This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

07 December 2009

Cara berpantang masyarakat Melayu

Berpantang yang diamalkan dalam masyarakat Melayu, Cina dan India lebih kurang sama kerana tumpuan lebih kepada aspek pemakanan. Makanan yang sejuk seperti sayur-sayuran tertentu sepatutnya dikurangkan kerana ia boleh menyebabkan badan berasa sejuk, lantas menyebabkan tubuh menjadi ‘tidak kuat’ pada waktu tua.

Selain menitik beratkan aspek pemakanan ada juga cara berpantang yang melarang mandi dan menyikat rambut atas alasan melindungi ibu dan bayi daripada kecelakaan. Ada banyak lagi amalan yang ‘diharamkan’ dilakukan ketika berpantang, tetapi sejak kebelakangan ini dipandang sepi masyarakat moden.

Sungguhpun begitu secara ringkasnya berpantang bertujuan merehatkan tubuh badan dan memberikan kembali tenaga dan darah yang banyak hilang akibat proses kelahiran. Umumnya berpantang ini hanya membabitkan 44 hari atau sebulan lebih.

Cara berpantang masyarakat Melayu:

  • Urutan - bertujuan melancarkan peredaran darah dan biasa dimulakan tiga hari selepas kelahiran. Ia tidak boleh dielakkan kerana akan menyebabkan tubuh berasa sengal.


  • Bertungku - bertujuan mengeluarkan darah kotor terutama saki baki darah beku, membuang angin dan menyembuhkan luka peranakan selain mengecutkan urat yang kembang. Ia selalu dilakukan pagi dan petang.


  • Bertangas - bertujuan membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan sistem peranakan, membetulkan kedudukan salut peranakan dan mengecutkan rahim.


  • Berbengkung - perlu dilakukan sepanjang tempoh berpantang. Elakkan perut buncit selain berfungsi mengembalikan kedudukan peranakan. Ia juga dikatakan sebagai alat membantu ‘mendapatkan’ kembali tubuh langsing kerana ia menghalang daripada makan banyak.


  • Mandi rempah ratus - bertujuan membuang angin dalam badan selain menghaluskan kulit. Ia juga dikatakan mampu mengekalkan kesegaran dan naik seri wajah.


  • Memakai param dan pilis - bertujuan mengelakkan pening dan menyebabkan mata rabun.


  • Minum jamu - bertujuan memanaskan badan, mempercepatkan rahim mengecut selain merapatkan kembali bahagian sulit.

    Elakkan:


  • Keluar rumah


  • Membuat pergerakan pantas atau lasak dengan kata lain kurangkan berjalan


  • Makan dan minum berlebihan


  • Membaca dan melaksanakan kerja yang memerlukan tumpuan seperti menjahit

  • Terdedah kepada cuaca sejuk

  • Berpantang - Amalan untuk kesihatan, kecantikan diri

    BERPANTANG, tempoh waktu membosankan bagi setiap wanita selepas bersalin. Menunggu masa selesai 44 hari, terasa berbulan-bulan lamanya. Ini kerana hari-hari dalam pantang tidak seperti hari biasa.

    Dalam waktu berkenaan, segala gerak-geri perlu dijaga rapi. Makan dan minum tidak boleh sebarangan, duduk dan bergerak juga ada cara tertentu.

    Andai melanggar pantang, takut bentan dan gejala lain pula timbul. Kalau tidak hari ini, mungkin apabila tua nanti.

    Tidak dinafikan, kini ada yang tidak mengendahkan amalan dalam hari. Selain malas, ada yang memberi alasan tiada masa atau tiada siapa dapat menjaga dalam tempoh itu.

    Namun bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan diri, amalan dan rawatan berpantang tidak ditinggalkan.

    Hasilnya, bukan sahaja badan sihat malah ada yang mengatakan diri terasa seperti anak dara.

    Memahami hakikat ini, Pengarah Urusan Pusat Rawatan Kecantikan Ainaa-Ailaa, Norulnaha Abd. Razak, tidak lokek berkongsi cara-cara melakukan sendiri amalan pantang merangkumi cara mengurut, bertungku, bertangas, berbengkung, bertasak dan menyediakan air rebusan mandi.

    Menurut Norulnaha yang gemar membahasakan dirinya sebagai Kak Ana, amalan yang diwarisi daripada nenek moyang itu tidak sukar dilakukan.

    Malah katanya, dedaun yang diperlukan kini boleh didapati di pasar harian.

    ``Kebanyakan wanita moden masih mengutamakan cara perubatan tradisonal serta petua bagi menjaga kesihatan ketika berpantang.

    ``Bahkan, doktor atau pakar perbidanan juga tidak menolak terus cara pengubatan tradisional asalkan si ibu tahu cara betul mengamalkannya,'' katanya.

    Kak Ana menjelaskan, biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan dengan bimbingan ibu atau saudara lebih tua kerana golongan muda kurang arif mengenai ramuan serta teknik rawatan.

    Kaedahnya juga, kata ibu kepada empat cahayamata ini, pelbagai dan bergantung kepada keturunan atau budaya seseorang.

    Apa pun, jelas Kak Ana yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang ini, seelok-eloknya selepas tiga hari bersalin, si ibu boleh mula diurut.

    Urut antara amalan paling penting. Ia hendaklah dilakukan setiap pagi selepas mandi. Selain bertujuan awet muda, ia mampu melancarkan peredaran darah, buang angin, membetulkan urat, menenangkan fikiran dan menyihatkan badan.

    ``Amalan berurut selama tiga atau tujuh hari berturut-turut dan selepas pantang, badan perlu diurut sekurang-kurangnya sekali sebulan,'' jelasnya.

    Sementara itu, Kak Ana memberitahu, dalam pantang lebih elok mandi air rebusan daun daripada air biasa kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri.

    Sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun. Dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk awet muda.

    Mandi juga, katanya, ada caranya iaitu mulakan dengan menjirus ibu jari kaki kanan sambil digosok perlahan-lahan.

    Ratakan hingga pinggang kemudian mulakan pula pada ibu jari kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air.

    Selesai kaki kiri, ulangi pada kaki kanan, jirus hingga ke bahu. Kemudian berpatah balik kepada kaki kiri hingga ke bahu.

    Akhirnya, perlahan-lahan jirus kepala dan selepas itu barulah mandi keseluruhan badan sepuas-puasnya, tidak perlu dibilas air biasa.

    Menyentuh mengenai amalan bertungku, katanya, caranya hampir sama seperti mengurut dan ia dilakukan selama sejam sebelum atau selepas mengurut.

    ``Amalan ini mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetul serta melancarkan perjalanan darah,'' jelasnya.

    Lebih baik, katanya, amalan itu dilakukan dengan menggunakan batu sungai ini kerana kesan bertungku bukan kerana berat batu, tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam.

    Biasanya, kata Kak Ana, darah nifas mengalir lancar selepas bertungku. Jika rajin, bertungku katanya, boleh dilakukan hingga 44 hari. Selain bertungku, bukan mustahil jika dikatakan ada di antara wanita yang tidak tahu penggunaan pilis.

    ``Gunanya untuk mengurangkan panas di kepala serta menghindarkan daripada terasa pening,'' katanya.

    Memiliki empat buah cawangan pusat Kecantikan Ainaa-Ailaa di Bangi dan Kajang, Selangor, Kak Ana turut memperkenalkan Rempah Permaisuri keluaran syarikatnya, Nu' della.

    ``Untuk rawatan lebih berkesan, amalkan Rempah Permaisuri. Amalan ini untuk memulihkan semula otot perut dan rahim seperti sebelum beranak,'' katanya sambil menambah amalan itu molek diteruskan sampai bila-bila.

    Sementara itu, Kak Ana mengingatkan mereka yang sedang berpantang agar makan makanan yang boleh memanaskan badan seperti halia, lada hitam dan Rempah Permaisuri.

    ``Elakkan daripada makanan sejuk seperti pucuk ubi, kekacang, pucuk paku, kangkung, timun dan sebagainya. Hindari juga makanan tajam dan berbisa,'' katanya.

    Selain itu, kawal perasaan jangan bersedih atau berasa tertekan. Agar kepala tidak masuk angin, rambut perlu diikat tegang.

    Duduk pula, katanya, hendaklah bersimpuh dan rapatkan paha supaya tulang punggung tidak kembang.

    Bagi mereka yang ingin mendapatkan petua penjagaan dalam pantang boleh menghubungi Kak Ana melalui talian 013 3511139 atau 03 89255002.

    Oleh Ruhaidini Abd Kadir

    Petua Cara Menghilangkan Bau Badan (Koleksi Petua)

    Petua Hapuskan Bau Badan

    Ambil beberapa batang serai dan buah limau kasturi, rebus hingga mendidih, Kemudian campurkan dengan air mandian. Mandilah setiap pagi dan petang selam seminggu.

    Ambil sebiji timun muda. Kupas kulitnya dan dibasuh dengan bersih. Sapukan mentimun pada bahagian badan yang mudah berpeluh. Lakukan berulang kali selama beberapa hari setiap kali selepas mandi. Lama kelamaan bau badan anda akan hilang.

    Ambil limau purut, limau nipis ataupun limau kasturi. Dibelah 2. Sebelum mandi sapukan limau ke seluruh badan ataupun pada tempat-tempat berbau seperti ketiak. Biar 5 minit sebelum dibilas dengan air atau mandi. Insyaallah bau badan akan hilang.

    Minum air rebusan daun sirih atau daun nenas muda yang telah dicampurkan dengan garam. Amalkan sekurang-kurangnya selama seminggu.

    Potong pendek batang pokok kantan segar dan tumbuh hingga lumat. Rebus kantan yang ditumbuk itu hingga mendidih kemudian angkat dan biarkan sejuk. Jadikan air rebusan itu sebagai mandian. Gunakan air biasa untuk bilasan yang terakhir.



    Rebus secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan. Campurkan air rebusan tadi dengan sebaldi air biasa. Amalkan mandian ini tiga kali seminggu.

    Selepas mandi gosokkan seketul tawas pada bahagian-bahagian badan tertentu terutamannya di ketiak.

    Goreng segenggam beras tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa. Gosokkan di bahagian yang mudah berpeluh. Biarkan selama 10 minit sebelum mandi. Lakukan sekerap mungkin.

    Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras. Gaulkan kedua-duanya dan disapu ke seluruh badan yang mudah berpeluh. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

    Lumurkan hampas kelapa ke seluruh badan. Biarkan selama 45 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

    Gosokkan hampas teh yang telah digunakan pada seluruh badan terutama di ketiak selama 15 minit sebelum mandi. Amalkannya dua kali seminggu.



    Hapuskan Badan Berbau. Keterangan lanjut, sila klik sini.

    Google tawar laman web percuma

    Gergasi enjin carian dunia, Google Inc. menawarkan pakej rangsangan perniagaan khas untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dalam meluaskan tawaran produk serta perkhidmatan dalam pasaran yang lebih luas.

    Menurut Ketua Dalam Talian Asia Tenggara Google, Charif El-Ansari, pakej yang ditawarkan pada harga RM200 itu melibatkan pembinaan laman web syarikat oleh Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) melalui kempen pemasaran dalam talian.

    "Pakej ini bertujuan membantu PKS untuk terus mengembangkan perniagaan secara kos efektif.

    "Ia juga diharap dapat menghubungkan para peniaga tempatan dengan kira-kira 15 juta pengguna Internet di Malaysia dan lebih satu bilion pengguna Internet di pelbagai bahagian di dunia," katanya pada sidang media pelancaran pakej tersebut di sini semalam.

    Tawaran yang berakhir sehingga 31 Januari 2010 itu merupakan kerjasama Google dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), MMU serta UTAR.

    Ujian mamogram tingkat risiko kanser payu dara

    Satu kajian terbaru mendapati ujian mamogram, sebenarnya boleh meningkatkan risiko kanser payu dara di kalangan sesetengah wanita yang berisiko tinggi menghidapi penyakit itu.

    Penyelidik Belanda menganalisis enam hasil kajian yang disiarkan sebelum ini, empat daripadanya mengkaji kesan pendedahan kepada radiasi dos rendah daripada mamogram di kalangan wanita yang mempunyai mutasi genetik yang meningkatkan risiko kanser payu dara.

    Dua lagi kajian meninjau kesan radiasi daripada mamogram di kalangan wanita yang mempunyai anggota keluarga yang menghidapi kanser payu dara.

    "Wanita yang terdedah kepada radiasi sebelum usia 20 mengalami risiko 2.5 kali lebih tinggi menghidap kanser payu dara, begitu juga dengan wanita yang terdedah kepada radiasi mamogram sebanyak lima kali atau lebih," kata Martine Jansen-van der Weide, seorang pakar epidemiologi dan penyelidik di Pusat Perubatan Universiti Groningen, Belanda.

    Beliau membentangkan hasil kajian tersebut pada mesyuarat tahunan Persatuan Radiologi Amerika Utara di Chicago, kelmarin.

    Tiada maklumat diperoleh daripada kajian-kajian berkenaan mengenai tempoh kajian, kata Jansen-van der Weide.

    Bagaimanapun enam kajian itu mengambil kira pelbagai faktor yang mempengaruhi risiko kanser payu dara, seperti umur, penyusuan bayi dengan susu badan dan umur ketika mula datang haid.

    Pada pertengahan bulan lepas, Pasukan Petugas Perkhidmatan Pencegahan AS membuat syor penuh kontroversi dengan menyarankan supaya wanita menangguhkan mamogram rutin daripada umur 40 tahun kepada 50 tahun.

    Wanita disyorkan supaya meminta nasihat doktor mengenai masa terbaik untuk memulakan ujian rutin itu, manakala wanita berusia lebih 50 tahun hendaklah menjalani mamogram selang setahun, menurut pasukan petugas tersebut.

    Pada masa ini Persatuan Kanser Amerika (ACS) dan pertubuhan lain menasihatkan wanita menjalani mamogram setiap tahun mulai usia 40 tahun.

    Bagi wanita berisiko tinggi, ACS mengesyorkan ujian mamogram dan Magnetic Resonance Imaging (MRI) dilakukan setiap tahun.

    Mandi rempah atasi bau badan

    Masalah bau badan menjadi antara punca individu hilang keyakinan ketika berdepan dengan masyarakat sekali gus menyebabkan pergaulan mereka terbatas. Lebih malang lagi sekiranya bau yang tidak menyenangkan itu membuatkan individu berkenaan berasa rendah diri, terasing dan dipinggirkan.

    Langkah rawatan mandi rempah

    1. Individu digalakkan mandi terlebih dulu bagi mengekalkan kesegaran dan kebersihan tubuh (mandian digalakkan air suam)

    2. Pelanggan akan diminta menjalani rawatan sauna rempah di dalam alat sauna antara 15 hingga 20 minit (wap rempah yang dikeluarkan mampu mengurangkan bau badan, memecahkan lemak dan kurangkan risiko sakit kulit)

    3. Urutan kecantikan bagi menganjalkan otot dan kulit badan akan dilakukan antara 20 hingga 30 minit

    4. Rempah lulur disapukan pada seluruh badan dan dibiarkan separuh kering

    5. Badan digosok perlahan bagi membuang daki dan kotoran (rawatan ini berkesan mencerahkan kulit)

    6. Kemudian bodymask disapukan pada seluruh badan untuk menganjalkan kulit dan biarkan selama 20 minit untuk memastikan ia meresap pada kulit

    7. Mandi rempah dilakukan selama 30 minit hingga satu jam (pelanggan akan berendam dalam tab mandi yang mengandungi air rempah)

    9. Mandian biasa dilakukan untuk membersihkan diri

    10.Akhir sekali, individu diberi minuman herba untuk kecergasan badan


    Khasiat mandi rempah

    Menghilangkan bau badan
    Menegangkan dan mencerahkan kulit
    Membuang daki dan kotoran yang melekat pada badan
    Mengekalkan kesihatan tubuh individu
    Memberi lebih keyakinan kepada individu

    Golongan yang mempunyai masalah bau badan

    Merokok
    Minum arak
    Genetik saiz badan
    Gaya hidup
    Ketidakseimbangan hormon badan
    Pemakanan


    Hapuskan Badan Berbau. Keterangan lanjut, sila klik sini.

    JAWATAN KOSONG MAJLOS KUALA SELANGOR

    Peluang Pekerjaan

    Majlis Daerah Kuala Selangor mempunyai beberapa kekosongan jawatan iaitu:
    *Sila klik pautan di bawah untuk borang permohonan jawatan MDKS.
    Borang permohonan jawatan di MDKS (,95.3KB)

    http://www.mdks.gov.my/jawatankosong

    Mahathir Pencetus Salah Guna BTN

    Oleh Roziyah Mahamad
    MAHATHIR merupakan pencetus kepada salah guna yang terdapat dalam modul Biro Tata Negara (BTN) dalam menyebarkan agenda Barisan Nasional ketika era pemerintahannya satu ketika dahulu. Propaganda mengutuk dan menghina pemimpin-pemimpin pembangkang telah disuapkan ke minda peserta agar tertanam perasaan benci terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang yang ada.
    “Mahathir sendiri yang telah mewujudkan modul ini, kerana itulah dia tidak bersetuju modul ini dirombak dan mahu ia dikekalkan. Dia adalah pecetus kepada semua ini,” jelas Johari Abdul.
    Datuk Johari Abdul yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani menjelaskan modul yang terdapat dalam BTN telah digunakan oleh Dr Mahathir pada ketika itu sepenuhnya untuk memburukkan pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kerana itu beliau langsung tidak terkejut dengan kenyataan Dr Mahathir yang mahu modul BTN dikekalkan dan tidak dirombak.
    “Buktinya, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat, hampir semua program BTN yang dijalankan oleh penceramahnya kebanyakkannya mencerca dan memfitnah Anwar sedangkan pada ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dibicarakan dan masih belum ditentukan bersalah,” jelas Johari yang dihubungi wartawan Erapakatan.
    Menurutnya, program yang dijalankan telah mengumpulkan semua pemimpin pembangkang dan melebelkan mereka sebagai pengkianat dan orang yang bakal memusnahkan Negara. Fitnah dan cacian sengaja dilemparkan bagi menanam kebencian rakyat terhadap pemimpin pembangkang yang ada.
    “Jika dikira sejak tahun 1998 hingga 2 september 2005, sudah berapa banyak fitnah dan cacian yang dilemparkan kepada Datuk Seri Anwar? Sedangkan pada ketika itu Anwar masih belum ditentukan kesalahannya. Jadi saya memang tidak terkejut sama sekali dengan kenyataan Dr Mahathir yang mahu modul BTN dikekalkan. Ini kerana dia sudah lama menggunakan modul BTN ini untuk menanam kebencian rakyat kepada Datuk Seri Anwar dan pemimpin-pemimpin lain,” jelas Johari lagi.
    Baru-baru ini Dr Mahathir telah memberi kenyataan mahu program BTN dikekalkan kerana bagi beliau modul itu cukup baik dalam memupuk semangat kenegaraan di kalangan rakyat.
    Isu kursus anjuran BTN mendapat perhatian ramai apabila kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini melarang kakitangan awam dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri mengikuti kursus berkenaan berkuatkuasa. Hal ini kerana BTN didakwa sebagai proses doktrinisasi oleh Barisan Nasional (BN) hingga mencetuskan fenomena perkauman, memecah-belahkan penduduk pelbagai kaum, agama dan menimbulkan kebencian kepada pembangkang.

    Berhimpit tak takut dosa?






    HADIS QUDSI

    Allah 'Azza Wa Jalla berfirman:

    1. Wahai anak Adam, berkhidmatlah kepada Ku, kerana sesungguhnya Aku kasih kepada orang yang berkhidmat kepada Ku dan Aku menjadikan para hambaKu akan berkhidmat (pula) kepadanya.
    2. Maka sesungguhnya engkau tidaklah mengetahui kedudukan maksiat yang telah engkau lakukan terhadapKu dalam perhitungan telah berlalunya umur engkau, dan engkau tidaklah mengetahui kedudukan maksiat terhadapKu yang engkau akan lakukan dalam tempoh baki umur engkau.
    3. Sesungguhnya Aku adalah Maha Melakukan apa yang Aku kehendaki.
    4. Sembahlah Aku, kerana sesungguhnya engkau adalah seorang hamba yang hina dina, sedangkan Aku adalah Tuhan Yang Maha Besar.
    5. Seandainya bahawa saudara saudara engkau dan kekasih kekasih engkau di kalangan anak anak Adam terhidu bau dosa dosa engkau dan mereka ternampak akan engkau akan apa Aku lebih mengetahui daripadanya (bau tersebut), pasti tidaklah mereka duduk bersama engkau dan tidak lah mendekati engkau.
    6. Maka betapakah keadaannya, sedangkan dosa itu bertambah pada setiap hari, padahal pada setiap hari umur engkau makin berkurangan sejak engkau dilahirkan oleh ibu engkau.

    Fadhilat Berzikir & Menyebut Kalimah Taiyibah

    Dua puluh faedah yang diperolehi oleh orang-orang yang berzikir apabila orang itu benar-benar mengerjakan zikirnya menurut cara yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya. Di antara kelebihan atau faedah yang diperolehi ialah :

    1.
    Mewujudkan tanda baik sangka kepada Allah dengan amal Soleh ini.

    2.
    Menghasilkan rahmat dan hidayah Allah.

    3.
    Memperolehi sebutan dari Allah dihadapan hamba-hamba pilihan.

    4.
    Membimbing hati dengan mengingat Allah dan menyebut Allah.

    5.
    Melepaskan diri dari azab.

    6.
    Memelihara diri dari gangguan syaitan khannas dan membentengi dari dari maksiat.

    7.
    Mendatangkan kebahagiaan dunia dan akhirat.

    8.
    Mendapatkan darjat yang mulia di sisi Allah.

    9.
    Memberikan sinaran kepada hati dan menghilangkan keruhan jiwa.

    10.
    Menghasilkan tegaknya satu rangka dari Iman dan Islam.

    11.
    Menghasilkan kemuliaan dan kehormatan di hari kiamat.

    12.
    Melepaskan diri dari penyesalan.

    13.
    Memperolehi penjagaan dan pengawalan dari para malaikat.

    14.
    Menyebabkan Allah bertanya kepada para malaikat yang menjadi utusan Allah tentang keadaan orang-orang yang berzikir itu.

    15.
    Menyebabkan berbahagianya orang-orang yang duduk berserta yang tidak berbahagia.

    16.
    Menyebabkan dipandang ahlul ihsan, dipandang orang-orang yang berbahagia dan memperolehi kebaikan.

    17.
    Menghasilkan ampunan dan keredhaan Allah.

    18.
    Menyebabkan terlepas dari suatu pintu fasik dan derhaka. Kerana orang yang tiada mahu menyebut Allah (berzikir) dihukum orang yang fasik.

    19.
    Merupakan ukuran untuk mengetahui darjat yang diperolehi di sisi Allah.

    20.
    Menyebabkan para Nabi-nabi dan orang-orang Mujahidin (syuhada) menyukai dan mengasihi.

    Islam Agamaku

    INFO TERKINI

    1Malaysia Onlive Tv

    Download Lagu MP3

    Download Lagu² Pilihan Anda Disini
    Powered By 4shread | Serdahana Itu Indah

    Share

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites