20 October 2009

Keselesaan rakyat lebih penting

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Kerajaan berpendapat adalah lebih penting untuk memastikan rakyat sentiasa selamat dan dalam keadaan selesa serta tidak terbeban dengan masalah ekonomi berbanding menumpukan usaha untuk membendung defisit tambahan yang dialami negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana defisit merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan dalam jangka pendek dan semua negara akan mengalami defisit tambahan.
"Kalau kita hendak buat suntikan pakej rangsangan yang besar, kita kena terima tambahan defisit. Mana lebih penting, defisit lebih besar atau rakyat selamat dan selesa.
"Kerajaan pilih untuk selamatkan rakyat, tetapi bila sampai masa nanti kita akan bendung dan kurang defisit negara," katanya menjawab soalan tambahan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang ingin tahu mengenai langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi membendung peningkatan defisit tambahan negara yang kini mencapai 7.6 peratus.
Perdana Menteri juga meminta Dr. Seng Giaw menunggu ucapan bajet beliau pada Jumaat ini bagi mendapatkan gambaran mengenai langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menangani isu defisit tambahan.
Terdahulu ketika menjawab soalan asal Seng Giaw, Najib berkata, Malaysia sebagai negara anggota ASEAN dan pemerhati tetap persidangan berkenaan berpeluang menyuarakan pendirian negara berkaitan isu-isu ekonomi dan kewangan antarabangsa untuk mengembalikan kestabilan ekonomi global dan mengelakkan krisis itu daripada berulang.
Beliau berkata, Malaysia juga bersetuju dengan pendirian Kumpulan G20 bahawa institusi serta arkitektur kewangan antarabangsa perlu diperbaharui, malah Malaysia mahukan reformasi tersebut dipercepatkan.
"Sebenarnya Malaysia telah mendahului langkah yang diambil oleh masyarakat antarabangsa semasa kita menangani krisis kewangan Asia 1997-1998 melalui beberapa dasar menangani kemelesetan ekonomi yang tidak konvensional.
"Pada masa ini, pendekatan Malaysia untuk keluar dari kemelut ekonomi akhir 90-an telah dijadikan pendekatan Kumpulan G-20 itu," katanya.
Dalam pada itu, Najib berkata, Malaysia menyeru Sidang Kemuncak G-20 untuk membendung krisis ekonomi dan kewangan global, menstabilkan sektor kewangan antarabangsa serta mengembalikan pertumbuhan ekonomi dunia dengan segera.
Kumpulan G-20 adalah sebuah kumpulan tidak rasmi beberapa negara, termasuk negara maju dan membangun secara sistematik, ditubuhkan sebagai respons kepada krisis ekonomi yang melanda dunia lewat 90-an untuk membincangkan kestabilan ekonomi dan penstrukturan isu-isu kewangan global.
Sebelumnya, isu-isu ekonomi hanya dibincangkan di peringkat Kumpulan G-7 negara-negara maju. - BERNAMA

0 komen:

Islam Agamaku

INFO TERKINI

1Malaysia Onlive Tv

Download Lagu MP3

Download Lagu² Pilihan Anda Disini
Powered By 4shread | Serdahana Itu Indah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites