Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang tersebut di bawah ini :-
1. PEMANDU KENDERAAN GRED R3
2. PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1
3. OPERATOR LOJI GRED R3
4. TUKANG K3 GRED R9
MAKLUMAT LANJUT:
http://www.portal. mohe.gov. my/portal/ page/portal/ ExtPortal
DOWNLOAD IKLAN & BORANG PERMOHONAN:
http://www.portal. mohe.gov. my/portal/ page/portal/ ExtPortal/ MOHE_MAIN_ PAGE/NEWSEVENTS/ ANNOUNCEMENT/ pdf/fw2iklanpeng ambilanpegawaiku mpulansokongandi bawah.zip
CARA MEMOHON
(a) Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang KPT/ BPSM/1/2009 yang disertakan boleh dimuat turun di atas
(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil-sijil Persekolahan dan kelulusan dan lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan.
(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Prestasi yang disahkan.
(d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 16sm x 23sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis tajuk jawatan yang dipohon. Contoh: Pemandu Kenderaan Gred R3
Permohonan hendaklah sampai kepada :
Ketua Setiausaha
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 5, Blok E3, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRAJAYA.
( u.p: Urusan Pengambilan AKS)
TARIKH TUTUP : 15 DISEMBER 2009
Ape Perasaan Anda bila Orang Kesayangan Berkahwin?
14 years ago
0 komen:
Post a Comment