20 November 2009

Aisberg dikesan bergerak ke arah New Zealand

WELLINGTON: Sekelompok aisberg Antartik dikesan menuju ke arah New Zealand selepas ia ditemui kira-kira 400 kilometer selatan negara itu, kata ahli saintis, hari ini.

Aisberg jarang dilihat di perairan sub-Antartik selatan New Zealand, tetapi pada 2006, sekumpulan aisberg terapung 25 kilometer dari pesisir pantai, manakala yang pertama ditemui pada 1931.

Ahli Oseanografi, Mike Williams, berkata arus dan angin akan ditentukan sama ada aisberg terbaru itu, dianggarkan sepanjang 80 meter, akan mendekati pesisir pantai New Zealand.

Aisberg itu dikesan kapal pelancong, Spirit of Enderby, berhampiran kepulauan Auckland dan ketua ekspedisi, Rodney Russ, berkata ia adalah yang pertama dalam tempoh 37 tahun dikesan di kawasan di mana beliau pernah melihat aisberg sebelum ini.

“Kelompok aisberg dilihat bergerak ke arah utara, kira-kira 1.25 kilometer sejam,” katanya dalam satu kenyataan.

“Ia mungkin sampai ke New Zealand dalam keadaan baik, tetapi aisberg itu sudah menunjukkan tanda-tanda bertambah buruk dan pecah,” katanya.

Minggu lalu, saintis Australia menemui kelompok besar aisberg yang terapung melepasi pulau Macquarie, 600 kilometer barat daya.

0 komen:

Islam Agamaku

INFO TERKINI

1Malaysia Onlive Tv

Download Lagu MP3

Download Lagu² Pilihan Anda Disini
Powered By 4shread | Serdahana Itu Indah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites