25 November 2009

Cara Beradab @ Biadab Semasa Menziarahi Pesakit

 Perbuatan menziarahi orang sakit adalah perbuatan yang mulia dan digalakkan oleh agama.

Perbuatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Akan tetapi, dalam amalan ziarah-menziarahi orang sakit ni, kita perlu mengambil kira juga samada perbuatan kita itu dianggap beradab atau pun tak beradab atau pun biadab.



1. CARA BERADAB
Jangan duduk menziarahinya terlalu lama kerana boleh menganggunya.
CARA BIADAB
Buat macam rumah sendiri dan bising mengalahkan pasar borong.

2. CARA BERADAB
Duduk di sisinya, pegang tangan dan sentuh dahinya serta tanya penyakitnya dan keadaannya.
CARA BIADAB
Duduk di sisi aweknya, pegang tangan dan tanya dia nak keluar dengan anda atau tidak.

3. CARA BERADAB
Doakan pesakit agar cepat sembuh seperti sediakala.
CARA BIADAB
Menyapanya dengan perkataan kurang sopan seperti hidup lagi engkau rupanya?

4. CARA BERADAB
Berikan kata-kata nasihat dan menyarankannya agar bersabar menahan dugaan.
CARA BIADAB
Berikan kata-kata menyakiti hatinya di atas dosa yang dilakukannya sehingga mendapat sakit.

5. CARA BERADAB
Ceritakan tentang penyakit yang lebih teruk pernah dialami oleh orang lain supaya dapat bertenang.
CARA BIADAB
Ceritakan tentang orang-orang yang telah mati kerana menghidap penyakit tersebut.

6. CARA BERADAB
Bawakan makanan seperti buah-buahan kepada pesakit walaupun mereka tak dapat memakannya.
CARA BIADAB
Dah la tak bawa buah tangan, buah yang sedia ada pun habis dipulunnya.

0 komen:

Islam Agamaku

INFO TERKINI

1Malaysia Onlive Tv

Download Lagu MP3

Download Lagu² Pilihan Anda Disini
Powered By 4shread | Serdahana Itu Indah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites