21 December 2009

Perkara Yang Membatalkan Iman


Salam perjuangan kepada semua pengunjung blog ini. Artikel kali ini adalah daripada permintaan seorang pengunjung blog ini yang meminta saya menyediakan satu artikel yang berkaitan perkara-perkara yang membatalkan akidah. Maaflah di atas ringkasan yang saya buat ini jika ia mengalami kekurangan dan kecacatan. Sebenarnya waktu saya menyediakan artikel ini pada waktu pagi sebelum pergi ke kelas KPLI, jadi kalut sikit buat artikel ini tak dan nak semak.



Perkara-perkara yang membatalkan iman atau akidah ada lapan perkara seperti berikut :
  1. Syirik iaitu mempersekutukan Allah dari sudut ibadah, sudut perbuatan pekerjaan atau pekerjaan harian.
  2. Seseorang itu tidak mengkafirkan orang musyrik atau membenarkan kekufuran mereka dan kefahaman mereka. Maka dengan hal ini ia telah kafir.

  3. Mempunyai keyakinan bahawa ada petunjuk lain daripada petunjuk Nabi saw. berkeyakinan bahawa hukuman yang lain daripada hukuman Nabi saw adalah lebih baik. Sepertimana mereka mengutamakan hukuman lain daripada hukuman yang telah ditetapkan Islam.

  4. Menginkari setiap perkara yang telah ditetapkan oleh Rasulullah saw sebagai syariat walaupun ia mengamalkannya. Dengan melakukan demikian ia telah menjadi kafir.

  5. Sihir, ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia.
  6. Membantu orang kafir memerangi kaum muslimin.

  7. Berkeyakinan bahawa sebahagian individu tidak perlu mengikuti syariat Muhammad saw.
  8. Berpaling atau keluar daripada agama Allah atau perkara-perkara yang menjadi syarat sah sebagai muslim tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya.

0 komen:

Islam Agamaku

INFO TERKINI

1Malaysia Onlive Tv

Download Lagu MP3

Download Lagu² Pilihan Anda Disini
Powered By 4shread | Serdahana Itu Indah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites