19 October 2009

Pengurusan sistem perangkap lampu merah kurang memuaskan: Ketua Audit Negara

KUALA LUMPUR: Pengurusan dan pemantauan terhadap Sistem Perangkap Lampu Merah Berkamera (sistem perangkap) yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya supaya mematuhi isyarat lampu merah serta mengurangkan kadar kemalangan jalan raya adalah kurang memuaskan.

Laporan Ketua Audit Negara 2008 menunjukkan terdapat beberapa kelemahan seperti kelewatan pelantikan kontraktor untuk kerja penyelenggaraan, ketiadaan koordinasi antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kontraktor serta pihak berkuasa tempatan, kesukaran mendapatkan alat ganti, kekurangan anggota polis dan kurang peruntukan kewangan.

Laporan itu menyatakan sistem itu wajar diperluaskan pemasangannya di seluruh negara kerana mendatangkan faedah kepada anggota polis dan orang awam dengan syarat PDRM meningkatkan keupayaannya dari segi pengurusan dan penyelenggaraan peralatan
Bagi meningkatkan kelemahan itu, Kementerian Dalam Negeri dan PDRM perlu mengambil tindakan penambahbaikan seperti mewujudkan mekanisme untuk mengumpul data mengenai jumlah pelanggaran isyarat lampu merah dan kemalangan di setiap persimpangan jalan yang dipasang dengan sistem tersebut.

Selain itu, sistem perangkap itu perlu dipasang di lokasi yang sesuai dan sentiasa berfungsi dengan baik serta pemantauan yang berterusan hendaklah dibuat bagi memastikan sistem diselenggara mengikut jadual yang ditetapkan.

PDRM juga perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memastikan aktiviti pembinaan, pelebaran jalan dan pembangunan kawasan tidak menjejaskan keberkesanan sistem itu.
PDRM disarankan untuk menyediakan anggota polis yang khusus bagi menguruskan sistem perangkap dan seterusnya melatih mereka untuk mengendalikan sistem khususnya dalam penggunaan filem bagi memastikan tidak berlaku kerosakan rakaman yang akan menjejaskan pengeluaran saman.

Mereka juga perlu menentukan norma masa bagi setiap proses yang terbabit dari tarikh kesalahan dilakukan sehingga saman dikeluarkan bagi memastikan tidak ada sebarang kelewatan dalam pengeluaran saman kepada pesalah.

Sistem perangkap itu sepatutnya dipasang di 56 persimpangan jalan di enam bandar utama iaitu Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Ipoh, Georgetown, Melaka dan Johor Bahru.

Sistem yang dibangunkan ROBOT Visual System GmbH dari Jerman itu telah dibeli antara tahun 1993 dan 1995, bernilai RM8.98 juta.

0 komen:

Islam Agamaku

INFO TERKINI

1Malaysia Onlive Tv

Download Lagu MP3

Download Lagu² Pilihan Anda Disini
Powered By 4shread | Serdahana Itu Indah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites