18 December 2009

Sidang iklim buntu isu gas rumah hijau


POLIS pencegah rusuhan Denmark menggari aktivis 'Reclaim the Power' yang cuba masuk ke bilik sidang iklim di Copenhagen, semalam.


Penunjuk perasaan cuba rempuh dewan mesyuarat

COPENHAGEN: Polis Denmark menggunakan semburan lada dan membelasah penunjuk perasaan dengan belantan di pekarangan luar sidang iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, selepas mereka cuba merempuh masuk dewan persidangan.

Suasana dalam dewan pula menyaksikan perwakilan gagal menyelesaikan isu utama yang berbangkit, walaupun pemimpin dunia berharap untuk menandatangani perjanjian bersejarah mengenai pemanasan global esok.

Di dewan konvensyen Cavernous Bella, perunding yang membincang isu utama sehingga sebelum subuh tidak mencapai sebarang ketetapan baru bagi mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau termasuk pembiayaan negara miskin bagi menangani perubahan iklim yang semakin ketara.

"Saya kesal untuk melaporkan bahawa kami tidak dapat mencapai sebarang persetujuan," kata John Ashe dari Antigua, pengerusi salah satu kumpulan perunding, dalam laporan kepada persidangan.

Dalam perbincangan semalaman itu, perwakilan Amerika Syarikat membantah cadangan teks yang dianggap boleh mengikat Amerika supaya mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau, sebelum Kongres setuju bertindak mengikut undang-undang yang diperlukan.

Sebagai contoh, wakil Amerika mahukan perkataan 'shall' (akan) digantikan dengan 'should' (sepatutnya).
Beratus-ratus penunjuk perasaan berarak di luar Cavernous Bella sambil dikawal anggota polis antirusuhan yang melindungi persidangan. Ada penunjuk perasaan menyatakan mereka ingin mengambil alih persidangan global itu dan menjadikannya 'perhimpunan rakyat.'

Gambar televisyen menunjukkan seorang lelaki ditolak dari bumbung van polis dan dipukul anggota keselamatan.

Selepas sembilan hari rundingan itu dijalankan secara tidak produktif, perwakilan peringkat bawah semalam menamatkan fasa pertama dalam sidang dua minggu itu, dan menyerahkannya kepada menteri alam sekitar untuk perundingan fasa kedua. - AP

0 komen:

Islam Agamaku

INFO TERKINI

1Malaysia Onlive Tv

Download Lagu MP3

Download Lagu² Pilihan Anda Disini
Powered By 4shread | Serdahana Itu Indah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites