22 November 2009

Baru dalam Teknologi NORTON FROM SYMANTEC

Tidak perlu menunggu 2010 sekali pun, banyak syarikat telah mula memperkenalkan teknologi baru pada rangkaian produk mereka. Teknologi-teknologi ini menjadi penggerak kepada peningkatan, penambahbaikan dan tentunya dijadikan kelebihan sesuatu tawaran produk berbanding yang lain. Kita sebagai penguna pula akan dapat menikmati kemajuan teknologi yang akan mengubah cara kita menjalani kehidupan dan tentunya seiring dengan arus kemodenan.

Nama Kod Quorum
Teknologi sekuriti berasaskan reputasi ini diperkenalkan oleh Norton Symantec menerusi penyelesaian Norton Internet Security 2010 dan Norton AntiVirus 2010. Quorum dikatakan berkemampuan untuk mengesan Malware yang tersembunyi dan boleh menangani ancaman hebat yang mendatang. Ia bukan hanya bertindak sebagai pengesan tetapi boleh memberi amaran, mengatasi ancaman, menyediakan kawalan dan banyak lagi keperluan penting lain.

Aplikasi unik, jarang, lazim, bahaya atau baik yang berjalan pada komputer pengguna mempunyai reputasinya tersendiri. Dengan mengumpul sebanyak data daripada program Pemerhatian Komuniti Norton, data yang diambil akan membantu memberi indikasi kepada sistem Quorum untuk mengira tahap keselamatan sesuatu aplikasi tanpa perlu bertanyakan kepada pengguna terlebih dahulu. Ia akan memberitahu sama ada sesuatu aplikasi itu selamat atau tidak meskipun sebelum pengguna memuat-turun atau menjalankannya. Baru dalam teknologi ini juga adalah sistem antimalware SONAR 2 yang secara pintar mengukur maklumbalas daripada PC untuk membuat keputusan penting. Ia direka untuk mengesan ancaman yang tidak diketahui dengan menggabungkan kepintaran fungsi perlindungan Norton yang lain. Sama ada didorong komunikasi rangkaian, aktiviti program pada sistem atau data reputasi, ia akan mengesan dan memaklumkan pengguna segera. Ringkasnya teknologi ini menjadi 'pendinding' awal sebelum pengguna memasang sesuatu aplikasi dengan membuat keputusan untuk dipertimbangkan oleh pengguna atau terus menyatakan Jangan!

0 komen:

Islam Agamaku

INFO TERKINI

1Malaysia Onlive Tv

Download Lagu MP3

Download Lagu² Pilihan Anda Disini
Powered By 4shread | Serdahana Itu Indah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites