19 November 2009

JAWATAN KOSONG DI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM)

WARGANEGARA MALAYSIA yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan adalah dipelawa memohon bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :-

1.PENOLONG PENGURUS SEKTOR AWAM
GRED: IIM 41/44
BAHAGIAN:SEKTOR AWAM

BERTANGGUNGJAWAB KEPADA: PENGARAH / PENGURUS

1.Mengendali dan menyelaras kursus-kursus untuk anggota perkhidmatan awam;
2.Memberi input/ syarahan bagi kursus-kursus yang dijalankan di IIM dan di luar IIM yang melibatkan anggota perkhidmatan awam gred 44 ke bawah;
3.Membantu menyediakan laporan dan maklumat dalam hal-hal berkaitan kursus / pentadbiran di bawah sektor awam;
4.Menjadi urus setia bagi program-program utama IIM;
5.Menyediakan laporan penilaian kursus dan modul bagi peserta kursus;
6.Membantu kerja-kerja berkaitan penulisan dan penerbitan di sektor awam;
7.Membantu penyelarasan projek-projek kajian yang dilaksanakan oleh Sektor Awam;
8.Membantu menyelaras/mengatur kan lawatan sambil belajar peserta kursus;
9.Menyelia pembantu tadbir sektor awam; dan
10.Menjalankan tugas seperti yang di arahkan dari masa ke semasa.

2. PENOLONG PENGURUS SEKTOR SOSIOBUDAYA
GRED:IIM 41/44
BAHAGIAN:SEKTOR SOSIOBUDAYA

BERTANGGUNGJAWAB KEPADA :PENGARAH / PENGURUS

1.Mengendali dan menyelaras kursus-kursus untuk sektor Sosiobudaya;
2.Memberi input/ syarahan bagi kursus-kursus yang dijalankan di IIM dan di luar IIM;
3.Membantu merancang (menyediakan kertas konsep dan kertas makluman) dan menjalankan projek-projek Sektor Sosiobudaya;
4.Membantu Bahagian dalam mengumpul data serta maklumat dan seterusnya penyediaan kertas laporan;
5.Mewakili Bahagian/IIM di dalam mesyuarat-mesyuarat yang ada kaitan dengan tugas-tugas utama Bahagian/IIM;
6.Menjalankan kerja-kerja keurusetiaan dan pengelolaan Majlis-majlis anjuran IIM;
7.Membantu kerja-kerja berkaitan penulisan dan penerbitan di sektor sosiobudaya;
8.Membantu penyelarasan projek-projek kajian yang dilaksanakan oleh sektor sosiobudaya;
9.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

3. PEMBANTU TADBIR (KHIDMAT PELANGGAN)
GRED:IIM17
UNIT:PENTADBIRAN
BAHAGIAN:KHIDMAT PENGURUSAN

BERTANGGUNGJAWAB KEPADA: PENGURUS UNIT PENTADBIRAN KETUA PEMBANTU TADBIR

1.Menjawab semua panggilan masuk ke Institut dan menyambungkan panggilan kepada talian orang yang hendak dihubungi;
2.Mengambil pesanan jika perlu dan memastikan pesanan sampai kepada pegawai yang berkenaan;
3.Menyambungkan panggilan rasmi ke luar syarikat dengan segera atas permintaan pegawai;
4.Mendapatkan nombor-nombor telefon yang diminta oleh pegawai di IIM;
5.Membuat pantauan terhadap panggilan yang dibuat oleh pegawai melalui rekod dalam billing system;
6.Menjadi penyambut tetamu; dan
8.Melaksanakan tugas yang diarah dari semasa ke semasa.

4. PEKERJA RENDAH AWAM (Tukang Kebun)
GRED:IIM R1
UNIT:PENTADBIRAN
BAHAGIAN:KHIDMAT PENGURUSAN

BERTANGGUNGJAWAB KEPADA: PENGURUS UNIT/KETUA PEMBANTU TADBIR

1.Menyiram, membaja, menyembur, meracun, mengganti dan membaik pulih semua pokok di dalam kawasan IIM dan di tapak semaian;
2.Membantu menyelia pekerja-pekerja kontrak di IIM di bahagian lanskap ;
3.Membuat hiasan bunga di majlis-majlis rasmi di IIM ;
4.Memantau keseluruhan lanskap berkeadaan bersih, cantik dan pokok pokok di jaga dengan baik;
5.Memastikan semua peralatan yang hendak digunakan mencukupi dan boleh berfungsi dengan baik ; dan
6.Membantu melaksanakan tugas-tugas lain yang di arah dari masa ke semasa oleh pegawai atasan.

KELAYAKAN
Jawatan 1 & 2 (Skim Pegawai Tadbir Sektor)
• Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Sosial, Sains Politik, Pentadbiran Awam, Psikologi, Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
• Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang yang berkaitan;
• Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik;
• Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja penyelidikan dan penerbitan; dan
• Mampu mengendalikan perisian SPSS adalah diberikan keutamaan

Jawatan 3 (Skim Pembantu Perhubungan Pelanggan)
• Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya;
• Mempunyai personaliti dan berperwatakan menarik;
• Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik; dan
• Mempunyai pengalaman yang berkaitan adalah diberikan keutamaan

Jawatan 4 (Skim Pekerja Awam - Tukang Kebun)
• Tamat darjah 6 Sekolah bantuan penuh Kerajaan;
• Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik;
• Mempunyai pengalaman yang berkaitan kerja-kerja perkebunan dan landskap

CARA MEMOHON
a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang (IIM-AD15 Pind. 2009).
http://www.iim. com.my/v3/ download/ jawatankosong/ borang-iim- ad15-09.ppt
b) Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/dokumen sokongan, salinan kad pengenalan dan sekeping gambar ukuran pasport (tidak dikembalikan) dan dihantar kepada:

Presiden
Institut Integriti Malaysia (IIM)
Menara Integriti
Persiaran Duta Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur.
(u.p: Pengurus Unit Pentadbiran & Sumber Manusia)

http://www.iim. com.my/

c) Sila tuliskan Nama Jawatan Yang Dipohon di sebelah atas kiri sampul surat permohonan
d) IIM berhak menolak pemohon yang mengemukakan permohonan yang tidak lengkap dan sebarang rayuan adalah tidak dilayan; dan
e) Tarikh tutup permohonan ialah pada 1 Disember 2009.

Sebarang pertanyaan sila hubungi : Cik Norasikin Baharuddin (Tel:03-62092042)

0 komen:

Islam Agamaku

INFO TERKINI

1Malaysia Onlive Tv

Download Lagu MP3

Download Lagu² Pilihan Anda Disini
Powered By 4shread | Serdahana Itu Indah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites