18 December 2009

Salam Maal Hijrah

Semua kita mampu menyebut atau mengeja perkataan "HIJRAH" tapi siapa pula antara kita yang mampu menghayati, mendalami, dan menghuraikan maksud sebenar dari perkataan "HIJRAH" ini. Kita sedia maklum hijrah itu secara literalnya adalah perpindahan dari sebuah tempat ke tempat yang lain atau berubah dari suatu keadaan kepada keadaan yang lain. Dari sudut istilah pula apabila cuba mengingat apa yang telah dipelajari dari sekolah dulu hijrah ini dihuraikan sebagai perpindahan Nabi Muhammad s.a.w. bersama para sahabat dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Namun terdapat juga pendefinisian secara istilah yang mendefinisikan hijrah sebagai meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. Definisi ini diletakkan berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :


"Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.”
(Hadis riwayat Abu Dawud)

Oleh yang demikian, kita dapat melihat hijrah itu menuntut suatu bentuk perubahan iaitu satu perubahan dari perkara-perkara yang tidak elok kepada perkara yang elok, dari perkara yang elok kepada perkara yang baik dan dari perkara yang baik kepada yang paling baik. Jadi hijrah ini bukan sahaja diertikan dengan kita berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Tapi juga bermaksud perubahan dalam aspek sikap kita, persepsi kita, adab kita, pemikiran kita dan juga tingkah laku kita. Segala yang tidak baik itu sebenarnya perlu ada satu mekanisme yang mampu merubah supaya kita dapat berubah yakni berhijrah dari suatu keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.

Sebagai contohnya, kita merupakan seorang yang miskin dan hidup dalam keadaan melarat. Dengan berbekalkan kekuatan dan kemampuan yang ada, kita mengerah tenaga dan juga kekuatan kita untuk bekerja demi mengubah status dan keadaan kehidupan kita daripada kehidupan yang susah kepada kehidupan yang senang. Jadi untuk mendapatkan kehidupan seperti itu bukanlah semudah ABC tapi memerlukan banyak usaha dan keyakinan kepada pertolongan dari Allah s.w.t. Jangan sesekali berasa tidak yakin dengan pertolongan Allah kerana hanya dari Allah sajalah kita menerima rezeki. Segala yang kita dapat di dunia ini sama ada material kekayaan, makanan, tempat tinggal, udara dan sebagainya semuanya datang dari Allah s.w.t. hanya kita sahaja yang tidak pernah bersyukur atas pemberian Allah yang tidak terkira banyaknya pada kita.



Insya Allah tahun Hijrah kali ini bakal melabuhkan tirainya dan tak akan pernah kembali lagi. Maka tahun baru akan datang dan kebiasaan manusia zaman sekarang apabila datangnya tahun baru kita akan meletakkan azam baru ataupun sesuatu perkara yang ingin kita capai dalam tahun tersebut. Jadi sebenarnya adakah azam baru ini sekadar diletakkan pada tahun baru sahaja? Adakah kita benar-benar melaksanakan dengan sesungguh-sungguhnya apa yang ingin dicapai itu? Persoalan itu kita perlu tanya iman kita sendiri. Jadi perlunya akan suatu method Muhasabah Tahunan bagi menyemak kembali apa yang telah dicapai pada tahun tersebut dan adakah telah tercapai apa yang ingin dicapai itu.

Jadi di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan kepada semua umat Islam seluruh dunia umumnya dan semua blogger dakwah Islam khususnya dengan ucapan Selamat menyambut Maal Hijrah. Sama-sama kita mempertingkatkan potensi diri kita dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak duri dan rintangan demi Islam ditegakkan. Insya-Allah...

0 komen:

Islam Agamaku

INFO TERKINI

1Malaysia Onlive Tv

Download Lagu MP3

Download Lagu² Pilihan Anda Disini
Powered By 4shread | Serdahana Itu Indah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites