19 October 2009

JAWATAN KOSONG DI INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad dengan jaminan ( Company Limited by Guarantee ).

JAWATAN:
Penolong Pengurus Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Gred 27)

Taraf Jawatan: Tetap

Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Memiliki Diploma dalam bidang Sains Komputer yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pangajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(c) Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada 2 tahun di dalam bidang yang berkaitan di sektor awam atau swasta; dan

(d) Mempunyai pengalaman menggunakan content management system (cms) dalam membangunkan sistem atau laman web.

(e) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, pengalaman bekerja dan berkemahiran di dalam pengoperasian sistem komputer.

(f) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Cara Permohonan

Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta
salinan dokumen yang berikut :-

a) Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan
dan pengalaman)
b) Sekeping gambar berwarna berukuran passport (tidak dikembalikan)
c) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada.

Surat permohonan beserta dokumen hendaklah sampai kepada :

Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
(up: Bahagian Pentadbiran)
Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189

sebelum atau selewat-lewatnya pada 23/10/2009 dengan menyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat tersebut.

Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.

0 komen:

Islam Agamaku

INFO TERKINI

1Malaysia Onlive Tv

Download Lagu MP3

Download Lagu² Pilihan Anda Disini
Powered By 4shread | Serdahana Itu Indah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites