This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

29 November 2009

Trend baru HIV/Aids

Faktor hubungan seks tidak selamat atasi penagihan dadah di Malaysia

TREND peningkatan kes HIV/Aids di Malaysia ketika ini bukan lagi disebabkan masalah penagihan dadah dan penggunaan jarum suntikan, sebaliknya hubungan seks yang tidak selamat lelaki dengan perempuan serta aktiviti homoseksual.

Sejak 1994, kes jangkitan HIV membabitkan wanita mencatat peningkatan kepada 104 berbanding 66 kes pada tahun sebelumnya, manakala kes Aids tertinggi dicatatkan pada 2006 membabitkan 222 kes. Pada 2007, 745 kes baru HIV dicatatkan di kalangan wanita, manakala 131 kematian direkodkan untuk tahun sama.

Mungkin ada yang mengaitkan peningkatan itu disebabkan ‘perkhidmatan’ pekerja seks. Namun, perangkaan Kementerian Kesihatan bagi tempoh 1986 hingga 2007 menunjukkan hanya 482 kes membabitkan golongan itu.

Sebaliknya, kes jangkitan HIV paling ramai dikesan membabitkan suri rumah sepenuh masa atau 2,438 kes, manakala kes Aids untuk suri rumah pula sebanyak 497 kes.

Setakat akhir Disember 2008, sejumlah 704 kes baru HIV dikesan di kalangan wanita, manakala 114 kematian wanita disebabkan Aids dicatatkan untuk tahun sama bagi wanita ialah sebanyak 114. Malah di negara ini, lebih 80,000 orang positif dengan HIV dikesan sejak 1986.
Senario membimbangkan dan mengejutkan kerana menyaksikan perubahan trend itu turut diakui Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun.

“Trend ini sudah berubah. Jika dulu, sebut saja kes HIV/Aids di Malaysia, ia pasti dikaitkan dengan penagihan dadah, tetapi pada masa sekarang, faktor hubungan seksual antara suami isteri serta golongan homoseksual juga menjadi punca meningkatnya kes HIV/Aids,” katanya.

Hakikatnya, peningkatan HIV/Aids disebabkan hubungan seks tidak selamat sudah bermula sejak pertengahan 1990 dan semakin ketara sejak kebelakangan ini. Sebagai perbandingan, bagi 2003, 70.2 peratus kes HIV di Malaysia disebabkan hubungan heteroseksual, 23.2 peratus penggunaan jarum suntikan dan selebihnya faktor lain.

Bagi 2006 pula, 875 kes baru jangkitan HIV dicatatkan di kalangan wanita dengan 222 kes Aids, manakala setakat Disember lalu, kurang 10 peratus daripada keseluruhan 84,630 kes yang dilaporkan, membabitkan wanita dan gadis. Secara purata, 19 peratus kes baru membabitkan wanita - jumlah tertinggi dilaporkan sejak HIV mula dikesan di Malaysia.
Malah sejak permulaan epidemik HIV/Aids di negara ini, penyebab utamanya ialah penggunaan jarum yang tercemar di kalangan penagih dadah, diikuti faktor golongan heteroseksual. Bagaimanapun sejak lima tahun kebelakangan ini, trend baru peningkatan kes HIV dicatat dalam kalangan wanita dan kanak-kanak perempuan.

Untuk tahun lalu saja, golongan wanita dan kanak-kanak adalah satu per lima atau 20 peratus daripada keseluruhan kes baru di seluruh negara.

Di seluruh Asia misalnya, sejumlah lima juta orang disahkan HIV positif pada 2007. Namun pasti ramai terkejut apabila mengetahui Malaysia menjadi antara negara tertinggi mencatat kes HIV/Aids di Asia Tenggara.

Bagi rantau Asia, penggunaan jarum suntikan masih menjadi faktor utama, misalnya di China, India, Pakistan dan Vietnam. Apa yang pasti, faktor hubungan heteroseksual dan homoseksual semakin meningkat, khususnya di India, Indonesia, Pakistan dan Afghanistan. Kajian di Bangkok, Thailand dan Ho Chi Minh di Vietnam turut menunjukkan peningkatan kes HIV/Aids berkait rapat dengan hubungan golongan homoseks.

Pengarah Institut Kesihatan Global Antarabangsa, sebuah agensi di bawah Universiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tan Sri Dr Mohamed Salleh Mohamed Yasin, berkata walaupun HIV dan Aids sudah dikenali sejak dua dekad lalu tetapi ia masih kekal sebagai masalah yang belum lagi berkesudahan.

Walaupun ada antiviral yang melewatkan Aids di kalangan pesakit yang positif HIV tetapi usaha mengawal HIV daripada tersebar dilihat masih mencabar.

Di seluruh dunia, jumlah mereka yang positif HIV meningkat, begitu juga kematian disebabkan Aids. Malah 33 juta penduduk dunia hidup dengan HIV. Bagi 2007, sejumlah 2.7 juta orang yang positif HIV adalah golongan dewasa dan kanak-kanak.

Hari ini di Malaysia, walaupun kes baru yang positif HIV berkurangan berbanding lima tahun lalu, namun peningkatan kes baru pula, kebanyakannya membabitkan hubungan seksual antara lelaki dan wanita, selain lelaki dan lelaki. Ia perkembangan yang menakutkan kerana membabitkan golongan isteri dan kanak-kanak.

“Kebanyakan golongan ini tidak didiagnosis. Mereka tidak tahu status HIV mereka. Ada yang sudah sakit tetapi tidak tahu masalah kesihatan yang mereka hadapi. Sebenarnya, kembali kepada pegangan agama adalah jalan terbaik. Bagi golongan agama, membuang stigma dan bersikap terbuka untuk membantu mereka kembali pada agama memberi dimensi baru bagi pencegahan HIV/Aids di Malaysia,” kata Dr Mohamed Salleh.

Pengerusi PT Foundation, Hisham Hussien, berkata jalan terbaik mengekang penularan HIV/Aids ialah dengan kembali kepada ajaran agama masing-masing. Namun, jika ia terlalu berat untuk dilakukan, mengamalkan seks selamat adalah cara terbaik.

Katanya, dengan peningkatan kes HIV/Aids di kalangan wanita dan kanak-kanak, ia sebenarnya menzalimi mereka yang tidak berdosa.

“Sayangi isteri dan keluarga, amalkan seks selamat dan ketahuilah setiap orang berpotensi dijangkiti HIV/Aids,” katanya.

Katanya, walaupun isteri setia dengan suami dalam hubungan intim, suami mungkin tidak jujur dalam perhubungan. Selain itu faktor suami penagih dadah juga memungkinkan isteri dijangkiti HIV.

Seperti yang kerap ditekankan kerajaan, setiap orang perlu memahami bagaimana HIV/Aids berjangkit kerana ia tidak merebak melalui sentuhan atau duduk berdekatan dengan pesakit, sebaliknya berjangkit melalui jarum suntikan dan hubungan seks tidak selamat.

Justeru, sesiapa saja yang tidak berhati-hati seperti kerap bertukar pasangan dan tidak mengamalkan seks selamat, perlu menyedari mereka bukan lagi berdepan risiko jangkitan penyakit kelamin, tetapi juga dijangkiti HIV/Aids.

Sokongan keluarga bantu pesakit

PENGHIDAP HIV, Narina Ali (bukan nama sebenar) disahkan positif HIV ketika berusia 29 tahun.

Pada usia itu, apalah sangat diketahuinya mengenai penyakit itu kecuali nasib dirinya yang dijangkiti HIV bukan kerana tindakan sendiri, tetapi bersuamikan seorang penagih dadah.

Beliau yang kini berusia 38 tahun juga tidak menyalahkan suaminya yang sudah disahkan menghidap HIV beberapa tahun lebih awal daripadanya.

Namun, seperti juga kebanyakan yang lain, jauh di sudut hatinya, Narina tidak menyangka beliau boleh dijangkiti HIV.

Menyedari kehidupan perlu diteruskan, Narina berfikiran positif. Malangnya, akibat terlalu kerap menukar kerja berikutan keadaan suami yang tiada pendapatan tetap, membuatkan wanita itu kurang prihatin terhadap kesihatan dirinya.

Akibatnya, tubuhnya terlalu lemah dan beliau tiada daya untuk ke tempat kerja, jauh sekali melakukan pekerjaan dan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Pada mulanya saya mendapatkan rawatan kerana masalah seperti kerap demam serta keadaan tubuh yang lemah. Namun, ujian darah mengesahkan saya positif dengan HIV.

“Tuhan saja tahu betapa remuknya hati ini apabila disahkan penghidap HIV. Tetapi rasa sedih itu hadir seketika saja kerana saya tahu, saya harus reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.

Ketika disahkan menghidap HIV, Narina sudah dikurniakan seorang cahaya mata. Malah anak keduanya lahir selepas beliau bergelar penghidap HIV. Bagaimanapun, Narina bersyukur kerana kedua-dua anaknya bebas HIV.

Jika orang lain sudah pastinya tertekan apabila disahkan positif HIV, Narina sebaliknya menerima berita itu dengan tenang. Beliau tidak berasa tertekan atau marah pada suaminya, sebaliknya beranggapan semua kejadian itu ada hikmahnya.

“Saya menerima dengan penuh reda. Mungkin antara sebabnya saya mampu tenang adalah faktor keluarga yang tidak pernah putus-putus memberi sokongan. Mereka tidak pernah menyisihkan saya.

“Malah selepas kematian suami, mereka tetap setia memberi semangat, selain sudi menjaga anak-anak dan saya.”

Ternyata, dugaan Nurina tidak setakat itu. Ketika mengharungi kehidupannya, Narina diuji lagi apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya dua tahun lalu ketika pulang dari kerja.

Kemalangan itu menyebabkan Narina lumpuh. Sejak itu, semua kebajikan dirinya dan anak-anak dijaga oleh keluarganya. Kehidupannya disara sepenuhnya oleh adik beradiknya yang lain.

“Saya sentiasa berfikiran positif untuk terus hidup. Apa lagi yang boleh saya katakan. Suami sudah meninggal dunia, hendak salahkan beliau pun tidak berbaloi. Saya kini hanya mahu mendidik anak-anak sehingga berjaya dan bersyukur mereka bebas HIV,” katanya.

INFO: Kategori wanita yang dijangkiti HIV/Aids di Malaysia

  • Pengguna jarum suntikan - wanita membentuk dua peratus daripada populasi penagih dadah.
  • Suri rumah - paling tinggi dilaporkan di Kedah, Terengganu dan Kelantan dengan 300 kes baru setiap tahun adalah golongan ini.
  • Pekerja seks - 543 pelacur dijangkiti HIV hingga Disember 2008
  • Remaja - semakin ramai gadis remaja yang memulakan aktiviti seks di luar perkahwinan dan sebelum usia 18 tahun.

Lelaki sukar kencing





Mungkin hidap masalah pembesaran kelenjar prostat

MENGIKUT jangkaan lebih kurang 45 juta lelaki di seluruh dunia akan mengidap masalah pembesaran kalenjar prostat dikenali Benign Prostatic Hyperplasi atau BPH menjelang 2020 - suatu ramalan yang mengejutkan dan agak menakutkan.

Bagaimanapun, perlu diingatkan BPH adalah sejenis penyakit yang tiada kena mengena dengan kanser prostat. Ia adalah suatu keadaan yang hanya membabitkan pembesaran kelenjar prostat dan menyempitkan uretha.

Pakar Runding dan Bedah Urologi sebuah pusat perubatan swasta, Dr Chua Chong Beng, berkata kelenjar prostat adalah sebahagian sistem reproduksi lelaki. Saiznya yang sebesar kacang walnut, terletak di bawah pundi kencing dan di hadapan rektum. Jika prostat terlalu besar, ia akan menghimpit, memperlahankan atau menghentikan aliran kencing.

BPH merangkumi tanda-tanda termasuk kesukaran membuang air kecil, saluran air kencing yang tersekat, sering berasa tergesa-gesa untuk membuang air kecil, kekerapan membuang air kecil dalam tempoh singkat dan tidak puas ketika membuang air kecil.

Lazimnya BPH akan meningkat mengikut usia pesakit.


“Lebih 25 peratus lelaki yang berusia lebih 40 tahun menghidap BPH angka ini meningkat kepada lebih 50 peratus di kalangan lelaki berusia 60 tahun dan 90 peratus bagi lelaki berusia lebih dari 85 tahun.

“Oleh kerana BPH adalah penyakit yang lazim di kalangan lelaki berumur, penting bagi mereka yang terbabit mengetahui kesan negatifnya terhadap kualiti kehidupan.

“Malah, BPH juga dikaitkan dengan masalah mati pucuk atau Erektil Disfungsi (ED) dan kegagalan fungsi ejakulasi (EJD). Kesukaran ini boleh menjejaskan hubungan kelamin selain kemurungan serta hilang rasa keyakinan,” jelasnya.

Dr Chua berkata, BPH adalah sejenis penyakit yang progresif dan jika tanpa rawatan yang betul, pesakit boleh terdedah dengan risiko sekatan air kencing yang serius dan akhirnya menyebabkan masalah buah pinggang.
Sekurang-kurangnya satu daripada 10 lelaki dalam lingkungan usia 70 tahun ke atas, akan mengalami ini dalam tempoh pemerhatian selama lima tahun manakala risiko bagi mereka berusia 80 ke atas pula meningkat pada nisbah seorang bagi setiap tiga lelaki.

Bagi menguruskan tanda-tanda BPH, kaedah penggunaan alpha blockers dilakukan untuk menenangkan komponen otot yang licin dalam kelenjar prostat dan uretha yang membantu menyalurkan air kencing dengan lebih lancar. Walaupun cara begini berkesan, penggunaannya adalah terhad pada sesetengah pesakit saja disebabkan komplikasi tekanan darah rendah dan pening.

Namun kini, lelaki yang mengalami penyakit BPH mempunyai alternatif dengan penghasilan Harnal Ocas (tamsulosin hydrochloride), sejenis ubat makan dengan fungsi penyerapan terkawal dalam bentuk pil 400 mg bagi meredakan tanda-tanda BPH.

Bahan aktifnya, tamsulosin hydrochloride boleh mengurangkan tanda-tanda BPH dengan lebih cepat dan berkesan. Ini disebabkan tindakan yang selektif pada reseptor prostat yang meminimumkan kesan sampingan seperti pening, sakit kepala, degupan jantung yang deras dan pengsan yang biasa dialami akibat pengambilan ubat alpha blockers yang lain.

Harnal Ocas menawarkan rawatan untuk BPH yang membolehkan pelepasan tamsulosin secara berterusan sepanjang tempoh 24 jam yang boleh diberikan tanpa dos tambahan, tanpa kesan kepada tekanan darah dan boleh diambil dengan atau tanpa makanan.

Harnal Ocas juga mampu mencapai tahap keberkesanan tanpa kesan sampingan kepada tekanan darah yang membolehkannya digunakan untuk pesakit-pesakit yang mengambil ubat untuk darah tinggi dan pesakit menghidap masalah jantung.

Fakta: Benign Prostatic Hyperplasi (BHP)

Alasan lelaki hidap BPH yang enggan dirawat:

  • Akur ia sebahagian proses penuaan


  • Menyusahkan


  • Takut/malu dengan ejekan dan cemuhan


  • Tidak selesa dengan pemeriksaan


  • Takut disahkan menghidap barah

    Antara komplikasi BPH:


  • Pembentukan batu karang


  • Pengembangan saluran atas


  • Hydroureter dan hydronephrosis


  • Pundi kencing melencong


  • Jangkitan saluran kencing

    Bagaimana BPH dirawat:
    Perubatan:



  • Alpha Blockers


  • 5 Alpha Reductase Inhibitor


  • Kombinasi terapi


  • Terapi alternatif.

    Pembedahan


  • TURP


  • Laser Prostatectomy (namun majoriti dirawat dengan ubat makan).


  • Hadkan pengambilan garam





    Garam berlebihan bawa pelbagai penyakit

    TANPA garam makanan berasa tawar. Bagaimanapun, pengambilan garam yang tinggi dalam pemakanan, sebaliknya mendedahkan kepada risiko tekanan darah tinggi, angin ahmar, barah perut dan masalah pada ginjal.

    Ini disebabkan tahap garam yang terlalu tinggi menyebabkan tubuh menyimpan jumlah air yang banyak, sekali gus meningkatkan jumlah cecair dalam badan.

    Garam ialah nama umum untuk sodium klorida. Tidak dinafikan, sejumlah kecil sodium penting untuk kesihatan kerana kesemua cecair tubuh mengandung sodium, termasuk darah.

    Namun, berapa banyakkah garam yang diperlukan? Jika mengikut diet umum, pengambilan garam mestilah antara 9 - 10 gram termasuk yang dikenali sebagai ‘garam tersembunyi.’ Ini merujuk kepada garam yang ada dalam bahan makanan seperti kicap, sos, mayonis, keju, ikan masin, penambah perisa dan kiub perasa.

    Makanan yang siap diproses seperti sosej dan makanan dalam tin juga tidak terkecuali mengandungi garam tersembunyi ini.


    Selain penambah perisa makanan, tidak ramai yang tahu fungsi sebenar garam bagi badan ini. Hakikatnya, ia berfungsi menyeimbangkan cecair dalam tubuh.

    Dalam konteks ini, penting untuk tubuh menyeimbangkan tahap sodium dalam darah. Sodium juga penting dalam membantu mengekalkan konsentrasi cecair tubuh pada tahap yang tepat.

    Dengan kata mudah, garam berfungsi sebagai rangsangan elektrik dalam saraf dan otot selain menyeimbangkan tekanan darah normal.

    Tetapi awas, terlalu banyak mengambil garam akan menyebabkan peningkatan cecair dalam tubuh. Jika cecair yang berlebihan itu berada di otak, ia mungkin menjadi faktor risiko salur darah otak pecah yang menyebabkan angin ahmar.
    Bagi jantung pula, ia mungkin menjadi penyebab masalah koronari arteri dan tekanan darah tinggi. Bagi dewasa yang sihat, garam boleh disingkir dari tubuh melalui ginjal menerusi air kencing.

    Bagaimanapun, bayi yang mengambil makanan dewasa mungkin tidak berupaya menyingkirkan sodium yang terkumpul di badan. Ia mungkin menjadi punca masalah ginjal, kerosakan hati dan otak serta berkemungkinan menyebabkan maut. Ini kerana, bayi tidak memiliki keupayaan untuk memproses kuantiti garam yang banyak kerana ginjal yang belum sempurna pembentukannya.

    INFO: Tip kawal pengambilan garam

  • Gunakan ramuan semula jadi seperti jus limau atau rempah


  • Kurangkan penggunaan garam dan bahan diawet


  • Kurangkan pengambilan kiub, makanan segera, sos, mayonis dalam masakan


  • Kurangkan pengambilan makanan dalam tin seperti sosej, burger , kekacang


  • Kurangkan mengambil makanan diawet, ikan masing, udang kering, jeruk.

    Makanan tinggi garam


  • Sos berperisa seperti kicap, sos cili/tomato dan sos tiram - 1,000 hingga 5,000 miligram garam


  • Stok/kiub makanan - 3,000 mg garam. Setiap kiub 700 mg


  • Sos salad seperti mayonis - lebih 1,000 mg


  • Makanan dalam tin - 500 hingga 1,500 mg.

    Makanan diawet :


  • Telur masin - 500 mg


  • Ikan masin - 1,500 mg


  • Buah-buahan jeruk (masin) - 1,000 mg


  • Udang kering - 4, 000 mg


  • Belacan - 1, 000 mg.


  • Risiko tulang rapuh





    Kajian dapati rakyat Malaysia kurang ambil kalsium iaitu cuma 300 hingga 500 miligram sehari

    TUBUH manusia memiliki 206 tulang bagi membentuk keseluruhan rangka badan. Setiap daripada tulang ini berpotensi mengalami keretakan atau patah jika anda tidak menjadikan pengambilan kalsium sebagai rutin.

    Tulang yang dijaga dengan baik, tidak akan merosot kepadatannya walaupun anda sudah berusia. Wanita misalnya, memerlukan lebih banyak kalsium berbanding lelaki kerana kalsium membantu pengecutan otot, pembekuan darah dan gerakan saraf.

    Wanita hamil pula memerlukan kalsium bukan saja untuk dirinya tetapi juga untuk bayi dalam kandungan. Ketika hamil, kalsium si ibu dipindahkan kepada janin sekitar 270 miligram menjelang tempoh tiga bulan terakhir kehamilan.

    Sungguhpun begitu, tidak semua wanita mengambil berat mengambil pengambilan kalsium mereka. Selepas putus haid, ketiadaan hormon estrogen menyebabkan kepadatan tulang merosot mendadak. Dengan kadar jangka hayat wanita yang lebih lama berbanding lelaki, risiko tulang rapuh lebih tinggi di kalangan wanita.

    Antara komplikasi tulang rapuh yang biasa ditemui adalah patah tulang pinggul dan ia adalah masalah global. Di Amerika Syarikat misalnya, kajian mendapati lebih 300,000 dimasukkan ke hospital setiap tahun kerana masalah itu.


    Di negara-negara Asia pula dianggarkan kira-kira 50 peratus kes patah tulang sendi pinggul berlaku menjelang 2050. Dalam satu kajian, pengambilan kalsium di kalangan rakyat Malaysia adalah antara 300 hingga 500 miligram (mg) sehari - satu jumlah yang sememangnya tidak mencukupi.

    Masalah tulang rapuh berlaku apabila tulang kehilangan mineral dan kurang padat. Ia menyebabkan tulang lemah dan mudah patah. Selain pinggul, tulang belakang dan pergelangan tangan adalah tulang yang kerap patah.

    Pereputan tulang berlaku lebih cepat dari dalam. Justeru, pengambilan kalsium harus ditingkatkan sejak muda.

    Perlu diingat, usaha mengekalkan tulang sihat dan kuat, bukan kerja yang boleh dilakukan dalam tempoh singkat seperti sehari semalam. Ia memakan masa lama dan belum terlambat bagi anda memulakannya sekarang.
    Kekuatan tulang bergantung pada saiz dan kepadatannya. Kepadatan tulang diperoleh dengan bantuan kalsium yang bukan saja diperoleh daripada susu atau produk tenusu tetapi juga daripada sayur-sayuran hijau seperti brokoli dan sawi. Selain itu tingkatkan pengambilan ikan, buah-buahan, kekacang, vitamin D, zink dan magnesium.

    Mengurangkan risiko tulang rapuh juga boleh dilakukan dengan meminimumkan risiko seperti tidak merokok, tidak minum arak dan mengurangkan jumlah pengambilan minuman berkarbonat serta yang mengandungi kafein.

    INFO: Gejala tulang rapuh
    • Sakit belakang, ia boleh menjadi lebih teruk jika berlaku keretakan.
    • Ketinggian badan terjejas dan tubuh mula membongkok.
    • Keretakan tulang di pergelangan tangan dan pinggul.


    ‘Vitamin’ tulang
    • Susu dan produk tenusu
    • Sayur hijau seperti brokoli dan sawi
    • Ikan, buah-buahan, kekacang, vitamin D, zink dan magnesium

    Punca sakit leher

    Oleh Suzan Ahmad
    suzan@bharian.com.my

    kurang aktif, aktiviti fizikal mengejut sebabkan sendi, pangkal saraf terjejas

    MASALAH sakit leher atau lebih dikenali ‘salah bantal’ adalah keluhan yang biasa kita dengar di kalangan masyarakat negara ini. Sakit yang ketara pada sebelah pagi dan berlanjutan sehingga lewat petang, bukan setakat menyukarkan pergerakan, tetapi mengganggu tugasan seharian selain membataskan kegiatan seperti memandu.

    Malah, berdasarkan penyelidikan pengguna, satu daripada setiap empat dewasa di Malaysia mengalami sengal otot dan sendi. Apakah punca masalah ini? Berbeza daripada tanggapan ramai yang mengaitkannya dengan bantal semata-mata, masalah sakit leher ini sama ada disebabkan otot dan sendi kurang aktif atau pun kerana melakukan aktiviti mekanikal dan fizikal secara mengejut.

    Gerakan paling asas seperti berjalan dan duduk sekalipun, jika dilakukan dalam adab yang tidak betul juga, lambat laun akan memberi kesan pada otot dan sendi tubuh andai dibiarkan berlarutan.

    Perlu diketahui, kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mengalami kerosakan pada sendi mereka. Sebaliknya kesakitan yang mengganggu ini mungkin berpunca daripada lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf.

    Kesakitan ringan pula mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti berat, mengangkat berat, postur atau kedudukan tubuh tidak elok, kecederaan atau pergerakan yang tidak betul.
    Presiden Persatuan Fisioterapi Malaysia (MPA) Dr Balwant Singh Bains, menjelaskan kawasan yang paling kerap mengalami masalah ini ialah leher, bahagian atas dan bawah belakang serta sendi-sendi yang menanggung bebanan seperti lutut dan pergelangan kaki.

    Sakit otot dan sendi boleh timbul daripada dorongan melampau dan atau kerja-kerja mekanikal atau fizikal yang berulang-ulang.

    “Sesetengah orang mengalaminya akibat duduk atau bekerja terlalu lama di depan komputer, manakala yang lain mungkin mengalaminya selepas bersenam di gimnasium atau bersukan.

    “Malah, bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk berasa sedikit sengal otot dan sendi apabila berdiri atau berjalan terlalu lama.”
    Antara punca utama kesakitan sengal sendi dan otot adalah disebabkan postur yang tidak betul. Sebagai contoh, kepala seberat 16 paun adalah bahagian tubuh yang tergantung sepanjang hayat manusia. Jika seorang individu berjalan atau berdiri secara bongkok, ia akan mengganggu postur.

    “Jika seseorang berasa sakit, maknanya mereka tidak menggerakkan otot. Ini kerana otot yang tidak kerap digerakkan, lama kelamaan akan menjadikan sendi tegang dan akibatnya kita akan mula merasa sakit.

    “Duduk sepanjang hari di pejabat tanpa banyak bergerak sama dengan mengundang masalah pada otot dan sendi,” katanya.

    Dr Balwant berkata, mengikut kajian, lelaki dan wanita berusia 20 hingga 45 tahun lebih banyak mengalami kesakitan bahagian atas tubuh berbanding mereka dalam kumpulan usia 45 hingga 55 tahun.

    “Bayangkan apa akan jadi apabila kumpulan pertama beralih menjadi kumpulan kedua. Ini bermakna ramai akan mengalami masalah leher dan sekali gus menyebabkan negara menanggung kerugian kos perubatan berjuta-juta ringgit,” katanya.

    Lebih memburukkan keadaan, kata Dr Balwant, rakyat negara ini sememangnya bukanlah tergolong dalam kategori ‘prihatin’ diri dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

    Ini ditambah pula dengan demam atau kecenderungan bermusim terhadap aktiviti sukan seperti badminton, bola sepak, kriket dan renang.

    Atas alasan inilah, adalah disarankan sebelum terbabit dalam apa-apa aktiviti sukan, individu perlu mendapat pandangan dan nasihat doktor mengikut tahap kecerdasan individu.

    Sementara itu, syarikat pengeluar produk farmaseutikal dan kesihatan pengguna, GlaxoSmithkline (GSK) memperkenalkan Panaflex sejenis koyok berubat berasaskan teknologi hidrogel unik, khusus bagi kelegaan sengal otot dan sendi. Selain mudah digunakan, produk ini juga mampu memberikan kesan serta merta.

    Penghasilan produk itu bertepatan dengan penyelidikan GSK yang mana 45 peratus daripada mereka yang mengalami sengal otot dan sendi menggunakan kombinasi pelega kesakitan topikal dan oral selain Panadol Extend.

    Bedah payu dara meningkat

    Oleh Suzan Ahmad
    suzan@bharian.com.my


    Pembedahan payudara sedang dilaksanakan.

    Tidak semua wanita sesuai lakukan pembedahan kosmetik

    KITA diciptakan Tuhan berbeza secara fizikal dan keinginan untuk cantik itu adalah sebahagian daripada naluri manusia. Justeru, kemajuan perubatan mengambil kesempatan menerusi penemuan moden seperti teknologi pembesaran payu dara.

    Pakar bedah plastik dan kosmetik Asia dan Malaysia mengakui fenomena peningkatan jumlah wanita yang mahu menjalani pembedahan payu dara. Alasannya cukup mudah, inginkan penghidupan lebih berkualiti. Keadaan ini agak membimbangkan apabila peningkatan itu sama dengan pertambahan permintaan untuk pembedahan pembetulan akibat kegagalan pembedahan sebelumnya.

    Pengerusi Simposium Pakar Bedah Payu Dara (ABAS), Dr Charles Randquist yang berkunjung ke Malaysia baru-baru ini mengakui ramai wanita kurang faham mengenai bidang tugas sebenar pakar bedah kosmetik.

    “Ada yang menyangka pembedahan kosmetik seperti pembedahan kelopak mata boleh dilakukan pakar kecantikan, hakikatnya pakar kecantikan dan pengamal perubatan am belum cukup terlatih untuk melakukan pembedahan, termasuk menyedut lemak, membesarkan payu dara, atau pembedahan kosmetik lain seperti rekonstruksi,” kata pakar dari Stockholm, Sweden itu.

    Realitinya, tidak semua wanita perlu atau sesuai melakukan pembedahan kosmetik.
    Kata Randquist, pakar perlu memahami dalam apa juga situasi sekali, cara terbaik untuk membina kerjaya pengamal perubatan beretika ialah mengecewakan individu yang tidak sepatutnya melakukan pembedahan yang dikehendakinya dengan menjelaskan risiko yang bakal dihadapi.

    “Apa yang saya maksudkan ialah peraturan tertinggi pakar bedah ialah bersifat jujur dengan diri sendiri dan pesakit kerana tidak semua pesakit memerlukan pembedahan dan hanya doktor layak menasihatkan pesakit sewajarnya,” katanya.

    Beliau yang menimba pengalaman sebagai pakar pembedahan payu dara sejak 1997, berkata sekiranya pakar sendiri berasakan pembedahan tidak akan membawa kebaikan kepada pesakit, maka mereka (pakar kosmetik) perlu menolaknya.

    “Saya percaya jika kita melakukan kerja dengan telus, seharusnya kita menerima ganjaran yang setimpal. Hakikatnya, kejujuran adalah pelaburan terbaik,” katanya.
    Randquist berkata, pakar bedah kosmetik perlu meletakkan standard terbaik dalam amalan kedoktoran. Jika semuanya bersandarkan wang ringgit, ini bermakna dari segi etikanya, kerjaya perubatan umpama diperolok-olokkan.

    Perhimpunan 60 pakar bedah kecantikan dari seluruh dunia sempena simposium tiga hari di Hospital Gleneagles Intan, di sini, baru-baru ini bertujuan berkongsi kepakaran, selain membincangkan teknologi implan dan surgeri terkini payu dara dengan menampilkan sembilan pakar bedah terkenal dari Sweden, Brazil, Singapura, Korea Selatan, China, Jepun, Amerika Syarikat, Kanada dan Malaysia.

    Rantau Asia melahirkan ramai pakar payu dara, sayangnya ia masih ketinggalan dari segi perangkaan saintifik berhubung pembesaran payu dara.

    “Oleh kerana itulah kami memilih untuk menganjurkan ABAS di Asia dan Malaysia sebagai hos agar kami dan rakan sekerja di rantau Asia dapat berkongsi pengetahuan sekali gus mengurangkan kadar komplikasi dan trauma,” katanya

    INFO: Senario pembedahan payu dara di Malaysia:


  • Trend ini meningkat di kalangan wanita Malaysia, terutama kaum Cina.



  • Pelanggan biasanya terpedaya dengan saranan pakar kecantikan untuk melakukan pembedahan menggunakan khidmat doktor yang diterbangkan dari China yang kosnya lebih murah.



  • Caj ‘pakar satu malam’ yang diterbangkan dari China antara RM8,000 ke RM20,000



  • Caj pakar bedah kosmetik bertauliah untuk bentuk implan airmata RM12,000 hingga RM16,000 dan bentuk implan bulat RM10,000-RM14,000.



  • Ada 45 pakar bedah plastik bertauliah diiktiraf di Malaysia dan layak menjalankan semua bentuk pembedahan kecantikan.


  • Doa memohon perlindungan dari kejahatan semua makhluk

    Doa memohon perlindungan dari kejahatan semua makhluk

    'Ya Allah, Tuhan kami. Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkau kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy Yang Maha Besar.

    Sesuatu yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjaya dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan keizinan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Kami mengetahui sesungguhnya Allah atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa. Dan, sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu.

    Ya Allah. Tuhan kami. Sesungguhnya kami memohon berlindung dengan Engkau daripada kejahatan dan keburukan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia). Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak geri). Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar.

    Dan, cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w dan atas keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.'

    # Amalkan membaca doa ini selalu, jika tiada kesempatan pun, seumur hidup. Insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya.

    # Menurut riwayat, doa ini adalah menjadi amalan Abi Darda, seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang didapatinya daripada baginda

    Doa Pendekat Jodoh Nuffnang Ads

    Kita berusaha, Allah jua yang menentukan....



    Sumber: myjodoh.net

    Ulul Albab: Seru manusia kembali kepada Islam


    LAUTAN manusia berwukuf di Arafah menyahut seruan mengerjakan ibadat haji, Rukun Islam kelima.


    Ibadat haji masa sesuai untuk meyakinkan setiap insan adalah umat Muslim

    JIKA kewajipan rukun Islam seperti solat, zakat dan puasa Ramadan diserukan dalam ayat al-Quran kepada orang beriman, maka bukan begitu halnya dengan kewajipan menunaikan ibadat haji. Dalam kewajipan melaksanakan ibadat haji, al-Quran menggunakan lafaz 'al-nas' (manusia) dalam seruannya.

    Allah berfirman yang bermaksud: "Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk." (Surah Ali 'Imran: 97)

    Jika kewajipan rukun Islam seperti solat, zakat dan puasa Ramadan tidak disenaraikan namanya dalam urutan nama al-Quran, maka bukan begitu halnya dengan ibadat haji. Al-Quran mengkhususkan satu nama surahnya dengan nama Surah al-Hajj, Surah ke-22 pada Juzuk ke-17 dengan ayatnya berjumlah 78 ayat dan diturunkan di Madinah. Di dalam surah ini seruan kewajipan ibadat haji juga menggunakan lafaz 'al-nas' (manusia). Firman Allah bermaksud: "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan)mu dengan berjalan kaki, dan menunggang berjenis unta yang kurus, yang datangnya dari pelbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh." (Surah al-Hajj: 27)

    Demi menyambut seruan global ini, Baginda Rasulullah SAW pun menggunakan lafaz al-nas' (manusia) dalam ucapan perpisahannya ketika melaksanakan ibadat Haji Widak pada 9 Zulhijjah 10 Hijrah di Lembah Urainah, Padang Arafah. Rasulullah tidak menggunakan wahai umat Islam atau wahai orang beriman, yang ada baginda menggunakan seruan 'wahai manusia'. Sabda baginda bermaksud: "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

    Wahai manusia, seperti kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

    Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang membabitkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara besar, malah berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara kecil.

    Wahai manusia, seperti kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
    Layanilah wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

    Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat daripada harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia daripada yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal saleh.

    Ingatlah, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang sudah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-sekali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku.

    Hendaklah orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada mereka yang terus mendengar daripadaku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya sudah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba- hambamu."
    Subhanallah! Betapa indahnya ucapan perpisahan daripada seorang pemimpin yang dikasihi makhluk seluruh alam. Ucapan yang berisi ajaran nilai kebaikan global yang disampaikan oleh utusan terakhir Allah kepada umat manusia. Ucapan universal yang disampaikan oleh pemimpin agung manusia sepanjang sejarah.

    Islam adalah satu-satunya agama di sisi Allah seperti ditegaskan al-Quran dalam Surah Ali Imran ayat 19 bermaksud: "Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam." Hakikat ini juga dapat dimengerti daripada ayat al-Quran yang bermaksud: "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu." (Surah al-Maidah: 3) Bukankah Rasulullah diutus untuk semua makhluk? Allah berfirman bermaksud: "Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui hakikat itu." (Surah Saba': 28)

    Amat benar firman Allah di atas, 'akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui hakikat itu' kerana daripada penduduk dunia yang berjumlah hampir 7.5 bilion hanya 1.5 bilion saja yang mengetahui hakikat bahawa Muhammad adalah Rasulullah SAW.

    Inilah tugas penting dan tanggungjawab berat yang dipikul umat Islam untuk menjelaskan kepada seluruh manusia mengenai hakikat di atas. Hakikat bahawa semua manusia adalah Muslim kerana semua Nabi dan Rasul adalah seorang Muslim seperti diberitakan al-Quran. Kita akan membincangkan dalam kesempatan lain mengenai penemuan seorang bekas ahli Kongres Amerika Syarikat, Mark D Siljendar dalam buku yang baru diterbitkannya pada Oktober tahun lalu bertajuk A Deadly Misunderstanding. Dalam buku ini dibuktikan secara ilmiah Nabi Musa as dan Nabi Isa as adalah Muslim.

    Mereka tidak pernah menyebut diri mereka beragama Yahudi atau Kristian. Perbincangan mengenai perkara ini disiarkan Aljazeera dalam slot From Washington 19 Oktober lalu. Acara yang sangat menarik.

    Haji dengan puncak acaranya wukuf di Arafah dan Aidiladha adalah masa sesuai untuk menyeru umat manusia bahawa mereka sebenarnya adalah umat Muslim seperti yang diinginkan Allah SWT. Kita seru mereka untuk kembali ke pangkuan agama sebenar mereka iaitu agama Islam kerana ibadat haji adalah ibadat Nabi Ibrahim as, dan Nabi Ibrahim adalah bapa nabi, Abu al-Anbiya', yang membawa satu agama dan diwariskan kepada Nabi yang datang sesudah baginda. Wallahu alam.

    Fadhilat Dan Hikmah Korban

    Hadith :

    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu” Riwayat at- Tirmidzi

    Huraian:

    i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

    ii) Antara hikmah korban adalah:

    a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

    b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.

    c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

    iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:

    a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

    b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

    c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

    Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    27 November 2009

    Tatacara Takbir Aidil Adha

    Takbir Aidil Adha

    Takbir Aidil Adha ada dua:

    1. Takbir yang tidak terikat waktu (Takbir Mutlak)

    Takbir hari raya yang tidak terikat waktu adalah takbir yang dilakukan bila saja, dimana saja, selama masih dalam tempoh waktu yang dibolehkan.

    Takbir mutlak menjelang aidil Adha bermula sejak tanggal 1 Zulhijjah sehingga waktu asar pada tanggal 13 Zulhijjah. Selama tanggal 1 – 13 Zulhijjah, kaum muslimin disyariatkan memperbanyakkan ucapan takbir di mana saja, bila saja dan dalam keadaan apa saja. Boleh sambil berjalan, di kenderaan, bekerja, berdiri, duduk, ataupun berbaring. Demikian pula, takbir ini boleh dilakukan di rumah, jalan, pejabat, sawah, pasar, tanah lapang, masjid, dst. Dalilnya adalah:

    a. Allah berfirman, yang ertinya: “…supaya mereka berzikir (menyebut) nama Allah pada hari yang telah ditentukan…” (Qs. Al Hajj: 28)

    Allah juga berfirman, yang ertinya: “….Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah dalam beberapa hari yang berbilang…” (Qs. Al Baqarah: 203)

    Tafsirnya:

    Yang dimaksud berzikir pada dua ayat di atas adalah melakukan takbir.

    Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhuma mengatakan: “Yang dimaksud ‘hari yang telah ditentukan’ adalah tanggal 1 – 10 Zulhijjah, sedangkan maksud ‘beberapa hari yang berbilang’ adalah hari tasyriq, tanggal 11, 12, dan 13 Zulhijjah.” (Al Bukhari secara Mua’alaq, sebelum hadis no.969)

    Dari Sa’id bin Jubair dari Ibn Abbas, bahawa maksud “hari yang telah ditentukan” adalah tanggal 1 – 9 Zulhijjah, sedangkan makna “beberapa hari yang berbilang” adalah hari tasyriq, tanggal 11, 12, dan 13 Zulhijjah. (Disebutkan oleh Ibn Hajar dalam Fathul Bari 2/458, kata Ibn Mardawaih: Sanadnya sahih)

    b. Hadis dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tidak ada amal yang dilakukan di hari yang lebih agung dan lebih dicintai Allah melebihi amal yang dilakukan di tanggal 1 – 10 Zulhijjah. Oleh kerana itu, perbanyaklah membaca tahlil, takbir, dan tahmid pada hari itu.” (HR. Ahmad & Sanadnya disahihkan Syaikh Ahmad Syakir)

    c. Imam Al Bukhari mengatakan: “Dulu Ibn Umar dan Abu Hurairah pergi ke pasar pada tanggal 1 – 10 Zulhijjah. Mereka berdua mengucapkan takbir kemudian masyarakat bertakbir disebabkan mendengar takbir mereka berdua.” (HR. Al Bukhari sebelum hadis no.969)

    d. Disebutkan Imam Bukhari: “Umar bin Khatab pernah bertakbir di khemahnya ketika di Mina dan didengar oleh orang yang berada di masjid. Akhirnya mereka semua bertakbir dan masyarakat yang di pasar-pun ikut bertakbir. Sehingga Mina bergema dengan takbir.” (HR. Al Bukhari sebelum hadis no.970)

    e. Disebutkan oleh Ibn Hajar bahawa Ad Daruqutni meriwayatkan: “Dulu Abu Ja’far Al Baqir (cucu Ali bin Abi Thalib) bertakbir setiap selesai solat sunat di Mina.” (Fathul Bari 3/389)

    2. Takbir yang terikat waktu

    Takbir yang terikat waktu adalah takbir yang dilaksanakan setiap selesai melaksanakan solat wajib. Takbir ini dimulai sejak setelah solat subuh tanggal 9 Zulhijjah sehingga setelah solat Asar tanggal 13 Zulhijjah. Berikut dalil-dalilnya:

    a. Dari Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau dulu bertakbir setelah solat shubuh pada tanggal 9 Zulhijjah sehingga setelah Zuhur pada tanggal 13 Zulhijjah. (Ibn Abi Syaibah & Al Baihaqi dan sanadnya disahihkan Al Albani)

    b. Dari Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau bertakbir setelah solat shubuh pada tanggal 9 Zulhijjah sehingga Asar tanggal 13 Zulhijjah. Beliau juga bertakbir setelah ashar. (HR Ibn Abi Syaibah & Al Baihaqi. Al Albani mengatakan: “Sahih dari Ali radhiyallahu ‘anhu“)

    c. Dari Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau bertakbir setelah solat shubuh pada tanggal 9 Zulhijjah sehingga tanggal 13 Zulhijjah. Beliau tidak bertakbir setelah maghrib (malam tanggal 14 Zulhijjah). (HR Ibn Abi Syaibah & Al Baihaqi. Al Albani mengatakan: Sanadnya sahih)

    d. Dari Ibn Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau bertakbir setelah solat shubuh pada tanggal 9 Zulhijjah sehingga Asar tanggal 13 Zulhijjah. (HR. Al Hakim dan disahihkan An Nawawi dalam Al Majmu’)

    Lafaz Takbir

    Tidak terdapat riwayat lafaz takbir tertentu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Hanya saja ada beberapa riwayat dari beberapa sahabat yang mencontohkan lafaz takbir. Diantara riwayat tersebut adalah:

    Pertama, Takbir Ibn Mas’ud radhiyallahu ‘anhu. Riwayat daripada beliau ada 2 lafaz takbir:

    أ‌- اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وللهِ الْحَمْدُ
    ب‌- اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وللهِ الْحَمْدُ


    Keterangan:

    Lafaz: “Allahu Akbar” pada takbir Ibn Mas’ud boleh dibaca dua kali atau tiga kali. Semuanya diriwayatkan Ibn Abi Syaibah dalam Al Mushannaf.

    Kedua, Takbir Ibn Abbas radliallahu ‘anhuma:

    اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَأَجَلُّ
    اللَّهُ أَكْبَرُ، عَلَى مَا هَدَانَا


    Keterangan:

    Takbir Ibn Abbas diriwayatkan oleh Al Baihaqi dan sanadnya disahihkan Syaikh Al Albani.

    Ketiga, Takbir Salman Al Farisi radhiyallahu ‘anhu:

    اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا

    Keterangan: Ibn Hajar mengatakan: Takbir Salman Al Farisi radhiyallahu ‘anhu diriwayatkan oleh Abdur Razaq dalam Al Mushanaf dengan sanad sahih dari Salman.

    Catatan Penting

    As Shan’ani mengatakan: “Penjelasan tentang lafaz takbir sangat banyak daripada berberapa ulama. Ini menunjukkan bahawa perintah bentuk takbir cukup longgar. Disamping ayat yang memerintahkan takbir juga menuntut demikian.”

    Maksud perkataan As Shan’ani adalah bahawa lafaz takbir itu longgar, tidak hanya satu atau dua lafaz. Orang boleh milih mana saja yang dia suka. Bahkan sebahagian ulama mengucapkan lafaz takbir yang tidak ada keterangan dalam riwayat hadis. Allahu A’lam.

    Kebiasaan yang Salah Ketika Takbir

    Ada beberapa kebiasaan yang salah ketika melakukan takbir di hari raya, di antaranya:

    a. Takbir berjamaah di masjid atau di tanah lapang

    Ini kerana takbir yang sunnah itu dilakukan sendiri-sendiri dan tidak diketuai seseoran. Sebagaimana disebutkan dalam riwayat Anas bin Malik bahawa para sahabat ketika bersama nabi pada saat bertakbir, ada yang sedang membaca Allahu akbar, ada yang sedang membaca laa ilaaha illa Allah, dan satu sama lain tidak saling menyalahkan… (Musnad Imam Syafi’i 909)

    Riwayat ini menunjukkan bahawa takbirnya para sahabat tidak seragam. Kerana mereka bertakbir sendiri-sendiri dan tidak berjamaah.

    b. Takbir dengan menggunakan pengeras suara

    Perlu difahami bahawa cara melakukan takbir hari raya tidak sama dengan cara melaksanakan azan. Dalam syariat azan, seseorang dianjurkan untuk melantangkan suaranya sekeras mungkin. Oleh kerana itu, para juru azan di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam seperti Bilal, dan Abdullah bin Umi Maktum ketika hendak azan mereka naik, mencari tempat yang tinggi. Tujuannya adalah agar azan didengar oleh banyak orang. Namun ketika melakukan takbir hari raya, tidak terdapat satupun riwayat bahawa Bilal naik mencari tempat yang tinggi dalam rangka melakukan takbir. Beliau melakukan takbir di bawah dengan suara keras yang hanya didengari oleh beberapa orang di sekelilingnya saja.

    Oleh kerana itu, sebaiknya melakukan takbir hari raya tidak sebagaimana azan. Ini kerana dua syariat ini adalah syariat yang berbeza.

    c. Hanya bertakbir setiap selesai solat berjamaah

    Sebagaimana telah dijelaskan bahawa takbir itu ada dua. Ada yang terikat waktu dan ada yang sifatnya mutlak (tidak terikat waktu). Untuk takbir yang mutlak sebaiknya tidak dilaksanakan setiap selesai solat fardlu saja. Yang sunnah dilakukan setiap saat, bila saja dan di mana saja.

    Ibnul Mulaqin mengatakan: “Takbir setelah solat wajib dan yang lainnya, untuk takbir Aidil Fitri maka tidak dianjurkan untuk dilakukan setelah solat, menurut pendapat yang lebih kuat.” (Al I’lam bi Fawaid Umadatil Ahkam: 4/259)

    Amal yang disyariatkan ketika selesai solat jamaah adalah berzikir sebagaimana zikir setelah solat. Bukan melaungkan takbir. Waktu melaungkan takbir cukup longgar, boleh dilakukan bilapun selama hari raya. Oleh kerana itu, tidak selayaknya mengambil waktu yang digunakan untuk berzikir setelah solat.

    d. Tidak bertakbir ketika di tengah perjalanan menuju tanah lapang

    Sebagaimana riwayat yang telah disebutkan di atas, bahawa takbir yang sunnah itu dilakukan ketika di perjalanan menuju tempat solat hari raya. Namun sayang sunnah ini hampir hilang, melihatkan ramainya orang yang meninggalkannya.

    e. Bertakbir dengan lafaz yang terlalu panjang

    Sebahagian pemimpin takbir sesekali melantunkan takbir dengan bacaan yang sangat panjang. Berikut lafaznya:

    الله أكبر كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ…


    Takbir dengan lafaz yang panjang di atas tidak ada dalilnya. Allahu a’lam.

    Solat Hari Raya Menggantikan Solat Jumaat

    Dalil yang menunjukkan wajibnya ialah solat Hari Raya dapat menggugurkan kewajipan solat Jumaat apabila Hari Raya jatuh pada Jumaat. Nabi sallallahu ‘alihi wa-sallam bersabda:

    “Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hari Raya. Sesiapa telah (Bersolat Hari Raya), dia telah menyempurnakan dari solat Jumaat dan sesungguhnya kita telah dikumpulkan”.

    (H/R Abu Daud 1073. Ibnu Majah 1311. Al-Hakim 1/228. Al-Baihaqi 3/318. Ibnul Abdil Barr (dalam At-Tauhid) 10/272. Al-Khatib (dalam Tarikh Bahgdad) 3/129. Ibnul Qaiyyim (dalam al-Wahiyat). 1/473. Al-Faryabi (dalam Ahkamul Iedain) 150. Ibnul Jarud (dalam Al-Muntaqa) 302. Hadis sahih banyak syahidnya (lihat: Sawathi’ al-Qamarain fi Takhrij Ahadis Ahkamail Iedain), Musaid bin Sulaiman bin Rasyid. Hlm. 211)

    Sesuatu yang tidak wajib tidak menggugurkan sesuatu yang wajib. Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam berterusan mengerjakan solat Hari Raya secara berjamaah sejak disyariatkan sehinggalah wafat.

    (Lihat: Nailul Autar 3/382-383)

    Baginda menggandingkan perintahnya kepada manusia dengan terus menerus ini agar mereka keluar ke tanah lapang (musalla) untuk solat Hari Raya.

    (Lihat: (1). Nailul Autar. 3/282-283. (2). Majmu fatawa. 24/212. dan 23/161. (3). Ar-Raudah an-Nadiyah 1/142. (4). Tamamul Minnah, hlm. 344)

    Seterusnya, pandangan akan wajibnya solat Aidil Fitri ini diperkuatkan lagi dengan hakikat bahawa solat Aidil Fitri ini dapat menggugurkan kewajipan solat Jumaat jika keduanya terjadi pada hari yang sama (Hari raya jatuh pada hari Jumaat). Hanya sesuatu yang wajib dapat mengugurkan kewajipan yang lain.

    – Inilah pendapat Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah di dalam Terjemah Tamamul Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq, (edisi terjemahan oleh Afifuddin Said, Maktabah Salafy Press, Gajah Mada 2002) jilid 2, ms. 103.

    Dalil yang menunjukkan kewajipan solat Jumaat gugur sekiranya ianya serentak dengan hari Aidil Fitri adalah:

    Dari Iyas bin Abi Ramlah al-Syami, dia berkata: “Aku pernah menyaksikan Mu’awiyah bin Abi Sufyan yang sedang bertanya kepada Zaid bin Arqam. Dia bertanya: “Apakah engkau menyaksikan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menghadiri dua Hari Raya (hari `Ied dan hari Jumaat) yang berkumpul dalam satu hari?” Dia menjawab: “Ya.” Mu’awiyah bertanya: “Lalu apa yang baginda kerjakan?” Dia menjawab: “Baginda mengerjakan solat Aidil Fitri, kemudian baginda memberikan keringanan dalam hal (mengerjakan) solat Jumaat dan bersabda: “Barangsiapa yang ingin solat (Jumaat) maka hendaklah dia solat.”

    (Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Daud, Kitab al-Sholah, hadis no: 904)

    Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah di dalam Majmu’ Fatawa (jilid 23, ms. 161) berkata:… oleh kerana itu, kami mentarjih (menguatkan) bahawa solat Aidil Fitri itu wajib bagi setiap individu muslim, sebagaimana pendapat Abu Hanifah dan lain-lainnya. Dan ini merupakan salah satu pendapat al-Syafi’i, dan ia merupakan salah satu dari dua pendapat di dalam mazhab Ahmad.

    Kisah Taubat Paling Mengagumkan Dalam Sejarah

    Imam Muslim dalam Shahihnya (9/69), dan juga para penulis kitab sunnah telah meriwayatkan sebuah kisah taubat yang paling mengagumkan yang diketahui oleh manusia. Pada suatu hari Rasul duduk di dalam masjid, sementara para sahabat beliau duduk mengitari beliau. Beliau mengajari, mendidik dan mensucikan (hati) mereka.
    Majelis tersebut dipenuhi oleh sahabat besar Nabi. Tiba-tiba datanglah seorang wanita berhijab masuk ke pintu masjid. Kemudian Rasul pun diam, dan diam pula para sahabat beliau Shalallahu ‘alaihi wa sallam. Wanita tersebut menghadap dengan perlahan, dia berjalan dengan penuh gentar dan takut, dia lemparkan segenap penilaian dan pertimbangan manusia, dia lupakan aib dan keburukan, tidak takut kepada manusia, atau mata manusia dan apa yang akan dikatakan oleh manusia.
    Dia menghadap untuk mencari kematian. Kematian lebih ringan, jika disertai oleh pengampunan dan penghapusan dosa. Menjadi ringan jika setelah kematian tersebut terdapat keridhaan dan penerimaan dari sisi Allah Ta’ala.
    Hingga dia sampai kepada beliau Shalallahu ‘, kemudian dia berdiri di hadapan beliau, dan mengabarkan kepada beliau bahwa dia telah berzina!!
    Dia berkata: “Wahai Rasulullah, aku telah melakukan (maksiat yang mewajibkan adanya) hukuman had (atasku), maka sucikanlah aku!”
    Apa yang diperbuat oleh Rasulullah Shalallhu ‘alaihi wa sallam?! Apakah beliau meminta persaksian dari para sahabat atas wanita tersebut? Tidak, bahkan memerahlah wajah beliau hingga hampir-hampir meneteskan darah. Kemudian beliau mengarahkan wajah beliau ke arah kanan, dan diam, seakan-akan beliau tidak mendengar sesuatu. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam berusaha agar wanita ini mencabut perkataannya, akan tetapi wanita tersebut adalah wanita yang istimewa, wanita yang shalihah, wanita yang keimanannya telah menancap di dalam hatinya. Maka Nabi r bersabda kepadanya: “Pergilah, hingga engkau melahirkannya.”
    Berlalulah bulan demi bulan, dia mengandung putranya selama 9 bulan, kemudian dia melahirkannya. Maka pada hari pertama nifasnya, diapun datang dengan membawa anaknya yang telah diselimuti kain dan berkata: “Wahai Rasulullah, sucikanlah aku dari dosa zina, inilah dia, aku telah melahirkannya, maka sucikanlah aku wahai Rasulullah!”
    Maka Nabipun melihat kepada anak wanita tersebut, sementara hati beliau tercabik-cabik karena merasakan sakit dan sedih, dikarenakan beliau menghidupkan kasih sayang terhadap orang yang berbuat maksiat, rahmat kepada burung, dan menyayangi hewan.
    Sebagian ahli ilmu berkata: “Bahkan beliau Shalallahu ‘alaihi wa sallam, memberikan rahmat hingga kepada orang kafir. Allah Ta’ala berfirman tentang beliau: “Dan tidakklah aku utus kamu Muhammad, kecuali sebagai rahmat bagi alam semesta.” Siapa yang akan menyusui bayi tersebut jika ibunya mati? Siapakah yang akan mengurusi keperluannya jika had (hukuman) ditegakkan atas ibunya? Maka Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Pulanglah, susuilah dia, maka jika engkau telah menyapihnya, kembalilah kepadaku.”
    Maka wanita itupun pergi ke rumah keluarganya, dia susui anaknya, dan tidaklah bertambah keimanannya di dalam hatinya kecuali keteguhan, seperti teguhnya gunung.
    Tahunpun bergulir berganti tahun. Kemudian wanita itu datang dengan membawa anaknya yang sedang memegang roti. Dia berkata: “Wahai Rasulullah, aku telah menyapihnya, maka sucikanlah aku!”
    Dia dan keadaannya sungguh sangat menakjubkan! Iman yang bagaimanakah yang membuatnya berbuat demikian. Tiga tahun lebih atau kurang, yang demikian tidaklah menambahnya kecuali kekuatan iman.
    Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam mengambil anaknya, seakan-akan beliau membelah hati wanita tersebut dari antara kedua lambungnya. Akan tetapi ini adalah perintah Allah, keadilan langit, kebenaran yang dengannya kehidupan akan tegak.
    Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Siapa yang mengkafil (mengurusi) anak ini, maka dia adalah temanku di sorga seperti ini…” Kemudian beliau memerintahkan agar wanita tersebut dirajam (dilempari dengan batu hingga mati).
    Maka manusiapun berkumpul, dan merajamnya. Muncratlah darah dari kepala wanita tersebut mengenai Khalid bin Walid, maka diapun mencacinya pada jarak pendengaran Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam. Maka beliau bersabda kepadanya: “Tenang wahai Khalid, demi Allah, dia telah bertaubat dengan pertaubatan yang seandainya penarik pajak (pungli) bertaubat dengannya pastilah akan diterima darinya.”
    Dalam sebuah riwayat bahwa Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan agar wanita itu dirajam, kemudian beliau menshalatinya. Maka berkatalah Umar Radhiyallahu ‘anhu: “Anda menshalatinya wahai Nabi Allah, sungguh dia telah berzina.” Maka beliau Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sungguh dia telah bertaubat dengan satu taubat, seandainya taubatnya itu dibagikan kepada 70 orang dari penduduk Madinah, maka taubat itu akan mencukupinya. Apakah engkau mendapati sebuah taubat yang lebih utama dari pengorbanan dirinya untuk Allah Ta’ala?” (HR. Ahmad (40/399))
    Sesungguhnya ini adalah rasa takut kepada Allah. Sesungguhnya itu adalah perasaan takut yang terus menerus berada pada diri wanita mukminah tersebut saat dia terjerumus ke dalam jerat-jerat syetan, dia menjawab jerat-jerat tersebut pada saat lemah. Ya, dia telah berbuat dosa, akan tetapi dia berdiri dari dosanya dengan hati yang dipenuhi oleh iman, dan jiwa yang digerakkan oleh panasnya maksiat. Ya, dia telah berdosa, akan tetapi telah berdiri pada hatinya tempat pengagungan terhadap Dzat yang dia bermaksiat kepada-Nya. Sesungguhnya ini adalah taubat sejati wahai hamba-hamba Allah. Ya, ini taubat nashuha wahai hamba-hamba Allah.

    Penjagaan Payudara Wanita


     Wanita! Jagalah buah dada anda

    Marilah berkongsi beberapa tips tentang cara menyihatkan payudara anda. Di antara beberapa rahsia dan petua untuk menjaga kesihatan dan kecantikan payudara anda adalah;

    1. Lakukan pemeriksaan
    Melakukan pemeriksaan payudara sendiri secara rutin. Setiap wanita sebaiknya memeriksa payudaranya sendiri, paling tidak sebulan sekali pada tarikh yang sama, apabila tiada haid. Bagi yang masih mendapat haid, waktu terbaik memeriksa payudara iaitu beberapa hari setelah berakhirnya masa haid, setiap bulan. Ketika itu payudara sudah kembali lembut. Jika terdapat sebarang perubahan, anda disarankan berjumpa doktor.

    2. Pembedahan

    Elakkan melakukan pembedahan payudara jika sekadar untuk membesarkan ukurannya. Kecantikan wanita bukan sekadar terletak pada aset ini sahaja, tetapi terletak pada 'hatinya'.

    3. Senaman

    Lakukan senaman dan perawatan payudara secara sendirian iaitu senam payudara dan yoga. Salah satu cara melatih otot pektoral adalah dengan menekan kedua telapak tangan separas dagu pada dinding (seperti posisi mendorong), arahkan pandangan ke langit, tahan beberapa detik, kemudian lepaskan. Ulangi latihan ini sampai 10 kali. Latihan ini boleh dilakukan ketika anda berada di bilik mandi. Rasakan tarikan pada otot pektoral ketika anda menggerakkan kepala ke atas. Kegiatan mengankat dan menurunkan bahu, apabila dilakukan berulang-ulang, dapat memperkuatkan otot dada.

    Jika senaman yoga menjadi pilihan, mula-mula tenangkan fikiran, mulai dengan dalam posisi yoga. Depakan kedua lengan separas bahu. Gerakkan dengan lembut lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah. Kembalikan posisi lengan hingga sejajar dengan bahu. Rehat kira-kira 5 saat. Kemudian ganti posisi, lengan kiri ke atas dan lengan kanan ke bawah. Lakukan gerakan tersebut masing-masin 10 kali.

    4. Urutan

    Mengurut payudara dengan minyak aroma terapi, dapat menjaga keanjalan payudara. Urutan baik untuk merangsang sirkulasi darah. Caranya lakukan urutan ke arah luar, ke bawah dan ke arah dalam, kemudian mengikuti aliran getah bening ke arah ketiak, ke bawah tulang selangka dan ke arah tulang dada. Dibandingkan dengan masker dan krim yang disapukan, penggunaan minyak aroma terapi adalah lebih efektif kerana urutan akan lebih mudah meresap ke dalam kulit, mengalir dalam darah, kelenjar susu serta menyusup ke seluruh tubuh.

    5. Bersihkan payudara

    Payudara yang sihat adalah payudara yang bersih. Perhatikan kebersihan puting yang merupakan tempat keluar air susu, sekaligus kelenjar minyak yang berfungsi untuk melicinkan puting dan arela, agar tidak kering dan kulitnya tidak pecah. Gunakan kapas yang sudah dibubuhi minyak zaitun untuk membersihkan sisa kelenjar iaitu kelenjar minyak yang sering melekat pada puting.

    6. Penggunaan Coli
    Gunakan baju dalam atau coli yang sesuai dengan anda dan bukannya sekadar melekap di situ sahaja. Seelok-eloknya memakai coli yang sesuai mengikut saiz payudara, iaitu sepanjang tempoh kehamilan dan waktu menyusu anak.

    7. Penyusuan

    Sekiranya menyusukan anak, letakkan posisi bayi dengan betul dan selesa agar ia tidak terlalu menarik payudara. Terdapat masalah dalam tempoh penyusuan, ia termasuk bengkak buah dada. Cara mengatasi masalah itu, perah payudara perlahan-lahan untuk melembutkan terlebih dahulu sebelum menyusu atau tuam air suam untuk melegakan kesakitan.

    Kelebihan menyusukan anak dapat menghindarkan dari penyakit barah payudara, barah ovari dan membantu mengecutkan rahim kembali kepada asal (selepas bersalin).

    8. Ramasan
    Elakkan pasangan anda membuat ramasan payudara (sewaktu melakukan hubungan seksual) dengan menolak ke kanan atau ke kiri terlalu kuat. Ini adalah kerana perlakuan sebegini kerap boleh membuatkan payudara anda kendur lebih cepat.

    JAWATAN KOSONG UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG




    Bil
    Jawatan
    Gred
    1
    Pegawai Belia dan Sukan
    S48
    2
    Pegawai Teknologi Maklumat
    F41
    3
    Penolong Pegawai Perubatan
    U29
    4
    Jururawat
    U29
    5
    Juruteknik Komputer
    FT17
    6
    Pembantu Pegawai Latihan Vokasional
    J17
    7
    Pengawal Keselamatan
    KP11


    JAWATAN
    PEGAWAI BELIA DAN SUKAN
    GRED S48
    Gred  S48         P1T1   RM4348.05     -           P1T8     RM5770.17
                             P2T1   RM4779.42     -           P2T8     RM6318.44
    Kelayakan:
            (a)     (i)      ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi                            tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
                     (ii)      ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi                                     pengajian  tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    dan   (b)     lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran                   Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

    Syarat Lantikan Tambahan
    (a)  mempunyai sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.
    (b) Keutamaan kepada calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Sukan dari mana-        mana universiti yang diiktiraf.
    (c)  Calon yang telah menjawat jawatan Pegawai Belia dan Sukan Gred S44 dari mana-mana        agensi/kementerian berkaitan Sukan digalakkan memohon.
    (e)  Memahami pengurusan/aktiviti sukan pelajar IPTA adalah satu kelebihan.
    (f)  Aktif dalam bidang sukan di peringkat Kebangsaan/Negeri/IPTA. 
    (g) Berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam mengurus serta mentadbir kemudahan sukan.

    Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Belia dan Sukan Gred S44 adalah layak dipertimbang untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Belia dan Sukan Gred S48 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
    3. diperaku oleh ketua perkhidmatan.

    JAWATAN
    PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
    GRED F41
    Gred  F41           P1T1   RM1899.01     -           P1T25   RM4715.47
                              P2T1   RM1995.02     -           P2T25   RM4988.08
                              P3T1   RM2095.21     -           P3T25   RM5284.57
    Kelayakan:
            (a)        (i)      ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang                               diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan                               yang diiktiraf setaraf dengannya.
                           
                                  (Gaji permulaan ialah pada Gred F41:P1T1); atau
                         (ii)     ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada                                      institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf                                       dengannya.
                                  (Gaji permulaan ialah pada Gred F41:P1T3); atau
                         (iii)    ijazah sarjana dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat atau kejuruteraan                               komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan                               atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
                                  (Gaji permulaan ialah pada Gred F41:P1T6); atau
                         (iv)    ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau                                       kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian                               tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
                                  (Gaji permulaan ialah pada Gred F41:P1T9)
    dan      (b)        lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil                                 Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    Syarat Lantikan Tambahan
    Bagi jawatan yang ditawarkan di Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi :
    i)       Bidang: Pembangunan Sistem Maklumat Aplikasi Universiti
                   (a)     Berpengalaman dalam pengaturcaraan seperti Oracle Form & Report, JSP/Java, PHP dan                           lain-lain pengaturcaraan yang berkaitan.
                   (b)     Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan.
                   (c)      Berpengalaman dan berpengetahuan dalam pangkalan data seperti Oracle dan MySQL.

    ii)      Bidang: Pembangunan & Penyelenggaraan Rangkaian Pelajar
                    (a)     Pengetahuan yang luas di dalam rangkaian.
                    (b)     Mempunyai pengalaman dalam pengurusan & penyelenggaraan rangkaian.
                    (c)      Calon yang mempunyai Sijil Profesional CISCO diberi keutamaan.
    iii)    Bidang: Pengkomputeran dan Khidmat Pelanggan
    iv)    Bidang: Pengurusan Laman Web (Webmaster)
                    (a)     Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan.
                    (b)     Calon yang memiliki kompetensi teknikal dari segi penggunaan Linux platform (Website                            Server Platform).
                    (c)      Mahir dalam membangunkan laman web menggunakan software seperti Dreamweaver,                            Basic HTML, Java Script, PHP, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Macromedia                                    Dreamweaver, Macromedia Flash Mx dan Action Scripting.
            (d)    Mahir dari segi pelaksanaan dan mempunyai pengetahuan merekabentuk laman web.

    JAWATAN
    PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
    GRED U29
    Gred U29           P1T27   RM1160.69     -           P1T24   RM3057.39
                              P2T27   RM1231.78     -           P2T24   RM3279.74
                              P3T27   RM1305.89     -           P3T24   RM3476.28
    Kelayakan:
                (a)    Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej Pembantu Perubatan Kementerian Kesihatan                              Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta                              telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
                         (Gaji permulaan ialah pada Gred U29:P1T6);
    dan      (b)     lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran                      Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    Syarat Lantikan Tambahan
    (a)     Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang berkenaan.

    JAWATAN
    JURURAWAT
    GRED U29
    Gred U29       P1T27   RM1160.69     -           P1T24   RM3057.39
                          P2T27   RM1231.78     -           P2T24   RM3279.74
                          P3T27   RM1305.89     -           P3T24   RM3476.28
    Kelayakan:
                  (a)      Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia                          yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah                                 berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
                              (Gaji permulaan ialah pada Gred U29:P1T6);
    dan      (b)        lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil                                       Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    Syarat Lantikan Tambahan
    (a)  Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang berkenaan.
    Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jururawat dan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Jururawat Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
           (i)        mempunyai kelayakan di atas.
    JAWATAN
    JURUTEKNIK KOMPUTER
    GRED FT17
    Gred FT17         P1T1   RM843.06       -           P1T26   RM2325.37
                             P2T1   RM896.00       -           P2T26   RM2452.46
                             P3T1   RM950.45       -           P3T26   RM2583.95
    Kelayakan:
                    (a)        (i)         Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi                                          maklumat pada peringkat peperiksaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf                                                  dengannya oleh kerajaan.
                                             (Gaji permulaan ialah pada Gred FT17:P1T1); atau
                                (ii)        sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh                                                 kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf                                                 setaraf dengannya.
                                            (Gaji permulaan ialah pada Gred FT17:P1T6); atau
                                (iii)       sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan                                         daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf                                                 dengannya.
                                            (Gaji permulaan ialah pada Gred FT17:P1T9);
    dan      (b)        lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil                                 Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    Syarat Lantikan Tambahan
    Bagi jawatan yang ditawarkan di Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan :
    (a)  Mempunyai pengalaman berkaitan dalam bidang berkenaan.

    JAWATAN
    PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL
    GRED J17
    Gred J17            P1T1   RM843.06       -           P1T26   RM2325.37
                              P2T1   RM896.00       -           P2T26   RM2452.46
                              P3T1   RM950.45       -           P3T26   RM2583.95
    Kelayakan:
                (a)  (i)     Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik                                        tempatan atau kelayakan yang diiktiraf  setaraf dengannya.
                              
                                (Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T9); atau
                      (ii)     Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; serta
                      (iii)     mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap                             2 daripada Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) atau kelayakan yang diiktiraf                                     setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
                      (iv)     lulus Peperiksaan Kemahiran Jabatan yang diiktiraf oleh kerajaan bagi ketukangan yang                                 tiada piawaian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
                      (v)     mempunyai pengalaman dan kebolehan bekerja dalam perusahaan bagi ketukangan yang                                berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
                               (Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T7)
    dan     (b)          lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)   pada peringkat Sijil                                  Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    Syarat Lantikan Tambahan
    Bagi jawatan yang ditawarkan di Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam:
        (a)     Keutamaan kepada calon yang mempunyai kelulusan dalam bidang Sijil Kejuruteraan Awam                       (Alam Sekitar) atau Kejuruteraan Kimia.
        (b)     Mendapat Kepujian dalam B. Inggeris, Matematik dan Kimia di peringkat Sijil Pelajaran                               Malaysia.

    JAWATAN
    PENGAWAL KESELAMATAN
    GRED KP11
    Gred KP11         P1T1   RM740.62       -           P1T21   RM1714.26
                              P2T1   RM783.09       -           P2T21   RM1802.40
                              P3T1   RM827.19       -           P3T21   RM1892.17
    Kelayakan:
                    (a)        (i)        Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf                                         setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
                                (ii)        bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang                                         telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang                                         baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia                                                 dengan memuaskan;
                    (b)        mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
                                 (i)        tinggi sekurang-sekurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa                                                 bersepatu;
                                 (ii)        berat badan sekurang-sekurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
                                 (iii)       mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa                                                 menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
                                 (iv)      lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan                                                 dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
                                 (v)        pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
    dan             (c)        calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a) (i) hendaklah lulus Bahasa                                                        Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/ Sijil Rendah                                        Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Rendah, Atendan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
    i)     mempunyai kelayakan di atas; atau
    ii)    lulus Peperiksaan Khas; dan
    iii)   berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

    PENETAPAN GAJI PERMULAAN
    Gaji permulaan yang lebih tinggi pada P1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UMP berasaskan pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.

    SYARAT-SYARAT UMUM
    Pemohon-pemohon yang memohon jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

    TARAF JAWATAN
    1. Jawatan akan dilantik secara tetap ataupun kontrak.
    2. Namun demikian UMP berhak melantik warganegara Malaysia bagi lantikan secara kontrak, sambilan atau sementara.

    CALON-CALON  YANG  MEROKOK TIDAK DIGALAKKAN MEMOHON

    PERMOHONAN OLEH PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT
    Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tiga (3) tahun ke belakang, salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan ulasan majikan sama ada menyokong atau tidak permohonan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005, Para 17.

     

    UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN
    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

    CARA MEMOHON
    Permohonan hendaklah dibuat secara ON LINE dengan mengisi maklumat pemohon di laman web rasmi UMP iaitu http://www.ump.edu.my. Calon diwajibkan untuk mencetak  Surat Pengesahan Permohonan On Line(selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui web rasmi UMP) dan hantar permohonan beserta dengan salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen yang telah disahkan ke alamat yang tertera  di bawah. Permohonan yang tidak dibuat secara ON LINE laman web rasmi UMP tidak akan dilayan.
    JABATAN PENDAFTAR
    UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
    LEBUHRAYA TUN RAZAK,
    26300 GAMBANG, KUANTAN,
    PAHANG DARUL MAKMUR.
    (U/P : UNIT PERJAWATAN & CUTI BELAJAR)

     

    CATATAN AM
    (i)      Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
    (ii)     Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh   tutup iklan                      hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
    (iii)    Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu dinasihatkan mengemukakan              semula permohonan jika masih berminat dan layak.
    TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 
    Pada atau sebelum 14 Disember 2009 

    Islam Agamaku

    INFO TERKINI

    1Malaysia Onlive Tv

    Download Lagu MP3

    Download Lagu² Pilihan Anda Disini
    Powered By 4shread | Serdahana Itu Indah

    Share

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites