi yang mana negara maju menghulur satu dolar di satu tangan dan mengambil pula 10 dolar dengan tangan lain," katanya.

Najib berkata, satu lagi kunci utama bagi kejayaan persidangan Copenhagen ialah pengekalan Prtokol Kyoto dan pelaksanaan jadual waktu komitmen negara maju.

16 December 2009

Tazkirah - Guna harta untuk dunia akhirat

Saad bin Musa al-Ansari bercerita: Pada satu hari ketika pulang daripada perang Tabuk beliau bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Ketika itu Rasulullah melihat tangan Saad yang kulitnya hangus kehitaman.

Kemudian Rasulullah bertanya kepada Saad, "Apa yang terjadi kepada tangan kamu? Jawab Saad: "Aku mencangkul tanah untuk menanam pokok demi mencari nafkah buat keluarga aku."

Lalu Rasulullah mengambil tangan Saad kemudian menciumnya sambil bersabda: "Inilah tangan yang tidak disentuh api neraka." Dalam riwayat lain: Selepas mencium tangan Saad, Nabi bersabda: "Inilah tangan yang dicintai Allah dan Rasulullah."

Ketika kita membaca hadis ini, kita sebenarnya patut sedar bagaimana Rasulullah yang agung itu boleh mengambil tangan Saad iaitu seorang orang biasa.

Apa istimewanya kulit yang hitam, keras dan melepuh itu dalam Islam? Kemudian apa kaitannya dengan risalah Rasulullah s.a.w? Seolah-olah ada kaitannya; cangkul dengan agama dan syurga.

Jika dilihat tangan yang melepuh itu adalah disebabkan kerja yang dilakukan. Kerja pula adalah perkara dunia dan mencari nafkah juga soal dunia. Makanan yang dimakan pula akhirnya akan bertukar menjadi najis.

Ini menggambarkan seolah-olah Rasulullah s.a.w mahu memberitahu dunia dan akhirat perlu dipertemukan serta saling melengkapi.



Apakah dengan bekerja itu kita boleh masuk syurga? Inilah paradigma yang kini disalah erti serta disalah anggap berkenaan hakikat dunia apabila sudah berlaku pemisahan antara dunia dan akhirat.

Atas sebab itu generasi umat Islam pernah ketinggalan jauh di belakang kerana memisahkan dunia dengan akhirat. Ada pula yang terlalu mengutamakan kerohanian yang sesat sehingga mengatakan Islam agama yang tidak memerlukan dunia.

Kedengaran juga ada yang mengatakan dunia buat orang kafir menyebabkan kita terus ketinggalan sehingga agama itu tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Bagi rakyat Malaysia matlamat menuju menjadi sebuah negara maju pada 2020 kian hampir, tetapi yang ditakutkan apabila kedua-duanya kosong, dunia tidak dapat dan akhirat pun begitu juga.

Mengikut sejarah peradaban Islam lampau, memang jelas membuktikan kefahaman yang dibina berdasarkan hadis Nabi terbukti berjaya.

Mereka berebut mencari dunia bagi membina agama. Dapat disimpulkan mereka membuktikan harta adalah satu perkara mulia jika dimiliki orang yang soleh.

Cuma yang tinggal adalah bagaimana dunia yang kita idam dan impikan itu hendak ditukarkan supaya boleh digunakan di dunia dan di akhirat.

Terdapat enam syarat jika kita penuhi, kita bakal bergelar VIP dunia dan akhirat serta menjadikan kita sentiasa beribadat selama 24 jam sehari semalam.

1. Ikhlas

Untuk mendapatkan keikhlasan seseorang itu perlu menetapkan di hati mereka setiap perkara yang dilakukan itu adalah kerana Allah. Ini kerana Allah Maha Mengetahui setiap perkara. Jadi tidak perlu riak dan hendaklah berusaha melakukan sebaik mungkin kerana semua amalan akan dihitung di hadapan Allah kelak.

2. Semua perkara yang diusahakan hendaklah berasaskan sumber yang halal.

Ini termasuk kita perlu mematuhi segala bentuk syariat yang ditetapkan serta berlandaskan undang-undang negara.

3. Melalui proses yang betul

Kita perlu meneliti sumber setiap pekerjaan dan mengelak daripada mencuri tulang serta mengambil harta orang lain. Selain itu jauhkan diri daripada bersikap tamak serta hasad dengki sesama manusia.

4. Pekerjaan hendaklah dibuat secara betul

Kita tidak boleh sesekali melakukan kerja dengan sambil lewa. Jadi kita perlu mengerah seluruh tenaga bagi memungkinkan kita menghasilkan kerja yang terbaik.

5. Menekankan prinsip dan disiplin tinggi dalam pekerjaan

Biar apa pun desakan kerja yang kita hadapi pastikan kita tidak sampai melanggar perkara yang ditegah agama. Pastikan juga kita sentiasa menjaga solat dan menutup aurat.

6. Gunakan hasil yang diperoleh secara bijaksana

Setiap kejayaan yang diperoleh hendaklah disalurkan bagi faedah bersama. Kita ditegah menggunakan kuasa yang dimiliki dengan berbuat zalim serta merendah-rendahkan orang lain.

Kesimpulannya, harta yang mulia adalah dengan menikmati segala kekayaan seperti kesihatan, harta benda, jawatan serta kuasa itu bagi meningkatkan ketaatan serta keredaan kepada Allah s.w.t.

Dua Nikmat Yang Sering Dilupakan

Hadith :

Daripada Ibn Masud r.a katanya, “ Aku bersembahyang tahajud bersama Nabi s.a.w, baginda telah memanjangkan berdirinya sehingga aku hampir melakukan perkara yang tidak baik”. Ibn Mas`ud ditanya, “ apakah gerangan yang hendak engkau lakukan?” jawabnya, “aku hendak duduk mufarraqah daripadanya”.

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Huraian
1. Setiap muslim adalah digalakkan sembahyang berjemaah, begitu juga di antara beberapa sembahyang sunat adalah digalakkan supaya dilakukan secara berjamaah seperti tahajud, gerhana matahari, terawikh dan lain-lain lagi.
2. untuk memperolehi rahmat yang besar dan keredaan yang lebih dari Allah perlulah seseorang itu menguatkan azamnya di dalam mengerjakan amal ibadat.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JAWATAN KOSONG PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS (PKENPs)

Permohonan adalah dipelawa dari warganegara Malaysia untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:-

JAWATAN:
-Penolong Akauntan Gred W27

BORANG PERMOHONAN:
Borang permohonan boleh didapati melalui laman web rasmi kerajaan negeri Perlis iaitu: http://www.perlis. gov.my.

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

Pengurus Besar
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs)
173-191, Taman Kemajuan
Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis

TARIKH TUTUP : 30 DISEMBER 2009

JAWATAN KOSONG DI KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH (KKLW)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

JAWATAN:
- KETUA PENGURUS PROJEK, GRED 54
- PENOLONG PENGURUS PROJEK, GRED 41
- PEMBANTU PENGURUS PROJEK, GRED 27

MAKLUMAT LANJUT (IKLAN):
http://www.ziddu. com/download/ 7760821/iklanjaw atankosongDedica tedTeam.doc. html
atau
http://www.rurallin k.gov.my/ c/document_ library/get_ file?uuid= 1c1c51ed- dba3-4c80- 886b-47151683f24 5&groupId= 31319

CARA MEMOHON :
Permohonan hendaklah menggunakan sampul surat yang bertulis "DEDICATED TEAM" di sudut atas sebelah kiri dan mestilah sampai di alamat berikut sebelum tarikh tutup iklan:

Ketua Setiausaha
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,
Aras 8, Blok D9, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62606 Putrajaya
(u.p. : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

ATAU

Menghantar resume ke alamat emel : adli@rurallink. gov.my atau lokman@rurallink. gov.my

http://www.rurallin k.gov.my

TARIKH TUTUP : 20 DISEMBER 2009

JAWATAN KOSONG DI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seperti berikut :

JAWATAN:
1.JURUTERA (ELEKTRIK) GRED J41
2.ARKITEK LANDSKAP GRED J41
3.JURUUKUR BAHAN GRED J41
4.JURUUKUR BANGUNAN GRED J41
5.PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
6.PENOLONG PEGAWAI SENIBINA GRED J29
7.PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED J29
8.PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED J29
9.PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J29
10.PEMBANTU UNDANG-UNDANG GRED L29
11.PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S27
12.PENOLONG AKAUNTAN GRED W27
13.JURUTEKNIK MEKANIKAL GRED J17
14.JURUTEKNIK (AWAM) GRED J17
15.JURUTEKNIK LANDSKAP GRED J17
16.PEMBANTU PERTANIAN GRED G17
18.PENYELAMAT GRED N1
19.PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R17
20.TUKANG K2 (MEKANIK) GRED R11
21.TUKANG K2 (TUKANG LETRIK KERETA MOTOR) GRED R11
22.TUKANG K2 (TUKANG BESI) GRED R11
23.TUKANG K3 (TUKANG PAIP) GRED R9
24.TUKANG K3 (TUKANG BATU) GRED R9
25.TUKANG K3 (PEMBAIK TAYAR) GRED R9

MAKLUMAT LANJUT (IKLAN):
http://www.ziddu. com/download/ 7760916/DBKL1220 09.pdf.html
atau
http://www.dbkl. gov.my/_resource s/vacancy/ dis09/IKLAN_ WARGA_internet_ 14122009. pdf

BORANG PERMOHONAN:
Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang DBKL(P)-J/1 yang boleh dimuat turun (download) dari Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan melayari http://www.dbkl. gov.my dan Portal Intranet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan melayari http://intranet. dbkl.gov. my

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

PENGARAH
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(BAHAGIAN PERJAWATAN DAN PENGAMBILAN)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
TINGKAT 3, MENARA TUN RAZAK
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR

TARIKH TUTUP : 28 DISEMBER 2009

JAWATAN KOSONG DI KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN (KPKK)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1.PENGAWAL KESELAMATAN KP11
2.AHLI FOTOGRAFI B11
3.PEREKA B11
4.JURUSOLEK B11
5.PEGAWAI KEBUDAYAAN (PEMBANTU PENTAS) B11
6.TUKANG K2 R11
7.TUKANG K3 (KAYU/JAHIT) R9
8.PEMBANTU KAMERA / PEMANDU N3
9.PEMBANTU AM PEJABAT (PAP) N1
10.PEMANDU KENDERAAN R3
11.PEKERJA AWAM KHAS R3
12.PEKERJA AWAM R1

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.moi. gov.my/index. php/bm/component /content/ article/65/ 341-jawatan- kosong-kpkk

BORANG PERMOHONAN:
1) KPKK/01/09
http://www.moi. gov.my/jawatan_ kosong/borang_ permohonan_ jawatan_0109. pdf
2) Borang Akuan Penerimaan
http://www.moi. gov.my/jawatan_ kosong/akuanteri ma.pdf

Borang-borang permohonan hendaklah di alamat kepada:

Ketua Setiausaha,
Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia,
Komplek Pejabat Kerajaan Bukit Perdana,
Tingkat 4, Blok `F',
Jalan Dato' Onn,
50610 KUALA LUMPUR.

TARIKH TUTUP : SEPANJANG MASA

Tempoh sah laku permohonan adalah selama setahun. Sekiranya calon masih berminat, permohonan perlu diperbaharui selepas SETAHUN.

JAWATAN KOSONG DI SURUHANJAYA PERHIDMATAN PELAJARAN (SPP)

Permohonan Sepanjang Masa Jawatan Kumpulan Sokongan Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia Dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Bagi Warganegara Malaysia Yang Berkelayakan

JAWATAN:
1.PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN - N17
2.PEMBANTU TADBIR (Kewangan) - W17
3.PEMBANTU TADBIR (Perkeranian dan Operasi)- N17
4.PENYELIA ASRAMA Gred N17
5.PEMBANTU PENGURUSAN MURID - N17
6.PEMBANTU MAKMAL - C17
7.PEMBANTU TADBIR RENDAH (JuruTaip)- N11
8.TUKANG K2 - R11
9.TUKANG K3 - R9

MAKLUMAT LANJUT (IKLAN):
http://www.spp. gov.my/document/ iklan_aks_ sepanjangmasa. pdf

CARA MEMOHON:
Permohonan hendaklah dikemukakan secara ONLINE di Portal SPP http://www.spp. gov.my. Semua pegawai awam yang berminat juga hendaklah mengemukakan permohonan dengan menggunakan kaedah yang sama. Calon boleh memohon lebih dari satu jawatan namun panggilan temu duga akan ditentukan oleh Suruhanjaya mengikut keutamaan.

14 December 2009

Usul Berkenaan Kejatuhan Ketara Pendapatan Petronas

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN 18(1)
Saya, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] akan mencadangkan.

“Bahawa Dewan ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan Dewan ini membincangkan Laporan Kewangan Petronas separuh tahun pertama 2009 yang menunjukkan kejatuhan ketara pendapatan Petronas sebanyak RM58 billion atau 37.5% berbanding masa yang sama tahun lepas yang diumumkan semalam yang menjejas kedudukan ekonomi, kewangan dan bajet 2010 Negara yang sedang dipertimbangkan oleh Dewan yang Mulia ini sekarang.”

Petronas telah mengumumkan laporan kewangan setengah tahun pertama tahun 2009 (1 April 2009 hingga 30 September 2009) semalam, 9 Disember 2009. Daripada intipati laporan ini pendapatan Petronas telah jatuh dengan begitu ketara, RM58 billion atau 37.5% berbanding masa yang sama tahun lepas.
Dalam belanjawan 2010 yang sedang dipertimbangkan oleh Dewan yang Mulia ini kerajaan bergantung lebih daripada 40% hasil pendapatannya daripada cukai dan dividen Petronas. Laporan Kewangan Petronas yang diumumkan semalam menyebabkan bajet 2010 yang sedang dipertimbangkan sekarang tidak lagi sesuai dan perlu diubahsuai untuk mengambil kira kedudukan kewangan semasa Petronas.
Oleh kerana kerajaan bergantung lebih daripada 40% hasil pendaptannya daripada cukai dan dividen Petronas, maka bajet 2010 yang sedang dipertimbangkan oleh Dewan yang Mulia ini melibatkan seluruh rakyat Malaysia. Ia melibatkan perbelanjaan dan perbekalan oleh kerajaan melalui pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. Ia juga menjejas warga peniaga yang berurusan dengan Petronas dan pengguna hasil keluaran Petronas.
Laporan kewangan Petronas ini mencemaskan kedudukan ekonomi, kewangan dan bajet 2010 negara yang perlu dibahas dengan segera. Ia bukan sahaja melibatkan kejatuhan pendapatan tetapi juga cukai, dividen, pelaburan semasa dan masa depan, kedudukan rezab carbon baik dalam dan luar Negara, dan strategi kerajaan dalam mengolah masa depan ekonomi. Kerajaan perlu mengambil kira pendapat dan pandangan semua pihak baik penyokong maupun pembangkang dalam menangani krisis ini.
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Islam Agamaku

INFO TERKINI

1Malaysia Onlive Tv

Download Lagu MP3

Download Lagu² Pilihan Anda Disini
Powered By 4shread | Serdahana Itu Indah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites