20 November 2009

Cinta Lelaki Lebih Hebat

Dalam hubungan cinta, lelaki sering dilabelkan perkara-perkara yang negative. Misalnya lelaki mata keranjang, buaya, kasanova, playboy dan sebagainya. Manakala perempuan kebanyakkannya positif. Diakui lelaki lebih diragui kejujurannya dari perempuan. Namun percaya atau tidak disebalik sikap buruk yang dimiliki, lelaki sebenarnya seorang pencinta yang hebat dan lebih hebat dari perempuan. Tidak percaya? Tiga perkara dibawah boleh meyakinkan kamu!

Lelaki lebih menghargai pandangan kekasih
Pujian mungkin boleh membuatkan seseorang itu riak dan sombong. Namun lelaki begitu suka andainya mendapat pujian dari orang yang dicintainya. Biarpun semua teman-teman mengkritik apa yang dipakainya atau hasil kerjanya namun oleh kerana pasangannya suka lelaki akan terus-menerus memakai dan melakukannya. Berbeza dengan perempuan lebih utamakan pandangan orang dari pandangan pasangannya sendiri. Kalau lelaki kata tidak cantik berkeras mahu pakai juga tetapi bila orang lain yang beri pandangan terus diikutkan. Betul kan?

Lelaki lebih setia
Memang benar lelaki ada sifat yang sedikit gatal. Namun sebenarnya lelaki lebih setia dari perempuan. Buktinya lelaki apabila mencintai seseorang dia sanggup berkorban dan lakukan apa sahaja untuk pasangannya biarpun terpaksa bersusah. Mereka sanggup makan mi segera dirumah semata-mata mahu memastikan ada wang untuk penuhi apa yang pasangannya inginkan. Sedangkan perempuan hanya dimulut sahaja, berkata mahu susah bersama tapi akhirnya memberontak.

Lelaki Lebih Memahami
Soal memahami ini kalau dilihat dengan mata kasar sememangnya nampak perempuan lebih memahami kerana sifat perempuan yang lembut. Walaubagaimanapun bila dikaji semula, lelaki sebenarnyalebih bersifat memahami. Buktinya lelaki sanggup menunggu bila perempuan lambat. Duduk dalam kereta berjam-jam pun sanggup. Tetapi perempuan sentiasa mahukan semuanya berjalan mengikut masa yang ditetapkan. Baru lambat lima minit tetapi marahnya seperti lambat berjam-jam.

Ah macam kawan² diluar sana setuju tak? meh komen kalau berani heuhueheu.. well post ni aku cilok dari Cinta Itu Indah rakan blog untuk blog ini... apa² pun... setiap kejadian adalah ditentukan olehNya.. Dan setiap kelebihan itu pasti ada kelemahannya dan begitulah sebaliknya.

0 komen:

Islam Agamaku

INFO TERKINI

1Malaysia Onlive Tv

Download Lagu MP3

Download Lagu² Pilihan Anda Disini
Powered By 4shread | Serdahana Itu Indah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites