20 October 2009

Suami sumber kekuatan

gimik sambutan Bulan Kesedaran Barah Payu Dara Sedunia yang diadakan di luar negara bagi meningkatkan keprihatinan wanita terhadap penyakit berbahaya itu.

Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO) baru-baru ini bergabung tenaga dengan

Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. melancarkan sebuah buku yang bertajuk His and Her Story.

Buku yang diterbitkan dalam tiga bahasa iaitu Melayu, India dan Cina ini mengandungi kisah-kisah motivasi para suami dalam memberi sokongan kepada isteri untuk menjalani kehidupan dan pengesanan awal terhadap barah payu dara.

Buku ini juga merupakan kompilasi testimoni daripada peserta program yang dinamakan Mencare.

Tujuan projek Mencare yang dianjurkan oleh Pfizer dan NCWO adalah untuk mendidik dan mendapatkan sokongan daripada bapa, suami, adik- beradik lelaki serta saudara mara lelaki sekali gus meningkatkan kesedaran mereka tentang penyakit barah payu dara yang dialami oleh salah seorang ahli keluarga.

Mencare juga adalah program yang bersifat komprehensif meliputi pengetahuan yang sepatutnya ada pada lelaki tentang barah payu dara.

Bersempena dengan itu juga, sebuah buku berbentuk latihan dan panduan telah dibangunkan dan diedarkan kepada pusat-pusat kesihatan sebagai sumber rujukan untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit tersebut.

Sejak dilancarkan pada 2006, Mencare telah dianjurkan di enam lokasi di Malaysia dan sehingga kini telah melatih lebih 200 peserta.

Sepanjang bengkel berlangsung, banyak kisah sebenar yang telah dikongsi bersama untuk memberi inspirasi dan semua kisah tersebut telah dikumpul dan dibukukan di dalam His and Her Story. Edisi pertama buku tersebut telah diterbitkan pada tahun 2008 dalam bahasa Inggeris.

Naib Presiden NCWO, Datuk Ramani Gurusamy berkata, Mencare menepati keperluan lelaki untuk terlibat secara langsung dengan isu kesihatan wanita serta stigma yang wanita hadapi apabila berhadapan dengan krisis penyakit barah payu dara ini.

"Kita perlu memberitahu mereka bahawa pengesanan awal dan rawatan meningkatkan peluang untuk sihat dan lebih harapan positif untuk melawan penyakit tersebut.

"Pihak kami amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Pfizer Malaysia dalam projek Mencare ini.

"NCWO dan Pfizer juga berkongsi misi yang sama untuk meningkatkan kualiti kesihatan wanita Malaysia dengan melibatkan kaum lelaki untuk sama-sama berganding bahu memastikan kejayaan misi ini," ujarnya dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Sebagai sebahagian daripada program tersebut, sebanyak 12 pasangan terlibat dalam sesi meja bulat dan mereka berkongsi pengalaman tentang cara berhadapan dengan penyakit tersebut dan bagaimana mereka berhadapan secara fizikal dan mental.

Kisah inspirasi 1

"Sejak dari hari pertama saya dimaklumkan bahawa isteri saya mempunyai penyakit barah payu dara saya tidak pernah sekalipun meninggalkannya.

"Sememangnya isteri saya amat risau apabila diberitahu doktor bahawa dia perlu membuang sebelah payu daranya. Saya sentiasa memberitahunya, walau apa pun yang terjadi saya tetap sayangkan dia.

Dari situ dia nampak begitu yakin untuk menjalani pembedahan tersebut. Bagi saya, tidak patut bagi seorang suami mengabaikan isteri hanya kerana dia kini tidak sempurna seperti dahulu," ujar Zainuddin Habeeb, seorang suami kepada isteri yang telah lapan tahun menghidapi kanser.

Kisah inspirasi 2

"Saya tidak pernah merasakan bahawa isteri saya kini tidak sempurna. Kehilangan sebelah payu dara bukanlah satu masalah besar bagi saya. Apa yang penting, saya mahu menjaga dia supaya dia sentiasa rasa selamat dan sihat...hinggalah ke hari terakhir kami berdua," ujar Abdul Jalil, suami kepada seorang lagi bekas pesakit kanser payu dara.

0 komen:

Islam Agamaku

INFO TERKINI

1Malaysia Onlive Tv

Download Lagu MP3

Download Lagu² Pilihan Anda Disini
Powered By 4shread | Serdahana Itu Indah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites