19 October 2009

Ulasan pasaran: Keyakinan pasaran meningkat

FBM KLCI catat 1,261.49 mata kekalkan prospek kukuh bursa tempatan

HARGA saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada paras yang keseluruhannya lebih tinggi semalam, lanjutan daripada kenaikan minggu lalu dan sejajar prestasi teguh bursa serantau di tengah-tengah keyakinan pasaran semakin meningkat.

Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) menokok 4.72 mata atau 0.376 peratus kepada 1,261.49, satu lagi ketinggian baru bagi tahun ini.
FBM KLCI yang dibuka 0.99 mata lebih tinggi pada 1,257.76 pagi tadi, bergerak di antara 1,255.63 dan 1,262.36 sepanjang sesi dagangan.

Peniaga berkata, pasaran serantau seperti di Shanghai, Hong Kong, Jakarta, Singapura, Seoul dan Taiwan turut berakhir dengan paras positif.

Dalam negara, minat pelabur dilihat di hampir keseluruhan kaunter, kata peniaga berkenaan sambil menambah kaunter cergas termasuk kaunter perladangan, kewangan, perusahaan dan teknologi.

Antara saham cergas dalam sektor perladangan ialah KLK dan IOI Corp dengan KLK mengukuh sebanyak 10 sen kepada RM14.80 dan IOI meningkat dua sen kepada RM5.46, sekali gus mendorong peningkatan pasaran.

"Belian berterusan semalam tertumpu pada kaunter berwajaran tinggi serta saham berharga sederhana dan rendah, manakala petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia mengekalkan prospek kukuh bursa tempatan," kata peniaga itu yang menjangkakan paras sokongan bertahan pada 1,225 mata, manakala paras halangan kekal pada 1,250 mata.

MIMB Investment berkata, petunjuk teknikal kekal teguh dalam jangka panjang walaupun suasana selepas musim perayaan pada Oktober tidak menentu.

"Dalam jangka terdekat, pasaran dijangka merosot sedikit selepas menyaksikan FBM KLCI melepasi paras sukar 1,200 mata dalam dua minggu kebelakangan ini," katanya dalam nota penyelidikan.

"Pergerakan meningkat harga prabajet dalam pasaran terus menarik perhatian pelabur," kata ketua penyelidikan runcit Maybank Investment Bank Bhd, Lee Cheng Hooi.

Pada akhir dagangan hari ini, Indeks FBM Emas naik 26.5 mata kepada 8,486.36, FBM Top 100 meningkat 27.57 mata kepada 8,269.95, FBM 70 mengukuh 14.75 mata kepada 8,368.09 dan Indeks FBM ACE melonjak 123.09 mata kepada 4,434.27.

Indeks Kewangan menambah 45.729 mata kepada 10,659.6, Indeks Perladangan meningkat 16.35 mata kepada 6,144.54 dan Indeks Perusahaan menokok 3.94 mata kepada 2,682.79.

Saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 439 berbanding 291, manakala 244 kaunter tidak berubah dan 298 tidak diniagakan.

Jumlah dagangan bertambah kepada 1.334 bilion saham bernilai RM1.267 bilion daripada 1.147 bilion saham bernilai RM1.217 bilion Jumaat lepas.

Pada akhir dagangan, saham paling cergas ialah TPC Plus yang ditutup 12 sen lebih tinggi pada 36 sen selepas bergerak antara 24 sen dan 40 sen dalam sesi dagangan, dengan 680,343 lot diurus niaga.

Saham cergas lain ialah Metronic Global meningkat sesen kepada 15.5 sen, DBE Gurney yang menokok dua sen kepada 44.5 sen dan DPS Resources yang mengukuh empat sen kepada 20 sen.

Antara saham berwajaran tinggi, Sime Darby naik dua sen kepada RM8.77, Maybank turun dua sen kepada RM6.93, CIMB mengukuh 18 sen kepada RM12.52 dan Tenaga Nasional menambah empat sen kepada RM8.52.

Laporan mengenai rancangan Media Prima menjadikan NSTP milik persendirian menyaksikan kaunter NSTP turun 37 sen kepada RM2.09 selepas berlegar pada paras RM2.07 hingga RM2.20 dengan 47,916 lot bertukar tangan.

Jumlah dagangan Pasaran Utama bertambah kepada 1.131 bilion saham bernilai RM1.229 bilion daripada 1.032 bilion saham bernilai RM1.194 bilion Jumaat lalu.

Dalam Pasaran ACE jumlah dagangan meningkat kepada 177.340 juta saham bernilai RM31.685 juta saham daripada 92.466 juta saham RM16.006 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 17.151 juta saham bernilai RM4.545 juta daripada 16.821 juta saham bernilai RM4.432 juta Jumaat lalu.

Barang pengguna menguasai 275.664 juta saham diniagakan dalam Pasaran Utama, barang perusahaan 232.872 juta, pembinaan 32.956 juta, perdagangan dan perkhidmatan 313.351 juta, teknologi 95.042 juta, prasarana 14.208 juta, kewangan 51.846 juta, hotel 2.967 juta, harta 93.178 juta, perladangan 17.875 juta, perlombongan 10,000, REIT 900,100 dan dana tertutup 75,000.

0 komen:

Islam Agamaku

INFO TERKINI

1Malaysia Onlive Tv

Download Lagu MP3

Download Lagu² Pilihan Anda Disini
Powered By 4shread | Serdahana Itu Indah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites