20 October 2009

Kerajaan belum terima kertas cadangan ambil alih PLUS

PUTRAJAYA 19 Okt. - Kerajaan belum menerima sebarang kertas cadangan daripada pihak yang berminat mengambil alih syarikat PLUS Expressways Bhd., kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Beliau berkata, kertas cadangan itu penting bagi membolehkan pihaknya melaksanakan kajian terperinci sebelum mengemukakan sebarang cadangan kepada kerajaan.
''Sehingga kini, Unit Perancang Ekonomi (EPU) belum menerima apa-apa cadangan mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan logo baru Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Ukas, Datuk Dr. Ali Hamsa.
Pada majlis sama, Nor Mohamed turut menyampaikan hadiah kepada pemenang utama Pertandingan Mencipta Logo Ukas, Zainizal Zainuddin.
Laporan sebelum ini menyebut Asas Serba Sdn. Bhd. telah mengemukakan dua cadangan pengambilalihan PLUS kepada kerajaan pada Mei dan Ogos lepas.
Ia menganggarkan pengambilalihan itu akan menjimatkan kerajaan sebanyak RM114 bilion hingga 2038.
PLUS mengendali Lebuh Raya Utara-Selatan, lebuh raya terpanjang yang merentangi Semenanjung dari Bukit Kayu Hitam di Kedah sehingga Johor Bahru.
PLUS juga satu-satunya syarikat konsesi milik kerajaan dan di bawahnya ada empat syarikat konsesi lain di samping mempunyai kepentingan pembinaan lebuh raya di India.
Cabang pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd., sendiri memiliki secara langsung 23.66 peratus di dalam PLUS dan kepentingan secara tidak langsung 40.21 peratus melalui anak syarikat milik Khazanah, Kumpulan UEM Bhd.
Nilai pasaran semasa kepentingan itu adalah RM10.5 bilion.
Baki 22 peratus kepentingannya pula dipegang oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Permodalan Nasional Bhd., sekali gus menyaksikan penguasaan kerajaan lebih 80 peratus.

0 komen:

Islam Agamaku

INFO TERKINI

1Malaysia Onlive Tv

Download Lagu MP3

Download Lagu² Pilihan Anda Disini
Powered By 4shread | Serdahana Itu Indah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites