20 October 2009

Ubah stigma kanser payu dara

SEDIH, takut dan malu. Perasaan ini pasti menyelubungi pesakit payu dara. Lebih-lebih lagi, hilangnya teman ketawa senda seperti dulu. Wanita pula semakin kurang keyakinan apabila kehilangan perhiasan diri itu. Mungkin itulah aset keindahan wanita. Namun, wanita tidak perlu berputus asa. Jagalah kesihatan diri agar dapat meneruskan kehidupan.
Kanser payu dara adalah pembunuh wanita
dan wanita perlu sedar mengenainya pada usia remaja lagi.
Payu dara sebahagian reproduktif wanita yang mana ia membekalkan makanan kepada bayi. Kehilangannya akibat barah tetap memberikan kesan mendalam kepada wanita. Ia bukan membabitkan aspek kecantikan semata-mata
sebaliknya keyakinan dan sebagainya.
Justeru, Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur (PPPKL) mengadakan kempen Reben Merah Jambu sempena kanser payu dara sepanjang Oktober ini.
"Tidak dinafikan menangani barah amat perit, tetapi ia usaha yang munasabah. Bukan sahaja pesakit, keluarga dan rakan-rakan perlukan pengetahuan dan mengambil tindakan segera, berhubung kesan barah dan bagaimana cara terbaik mengatasinya. Ini penting untuk mengubah stigma masyarakat terhadap kanser ini," jelas Pakar Pembedahan Kanser Payu Dara PPKL, Dr Azlina Firzah Abdul Aziz.
Dr. Azlina menambah, pengetahuan tentang kanser ini perlu didedah kepada masyarakat pada peringkat usia remaja.
Katanya, ramai remaja yang kurang pendedahan kerana penyakit ini sering dikaitkan dengan mereka yang berusia 40 ke atas.
"Pada tahun 2003 hingga 2005, sebanyak 11952 kes kanser payu dara telah dilaporkan. Di Asia seperti Malaysia, statistik mengikut umur amat berbeza dengan negara barat. Di sini, mereka dalam lingkungan umur 20-an dan 30-an juga berisiko. Kebanyakan kes melibatkan mereka yang masih muda," tambahnya pada hari sambutan Reben Merah Jambu tiga Oktober lalu di PPPKL.
Selain beliau, Pakar Pemakanan, Mohana Gill, juga akan berkongsi ilmu berhubung pemakanan sihat di kalangan pesakit barah.
Dalam pada itu, PPPKL telah mengadakan majlis pelancaran rasmi kempen ini pada 12 Oktober lalu yang dirasmikan oleh Menteri wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Senator Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Sejajar dengan kempen ini, Avon jenama kecantikan yang sinonim dengan kempen meningkatkan kesedaran terhadap pembunuh utama wanita itu menyediakan beg tote berwarna merah jambu yang comel.
Sebagai sebahagian daripada program Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Barah Payu Dara atau Kiss Goodbye to Breast Cancer, Avon Malaysia dan PPPKL bekerjasama menjual 1,000 unit beg Pink Charity itu bagi mengumpul dana untuk kempen berkenaan.
Beg tote yang diperbuat daripada anyaman itu mengandungi pelbagai produk kecantikan Avon, selain produk Dettol, Drinho, GSK, Nestle, Nestle
Fitness, Summer Eve, Poise, Tudor Gold and Quaker; yang semuanya bernilai RM50.
Begitupun, sempena kempen itu, beg berkenaan akan dijual pada harga RM25 dan boleh didapati di Pusat Penjagaan Payu Dara PPPKL.
Kutipan daripada jualan beg berkenaan akan disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan dengan barah payu dara untuk tujuan penganjuran projek kesedaran.
Selain usaha sama itu, Avon Malaysia juga akan menjual beg berkenaan (tanpa produk) pada harga RM7.90 setiap satu bermula 1 Disember depan.
Sebahagian daripada hasil jualan itu akan disumbangkan kepada NGO terpilih.
Untuk maklumat lanjut, hubungi PPPKL di talian 03-2296 0888 atau talian bebas Avon 1800-22-AVON (2866) atau layari laman web http://www.my.avon.com.

0 komen:

Islam Agamaku

INFO TERKINI

1Malaysia Onlive Tv

Download Lagu MP3

Download Lagu² Pilihan Anda Disini
Powered By 4shread | Serdahana Itu Indah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites