23 November 2009

Sesiapa yang menjaga dari perkara haram, dialah orang paling kuat beribadat

Sesiapa yang menjaga dari perkara haram, dialah orang paling kuat beribadat

sujuddesertCatatan dari kitab Bahr al-Mazi: Bab pada menyatakan hadis yang membicarakan sesiapa takutkan segala yang diharamkan syarak, maka ia lah orang yang sekuat-kuat berbuat ibadat. (Ketahuilah kiranya ya saudaraku) Takutkan segala yang diharamkan oleh syarak itu ialah maknanya menjauh dirimu daripada mengerjakan segala yang diharamkan.
Maka apa jua yang ditegah oleh syarak mengerjakannya dan memperbuatnya baik pun haram besar atau haram kecil semuanya engkau tidak engkau perbuat. Dan perkara yang diharamkan oleh syarak itu sangat banyaknya. Maka apakala engkau jauhkan semuanya daripada mengerjakannya dan memperbuatnya betapalah tidak bernama kamu orang yang sekuat-kuat beribadat kepada Allah Taala. Bahkan sesungguhnya engkaulah bernama orang yang kuat beribadat. (j 16 ms 53)
Dalilnya ialah hadis yang dikeluarkan oleh Abu Isa at-Tirmizi dengan katanya, bermaksud: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah SAW bersabda: ‘Siapa yang mahu ambil perkataan-perkataan ini daripadaku, lalu ia beramal dengannya atau ia ajarkan orang yang beramal dengannya?’
Abu Hurairah ra berkata: Aku berkata: ‘Saya wahai Rasulullah!’ Baginda memegang tanganku lantas membilang 5 perkara.
Sabdanya: ‘Jagalah dari perkara yang haram, engkau akan menjadi orang paling kuat beribadat. Redhalah dengan apa yang dibahagikan oleh Allah, engkau akan menjadi sekaya-kaya manusia. Berbuat baiklah kepada jiran, engkau menjadi mukmim. Sukai untuk manusia lain perkara yang engkau sukai untuk dirimu sendiri, engkau akan menjadi muslim. Jangan banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.

0 komen:

Islam Agamaku

INFO TERKINI

1Malaysia Onlive Tv

Download Lagu MP3

Download Lagu² Pilihan Anda Disini
Powered By 4shread | Serdahana Itu Indah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites