24 November 2009

Siaran TV Alhijrah mula tahun depan

PUTRAJAYA 20 NOV 2009 - Saluran televisyen Islam pertama negara, TV Alhijrah dijangka memulakan siarannya pada pertengahan tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom bagaimanapun berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyempurnakan majlis prapelancaran TV Alhijrah lebih awal iaitu pada hujung tahun ini.

Beliau berkata, rancangan TV Alhijrah sesuai ditonton oleh seisi keluarga tanpa mengira latar belakang agama penontonnya.

''Program kita bukan sahaja mengenai bacaan al-Quran, forum perdana dan kuliah, tetapi ia mengambil kira keperluan semua penonton termasuk mereka yang bukan Islam.

''Rancangan kita memenuhi keperluan seisi keluarga, golongan remaja, peminat sukan dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan penyerahan sumbangan bernilai RM500,000 daripada Bank Rakyat kepada Alhijrah Media Corporation di Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini hari ini.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Datuk Daud Tahir kepada Pengerusi Alhijrah Media Corporation, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor.

Jamil Khir berkata, kerajaan telah bersetuju memperuntukkan RM10 juta kepada TV Alhijrah untuk menampung kos pengurusan dan pentadbiran saluran televisyen baru itu.

''TV Alhijrah merupakan saluran tidak berbayar kerana kita mahu masyarakat di seluruh negara memanfaatkan rancangan-rancangan yang disiarkannya.

''Keadaan ini juga bermakna TV Alhijrah memerlukan sumbangan dana daripada pelbagai pihak," katanya.

- UTUSAN

0 komen:

Islam Agamaku

INFO TERKINI

1Malaysia Onlive Tv

Download Lagu MP3

Download Lagu² Pilihan Anda Disini
Powered By 4shread | Serdahana Itu Indah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites